BAB 6

Romance Completed 1054

Hakimi yang baru pulang dari bermain tenis itu berbaring
kepenatan di sofa. Baizura yang baru keluar dari dapur itu terus
menghampirinya.

“Hei, baru balik.” Tegur Baizura sambil mengambil tempat
sofa berhadapan dengan Hakimi.

“Aah. Penatnya.” Adu Hakimi perlahan. Matanya dipejam rapat.
Tanda kepenatan yang amat sangat.

“Eh, pergi mandilah. Hari ni kan kita nak makan dengan
Aina.” Mendengar sahaja nama Aina, terus sahaja Hakimi bangun dari
pembaringan.

“Aah. Lupalah.” Hakimi mengaru kepalanya yang mungkin
kegatalan akibat berpeluh. ‘Apasal lah hari ni semua orang sibuk mengaru
kepala. Keluarga ni dilanda wabak kutu ke?’ Celupar betul kata hatinya
kali ini.

“Kimi nak pergi mandi dulu.” Terus sahaja lelaki itu bangun
dan berlari menuju ke atas. Baizura senang hati apabila melihar Hakimi
yang sudah sembuh dari penyakit hatinya? Tapi, sejak bila pulak dia
nampak sakit?

“Eh, Aina tumpang bilik air kat atas.” Baru sahaja dia ingat
yang Hakimi menggunakan bilik air di luar biliknya. Lupa terus dia untuk
memberi tahu bahawa Aina sudah datang.

Hakimi terus mencapai tualanya dan berlalu ke bilik air. Dia
betul-betul lupa yang hari ini dia akan bertemu dengan bakal tunangnya.
Tunang yang dia sendiri belum pernah mengenalinya.

Baru sahaja tangannya mencapai tombol pintu bilik air namun
tiba-tiba ada jeritan dari arah dalam. Dia baru perasan ada wanita asing
yang sedang memakai tudung. Serta merta ditolak kembali pintu bilik air.

Aina memegang dadanya yang baru sahaja dikejutkan dari mimpi
ngeri. Mujurlah dia sudah meletakkan tudungnya dikepala. Jika tidak,
pasti mahkotanya itu telah dihirup oleh lelaki asing.

Namun salahnya juga kerana tidak mengunci pintu bilik air.
‘Ya Allah, apasallah aku gelabah sangat hari ni?’ Rungutnya di dalam hati.

Mungkin kerana terlampau gemuruh untuk bertemu dengan
seorang lelaki yang bakal berkongsi hidup dengannya. Hidupnya jadi tak
tentu arah sahaja.

Dengan perlahan-lahan dia memulas tombol pintu bilik air.
Berdoa agar lelaki yang tidak dikenali itu tidak berada di situ.

Aina menarik nafas lega kerana tidak ada sesiapa yang luar.
Cepat-cepat dilarikan langkah menuju ke bawah. Cuba menghilangkan resah
di dada.

Hakimi yang sedari tadi menyorok di belakang almari, mula
menampakkan muka. Siapa perempuan yang berada di dalam bilik air
rumahnya ini? Ainakah?

Sedang Aina ingin mengangkat lauk makanan untuk dihidangkan
di meja makan, dia bertembung dengan seorang pemuda. Hampir sahaja
mereka berlanggar.

“Er, maaf. Lauk makanan ni nak dibawa ke depan ke?” Soal
Hakimi sedikit gelabah. Aina hanya mengangguk tanpa memandang ke arah
pemuda itu. Inikah Hakimi?

Terus sahaja Hakimi mencapai lauk pauk yang sedari dipegang
oleh Aina. Aina kelu terpaku sendiri.

“Itulah Kimi.” Baizura yang melihat adengan itu tadi segera
menjawab persoalan yang berada di benak Aina. Dia tersengih-sengih.

Aina tidak tahu hendak memberikan reaksi yang bagaimana. Dia
sebenarnya terkejut. Jejaka kacak seperti Hakimi itu tidak berteman ke?
Tidak ada ke seseorang yang menghuni hatinya?

“Alah, janganlah takut sangat. Kimi tu orang yang paling
okay sekali dalam dunia ni.” Usik Baizura sambil menarik Aina menuju ke
ruang makan.

‘Zura ni, semua orang dalam keluarga ni dikatakan terbaik di
dunia.’ Ngomel hati Aina sendiri.

Akhir sekali, sengaja Baizura mengaturkan agar Aina duduk
dihadapan Hakimi. Semua yang melihat rata-rata tersenyum. ‘Zura ni kalau
bab mengenakan orang, memang dialah taukeynya.’ Geram juga Hakimi dengan
sikap Baizura ini.

Baru sahaja Hakimi merasa suapan pertamanya tiba-tiba dia
merasakan ada yang lain dengan lauk makanannya hari ini. Ya, rasa lain
dengan sambal belacan.

“Siapa yang buat sambal ni? Zura ke?” Yalah, selain daripada
Puan Latifah, hanya Baizura yang sering ke dapur. Nak harapkan si Liyana
tu, memang menunggu bulan jatuh ke riba lah jawabnya.

“Tak lah. Kenapa, tak sedap ke?” Soal Baizura
tersengih-sengih sedangkan Aina mengigit bibir. Takut jika sambal yang
dibuat dengan kena dengan citarasa jejaka di hadapannya ini.

“Sedap. Ingatkan Zura yang buat.” Tengok. Kerana terlampau
taksub dengan sambal belacan sehinggakan Hakimi dapat merasakan kelainan
sambal belacan itu.

“Zura kan tak makan sambal. Buat apa Zura nak buat. Sambal
yang Kimi makan tu, Aina yang buat.” Moga air tangan si Aina ni dapat
mengikat hati Hakimi untuk terus terpaut pada Aina.

Serta merta padangan matanya jatuh pada seraut wajah yang
sedari tadi hanya ditundukkan. Aina tersenyum sedikit. Cuba
menyembunyikan segala gundah bin gelana.

Mereka makan sambil diselang selikan dengan suara usikan.
Hanya Aina dan Hakimi sahaja yang diam tidak berkutik. Sekali sekali,
dia menjeling ke arah Baizura yang asyik benar mengusik sehinggakan dia
dapat melihat muka Aina yang merah menahan malu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience