BAB 42

Family Completed 53336

Hujan mula turun renyai renyai diluar... Niat untuk keluar dibatalkan.. 'Makan lah apa yang ada, malas pulak nak redah hujan' pikirnya.. Buku latihan anak muridnya diambil dari dalam beg..Pen merah di tangan laju menanda buku buku di depannya.

"assalamualaikum"

sayup sayup kedengaran suara memberi salam diluar.. Adib memasang telinga. Salam diberi lagi.. Suara perempuan pulak.. Kaki melangkah ke pintu utama. Pintu dikuak sedikit. Kepala mengintai ke luar.

Satu susuk tubuh berdiri didepannya.. Wajahnya tidak kelihatan kerana ditutup dengan hoodie. Pintu dikuak besar dari luar.. Adib dipeluk erat.. Adib tergejut..

"errr awak nk sapa" tanyanya.. Aqilah kemudiannya tegelak kuat.. Melihat wajah adib panic.

" Astaghfirullahal Adzim.. AQILAH!!!" jerit adib.. Aqilah menutup telinganya.. Bingit.

"aqilah buat apa kat sini.. Nak abang sakit jantung ka" aqilah hanya tersengeh.. Adib keluar dari rumah.. Kemudian masuk semula.

"mana uzayr" setelah melihat aqilah hanya datang seorang diri..

"aqilah datang sorang" jawap aqilah bersahaja. Lalu dia melabuhkan punggung di atas kerusi.

"datang sorang.. Uzyar tahu ke ni"

"tahu.. Abang ni.. Selalu aqilah memang datang sorang kan.. Macam tak biasa pulak"

"buat apa datang" tanya adib sambil memeluk tubuh..

"saja.. Rindu.. Tak boleh ke.. Kalau tak boleh aqilah balik sekarang" aqilah bangun membuka pintu dan melangkah keluar..

"ooi cik adik.. Baik masuk sekarang.. Jangan nak mengada sangat" laung adib dari dalam rumah. Aqilah ketawa kemenangan. Masuk semula didalam rumah.

"abang... Lapar.." aqilah merengek. Tangan mengosok perut..

"tu lah. Datang tak bagitahu.. Kalu tak tadi abang boleh ambik sekali kita pergi makan.. Padan muka" aqilah menjeling...

"sampai hati" aqilah buat buat nak menangis.

"yea lah.. Jom keluar" adib memujuk. Aqilah senyum sampai ke telinga .. Suka.

"ni yang sayang abang sangat ni" memeluk pinggang abangnya..

"sayang lah sangat.." balas adib.

***********

Ruang tamu rumah sunyi.. Umair turun kebawah menunggu kepulangan mama dan papanya. Tv dipasang bagi menghilangkan rasa bosan. Kedengaran bunyi enjin kereta dari luar rumah.

"assalamualaikum" puan kausar memberi salam.. Encik muhsin turut mengikut masuk.

"waalaikummusalam" jawap umair.

"anak mama dah makan ke.. Ni mama dah belikan makanan" puan kausar melangkah ke dapur untuk menghidang makan.

"awal balik umair.. Selalu susah nak ada dekat rumah" tegur encik muhsin.

"keja habis awal pa.. Segan pulak nak keluar" jawap umair. Encik muhsin melangkah ke bilik.

"pa.. Ma.. Kejap lagi umair ada benda nak bincang papa dan mama.." terang umair. Memandang kearah mama.. Kemudian papanya.

"yea la.." jawap encik muhsin.

"mama.. Kejap umair naik solat dulu.." kakinya melangkah keatas.

"yea lah. Mama pun nak solat dulu" puan kausar pun melangkah masuk ke bilik.

Selesai makan.. Mereka beredar keruang tamu. Mama duduk bersebelah dengan papa.. Umair dan uzayr sudah menunggu di ruang tamu... Umairah saja yang masih didapur.. Membasuh pinggan.

"umair nak bincang apa ni" tanya mama memulakan bicara.. Umair memandang wajah uzayr disebelahnya.

" bincang pasal sara" jawap umair.

"kenapa dengan sara.." tanya papanya.

"bukan kita tak akan sebut nama tu lagi ke.. Bukan kita dah selesai dengan sara" mama geram mendengar nama sara disebut semula setelah tiga tahun nama itu tidak didengarinya.

"umair pun tak tahu ma.. Baru baru ni umair ada warning dia.. Sara kata, dia ada keja modeling dekat sini.. Lepas habis dia balik.. Tengku Ehsan pun tak tahu dia ada dekat malaysia" terang umair.

"umairah pun ada jumpa dia dekat mall aritu ma.." sampuk umairah.

"so what the problem.. Uzayr ada jumpa dia ke" tanya papa. Uzayr hanya menggeleng.

"masalahnya aqilah dah tahu.. Sara tu tunang uzayr.." jawap uzayr.. Keluhan berat dilepaskan. Mama mengurut dada.. Umairah membeliakkan mata tangannya menutup mulut. Papa memandang jauh kehadapan.

"sayang siap.. Jom kita pergi rumah kak izzah sekarang" arah papa. Mama mengangguk.

"no papa.. Aqilah tak ada dekat rumah ibu." ucap uzayr.. Papa memandang tajam wajah uzayr.

"what did you mean aqilah tak ada" tegas suara papa.

"she need a time.. Dia pergi tenangkan fikiran.." terang uzayr.

"dia pergi mana uzayr.." tanya mama. Uzayr mengangkat bahu.

"uzayr izin kan dia pergi untuk tenangkan fikiran.. Itu pemintaan dia.. Dia janji akan update uzayr. Uzayr kena selesaikan benda ni baru uzayr boleh jumpa dia ma pa..." sedih nada uzayr seperti menahan nagis. Wajahnya memandang ke bawah.

"umair.. Papa nak jumpa Tengku ehsan.. Umair uruskan itu untuk papa." wajahnya kemudian memandang uzayr.

"by tomorrow uzayr, papa nak tahu where in my daughter-in-law". papa melangkah masuk ke bilik tidur.

Mama hanya melihat suaminya melangkah pergi. Mama bangun.. Memeluk uzayr.. Belakang uzayr digosok lembut.

"sabar yea.. Allah sedang menguji kamu.. Insya Allah semua akan ok.." pujuk mama.

"along akan cuba tolong angah" bahu uzayr ditepuk.. Umair melangkah naik keatas..

"dah.. Semua pergi naik tidur dulu..." arah mama lembut.. Uzayr bangun naik keatas.. Diikuti oleh umairah..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience