BAB 41

Family Completed 53336

Aqilah naik ke bilik.. Mengemaskan bajunya.. Kemudian dia turun kebawah.. Mencari ibunya..

"aqilah.. Nak kemana tu. Bawa beg pulak.. Ada konvoi ke.." tanya puan izzah melihat aqilah memegang beg di Tangan.

"tak lah mak... Nak jumpa abang adib.. Rindu." kemudian ketawa kecil.

"tiba tiba je.. Dah baik demam ke.. Dah minta izin uzayr ke.. Ingat.. Aqilah dah jadi isteri dia.. Nak kemana.. Nak buat apa.. Kena minta izin suami dulu.." pesan puan izzah..

"ibu. Uzayr dah izinkan... Tak demam dah ibu.. Ibu nak ikut tak.." ajak aqilah sambil memeluk ibunya..

"tak nak lah.. Aqilah pergi elok elok.. Jaga diri"

"yea ibu.." aqilah mencium pipi ibunya. Kemudian memeluk erat ibunya.

PINN..PINN..

"Ha tu ibu.. Grab dan sampai.. Ibu jaga diri yea. Aqilah pergi dulu". Aqilah bersalaman dengan ibu.. Tangan dilambaikan kearah ibu.

Puan izzah memandang aqilah sehingga hilang dari pandangan matanya..

**********

Uzayr balik kerumah keluarganya .. Mujur papa dan mamanya tiada dirumah. Kalau tidak mesti kena banyak soal.. Kenapa dia balik seorang.

Kakinya melangkah ke atas menuju ke bilik umair..

TOKK.. TOKK... TOKKK..

"along.. Angah ada benda nak cakap ni" pintu dibuka oleh umair.. Uzayr tercegat dimuka pintu dengan wajah yang kelat.. Matanya merah..

"angah ni kenapa.. Sakit ka" tanya umair.. Uzayr tidak menjawap.. Uzayr menolak pintu bilik umair... Kemudian masuk kedalam. Dia melabuhkan punggung di atas sofa bilik uzayr. Umair menutup pintu.. Melangkah mendapatkan uzayr.

"along kena tolong angah.. Serabut kepala angah ni" uzayr meraut kasar rambutnya ke belakang.

"tolong apa.. Kau jangan macam macam angah" takut jugak melihat keadaan uzayr yang tak tentu arah tu.

"aqilah dah tahu pasal sara.. Angah nak buat apa ni" terang uzayr. Wajah umair ditatap.. Umair mengeluh berat.

"tak guna betul perempuan tu... Aku dah warning dia.. Dia memang nak kena lah" bentak umair marah.. Meja kerjanya ditepuk kuat.

"habis angah nak buat apa ni.. Angah sayang aqilah.. Angah tak mahu hilang dia" uzayr memegang kepalanya.

"aqilah mana.. Dia macam mana.. Biar along jumpa dia" cadang umair.

"NO.." jawap uzayr pendek.

"biar along terang dekat dia.. Angah tak bagi kenapa.. Bukan along nak ngorat dia.. Cemburu tu biar bertempat sikit angah.." umair merenung uzayr.

"Bukan la... Aqilah perlukan masa.. Dia taknak diganggu.." terang uzayr.

"dia kemana... Jangan cakap dia lari pulak"

"angah kena settle kan semua ni.. Baru angah boleh jumpa aqilah.. So along kena tolong angah.." ucap uzayr.

"along tanya mana aqilah.. Kau tak jawab pun.." tangan umair memengang bahu uzayr. Uzayr tergejut sedikit..kepalanya ligat berfikir.

"angah tak tahu.. Tapi dia janji dia akan update angah kalau dia pergi mana mana"

"call dia sekarang..." arah umair. Uzayr masih kaku.

"tapi dia kan perlukan masa.. Biarlah dia tenang dulu.. Nanti dia lari macam mana" uzayr buntu.

"biar along yang call" lantas mengambil hpnya dia atas meja kerjanya.. Didail nombor milik aqilah. Panggilan tak disambungkan. Umair mencuba lagi. Masih sama. Uzayr memandang umair dengan penuh harapan.

"aqilah off hp" sepatah dari mulut umair. Uzayr sudah gelabah..

"apa kita nak buat" tanya uzayr.

"angah pergi mandi.. Solat dulu.. Tunggu papa dan mama balik.. Kita bincang malam nanti.." uzayr mengangguk.. Melepaskan keluhan..bangun dari sofa untuk melangkah keluar.

"inshaallah tak apa apa.." umair menepuk bahu uzayr.. Memberi semangat kepada uzayr agar besabar.

Keluar saja uzayr dari biliknya.. Pintu ditutup.. Hp ditangan mendail nombor milik sara. Sara tidak menjawap panggillan.. 'tak guna punya perempuan' rahang umair begerak gerak menahan marah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience