BAB 12

Family Completed 53325

Aqilah membelek tangannya.. Kini tangannya sudai pun berinai. 'cantik.. Sukanya' sorakknya dalam hati.

"amboi segeh nampak.. Suka la tu nak kahwin"

"abang ni.. Aqilah tgok inai ni.. Pandai kak hanum lukis"

Adib mencubit pipi adik kesayangannya. Merengek manja aqilah memanggil ibunya.. Puan izzah hanya menggeleng. Malas nak melayan dua beradik itu. Adib ketawa seronok mengusik aqilah.

"adik dah ready ke nak jadi isteri umair" tanya adib selepas ketawanya reda.

Aqilah hanya tunduk.. Kemudian mengangguk perlahan.

"esok abang teman aqilah yea.. Please"

"memang la.. Abang pun orang penting juga esok" usik adib lagi.

"abang ni.. Aqilah serius ni"

Adib memandang aqilah.. Aqilah hanya memandang ke bawah. 'menangis ke budak ni' takut adib.

"aqilah.. Ok ke. Jangan bagi abang risau" pujuk adib.

Aqilah memandang adib.. Dia mencari kekuatan dari wajah itu.. Rindu kepada abi membuak buak.. 'kalau abi ada.. Tentu abi yang aqilah peluk, sekarang aqilah hanya ada abang dan ibu' .. Butiran jernih jatuh dari kelopak mata mengalir ke pipi laju.

Adib yang melihat aqilah begitu.. Tergejut kerana aqilah bukan jenis senang menangis. Dia duduk memeluk adiknya.. Diusap belakang aqilah supaya tenang.

"jangan risau aqilah.. Abang ada.. Abang janji"

Dalam keadaan sedu sedu menahan tangis aqilah mengagkat jari kelingkingnya. Adib menyambut. Sambil mengoyang kan tangannya.

"adib.. Aqilah..Kena ubah perangai tu sikit.. Aqilah dah nak jadi isteri orang.. Tak boleh manja manja macam ni.. Nanti laki kamu kata apa pulak nanti"

"ni abang aqilah ibu.. Biarlah dia nak jeles"

Puan izzah mengeleng geleng kan kepala.. 'susah cakap dengan budak degil ni'. Dia melangkah meninggalkan dua beradik itu.

"aqilah.. Abang nak tanya ni.. Aqilah jawap dengan abang betul betul" muka adib kelihatan tegang.

"abang nak tanya apa"

"abang tengok baby aqilah tu calar.. Kepak patah lagi.. Aqilah jatuh moto ke.. Jangan tipu abang.." ugutnya lagi.

"aqilah terbabas sikit je abang.. Aqilah ok.. Motor calar sikit"

"ibu tau.."

Aqilah menggeleng.. "abang jangan bagitahu ibu" rayu aqilah..

"aqilah dah janji dengan abang kan.. Kalau apa apa bagitahu abang.. Abang dah la duduk jauh. Tu pun abang tegerak hati nak tgok baby aqilah tu.. Tetiba je aqilah pakaikan dia tudung.." leter adib

"aqilah takut abang tegejut.. Lagipun sikit je"

"mesti da luka kat mana mana kan.."

"ni ha.. Sikit je calar kat lutut ni" jari aqilah menunjukkn ke arah lutut.

Adib melihat lutut adilah.. Luka yang ditunjukkan sudah kering dan sembuh.

"lain kali apa apa bagitahu abang.. Aqilah kan dah janji"

"yea abang.." bahu adib ditepuk perlahan.

"aqilah pergi naik tidur, esok kena bangun awal"

"ok baik, abang pun jangan tidur lewat sangat" sambil kaki mendaki anak tangga ke atas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience