BAB 44

Family Completed 53336

Lapangan terbang antarabangsa kota kinabalu sibuk dengan orang ramai.. Aqilah dan adib berjalan masuk meredah orang ramai yang berjalan keluar dan masuk.

"ok abang.. Aqilah balik dulu.. Terima kasih hantar aqilah" aqilah senyum manis.

"yea lah.. Nanti sampai call abang.. Jangan merayap tempat lain pulak" tangan adib mengosok kasar kepala aqilah.. Senget benget tudung aqilah. Aqilah menepis tangan adib.

"nanti nak merajuk..datang lah cari abang lagi" usik adib.

"hmm.. Lepas ni aqilah cari tempat lain.. Tempat ni orang dah tahu." sengeh aqilah.. Adib membeliakkan mata.

"aqilah jangan mengada sangat.. Memang nak abang jadi penghuni IJN ke apa.." tegas suara adib. Aqilah ketawa kecil.. Memeluk abangnya.

"terima kasih abang.. Sayang abang" adib menepuk lembut bahu aqilah..

"aqilah balik bincang elok elok yea.. Apa pun terjadi.. Ibu dengan abang sentiasa ada untuk aqilah." aqilah mengangguk didada adib.. Aqilah bersalaman dengan adib.. Aqilah melangkah meninggalkan adib.. Adib melambai aqilah dari jauh.. Sehingga aqilah hilang dari pandangan matanya.

**********

Aqilah sudah sampai di rumah ibu.. Sampai saja aqilah mencari ibunya.. Memeluk dan mencium ibunya.. Hatinya kini tenang.. Apabila masalah sudah diluahkan.. Lega sikit rasanya.

Hp didalam poket dicari.. Nombor adib didail.. Aqilah memberitahu dia sudah selamat sampai di rumah ibu.. Sempat pulak adib mahu kesahihan.. Laju aqilah menyuakan hpnya kepada ibu..

Aqilah melangkah naik ke atas.. Badannya letih.. Dia perlukan rehat.. Sampai saja bilik.. Dia baring diatas katil. Sampai terlena..

Tidur aqilah terganggu.. Apabila dia mendengar bunyi riuh di bawah.. Aqilah bangun mengosokkan matannya.. Mengintai melalui tangga.. 'ada orang dekat bawah.. Siapa yang datang.' Aqilah masih mamai.. Mengebil ngebilkan mata.. Merenung tetamu yang hadir.

"aqilah buat apa tu.. Mari turun.." panggil ibu.

"kejap.. Aqilah pakai tudung" aqilah menjawap.
Aqilah masuk kebilik membasuh muka.. Kemudian menyarungkan tudung.. Kaki melangkah turun perlahan lahan..

"aqilah... Mari lah duduk sini" mama memanggil..
Tanggannya menepuk sofa di sebelahnya. Aqilah menurut. Mama memeluknya erat.. Aqilah tersenyum.

"mama kebetulan datang nak bagi kek.. Lepas tu ibu cakap aqilah dah balik.. Tu yang mama dengan papa singgah ni" terang mama sambil tersenyum.. Aqilah memandang kek di atas meja..

"sedapnya kek.. Mama buat ke" aqilah mengambil kek yang dihidangkan.

" yea.. Lama tak buat.. Tiba tiba rasa nak buat.. Tu yang mama hantar tu" aqilah mengangguk..

"aqilah.. Ambik yang dekat dapur.." tegur ibunya.. Setelah melihat aqilah sudah makan kek yang dihidang tu tinggal separuh.

"eh.. Tak pe kak.. Memang untuk kak ngan aqilah pun kek tu.." mama tegelak kecil.. Papa turut ketawa.

"assalamualaikum" kedengaran Suara memberi salam dari luar. Uzayr muncul dari muka pintu. Uzayr merenung wajah aqilah lama.

"masuk lah uzayr.." ajak ibu. Uzayr masih kaku berdiri..

"aqilah..ajak uzayr naik.. Mandi dulu." arah ibu. Aqilah bangun.. Melangkah mendapatkan Uzayr. Tangan disua untuk bersalam dengan Uzayr. Aqilah kemudian menarik tangan uzayr untuk mengikutnya naik keatas. Uzayr hanya mengikut langkah aqilah.

"sayang ok.." tanya uzayr sebaik pintu ditutup.

"sayang ok.. Bie.. Kenapa muka bie pucat" aqilah meraut pipi uzayr. Uzayr memegang jari jemari aqilah.. Dibawa ke bibir.. Jari aqilah dicium lembut oleh uzayr.

"bie rindu sayang sangat" nada uzayr sebak.. Tak tertanggung rindunya terhadap aqilah..

"jangan tinggalkan bie.. Please sayang" rayunya.. Kini uzayr sudah melutut di depan aqilah.. Aqilah mengangkat uzayr supaya bangun semula.. Namun gagal..

"bie.. Bangun dulu.. Berat la.."

"selagi sayang tak maafkan bie.. Bie akan stay macam ni" uzayr nekad.

"sayang dah maafkan bie.. Please bangun" pinta aqilah.. Uzayr bangun memeluk aqilah erat..

"thanks sayang.. I love you so much" pipi aqilah dicium bertubi tubi.. Aqilah menutup mulut uzayr.. Aqilah senyum..

"ok sekarang boleh mandi tak.." uzayr mengangguk laju..

"lepas mandi bie akan explain every single thing.. I promise no more secret between us" Uzayr mengangkat tangannya serupa macam hendak baca ikrar.

"sayang pun nak minta maaf sebab tinggalkan bie macam tu" perlahan suara aqilah. Jari uzayr mengangkat dagu aqilah.. Bibir mereka bertaut.

"that all because of me, no need to apologise" bisik uzayr di telinga aqilah. Bibir aqilah menguntumkan senyuman manis buat uzayr.

"bie rindukan senyuman ni.. Dimple ni" pipi aqilah dicucuk lembut oleh jari uzyar.. Aqilah mengeleng. Menolak uzayr ke bilik air..

"bie mandi dulu.. Sayang keluar turun bawah kejap" aqilah melangkah turun kebawah.. Tersenyum memandang mama yang dari tadi asyik memandangnya.. Aqilah ke dapur membuat air untuk uzayr. Kemudian aqilah duduk semula berbual dengan ibu, papa dan mama..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience