BAB 6

Family Completed 53336

Novel ditangan tak diendahkan oleh aqilah. Otakknya ligat berfikir. 'siapa tunang aku, umair ke uzayr'. Wajah kedua lelaki itu terbayang diminda.

Aku tak rapat dengan umair mungkin sebab umur kami jauh berbeza. Lagipun umair nampak macam garang. Uzayr tu.. Sama umur abang adib. Abang adib, uzayr, umairah dengan aku memang agak rapat dulu.

Lepas ja aku tingkatan tiga macam tu, hubungan kami dah tak macam dulu. Semua bawa haluan masing masing. Nama je rumah dekat. Tapi tak pernah selisih pun.

"sayang ibu pikir apa tu, jauh je menung" tegur puan izzah.

"ibu.. Tak ada apalah ibu, ni baca novel" sambil menunjukkan novel yang berada di tangan.

"hmm.. Ibu nak bagitahu ni, dua bulan lagi aqilah nikah yea.."

"tak cepat sangat ke ibu, sempat ke nak siap"

"tak pe aqilah, barang tu jangan risau. Ibu uruskan.. Bila aqilah free, ibu nak teman kan aqilah pergi pejabat agama.."

"pejabat agama, kena ajak abang kan ibu"

"yea sayang, wali kamu"

"ibu tanya abang dulu, aqilah ikut saja"

Tangan puan izzah mengusap kepala anaknya..

"baik. Nanti ibu tanya abang" senyum dibibir terukir. Senang hati bila anaknya tidak membantah, mulanya dia takut jugak kalau pinangan ini ditolak oleh aqilah. Macam mana dia nak bersua dengan keluarga puan kausar. Tambah pula dia teringat akan janji suaminya dulu. Lagipun keluarga bakal besannya tu sangat baik. Dia berharap agar anak gadisnya bahagia bersama ahli keluarga baru nanti.

"aqilah" lembut puan izzah memanggil.

"yea ibu"

"aqilah tak nak tahu ke siapa tunang aqilah" usik puan izzah sambil mencubit pipi anaknya lembut.

Aqilah hanya tersenyum. Diam sambil memegang tangan ibunya. 'sesungguhnya dalam hati ini dah redo ibu' bisik hatinya.

"tunang aqilah tu umair"

"umair.." sepatah jawap aqilah. Wajah umair terbayang.. Umair dulu garang. Takut aqilah dulu asyik kena marah dengan umair, tak sangka pulak umair itu tunangnya.

"kenapa.. Tak suka ke.. Ke nak tukar uzayr" usik puan izzah lagi.

Muka aqilah memerah menahan malu.. " boleh main tukar tukar ke ibu" seloroh aqilah. Kemudian ketawa.

"ibu tahu.. Aqilah dulu rapat dengan uzayr berbanding umair kan.." teka puan izzah.

"memang lah ibu.. Tapi tu semua masa kecik kecik ibu" jawap aqilah

"aqilah ok.. Terima umair"

"aqilah tak kenal sangat umair.."

"tak pe... nombor telefon aqilah ibu dah bagi kat mama.. Nanti boleh la kenal kenal bakal suami" usik puan izzah lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience