BAB 60

Family Completed 53336

Seronoknya dapat mandi air laut.. Aqilah menepuk nepuk air laut di depannya.. Sedang asyik mandi air laut.. Tiba teringat sesuatu.. 'bila aku pergi mandi laut'. Terus dia rasa dirinya terkapai kapai..

"Allahuakbar" lafaznya.. Membuatkan dia tersedar dari mimpinya. Tubuhnya terus bangun terduduk.. Tempat tidurnya sudah kebasahan.

"air apa pulak ni.. Aku kencing ke" aqilah mengaru kepalanya.. Berfikir. Kain yang basah dihidu.. Tak ada bau.. Aqilah bangun ke bilik air. Kain batik sudah digantikan.. Begitu juga bajunya..

Matanya sudah tidak dapat dilelapkan.. Kakinya melangkah turun ke bawah.. Hp ditangan dibeleknya. Sudah pukul empat pagi.. Nombor uzayr didail.

"assalamualaikum bie, sibuk ke"

"waalaikummusalam sayang.. Kenapa tak tidur lagi.. Lapar ke" tanya uzayr.

"tidur dah.. Terjaga.. Sayang hmmm.." aqilah pun tak pasti hendak menyambung ayatnya.

"kenapa ni sayang.. Sayang sakit ke"

"tak.. Tadi sayang tidur...lepas tu tempat tidur basah.. Sayang dah tukar baju semua. Tapi sayang tak tahu tu air apa" terang aqilah.

"air apa.. Air ketuban ke.." pintas uzayr.

"tak kot.." aqilah menafikannya. Sebenarnya dia pun keliru.. Sebab masih belum rasa sakit sakit.

"kejap bie balik.."

"No..no.. Sayang ok.. Sayang nak naik tidur balik ni.. Bie buat kerja.." aqilah rasa menyesal pulak call uzayr.. Pantang bagitahu je.. Tau nak balik saja..

"betul ni.. Kalau apa apa cepat call.. Paham" tegas kedengaran suara uzayr.

"yea baik.. Bie buat kerja elok elok yea.." aqilah sengaja membuat bunyi menguap..

"ok.. Hati hati sayang.. I love you" ucap uzayr

"I love you too.. Bye" aqilah mematikan panggilan..

Aqilah tidak terus naik keatas kerana matanya masih berlum mengantuk. Dia kedapur buat air milo dan juga membawa satu balang biskut untuk duduk di sofa.

Alat kawalan jauh ditekan.. Tv dihidupkan.. Aqilah memilih siaran yang ingin ditontonnya.. 'time macam ni lah nak tayang cerita hantu.. Adoii..'meremang. Aqilah memilih untuk melihat drama yang telah dirakam oleh ibunya..' layan saja lah.. '

Sambil melayan drama.. Sambil jam di dinding dipandang. Perutnya mula terasa mengeras.. Tanda untuk bersalin mula dirasainya.. Jam dipandang lagi untuk melihat kekerapan perutnya mengeras. Azan subuh sudah berkumandang.

Aqilah mengagahkan diri bagun melangkah ke bilik ibunya.. Pintu bilik diketuk.. Wajah ibunya terpampang di muka pintu.

"ibu.. Dah sampai masa ni ibu.." ucap aqilah.

"kejap ibu call mama.. Aqilah duduk dulu" ibu memimpin aqilah ke sofa.

"ni sapa yang makan.. Aqilah ka.." tanya ibu. Aqilah hanya mengangguk.

"bila lagi aqilah sakit ni" tanya ibu..

"tadi pukul empat.. Air banyak atas katil.. Lepas tu dah tak boleh tidur.." jawap aqilah sambil menahan sakit.

"betuah punya anak.. Sakit bukan nak panggil ibu" kejap ibu siap.

Sementara menunggu mama tiba, ibu sempat membuatkan air coklat panas dan juga roti.. Aqilah menolak namun setelah dipaksa oleh ibu aqilah akur dan menjamah juga.. Ibu kata untuk bekalkan tenaga semasa hendak bersalin nanti.

Mama tiba di halaman rumah bersama papa.. Terus membawa aqilah ke hospital. Dalam perjalanan ke hospital mama sudah menghubungi uzayr supaya menunggu di wad bersalin.

Setiba Aqilah di hospital terus aqilah ditolak kedalam wad.. Pemeriksaan dilakukan oleh jururawat.. Uzayr sudah menunggu aqilah. Katil aqilah mula ditolak ke Labour room.

Tak lama kemudian kedengaran suara bayi menangis nyaring.. Uzayr keluar dari labour room dengan senyuman yang manis di wajahnya. Memeluk papa.

"alhamdulillah semua dah selamat" ucap uzayr.
Mereka turut mengucapkan syukur kepada Allah kerana memudahkan urusan bersalin aqilah.

"laki ke perempuan" tanya ibu

"lelaki" jawap uzayr sambil tegelak kecil.. Papa menepuk belakang uzayr..

Ibu memaklumkan berita gembira itu kepada keluarga harraz..dan juga adib.

Aqilah yang stabil telah ditempatkan di dalam wad.. Uzayr mengazankan bayinya didepan semua yang ada.. Selepas mengazankan bayinya.. Bayinya diberikan kepada mama. Uzayr mendapatkan aqilah.. Dahi aqilah dicium lembut.

"terima kasih sayang.. Lahirkan zuriat untuk bie" nadanya serak menahan sebak.. Sungguh dia bersyukur.

"terima kasih juga untuk bie.. Sebab sayang dapat baby yang comel macam papa dia.. Tak mau nangis yea.." bisik aqilah sambil menepuk bahu uzayr perlahan.

"mana ada.."

"tadi dalam Labour room tu " aqilah tegelak kecil.. Uzayr menutup mulut aqilah..

"uzayr.. Elok sikit perangai..jangan buat aqilah macam tu" tegur papa. Uzayr mengaru lehernya..sambil sengih.

"sudah la tu.. baby nama apa" tanya mama.. Bayi sudah bertukar tangan kepada ibu.

"Muhammad Isyraf.." jawap aqilah.. Uzayr hanya tersenyum memandang mereka..

"Muhammad isyraf.. Ni nenek ni.." kata ibu.

"lepas ni baby girl pulak yea sayang" usik uzayr.

"amboi.. Tak menyempat" tegur mama.

Harraz yang baru sampai menyalam papa. Paklong dan maklong kemudiaan menyusul dari belakang. Laju harraz melangkah kepada baby yang dikendong ibu aqilah..

"baby.. Came to papa.. Sweetheart.." ucap harraz.. Bayi sudah berada dalam dukungannya.

"sweetheart apanya.. Baby boy tu" marah uzayr.

"lantak lah... Anak aku jugak ni" balas harraz.

"anak aku tu. Kau nak anak suruh bini kau beranak sendiri.." sindir uzayr. Harraz buat tak layan apa yang uzayr katakan.. Yang lain semua sudah gelakkan mereka.

Aqilah yang sudah tahu perangai mereka berdua.. Hanya membiarkan sahaja..bukan boleh dilayan.. Nanti makin menjadi jadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience