BAB 8

Family Completed 53336

"assalamualaikum"

"waalaikum salam" jawap puan kausar.

Umair melangkah masuk ke dalam rumah.. Tubuh nya baringkan atas sofa. Puan kausar mendapat kan umair.

"umair ke mana"

"umair jumpa tunang umair, dia kirim salam dekat mama dengan papa" ayat untuk memancing mamanya. Sambil senyum terukir.

"waalaikum salam.. umair pergi date ke" tanya puan kausar. Gembira.

Senang dia melihat mama senyum gembira. Kepala diangguk mengiya kan soalan itu.

"macam mana. Ok.. Semua ok ke"

"ok ibu.. Comel je aqilah tu sekarang. Tak macam dulu.. Comot, kurus kering.. Pendek pulak tu."

"amboi.. Mulut tu kata dekat menantu mama"

Umair hanya tersenyum. 'betul lah apa umair kata tu.. Tu tak kira perangai macam lelaki lagi tu' bisik hatinya lagi.

"alhamdulillah umair dah buka hati nak terima aqilah.. Mama suka sangat" ubun ubun anaknya dicium.

"mama.. Aqilah tu memang panggil mama, mama ke. Kenapa" tanya umair lagi

"oh.. Memang pun mama yang suruh panggil mama. Sebab dia rapat dengan umairah.. Mama dah anggap aqilah macam anak mama"

Kepala umair mengangguk paham... "ok lah ma.. Nak naik mandi dulu.. Mana yang lain ma.. Sunyi je"

"papa ke surau, uzayr on call tak balik malam ni.. Umairah kejap lagi balik lah tu"

"hmm.. Ok lah. Umair nak mandi. Nak solat."

"umair jangan lupa hujung minggu teman mama fitting baju pengantin yea" ucap puan kausar lembut.

Umair mengangguk langkah kaki memanjat tangga ke atas.

**********

Aqilah turun ke bawah.. Mencari ibunya didapur. Namun tak kelihatan. 'mana ibu pergi ni.. Dah malam ni' risau pulak.. Bila ibunya keluar tanpa beritahu.

Baru saja nak melangkah menaiki tangga mahu dia kebilik untuk mengambil hp.. Pintu depan dibuka dari luar. Puan izzah masuk bersama abangnya adib..

"Abang!!" jerit aqilah sambil belari kecil mendapatkan abangnya. Tangan terus memeluk adib.

Adib hanya membiarkan saja aqilah memeluknya.. Rambut panjang aqilah diusap perlahan.. Rindu dengan adik kesayangannya.

"abang tak bagitahu nak balik" tangannya menumbuk dada bidang si abang. Adib mengerang sakit.. Merajuk dengan aqilah.

"saja nak but suprise.. Kalau bagitahu tak suprise la." usik abangnya.. Sempat mencuit hidung aqilah.

"sudah la tu.." tequr puan izzah. Rimas melihat telatah anak anaknya.. Mengusik lama lama begaduh.. Pening nak melayan dua beradik ni.

"abang balik ni nak selesaikan hal wali adik.. Lepas tu abang balik ke sabah.. Adik nikah nanti baru abang balik lama sikit.." terang adib.

"oh.. Baiklah cikgu adib" sengeh aqilah.

"thank abang.."

"Anything for you dear" sambil mengejit mata kerah aqilah.

"hmm.. Menyampah" aqilah menjeling abangnya.

"mula lah tu.. Tadi rindu.. Sekarang nak gaduh pulak" tegur puan izzah.Tangan puan izzah mencubit pipi adib dan aqilah.

Jeritan kedengaran.. Kemudian mereka ketawa gembira.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience