BAB 28

Family Completed 53336

Ibu, mama dan papa sudah selamat tiba di tanah suci mekah untuk menunaikan umrah. Abang adib pun dah balik ke sabah...

Aqilah tinggal dirumah ibu sendirian.. Menungggu uzayr pulang dari hospital.

-bie.. Balik lambat ke..
-mk lewat.. Syg tdo dlu..
-boring.. Blh x nak kluar..
-dah mlm.. Nk kemana??
-nak ajak umairah mkn kat luar.. Blh?
-ok.. Tapi kluar naik kereta.. Jgan balik lwt.
-ok baik.. Tq.

Dengan pantas aqilah mendail no umairah..

"assalamualaikum umairah... Busy tak."

"waalaikummusalam.. Tak pun. Kenapa"

"jom keluar.. Boring"

"ha jom..."

"tapi angah suruh naik kereta.. Takpe ke"

"boleh je.. Umairah tunggu kak ngah depan ni."

"ok set"

Aqilah bangun mencapai tudung.. Disarung elok atas kepalanya.. Kemudian dia mencari Cardigan untuk dipakai bagi menutup baju t-shirt lengan pendeknya. Ok siap.. Kunci moto dicapai.. Pintu rumah dikunci.. Motor dipandu kerumah mama.

Sampai rumah mama kereta umairah sudah siap menunggu di luar.. Aqilah masuk ke halaman rumah untuk pakir motosikal nya.

"nak kemana malam malam" aqilah yang tergejut mendengar suara orang melaung.. Kepalanya berpusing kiri dan kanan mencari arah suara tadi. Tapi tiada siapa didepannyanya.. Kecut perut dibuatnya.

"along dekat balkoni ni" kemudian dengar suara itu ketawa kuat. Aqilah memandang ke balkoni. Umair bediri sambil menghisap rokok.

"oh.. Along.. Nak keluar makan dengan umairah"

"jangan balik lewat sangat.. Apa apa call along"

"yea lah.. Aqilah pergi dulu" aqilah melangkah menuju ke kereta umairah.

Pintu kereta dibuka.. Aqilah masuk kedalam perut kereta.. Tali pinggang dipakai.

"kita nak kemana sis" tanya umairah..

"jom la.. Pergi makan ke... Ikut lah.."

"ok.. Kita lepak kat cafe mama.. Nak"

"boleh je.. Lpas tu kita jalan jalan"

Kereta pun meluncur laju di atas jalanraya.. Sampai ke tempat dituju.. Cafe yang mama usahakan bersama papa selepas papa bersara.

"umairah.. Lama tak jumpa.. Ni datang nak tengok akak buat keja ke ape ni.." tegur kak ayu dengan ramah sambil menguntumkan senyuman manis.

"kak ayu ni.. Mana ada.. Nak lepak sini kejap.. Lama tak singgah"

"siapa ni... Akak macam penah tengok.. Kawan umairah ke"

"akak ni... Ni wife angah.. Namanya aqilah." aqilah tersenyum.. Tangan dihulur untuk bersalaman. Kak ayu menyambut salam aqilah.

"ha ah.. Patut la rasa penah tengok.. Sorry akak tak cam tadi.. Aritu tengok masa kenduri je"

"tak pe kak" aqilah tersenyum lagi. Ramah betul kak ayu ni.

Kemudian kak ayu beredar selepas mengambil pesanan daripada kami. Lepas makan kami keluar berjalan dalam mall menjamu mata..

Asyik berjalan dengan umairah sambil memandang ke arah butik baju.. Bukan nak beli sekadar window shopping. Tedengar suara menegur.

"umairah... It you right.." umairah ditengur oleh seorang wanita cantik.. Tinggi lampai. Pakaian agak ketat dan seksi.. Gaya macam model.

"maaf saya tak kenal cik" umairah menarik tangan aku untuk berjalan meninggalkan wanita cantik itu.

"wait la.. Ni sara la.." terang wanita itu.

"cik salah orang ni..maaf kami dah lambat" umairah nekat teruskan berjalan.. Aku hanya memerhati wanita itu kaki masih melangkah mengikut umairah. Dah jauh.. Baru umairah berhenti. Kemudian berpusing kebelakang..

"kenapa ni umairah.. Pelik la kau ni.. Sapa perempuan tadi"

"tak ada apa.. Orang gila.. Kalau jumpa dia jangan layan dia.." aqilah bingung.. Biar betul umairah ni.

"jom lah balik.. Nanti angah marah pulak balik lambat"..

Kami berjalan keluar mall.. Kemudian terus balik ke rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience