BAB 9

Family Completed 53336

Cantik sungguh baju pengantin dekat sini.. Tangan aqilah menyelak helaian baju pengantin yang digantung kemas ditempatnya..

"aqilah.. Betul ke mama kata butik ni sayang"

"betul ibu, ni butik kawan mama"

"ibu tak nampak pun mama"

"kejap lagi datang lah tu ibu" aqilah menggosok lembut belakang ibunya.

"tengok ni ibu cantik tak".. Tunjuk aqilah..

"cantik.. Aqilah nak try ke.."

"tunggu mama lah"

"assalamualaikum kak zah, maaf la lambat" suara mama kedengaran dari belakang.

"tak apalah.. Sampai dah kan.. Kak bukan apa.. Risau."

"lambat sikit tunggu umair la.."

"mana umair" tanya ibu, setelah melihat puan kausar berseorangan.

"dia tak jadi datang ada hal penting pulak, tapi jangan risau.. Ni ada uzayr.. Badan dia sama je dengan umair" uzayr yang berada di belakang puan kausar hanya tersenyum.

"boleh lah tu.." jawap puan izzah.

"ada yang bekenan ke aqilah" tanya mama.

"aqilah menunjukkan baju yang sudah berada ditanggannya"

"cantik.. Aqilah masuk cuba dulu yea"

Uzayr dari tadi bediri hanya melayan hp.. Tak menghiraukan perbincangan ketiga tiga wanita tersebut.

"uzayr.. Ambik ni cuba, siap nanti datang sini balik yea."

"ok baik ma"

Uzayr yang telah siap berpakaian baju pengantin siap dengan tengkolok dan sampin.. Kelihatan sangat tampan. Mamanya dari tadi asyik tersenyum.

"uzayr duduk dulu.. Mama pergi tengok aqilah ngan makcik izzah kejap."

Baru nak melangkah.. Kelihatan aqilah sedang berjalan kearah puan kalsum bersama puan izzah.

"cantiknya menantu mama" jerit kecil puan kalsum.

Uzayr yang mendengar mama menjerit terbangun. Melihat seorang gadis comel berpakaian sedondon dengannya. 'aqilah ke ni' bisiknya. Dup dap dup dap jantung terasa ingin meletup.

"cantik" ucapnya perlahan namun masih didengari oleh tiga wanita tersebut.

"mesti la cantik.. Menantu mama ni" pipi aqilah dicubit lembut.

Aqilah memandang uzayr yang masih memandangnya.. Merah muka aqilah. Uzayr yang tesedar mengalihkan wajahnya ke arah lain.

"uzayr.. Mari bediri tepi aqilah.. Mama nak ambil gambar.. Senang nak tunjuk kat umair"

Mulanya uzayr agak keberatan.. Selepas mama memujuk.. Terpaksa jugak dia bediri sebelah aqilah. Jantung aqilah tiba tiba berdengup kencang. Macam baru lepas berlari. Gugup pulak bediri sebelah uzayr. Walaupun sekejap. Perasaan apakah ini. Malu. Merah muka aqilah.

"ok dah..cantik.. Mama suka" mama menunjukkan gambar yang diambil kepada puan izzah.

"cantik" jawap puan izzah sambil. Memandang wajah aqilah yang dari tadi sudah kemerahan.

"ok kak. Baju settel. Kita pergi cari barang barang lain pulak" ajak puan kausar.

Kedua dua bakal besan itu tersenyum gembira. Manakala pasangan tadi pergi menukar semula pakaian pengantin mereka.

Puan mira pemilik butik mendapatkan kawannya.. Bersalaman dan bertanya terhadap baju yang dicuba tadi.

"kak kausar macam mana.. Ok"

"ok.. Baju nikah macam mana. Siap dah. Kalau siap kita cuba sekali"

"ha ah.. Baju putih yea.. Siap dah. Nak cuba ke.. Saya panggil staff saya ambilkan"

Puan kausar hanya mengangguk.

Selesai saja urusan di butik.. Mereka berjalan keluar untuk membeli barangan untuk hantaran.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience