BAB 40

Family Completed 57211

Berpeluh peluh badan aqilah.. Panas. Aqilah menyelak selimut yang membaluti badannya.. Dia bagun ke bilik air untuk mandi tak tahan badannya yang sudah melekit. Selesai mandi dia turun ke bawah..

"aqilah.. Kenapa bangun ni" tanya puan izzah melihat aqilah berjalan kearahnya.

"ok dah ni mama.." puan izzah meletakkan belakang tangan di dahi aqilah.

"demam lagi ni.. Tapi takla panas sangat.. Kejap lagi makan.. Makan ubat.. Lepas tu naik tidur balik.." aqilah mengangguk..

Selepas makan dan makan ubat aqilah naik semula ke atas tidur.. Kepalanya masih sakit berdenyut denyut.

Bunyi enjin kereta kedengaran diluar rumah.. Puan izzah mengintai melalui tingkap rumahnya..

" assalamualaikum.. Ibu" uzayr kemudiannya masuk.

"waalaikummusalam uzayr.." jawap puan izzah.

"uzayr naik atas tengok aqilah yea ibu". Puan izzah hanya mengangguk. Uzayr sudah melangkah ke atas. Masuk kedalam bilik. Aqilah masih tidur.

"sayang..." panggil uzayr lembut. Aqilah tidak menjawap. Tangan uzayr menyentuh dahi aqilah. Panas sudah berkurangan.. Uzayr melangkah ke bilik air.

Selesai mandi.. Dia baring bersebelahan aqilah yang sedang nyenyak tidur. Di renung wajah aqilah sampai terlena.

Aqilah terjaga dari tidurnya apabila merasakan sesuatu yang berat menghimpitnya. Mata dibuka.. Uzayr sedang nyenyak tidur disebelahnya sambil memeluk dirinya.. Terasa lenguh badan aqilah.. Aqilah menolak uzayr perlahan lahan.. Aqilah bangun dari katil.. Dia bangun mandi dan solat.. Segar terasa badannya..

Uzayr meraba raba tempat tidur yang kosong ditepinya.. Dia memanggil aqilah.. Namun tiada sahutan dari aqilah. Mata dibuka. Aqilah tiada ditempat tidurnya.. Mahupun didalam bilik. Uzayr bangun.. Turun ke bawah.

"ibu.. Aqilah mana. Dia tak ada dalam bilik" uzayr bertanya puan izzah yang sedang melipat baju di ruang tamu..

"dia keluar.. Pergi taman depan tu. Kata nak ambil angin.. Tadi dia kata kamu tidur.." jawap puan izzah.

"uzayr keluar kejap yea ibu.." laju saja kaki melangkah keluar.. Menyarung kasut dikaki.. Berlari lari anak ke taman. Puan izzah hanya mengeleng melihat uzayr keluar dengan keaadaan tergesa gesa.

' U tu hipokrit.. Perampas..' terngiang ngiang ayat itu didalam kepala aqilah. Berdenyut denyut kepalanya apabila teringat tentang hubungan sara dan uzayr. Takut nak berhadapan dengan kenyataan kalau benar sara itu tunang uzayr .. Apa akan jadi dengannya.. 'aku bukan perampas.. Mungkin uzayr nikahi aku kerana kasihan' hatinya pedih.

Matanya memandang jauh kearah kolam dihadapannya.. Asyik memandang seorang ayah muda memancing bersama anak lelakinya.. Hilang sekejap masalahnya..

"tengok apa tu sayang" suara menengurnya. Aqilah cukup mengenali pemilik suara itu. Aqilah hanya diam. Tangan uzayr melingkar di pingangnya.. Pipi aqilah dicium lembut. Aqilah meleraikan pengangan tangan uzayr. Dia berjalan meninggalkan uzayr.

"sayang nak kemana... Sayang tu tak sihat lagi.. Jom balik" laung uzayr. Aqilah tetap melangkah meninggalkan uzayr.. Kemudian dia duduk diatas kerusi batu.. Dibawah pokok. Uzayr mengekori aqilah.

"sayang ni kenapa.." uzayr duduk di sebelah aqilah.. Wajah aqilah ditenung dalam.. Tangan aqilah digengam.. Namun ditempis oleh aqilah.

"bie.. Ada benda nak share tak dengan sayang.." tanya aqilah.. Wajahnya masih memandang ke depan.

"hmm... Benda pe sayang.. Tak ada kot." uzayr kemudiannya senyum.

"kita penah janji kan.. Tak ada rahsia antara kita" uzayr memandang wajah aqilah.. Aqilah beriak biasa.

"bie tak paham.. Benda apa yang sayang nak cakap ni".. Aqilah bangun.. Mencari kekuatan.

"siapa sara.." tanya aqilah. Mata aqilah merenung tajam ke mata uzayr. Riak wajah uzayr berubah kelat. Uzayr mendapatkan tangan aqilah.

"tak payah pegang pengang.. Jawap.. Siapa sara" nada aqilah sedikit meninggi. Uzayr masih diam.

"kenapa bie diam.. Dia tu tunang bie kan.." tanya aqilah..uzayr masih diam. Sakit hati melihat uzayr hanya membisu.

"yea.. Dia tunang bie" uzayr menunduk.. Tak mampu menatap wajah aqilah di depannya. Air mata aqilah yang ditahan tadi melimpah keluar laju dari kelopak mata.. Aqilah menyeka air matanya kasar dengan belakang tangannya. Kakinya melangkah untuk meninggalkan uzayr. Namun sempat uzayr menyambar pergelangan tangan aqilah.

"maaf kan bie.. Sebab rahsiakan benda ni dari sayang.."

"uzayr.. Tolong lah.. Kalau kita nikah atas dasar terpaksa.. Aqilah rela undur diri.. Aqilah tahu siapa aqilah.." uzayr tergejut mendengar apa yang diucapkan oleh aqilah.. Terasa hatinya disiat siat pedih. Bukan perpisahan dengan aqilah yang dia mahukan.

"apa sayang merepek ni.. Bie akan selesaikan benda ni.. Bie nikah dengan sayang ikhlas kerana Allah.." ikhlas kata kata uzayr.

" selesaikan... Aqilah terima semuanya nanti dengan redha.. Satu aqilah mohon.. Boleh biarkan aqilah bertenang.. Aqilah serabut. Aqilah nak tenangkan diri aqilah.. I need time.. Izinkan aqilah. " sebak didada.. Sakit dan pedih.

"bie izinkan sayang.. Tapi update bie.. Jangan bagi bie risau.. Please sayang" aqilah mengangguk.. Tangan aqilah dilepaskan.

" selagi tak ada keputusan.. Jangan cari aqilah.." aqilah melangkah pergi meninggalkan uzayr.

Uzayr terduduk semula diatas kerusi batu tadi.. Air matanya mengalir tanpa dia sedari.. Berat hati memandang aqilah yang sudah melangkah pergi..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience