BAB 22

Family Completed 53336

Kereta dipakir elok didepan rumah keluarga uzayr. Uzayr mengejutkan aqilah perlahan. Pioi aqilah digosok lembut. Mata aqilah dibuka perlahan.. Aqilah memandang keluar.

"sayang malam ni kita tido umah mama yea... Sebab pak long ada tu.. Orang jauh"

"baju tak bawa.. sayang balik ambik baju dulu lah.."

"tak payah. Baju bie banyak kita share"

"jangan buat lawak.. Mana muat"

"dah jom.. Baju yang dia risau" uzyar keluar dari perut kereta.. Berjalan kearah pintu penumpang. Pintu dibuka.. Aqilah keluar.. Berjalan mengikut uzayr masuk kedalam.

Uzayr berjalan mendapatkan paklong dan maklong.. Bersalaman.

"mari masuk aqilah.." jawap pak long.

Aqilah masuk dan bersalaman dengan maklong. Maklong Mereka bersembang seketika.. Kemudian uzayr meminta izin untuk ke atas.. Aqilah juga beredar.

"nah sayang baju".. Uzayr menghulurkan baju t-shirt dan seluar panjang..aqilah menyambut baju yang diberi.

"boleh tak nak tido kejap baru mandi" aqilah buat muka kesian memandang uzayr.

"mandi dulu.. Meh bie tolong buka segala mak nenek ni.."uzayr menunjukkan kearah perhiasan yang dipakai oleh aqilah. Aqilah mengangguk. 'dengan rela hati tolong lah buka.. Nak lemas dah ni'.

" sayang kerja esok"

"kerja.. Kenapa bie tanya.. Bie cuti ke"

"esok bie antar.." bulat mata aqilah memandang uzayr, pantas mengeleng.

"no.. Sayang pergi sendiri, nanti nak balik bie kena pergi jemput. Kan susah.." uzayr merenung wajah aqilah.. 'ha sudah.. Dapat bini jiwa biker ni, tak boleh berenggang langsung dengan motor kesayangan'

"bie..sayang nanti ada konvoi nak ikut"

"konvoi apa.." bekerut muka uzayr.

"konvoi group motor.. Naik cameron.. Jom bie" ajak aqilah.. Tanggan memaut lengan uzayr sambil menarik perlahan.. Dah rupa budak minta mainan ja gayanya.

"bila.. Berapa hari.. Bie kena tengok schedule dulu." jelas uzayr.

"lagi dua minggu.. Lepas ibu pergi umrah. Pergi dua ari je.."

"ok nanti bie confirm kan balik" pipi aqilah diusap lembut.. Aqilah terus memeluk uzayr..

"sayang mandi dulu.. Nanti turun yea, bie turun dulu.." mata dikenyitkan kearah aqilah.. Mulut tesenyum nakal. Aqilah hairan. 'tiba tiba je..dah kenapa..' aqilah memandang ke cermin.. Zip baju belah belakang sudah terbuka sampai ke bawah.. 'ish.. Bila dia buka.. Nak kena ni.. Ambik kesempatan.. Patut la sengeh tadi'

Selesai mandi dan solat aqilah turun ke bawah. Umairah sedang berborak dengan maklong dan paklong. Aku senyum ke arah mereka.. Kaki melangkah ke dapur.. Haus pulak tekak ni.

Elok aku sedang minum air. Nampak kelibat uzayr masuk bersama seorang perempuan. Cantik betul perempuan tu. Berwajah kacukkan, badan macam kerengga.. Memang lawa macam model lah.

Uzayr dan perempuan itu kelihatan sangat mesra, siap betepuk tampar bagai. 'sapa perempuan tu.. Ehhh Marah ke aku ni.. Cemburu. Aku pun keliru dengan perasaan sendiri..' malas melayan. Cawan yang berisi air aku hirup tanpa menghiraukan uzayr.

"aqilah... Kenapa duduk dapur ni"

"mama.. Tegejut aqilah.. Aqilah ambik air"

"nak makan.. Jom teman mama makan.. Yang dekat depan tu semua dah makan tadi"

"boleh juga mama.. Aqilah pun tengah lapar"

Aku dan mama tersenyum.. Aku makan dengan mama. Nasib ada mama.. Kalau tak aku jadi kayu dekat sini.. Tak tahu nak buat apa. Sedang sedap sedap makan.. Terasa ada tangan yang memeluk dari belakang. Aku pusingkan kepala sedikit kebelakang. Pipi dicium.. Tebatuk batuk dibuatnya. Gelas dicapai.. Air didalamnya diteguk. Uzayr mengusap pelahan belakang aku. Mama menggeleng mukanya tersenyum manis.

"bie ni.. Malu la mama tengok tu" aku memuncungkan bibir ke arah mama. Uzayr masih tersengih buat tak bersalah.

"makan pelahan lahan sayang"

Selesai makan aku mengikut uzayr ke ruang tamu bersembang dengan keluarga paklong. Paklong tinggal di Australia. Maklong asal dari sana.. Perempuan yang cantik tadi tu anak paklong dan maklong.. Namanya Balqis.

"dah.. Pergi naik tidur.. Tengok jam pukul berapa, kalau layan paklong kamu besok pagi pun tak habis" papa besuara. Yang lain pakat ketawa. Betul lah tu. Paklong seorang yang peramah.

Kaki aku melangkah ke atas.. Pintu bilik dibuka..aku naik keatas katil.. Mengantoknya.

"sayang nak tido dah ke"

"yea.. Esok kerja"

Uzayr baring.. Tangannya membelai lembut rambut aqilah. Ciuman singgah di dahi. Pipi aqilah diusap lembut.. Bibir aqilah disentuh. Kemudian leher.. Aqilah menangkap tangan uzayr.

"bie..." mataku masih pejam.

"yea sayang.." suara uzayr didengar dekat dengan telinga aqilah. Uzayr meniup lembut ke telinga aqilah. Bahu aqilah sedikit keatas akibat kegelian.

"main tiup pulak.. Jampi ape pulak ni" uzayr tegelak kecil. Tangan aqilah digengam erat. Bibir mereka bertemu lagi..Jantung aqilah berdengup kencang... Ciuman dileraikan..

"assalamualaikum sayang"..

"waalaikum salam bie..."

Tuhan memberikan rasa cinta dalam diriku, dan aku memberikannya padamu. Kerana hatiku telah dimiliki olehmu sepenuhnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience