BAB 57

Family Completed 53336

Kereta dipandu oleh uzayr dipandu laju membelah jalan.. Suasana didalam riuh kedengan suara dj didalam radio berceloteh..

"sayang.. Are you craving something".. Tanya uzayr.. Sambil tangan kirinya memaut jari jemari aqilah diatas ribanya..

"hmm.. Macam mana bie tahu ni.." tanya aqilah sambil merenung wajah uzayr.

" bie mimpi.. Baby request something.. Sebab tu bie tanya sayang" uzayr senyum.. Seraya jari aqilah dibawa ke bibir dan dicium lembut.

"sayang nak makan tembikai .." jawap aqilah laju. Uzayr tergelak mendengar jawapan aqilah..

"ok kejap lagi kita cari.. Nasib lah tembikai bukan buah pelik pelik.." uzayr ketawa kuat.

"gelak yea.." aqilah memuncungkan mulutnya. Pipi aqilah yang semakin gebu dicubit lembut oleh uzayr.

Kereta sudah masuk di dalam kawasan hospital.. Selesai memakir kereta uzayr berjalan beriringan masuk ke dalam bagunan hospital bersama aqilah.

"alhamdulillah saya tengok semua ok.." bicara doktor wanita yang bernama linda.. Doktor linda merupakan doktor yang dipilih oleh uzayr sendiri untuk menyambut kelahiran anak mereka dan juga memantau keadaan aqilah semasa hamil.

"sekejap yea.." tangan doktor linda menggolek alat pengimbas ultrasound di perut aqilah. Uzayr yang berada di hujung kaki aqilah asyik memandang paparan skrin di depannya.

" nak tau jantina baby ke" tanya doktor linda. Sambil tersenyum kearah aqilah.. Kemudian memandang uzayr dibelakangnya.

"tak nak doktor" laju saja aqilah menjawap tanpa memandang ke arah uzayr. Doktor linda ketawa kecil. Kemudian mengangguk. Uzayr kemudiannya memeluk tubuh.. Masih tekun memandang kearah paparan skrin.

Doktor linda kemudiannya menunjukkan bahagian anggota badan bayi dalam kandungan aqilah.. Aqilah melihat dengan teruja.. Airmatanya menitis di hujung mata.. Dapat dia melihat kaki bayinya menendang di paparan skrin.

Selesai urusan di hospital Uzayr membawa aqilah untuk makan.. Mereka singgah untuk makan di sebuah restoran makanan laut.

Uzayr memilih untuk duduk di meja yang agak hujung mengadap kearah jalan.. Aqilah hanya mengikut sahaja. Pelayan datang dengan menu ditangan. Selesai memesan makanan, pelayan pun meninggalkan mereka.

"sayang.. Nak tahu satu rahsia.." tanya uzayr.

"rahsia apa" tanya aqilah.. Uzayr tersenyum.

"bie tahu.. It a boy or girl" balas uzayr selamba. Aqilah membulatkan matanya...

"it unfair.. Apa ni bie" rajuk aqilah. Tangannya memeluk tubuh.. Badannya disandarkan ke kerusi. Uzayr tegelak kecil dengan tingkah aqilah.

"ok.. Ok.. It maybe.. Tak sahih lagi kan.. Selagi dia tak keluar." pujuk uzayr.. Aqilah menjeling sekilas.. Hidung aqilah ciut.

Pelayan menghantar makanan ke meja mereka..aqilah mengucapkam terima kasih kepada pelayan tersebut. Kemudian pelayan itu pun beredar. Aqilah dan uzayr membaca doa makan. Mereka pun makan makanan yang terhidang di hadapan mereka.

"bie nak ke wash room kejap.. Sayang makan dulu yea.." ucap uzayr memandang aqilah yang masih makan. Aqilah mengangguk matanya memandang uzayr melangkah pergi.

"sedap makan.. Seronok lah kau kan perempuan perampas" sindir suara di depannya. Aqilah menganggkat wajahnya memandang satu susuk tubuh di depannya.

"sara.." ucapnya sepatah.

"ingat pun I.. Ingat dah lupa.." sara menjeling aqilah.

"awak nak apa" tanya aqilah. Memandang tepat kearah sara.. Sudu dan garpu diletakkan ke pinggan.

"U pernah janji dengan I.. yang U akan tinggal kan dia.. Sebab dia hak I.." tangan sara menepuk permukaan meja.

"maaf lah cik sara.. Saya bukan nak kurang ajar ke apa.. Kalau ikutkan hak.. Saya ni isteri uzayr.. Saya lagi berhak dari cik sara.." balas aqilah dengan tenang. Wajah sara bertukar merah..

"U perempuan tak guna.." sara menghayunkan tangannya.. Namun sempat aqilah menepis.. Tangan sara ditangkap kemas.. Lalu dilepaskan dengan kasar.. Badan sara sedikit ke belakang.

"cik tak malu ke.. Semua orang tengok kita.. Lebih baik cik pergi.. Biar saya makan dengan aman dekat sini" sara memandang keliling.. Banyak mata memandang kearah mereka.

"Apa yang korang semua pandang pandang" marah sara. Sara kemudiannya melangkah pergi dengan wajah yang menyinga.

Aqilah kemudiannya sambung makan semula.. Perutnya diusap lembut... Aqilah hanya memikirkan keselamatan anak yang dikandungnya.. Dia harus kuat.

Uzayr yang sudah keluar dari wash room menyaksikan semuanya.. Dia melangkah ke arah aqilah. Wajah aqilah yang senyum itu ditatap lama.

"are you ok" tanya uzyar.

"ok je.. Sedap kan makanan kat sini" ucap aqilah sambil tersenyum.

"yea sedap..lepas ni kita pergi cari tembikai yea" uzayr turut tersenyum.

Mereka melangkah masuk kedalam pasaraya. Untuk mencari tembikai.. Laju aqilah kebahagia buah buahan..

"pandai pilih ke sayang" tanya uzayr..

"pilih yang dah belah tu.. Nak yang merah merah" balas aqilah.Uzayr mengangguk.

Buah tembikai yang sudah dibelah dan di balut dipilih oleh uzayr. Ditunjukkan satu persatu kepada aqilah. Aqilah memilih empat potong buah tembikai.. Kemudian mereka ke kaunter untuk membayar..

"suka lah tu kan.. Dapat tembikai" usik uzayr.

"of course la.." serentak itu aqilah memengang perutnya.. Langkahnya terhenti.

"kenapa sayang" tanya uzayr cemas.

"baby kicking.. Dia pun happy sama kot papa dia layan dia" aqilah ketawa sambil mengosok perutnya..

"really.. Baik.. Papa akan layan baik baik mengidam mama ni..." sambil mengosok perut aqilah. Mereka berdua ketawa kecil.. Sambil berjalan berpegang tangan.

Tanpa mereka sedari ada sepasang mata memerhati dari jauh.. Mencemburui kemesraan yang dipamirkan oleh uzayr dan aqilah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience