BAB 20

Family Completed 53336

Aqilah memeluk ibunya erat.. Pipi ibunya dicium. 'hatinya berbunga bunga riang, adakah ini cinta.. Jatuh cinta kepada suami sendiri.. Ibu.. Aqilah jatuh cinta..' jeritnya dalam hati.. Bibirnya tersenyum manis.

"Anak ibu ni kenapa, senyum je dari tadi.. Ingat dekat suami lah tu" usik puan izzah.

"mana ada... Rindu ibu lah ni"

Pipi aqilah dicubit manja oleh Puan izzah. Senang melihat anaknya bahagia. Senyum di bibir terukir. Teringat arwah suaminya.. 'mesti abang suka tengok anak kita, dah kahwin.. Bahagia bersama suaminya..'

"apa ni peluk peluk.. Adib nak jugak" mereka tiga beranak kemudiannya ketawa gembira.

"ibu.. Mama tanya tadi.. Ibu nak ikut mama pergi umrah ke..

" Allah.. Ibu lupa.. Sibuk sangat nak kenduri aritu. Ibu nak pergi umrah selepas selesai kenduri belah laki nanti.. "

" ala ibu.. Nanti aqilah tinggal sorang.. Dah la abang nak balik sabah.. "rengek aqilah.

" mengada la orang tu.. Suami tu nak campak mana" usik adib hidung aqilah sempat dicubitnya. Aqilah mencebik. Tak jemu adib mengusik aqilah.

"ibu pergi tak lama.. Dua minggu je" pujuk puan izzah lagi.

"sempat la korang honeymoon kat rumah dua minggu" adib mengenyit kan mata kearah aqilah.

"ahh.. Aqilah ada konvoi motor.. Boleh la joint" sengeh aqilah.. Baru dia teringat.. Dia ada daftar untuk joint konvoi sebelum nikah.

"jangan nak merepek.. Ibu tak ada nanti ni. Kalau nak pergi jugak minta izin suami dulu.." adib mengangguk setuju dengan ibunya.

"yea lah.. Nanti aqilah tanya uzayr"

"uzayr balik pukul berapa" tanya adib.

"tak tahu.." aqilah mengangkat bahu.

"betuah punya anak.. Tanya la dia" tegas ibu. Aqilah hanya menggangguk.

"tu la td tak mau tanya.. Masa dalam kereta tu... Ibu tau tadi..." cepat tangan aqilah menutup mulut adib..

"ada ada ja la kamu dua beradik ni" puan izzah menggeleng kepala. Muka aqilah sudah merah.. Paham lah puan izzah.

"adoii aqilah ni.. Tak benafas abang ni" laung adib sedikit kuat. Aqilah menunjukkan isyarat diam. Adib melangkah meninggalkan aqilah sambil ketawa.

Aqilah mengeluarkan hp dari poket seluarnya.

-assalamualaikum bie.. Balik pukul brapa?
-waalaikum salam syg.. Knp rindu ke.
-mn ada.. Tanya je.
-bie mk balik lewat skit.. Xconfirm lg. Nnt bie bgtahu lain yea.
-ok buat kerja Elok2..
-ok syg.. Love u.
-ok
-ok je.. Sampai hati.
-ngada.. Buat kerja. Bye.

Seronok jugak mengusik suaminya.. Aqilah senyum sendiri.. Suka.

"sudah la tu.. Tengok hp pun boleh gelak sorang sorang.." ucap puan izzah.. Sah la anaknya dah angau bercinta.

"tak la ibu.. Uzayr ni.. Dia bagi tahu mungkin balik lambat."

"dah la tu.. Mari tolong ibu masak.. Aqilah tolong cuci sayur" ajak puan izzah.

"baik ibu" aqilah bangun mengikut ibunya.

**********

"wah uzayr.. Beseri seri aku tengok kau arini.. Ada apa apa ke"

"mana ada hakim.. Macam biasa je ni. Esok jangan lupa datang kenduri yea.."

"oh kenduri abang kau... Ok esok aku bawa family aku"

"ok.." uzayr tersenyum.

Mati la kalau staff tau aku yang kawin.. Mau heboh satu hospital ni. Tak pa la kita tunggu esok tengok siapa yang datang.

"doktor uzayr... Kenapa asyik tesenyum je dari tadi.." tanya linda.

"yea ke.. Biasa je.. Selalu saya tak senyum ke"

"selalu pun senyum.. Tapi arini lain macam.. Macam menang loteri"

'Menang loteri ke.. Ni lebih lagi sebab dapat isteri' bisik dalam hati.

"esok jangan lupa yea.. Datang kenduri saya.."

"yea insya Allah.. Saya datang"..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience