BAB 56

Family Completed 53336

Aqilah menunggu kepulangan uzayr di ruang tamu sambil menonton tv.. Ibu sudah masuk ke biliknya rehat.

"assalamualaikum". Aqilah bangun membuka pintu.

"waalaikummusalam.." jawab aqilah sambil tersenyum manis. Tangan aqilah ditarik kedalam pelukkan uzayr. Tersembam muka aqilah ke dada uzayr.

"bie kenapa ni.." kepala aqilah digosok perlahan. Pelukan dileraikan oleh uzayr..

"along call tadi bagitahu sara serang sayang.. Sayang ok" wajah uzayr risau.. Sambil membelek wajah aqilah.. Dipusingkan aqilah perlahan ke kiri dan kanan. Aqilah menggeleng.

"alhamdulillah sayang ok.. Sayang duduk dalam kereta pak hamid saja tadi.. Tak keluar sebab takut" terang aqilah sambil mengusap perutnya lembut. Uzayr mencium dahi aqilah.

"bie naik mandi dulu.. Kejap bie nak keluar balik.." ucap uzayr. Kakinya melangkah keatas diikuti oleh aqilah.

"bie tak nak makan dulu ke.." tanya aqilah.. Setelah mereka masuk kedalam bilik.

"bie ada hal.. Sayang kalau mengantuk.. Tidur dulu yea.. Tak payah tunggu" uzayr membuka butang baju kemejanya.

"bie nak ke mana.. Kan baru balik.. Sayang nak ikut boleh" tanya aqilah.. Punggung dilabuhkan di birai katil.. Uzayr memandang aqilah sekilas. Kemudian menggeleng.

"no.. Sayang rest.. Esok nak check up kan.."pujuk uzayr.. Pipi aqilah diusap lembut. Kakinya sudah melangkah masuk ke bilik air.

Selesai bersihkan diri uzayr keluar melihat aqilah sudah terlena.. Uzayr menarik selimut menutup tubuh aqilah.. Dahi aqilah dicium lembut. Kakinya melangkah turun kebawah.. Keluar dan memandu keretanya ke rumah mama.. Umair sudah menunggu di depan halaman rumah. Umair masuk kedalam perut kereta.

"jom la.. Kita pergi terus.. Takut lambat pulak sampai". Bicara umair. Uzayr hanya mengangguk. Kereta dipandu laju membelah jalan.

Setelah sampai di satu rumah banglo tiga tingkat berwarna putih uzayr memperlahankan keretanya. Kereta dipakir elok dibahu jalan depan banglo tersebut. Mereka berdua keluar dari perut kereta.

Belum pun sempat mereka menekan loceng.. Pintu pagar sudah terbuka dengan sendirinya. Umair dan uzayr saling berpandangan. Teragak untuk melangkah masuk..

"silakan masuk encik umair.. Doktor uzayr. Tengku dah tunggu dekat dalam" tegur pak ali... Pengawal keselamatan yang bertugas menjaga rumah banglo tersebut. Umair dan uzayr hanya mengangguk kemudian berjalan masuk.

"assalamualaikum" umair memberi salam.

"waalaikummusalam" salam dijawab dari dalam dan pintu dibuka oleh mak ani.. Orang gaji keluarga mereka.

"masuk lah.." ajak mak ani. Umair dan uzayr masuk..

"duduk lah dulu.. Mak ani naik panggil tengku yea" umair dan uzayr duduk di sofa ruang tamu. Tak lama selepas itu.. Kelihatan kelibat tengku ehsan turun dari tangga..

"lama uncle tak jumpa kamu berdua.." ucapnya sambil mendepakan tangan ingin memeluk uzayr dan umair.. Mereka berbalas pelukan.. Kemudian duduk semula.

"keluarga kamu apa khabar sihat?" tanya tengku ehsan.

"alhamdulillah sihat uncle" jawap umair.. Uzayr hanya mengangguk.

"uncle macam mana sihat.. Auntie sihat.." tanya uzayr.

"alhamdulillah macam ni lah kami.. Dah tua tua ni.. Auntie ada.. Tadi dah tidur.." kemudian tengku ehsan gelak.. Mereka berdua pun turut gelak perlahan.

"sara mana uncle" tanya umair.. Uzayr hanya memandang wajah abangnya.

"tau lah kan sara tu.. Entah kemana perginya.. Penat uncle nak uruskan dia sorang.."

"uncle.. Umair nak cakap sesuatu ni.. Harap uncle tak marah dan bekecil hati" ucap umair perlahan.

"cakap lah.. Insya Allah uncle ok" balas tengku eshsan.

"tadi sara.. Ada serang isteri uzayr.. Saya bukan apa uncle. Risau" terang umair.. Tengku ehsan hanya memandang wajah kelat uzayr.

"sara buat hal lagi.. Dia dah janji dengan uncle dan auntie tak nak kacau keluara uzayr lagi.." nada tengku ehsan sedikit tinggi.. Tangannya digengamkan.

"uncle minta maaf uzayr.. Uncle ingat sara dah betul betul ok.. Tu yang uncle balik malaysia.." wajah uzayr dipandang.

"uncle.. Apa kata kalau uncle sambung rawatan sara dekat sini.."cadang uzayr.

" uncle dah cuba.. Tau lah kan sara tu macam mana.. Kalau dia mengamuk.. Uncle takut auntie pulak tak boleh terima kalau apa apa terjadi kepada sara" terangnya.

Mak ani datang meletakkan tiga cawan air kopi dan juga sepiring kek buah di atas meja kopi. Kemudian menjemput mereka untuk minum. Mereka hanya membalas dengan angggukan kecil

"uncle tak nak kahwinkan sara" tanya umair lepas mak ani meninggalkan mereka.

"sara tu degil.. Nak jugak dengan uzayr. Uncle dah penat nasihatkan dia supaya move on.. Lainlah kalau uzayr nak jadikan dia isteri nombor dua.. Uncle terima.." wajah uzayr dipandang. Membulat mata uzayr memandang wajah tengku ehsan.

'dulu dipujuk menjadi tunang paksaan.. Arini datang berbincang.. Di suruh jadi suami si sara pulak.. Memang tak la.. Bala ni' rungutnya di dalam benaknya.

" minta maaf uncle..saya tak boleh.. Saya sayang isteri saya.. Saya dah nak jadi ayah tak lama lagi.. My wife need me.. Saya datang nak selesaikan masalah.. Cadangan uncle ni.. Tambah masalah saya" terang uzayr.. Mendatar.. Umair hanya memerhati.

"uncle paham.. Uncle paham situasi uzayr..cukuplah sekali uzayr terperangkap menjadi tunangnya dulu" tambahnya lagi.

"harap uncle tak bekecil hati.." sambung uzayr. Tengku ehsan mengangguk kecil.

"uncle dah ada calon untuk sara.. Insya Allah lepas ni harap dia tak ganggu lagi hidup uzayr sekeluarga." perlahan suara tengku ehsan kedengaran.

"kami harap macam tu lah uncle.. Harap semua baik baik saja.." balas umair.

"minum lah.. Lama berborak. Sejuk dah air" ajak tengku ehsan sambil tegelak kecil.

Mereka kemudiannya minum dan makan kek buah yang dihidangkan. Selesai berbincang umair dan uzayr meminta diri untuk pulang.. Tengku ehsan menghantar kedua dua tetamunya sampai ke muka pintu.

"senang senang datanglah ke rumah uncle.. Yea.. Jangan la segan segan.." ucap tengku ehsan.. Serta senyum dibibirnya.

" insyaallah uncle assalamualaikum" balas umair.. Uzayr hanya mengangguk dan tersenyum sebaris.

"waalaikummusalam.." balas tengku ehsan.

Mereka berdua melangkah keluar dari halaman rumah tengku ehsan.. Tengku ehsan sudah hilang dibalik pintu rumah banglonya.. Pintu pagar dibuka secara Automatik.. Umair mengangkat tangan kepada pak ali.. Sebagai ucapan terima kasih. Uzayr hanya mengangguk kecil.

"ok dah setel.. Jom balik.." ucap umair.. Selepas masuk kedalam perut kereta.

"harap setel lah.. Malas angah nak hadap si sara tu.. Kesian aqilah yang menjadi mangsa.."rungut uzayr.

" sabar lah.. Insyaallah semua akan ok" balas umair.. Uzayr melepaskan nafas berat.

"kalau lah along tak libatkan angah dari awal.." uzayr menggeleng kepalanya.

"jangan nak ungkit.. Benda dah jadi.. Angah tu rawat sara.. Sampai cair si sara tu buat apa" usik umair.

"hmm.. Takkan nak rawat kasar kasar.. Tu bukannya rawat.." rungut uzayr.

"dah la.. Along akan tolong angah.. Along janji.. Along pun tak mahu dia kacau aqilah.. Takut jadi apa apa.. Bukan boleh harap si sara tu. Banyak helah.." balas umair.. Wajah uzayr dipandang sekilas.

"thanks along.." ucap uzayr.. Umair membalas dengan senyuman dibibirnya.

Kereta dipandu pulang oleh uzayr.. Umair diturunkan di halam rumah mama.. Kemudian Uzayr memandu pulang kerumah ibu..

Aqilah yang sedang lena dibuai mimpi ditenungnya.. Diusap anak rambut aqilah perlahan.. Aqilah menggerakkan tangannya menghampiri mulutnya.. Gaya seperti sedang makan sesuatu.. Kemudian mulut aqilah terkunyah kunyah.. 'alahai.. Dalam mimpi pun masih ingat makan... Esok ada lah tu yang dimintanya' uzayr tergelak kecil.. Tubuhnya dibaringkan di sebelah aqilah.. Ditatap wajah kesayangannya sampai dia turut terlena sama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience