BAB 21

Romance Completed 1054

Sengaja dia tidak memberitahu ahli keluarganya tentang
kepulangannya kali ini. Dia hendak membuat kejutan. Baizura tersenyum.
Sudah mula membayangkan kekecohan rumahnya ketika menyambut
kepulangannya ini.

Setibanya di pintu rumah, Baizura melaungkan salam. Namun
dia pelik kerana rumah itu sepi tanpa sebarang suara.

“Zura!” Agak tinggi suara Puan Latifah menyambut kepulangan
Baizura. Mungkin kerana terkejut.

Badan Baizura ditarik ke dalam pelukkannya. Namun, tiba-tiba
ada tangisan yang terselit antara mereka. Encik Hamdan yang baru muncul
itu pun berwajah sugul.

“Kenapa ni mak? Kenapa mak nangis.” Tanya Baizura dengan
debaran. Ada apa-apakah perkara yang berlaku di luar pengetahuannya?’

“Aina…” Hanya nama itu yang terbit dari mulut Puan Latifah.
Dia sudah mula menangis sehingga legan bajunya lecun menahan air mata
yang bercucuran.

“Kenapa dengan Aina?” Dia menghalakan soalan itu kepada
Encik Hamdan.

“Abah, kenapa dengan Aina?” Dia terpaksa bertanya sekali
lagi apabila abahnya itu hanya bertindak untuk membisu.

“Aina ada dekat ICU sekarang. Dia menghidap penyakit kanser
perut.” Disandarkan badannya ke Sofa. Baizura mula beristifar di dalam
hati.

“Kenapa tak ada orang yang beritahu Zura?” Ya, persoalan itu
yang berada di benaknya sekarang.

“Kami pun baru tahu hari ni Zura.” Jawab emaknya sambil
menangis.

“Kimi tahu?”

“Mungkin jugak baru tahu.” Agak Encik Hamdan pula.

“Zura nak pergi hospital sekarang.” Dia mula mencapai tas
tangannya apabila Encik Hamdan memberi tahu bahawa Hakimi ada di HSC
Medical Center untuk menemani Aina.

“Zura kan baru je sampai, rehatlah dulu.” Pujuk Abah.

“Tak apalah bah, macam mana Zura nak rehat dengan tenang
kalau Zura tahu yang Kimi perlukann Zura sekarang.” Cepat-cepat dia
berlalu.

Sesampainya di hospital, dia terus menghalakan kaki ke wad
Aina bertanya di kaunter pertanyaan.

Dari kejauhan, Baizura melihat Hakimi yang sedang bersandar
di dinding sambil memeluk tubuh di luar bilik pesakit.

Mata lelaki itu terpejam erat. Mungkin mengumpul sedikit
kekuatan untuk mengharungi ujian getir ini.

“Abang…” Perlahan, dia memanggil Hakimi.

“Zura…” Terasa ringan sedikit bebannya apabila terpandangkan
Baizura yang sedang berdiri di sebelahnya. Baizura memegang lengan Hakimi.

“Abang okay tak ni?” Tanyanya lembut.

“Abang tak kuat nak harungi semua ni Zura. Abang tak kuat….”
Lirih nada suaranya. Baizura hanya mampu menelan air liur.

“Abang, jangan macam ni. Aina perlukan kekuatan abang… Kalau
abang tak kuat, macam mana Aina nak bertahan.” Berat mata memandang,
berat lagi bahu yang memikul.

“Macam mana dia boleh rahsiakan penyakit yang serius ni dari
abang… Abang rasa macam orang yang berguna.” Sedikit sebanyak, dia
merasa sangat marah dengan tindakan Aina kali ini.

“Abang, dia mungkin ada alasan tertentu sebab rahsiakan hal
ini. Kita tak boleh halang pilihan dia.” Dia pasti, Aina pasti punya
alasan tersendiri. Dia pastilah tidak mahu membebankan semua orang
tentang penyakitnya itu.

“Siapa sebenarnya abang dalam hati dia? Siapa?” Ketika Aina
sudah mula mendapat tempat di hatinya, kenapa perlu dia diuji lagi? Kenapa?

‘Ya Allah, apa aku cakap ni? Inikan ujian dari Allah. Kenapa
aku pertikaikan ketentuannya.’ Hakimi mula beristifar di dalam hati
apabila mengenagkan keterlanjuran sikapnya mempersoalkan takdir Allah.

“Zura nak pergi tengok Aina. Abang tak nak masuk sekali?”
Dia tahu Hakimi sedang marah, biarlah Hakimi mengawal rasa marahnya itu.
Kerana Hakimi berhak untuk merasa marah dengan tindakan Aina. Tapi dia
tidak menyalahkan Aina. Masing-masing pasti punya alasan yang tersendiri.

“Zura masuklah dulu. Kejap lagi abang menyusul.” Dia perlu
menyendiri sebentar. Baizura hanya menurut. Tiada niat untuk memaksa.

“Aina, aku dah balik…” Perlahan dia bersuara sambil
mengenggam erat tangan Aina yang pucat itu.

“Zura…..” Perlahan nada suarannya. Baizura memandang wajah
Aina yang pucat lesi itu. Berbeza benar dengan Aina yang dulu.

“Maaf kalau aku ganggu tidur kau.”

“Kimi mana?” Dia sangat takutkan penerimaan Hakimi. Dari
riak wajah Hakimi tadi, dia tahu, lelaki itu marahkannya.

“Kimi keluar kejap. Nanti dia baliklah.” Sengaja dia
berbohong. Dia tidak mahu menambahkan lagi beban kerisauan di hati Aina.

“Dia mesti marahkan aku…” Airmatanya merebes perlahan.

“Hei, Kimi tak marahlah. Kau janganlah fikir yang
bukan-bukan. Kau kena banyakkan rehat.” Pujuk Baizura lembut. Matanya
menghala ke arah pintu, kalau-kalau ada tanda Hakimi ingin masuk.
Baizura melepaskan keluhan berat.
***
Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Aina bermunajat panjang di tikar sejadah. Air matanya tidak
pernah berhenti mengalir. Dia menyesal kerana bersikap mementingkan diri
sendiri. Sesungguhnya, dia tidak pernah dapat merampas rasa cinta Hakimi
daripada Baizura.

Ketika nyawanya berada di hujung tanduk, barulah dia terjaga
dari mimpi bahawa hanya mimpi yang akan menyatukan cintanya pada Hakimi.
Sedangkan mereka hidup di dalam realiti yang pasti.

Baizura melangkah ke dalam wad hospital dengan perasaan yang
pelik. Kerana dia telah dijadikan sasaran mata-mata yang berada di dalam
wad ketika ini.

Dia membetulkan tudungnya. Adakah tudungnya itu sudah
berubah bentuk menjadi hodoh sehingga dia dipandang sebegitu rupa oleh
mereka-mereka yang berkenaan ini.

Ketika hendak masuk tadi, dia bertembung dengan Hakimi.
Hakimi juga melepaskan pandangan yang dia sendiri tidak dapat pastikan.
‘Asal semua orang bersikap pelik hari ni?’

“Zura…” Seru Aina yang dikerumun oleh ahli keluarganya.

“Kenapa Zura?” Tangannya mengengam tangan milik Aina yang
terasa sangat sejuk itu.

“Boleh tak kau tolong aku…” Perlahan sahaja nadanya.

“Lah, kenapa tak…. Kau cakap je nak aku tolong aku buat apa,
aku akan settlekan problem kau tu.” Dengan penuh yakin dia menjawab.

Puan Latifah dan Encik Hamdan sudah berpandangan sesame
sendiri. Dia tidak pasti respon yang bakal diterima oleh Baizura.

“Tolong gantikan aku….” Kata-katanya terhenti. Air matanya
menitis perlahan. ‘Ya Allah, ikhlaskanlah hati aku yang penuh khilaf ini…’

“Hei, kenapa ni… Cakap je sayang, aku akan tolong…”
Tangannya menyeka lembut mutiara jernih yang menghiasi pipi mulus itu.

“Tolong gantikan aku dalam hati Kimi….” Dia mengunakan
seluruh kekuatannya yang sudah tidak seberapa itu. Selebihnya, Aina
hanya mengharapkan pengertian dari Zura.

“Apa… apa yang kau merepek ni.” Tergagap-gagap dia
dibuatnya. Gengaman tangan yang erat tadi sudah mula kendur.

“Aku tak merepek Zura… Zura, kahwinlah dengan Kimi….” Pujuk
Aina dengan air mata yang berjujuran.

Baizura hanya mengeleng. Tidak faham dengan situasi ini.
Kenapa dia yang perlu dijadikan korban? Sedangkan Hakimi dan Aina saling
menyintai antara satu sama lain.

“Aku ada hal… Aku pergi dulu.” Serta merta dia meninggalkan
bilik yang menempatkan Aina.

‘Percaturan apa lagi ini Ya Allah? Tak kan kan aku tegar
merampas Hakimi dari Aina. Dan aku pasti, Hakimi tak akan
sewenang-wenangnya menerima cadangan dari wanita yang dia sendiri cintai.’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience