BAB 46

Family Completed 53336

Aqilah yang baru pulang dari tempat kerja pulang ke rumah ibu.. Ibu yang sedang bersiap dibiliknya. Aqilah naik keatas untuk membersihkan diri dan juga solat.

Selesai solat aqilah melihat dirinya didalam cermin meja solek nya.. Baju blouse plain merah hati dan seluar jeans. Shawl dililitkan kemas di kepala. Bedak dioles nipis diwajah.. Lipbalm dicalit dibibir.. Siap. Makan malam saja kan. Elok dah ni.. Kaki melangkah turun ke bawah. Ibu sudah siap menunggu.

"ibu dah siap.." tanya aqilah.

"dah.. Jom.. Nanti lambat pulak.. Diaorang tunggu kita pulak" jawap puan izzah.

Mereka menuju ke rumah mama dengan berjalan kaki.. Sampai dirumah mama. Mereka bertembung dengan uzayr yang baru balik dari hospital. Ibu sudah melangkah masuk ke dalam rumah besan ya.

Aqilah mendapatkan uzayr yang baru keluar dari perut kereta.. Salam dihulurkan.. Uzayr mencium pipi aqilah lembut.. Tangan uzayr megengam erat jari jemari aqilah. Mereka berjalan masuk ke rumah.

Ibu sedang rancak berbual dengan mama. Umairah baru turun dari atas berjalan mendapatkan aqilah.. Lengan aqilah dipaut.

"angah..pinjam kak ngah.." ucap umairah. Uzayr menjeling.. Mengelengkan kepala.

"no.." balasnya pendek.

"angah tu busuk.. Pergi naik mandi dulu" umairah sudah menarik aqilah naik keatas masuk kedalam biliknya.

Uzayr membuat muka tidak puas hati.. Turut naik keatas pintu bilik umairah diketuk.. Namun tidak diendahkan.. Uzayr kemudian masuk kebiliknya untuk mandi dan solat.

Aqilah terkebil kebil melihat beg beg kertas yang dihulurkan oleh humairah.

"beg apa ni.." tanya aqilah.

"kak ngah punya.. Umairah ngan mama pergi shopping kemarin. Beli sekali untuk kak ngah" umairah sengeh. Aqilah membuka beg.. Dikeluarkan isi beg satu persatu.. Dress labuh berwarna biru lembut bermotifkan bunga hydrangea.. Shawl.. Dan kasut..

"cantiknya" jawap aqilah sepatah..

"kak ngah pergi salin.."umairah menolak aqilah ke hujung bilik..

TOK.. TOKK... TOKK... pintu bilik diketuk.

Umairah tidak melayan ketukan di luar biliknya.. Memang boleh agak siapa gerangan yang mengetuk dari tadi.

Uzayr melekapkan telinganya ke pintu bilik umairah.. Kedengaran ada suara gelak didalam bilik umairah.

"I want my wife back" laung uzyar diluar bilik umairah. Namun laungannya tidak dihiraukan. Pintu diketuk lagi.

"bie.. Turun dulu ya.. Nanti sayang turun" akhirnya aqilah bersuara.

"sayang buat apa dalam tu lama lama" tanya uzayr.

"bie turun dulu.. Kalu tak sayang tak nak keluar" ugut aqilah.

"yea lah.. yealah" uzayr akhirnya mengalah. Kakinya melangkah turun. Dia duduk bersama dengan yang lain yang sudah siap menunggu.

"mana aqilah dengan umairah" tanya papa. Uzayr hanya mengangkat bahu.. Matanya tertumpu kepada hp ditangannya.

"ha.. Tu dah turun pun" mama pula bersuara.. Mama tersenyum memandang dua kesayangannya turun bersama. Aqilah memeluk mama.

"terima kasih mama.. Cantik sangat" bisiknya ditelinga mama.. Mama membuat isyarat senyap dengan jari telunjuk diletakkan di bibir mama. Matanya memandang uzayr yang dari tadi asyik memandang hp. Ibu hanya tersenyum.

"jom lah.. Semua dah siap.." papa bersuara mereka pun keluar. Uzayr bangun mencari aqilah..

"angah jom..."ajak umair.

" kejap... Aqilah tak turun lagi" umair mengeleng.

"bini cantik lalu pun tak perasan ke.." usik umair.. Uzayr menjeling tajam umair.

Uzayr kemudiaannya keluar.. Memandang mama, umairah,ibu dan... Aqilah. Tak berkelip mata memandang aqilah.. 'cantik'. Uzayr melihat aqilah atas dan bawah. Umair sengaja melagakan bahunya terkena uzayr . Umair kemudian mengeleng.

"jom nanti lambat.." ucap papa.

"sayang cantik sangat" bisik uzayr ditelinga aqilah.. Umairah di belakang hanya berdehem. Merah muka aqilah..

Tangan aqilah diatas riba diambil oleh uzayr.. Dibawa ke bibir.. Kemudian dicium lembut oleh uzayr.

Kereta dipandu uzayr mengikut kereta yang dipandu oleh umair.. Papa, mama dan ibu naik bersama umair. Kemudian mereka sampai di Restoran masakan thai. Mereka masuk dan duduk di meja yang telah ditempah oleh papa.

Tak lama menunggu.. Makanan pun disajikan.. Aqilah teruja dengan makanan yang dihidangkan.. Banyak menunya.. Semuanya dihidang panas panas.. Aqilah menelan liurnya. Uzayr disebelah hanya menunduk.. Kemudian bangun ke wash room.

"kenapa uzayr tu aqilah" tanya mama.. Aqilah mengangkat bahu..

Kelibat uzayr dilihat keluar dari wash room.. Mukanya kelat.

"bie ok ke" tanya aqilah berbisik ditelinga uzayr. Uzayr membalas dengan jelingan tajam. 'hah.. Biar betul.. Tanya je kot.. Kena jeling pulak " aqilah memutarkan bebola matanya..

Papa mengangkat tangan untuk membaca doa.. Seraya semua turut mengangkat tangan.. Kemudian mengaminkan doa.. Semua asyik menjamu selera.. Hanya kedengaran sudu dan garpu berlaga satu sama lain..

" makan elok sikit sayang" tegur uzayr. Melihat aqilah makan dengan beseleranya.

"hmmm... Bie tak nak ni.. Sedap" aqilah menunjukkan ikan siakap tiga rasa.. Uzayr menggeleng. Puas aqilah makan.. Semua menu dia makan.

"aqilah.. Esok free kan.. Ikut mama dengan ibu ke spa nak" ajak mama. Aqilah memandang uzayr. Uzayr mengangguk pelahan.

"ok baik mama" aqilah tesenyum memandang mama dan ibu. Uzayr kemudiannya bangun.. Wash room lagi. Kemudian dia datang semula dengan satu manggo milk shake ditangan. Aqilah menjeling.

"nak ke" tanya uzayr. Kemudian tersengeh. Aqilah menelan liur.. Kemudian mengeleng..

"sedap ni" ucap uzayr lagi.. Aqilah merasa sedikit.. Kemudian mengangguk..

"hmm sedap.." jawap aqilah.

Selesai makan.. Mereka pulang kerumah.. Aqilah yang kekenyangan.. Sudah terlena semasa dalam perjalanan pulang..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience