BAB 43

Family Completed 53336

Pasar malam yang dikenali sebagai Pasar Filipina ini memang popular. Pasar ini memang meriah dan aktif pada waktu malam. Aqilah sesalu datang ke pasar Filipina untuk mendapatkan makanan seafood yang fresh. Teliur aqilah melihat lobster, ikan merah, sotong, udang, ketam, seaweed dan latok.

Adib mengeleng melihat aqilah beperangai seperti kanak kanak dapat gula gula.. Habis semua dipilih untuk dibakar.. Kemudian mereka duduk dimeja menunggu makanan mereka sampai.

"banyak kot aqilah ambik tadi.. Boleh habis ke.." tanya adib.

"boleh.. Lama tak makan Seafood fresh" aqilah sengeh.

Tak lama.. Makanan mereka sampai.. Penuh meja dengan makanan yang dipesan oleh aqilah.. Aqila menepuk nepuk tangannya suka..

"malu aih.. Aqilah ni.. Penuh meja kot" adib memandang kiri dan kanan. Aqilah buat muka tak bersalah..

"ada bela jin ka aqilah oii.." adib membebel lagi.

"makan ratah ratah je kan.. Boleh habis ni" jawap aqilah.

"dah la baca doa.. Banyak pulak jawap dia" adib dan aqilah mengangkat tangan.. Doa dibaca dan diamin kan. Aqilah makan dengan beseleranya. Selesai makan mereka balik.

Sampai saja rumah.. Aqilah bersandar di sofa ruang tamu.. Lega kekenyangan.

"aqilah dah call ibu tak, cakap dah sapai ni.. Nanti tak tidur pulak ibu tu" aqilah mengeluarkan hpnya dari jaketnya.. Gelap.. Ditekan tekan..hpnya

"abang.. Battery habis".. Jawap aqilah. Hp aqilah diambil oleh adib.. Untuk mengecas.

"ambik ni call ibu sekarang" arah adib. Aqilah mengangguk.. Nombor ibu didail.. Selesai bercakap dengan ibu panggilan dimatikan.

"aqilh ada benda nak cakap dengan abang ke" melihat aqilah mula termenung. Aqilah memandang adib. Dia kemudiaannya menagis.

"kenapa ni aqilah.. Kau ada masalah ke" adib duduk disebelah aqilah. Kepala aqilah digosok lembut. Kepala aqilah dilentokkan dibahu adib. Aqilah menagis semahu mahunya..

"menagis puas puas aqilah.. Abang tunggu.. Kalau aqilah nak share apa apa.. Abang ada" lembut suara adib menenangkan aqilah. Aqilah menangis sampai telena dibahu adib.. Badan aqilah dibaringkan elok diatas sofa.. Adib bangun mengambil selimut dan menyelimutkan aqilah..

Dia kemudian bangun menghidupkan hp aqilah.. Bertalu talu mesej dan pemberitahuan masuk ke dalam hp aqilah.. 'mesti ada yang tak kena ni.. Baik aku call uzayr'. Adib melangkah masuk kedalam bilik. Nombor uzayr didail. Panggilan dijawap.

"assalamualaikum uzayr.. Aku ni.. Adib"

"waalaikummusalam yea adib.." jawap uzayr lemah.

"kau da masalah ke dengan aqilah.. Korang gaduh ka?” tanya adib tidak sabar.

" mmmana adaa. Ok jaa" jawao uzayr teagak agak.

"kau jagan tipu aku.. Baik kau cakap" ugut adib.

"ada masalah sikit.. Aku tengah cari jalan selesaikan" uzayr berkata setelah mengeluh.. Terpaksa terus terang dengan adib.

"kau buat dia nagis la.. Sakit hati aku" marah adib.

"mana kau tahu..." uzayr menelan liurnya terasa perit.

"dia ada dengan aku.. Apa yang kau dah buat ni.. Dia bukan yang senang senang nak nagis.. Aku kenal dia.. Apa yang dah jadi.. Baik kau cakap cepat" merah muka adib menahan marah.

Tekedu uzayr mendengar apa yang dikatakan oleh adib..aqilah ke sabah.. 'ya Allah.. Sayang jauhnya bawak diri..' dia sedih aqilah pergi jauh darinya.. Namun dia bersyukur aqilah bersama adib.. Kini dia tahu aqilah selamat.

"dia ok ke adib" tanya uzayr.

"kau tanya aku.. Kau tak jawap lagi apa yang aku tanya.." adib mengulang.

"ada salah faham sikit adib.. Aku akan selesaikan.. Kau boleh tolong jaga aqilah untuk aku.." pinta uzayr.

"kau jagan risau pasal aqilah.. Selama ni pun aku yang jaga dia.." nada adib sedikit tinggi.. Tidak puas hati.. Panggilan dimatikan. Geram kerana uzayr tidak mahu terus terang.

Adib keluar dari biliknya.. Melangkah ke ruang tamu.. Aqilah masih nyenyak tidur diatas sofa.. Adib duduk diatas sofa bertentangan dengan aqilah.. Wajah aqilah dipandang.. Sampai dia sendiri terlena.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience