BAB 13

Family Completed 53336

Hari yang dinanti telah tiba.. Betul ke hari yang dinanti. Aqilah cantik berpakaian serba putih.. Memandang kearah cermin. Wajah yang sudah siap disolek oleh kak hanum.

"cantiknya adik abang ni.." degar suara adib di depan pintu.

"abang.." tangan aqilah melambai kearah abangnya.

Tangan aqilah disambut oleh adib.. Adib mengengam tangan aqilah yang sejuk itu..tahu perasaan bakal pengantin itu. Belakang aqilah digosok pelahan.

"relax.. Yea.. Abang ada ni, abang teman aqilah" pipi aqilah dicubit lembut.

Aqilah mengangguk perlahan.

"adib.. Bawa aqilah turun.. Kita ke masjid sekarang.." arah puan izzah.

**********

Masjid kedengaran riuh rendah dengan gelak tawa ahli keluarga yang datang. Masa inilah sanak saudara yang jauh datang untuk berjumpa.

Puan Izzah yang sibuk melayan sanak saudara kelihatan ceria.. Senyum tidak lekang dibibirnya.

"jom aqilah.. Dah sampai ni" ajak adib.

"aqilah takut la, kenapa ramai sangat"

Adib turun. Berjalan ke tempat penumpang. Membuka pintu untuk aqilah. Aqilah masih di tempatnya.

"jom.. Abang ada ni" tangan disuakan kepada aqilah. Tangan itu tidak disambut oleh aqilah.

"nak abang dukung aqilah masuk dalam masjid ke.. Biar semua orang tengok" ugut adib.

"yea lah.. Janji jangan tinggal aqilah"

"yea... Abang janji"

Aqilah keluar dari perut kereta.. Tangannya memegang erat lengan adib. Banyak mata memandang menambahkan lagi rasa gugupnya.

Adib dan aqilah melangkah masuk kedalam masjid. Aqilah duduk elok diatas pelapik yang disediakan untuk pengantin. Adib dari tadi menemani aqilah.

Tak lama selepas itu. Rombongan pengantin lelaki tiba.. Mereka berada diluar bersama dengan tok kadi. Nampak seperti berbincang sesuatu.

"aqilah.. Abang nak pergi tengok kejap. Kenapa mereka tak masuk"

"ok abang.. Jangan lama sangat"

Langkah adib diperhatikan.. Adib bersalaman dengan tok kadi dan juga ahli keluarga rombongan lelaki.. Kemudian adib berbincang dengan encik muhsin. Muka adib nampak tidak puas hati. Gelisah. Sekejap adib berpaling ke arah aqilah. Kemudian berpaling ke arah encik muhsin.. Sambil mengangguk. Ibu juga berada disitu. Adib kemudian melangkah masuk mendapatkan aqilah.

"aqilah.. Jom ikut abang kejap"

Aqilah bangun mengikut adib. 'kenapa ni.. Macam pelik je.. Mana umair' sambil berjalan aqilah mencari kelibat umair. Namun tak kelihatan.

"aqilah mari sini dekat ibu" ibu memegang tangan aqilah.. Jari jemari aqilah digengam erat.

"aqilah.. Degar ni abang nak cakap" mendatar saja suara adib.

Aqilah yang masih tidak paham. Mengangguk kepala sambil matanya liar memandang rombongan lelaki. Mereka semua memandang kearah aqilah.

"aqilah.. Umair tak dapat hadir"

Aqilah tergamam.. "abang jangan la buat lawak Tak dapat hadir".. Tanya aqilah lagi.

"aqilah.. Umair.. Dah lari" terang adib lagi.

Lemah lutut aqilah mendengar ayat adib.. 'lari, apa salah aku..' aku memandang kearah ibu. Sedih wajah ibu..

"ibu.. Macam mana ni ibu.. Boleh kalau kita batalkan saja ibu" malu aqilah bukan kepalang lagi. Wajahnya langsung tidak memandang rombongan lelaki.

"kita bincang dengan pihak lelaki dulu yea" pujuk puan izzah.. Aqilah hanya menggeleng. Wajahnya memandang ke bawah.

'sampai hati buat aqilah macam ni umair.. Apa salah aqilah.' rungutnya dalam hati.. Marahnya membuak buak kepada umair. Tangan mengengam baju menahan marah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience