BAB 5

Romance Completed 1054

“Apa yang dimenungkan tu?” Baizura menoleh ke arah Shahrul
yang berada di sebelahnya.

“Tak ada papelah.” Jawabnya sambil tersenyum sedikit.

“Zura tak pandai menimpu Rul. Ceritalah.” Pujuk Shahrul
lembut. Tangannya masih menari di atas kanvas lukisan.

Lelaki ini begitu berbakat di dalam bidang seni. Dia sendiri
kagum melihat lukisan milik Shahrul. Dia berhak untuk dipuji apabila
melihat hasilnya. Kerana ianya tidak pernah menghampakan.

“Pasal Kimi. Dia nak kahwin.” Akhirnya, dia memutuskan untuk
bersuara.

“ Ya ke? Cepat-cepatlah dia kahwin. Kalau tak, hati Rul tak
tenang tau.” Sengaja dia bercanda. Suka menyakat kekasih hatinya itu.

“Rul ni kan. Suka mengarut yang bukan-bukan.” Marah Baizura
sayang. Marah tipu-tipu je…

“Mana ada mengarut. Zura kan sayang dia. Nanti Zura
tinggalkan Rul.” Usik Shahrul lagi. Sedangkan hakikatnya, dia tidak
pernah sedikit pun merangui kasih Baizura terhadapnya. Memang Baizura
jarang mengungkapnya tetapi ia tetap rasa di sanubarinya.

“Sayang Zura pada Rul, tak sama dengan sayang Zura pada
Kimi.” Tegas nada suaranya.

“Apa bezanya?” Uji Shahrul.

“Dulu, Kimi akan ada setiap kali Zura kesedihan. Yalah, Zura
ni kan cuma anak angkat. Perasaan rendah diri tu begitu menggunung. Tapi
kalau ada Kimi, Zura tak pernah rasa tersisih. Kalau Zura kena ejek
dengan kawan-kawan pasal ayah Zura, Kimi pasti akan ada untuk pujuk
Zura. Hakimi adalah titipan dari Allah untuk mengubati setiap luka Zura.

Hakimi paling tak suka kalau Zura menangis. Dia kata Zura
nampak hodoh bila menangis… Dia kata Zura kena kuat macam lelaki. Lelaki
tak menangis. Sebab tu sampai sekarang, Zura tak suka menangis..
Kadang-kadang Zura lupa macam mana untuk menangis. Dia sentiasa berjaya
menampal rasa sedih di dalam hati Zura. Sebab itu Hakimi adalah separuh
dari kekuatan Zura.” Luah Baizura sambil melemparkan pandangan ke arah
tasik.

Megat Shahrul pula hanya diam tidak berkutik. Agak lama juga
mereka berkeadaan begitu sehingga Shahrul kembali mencapai berus untuk
meneruskan lakarannya.

“Rul pula adalah jiwa Zura. Hilang Rul, hidup Zura tidak
akan ada ertinya.” Terhenti lakarannya. Dia menghalakan pandangan ke
arah Baizura yang duduk di sebelahnya.

“Mengenali Rul, membawa Zura ke dalam lautan kasih yang
tidak terperi. Yang Zura sedikit pun tidak pernah membayangkan. Rul
melengkapkan rasa hati yang kosong ni. Yang tidak pernah ada seorang pun
yang pernah menerokainya.” Tercengang Shahrul memandang Baizura.

Kata-kata itu begitu menusuk ke hatinya. Betapa bermaknanya
kata-kata itu pada dirinya. Shahrul tersenyum. Senyuman yang bakal
meruntunkan semua hati yang melihatnya.

“Jadi lepas ni, jangan Rul berani nak pertikaikan kasih Zura
pada Rul dan Hakimi. Zura sayang kedua lelaki ini melalui dua makna yang
berbeza.” Tergelak Shahrul apabila mendengar amaran dari kekasih hatinya
ini.

“Ya sayang. Tadi Rul saja je nak uji Zura.” Dia terus
melukis tanpa mempedulikan wanita kesayangannya yang sudah mula merajuk.

“Ni, kenapa tiba-tiba senyap ni?” Shahrul mula rasa tidak
sedap hati apabila melihat buah hatinya yang hanya sepi beribu bahasa.
Merajuk betul-betul ke?

“ Kenapa Rul tetap sudi terima Zura yang mempunyai latar
belakang yang teruk ni?” Dari dahulu dia ingin bertanya namun dia tidak
punya kekuatan.

“Maksud Zura?” Sengaja dia bertanya sedangkan dia sudah pun
memahami soalan Baizura itu.

“Yalah. Zura ni mempunyai latar belakang yang teruk. Ayah
Zura dipenjarakan sebab membunuh ibu Zura. Bukankah latar belakang ini
akan mencacatkan diri Zura untuk diterima oleh seorang lelaki. Pastilah
lelaki akan menganggap Zura dari keluarga yang lemah instistusinya. Mana
ada lelaki yang sanggup terima.”

Mata Shahrul tidak lepas dari memandang Baizura. Dia tidak
suka dengan kata-kata yang baru dituturkan gadis ini.

“ Kita berjalan, bukan ke arah belakang. Tapi ke depan. Jadi
apa perlunya memandang ke masa silam.” Putus Shahrul perlahan.

“Tapi…” Ayatnya putus di situ apabila pandangan Shahrul
tajam memanah matanya.

“Zura, bukan kita yang pinta takdir tu. Tapi itu adalah
jalan kehidupan yang Allah telah tetapkan. Siapa kita untuk
mempersoalkan apa yang telah berlaku. Rul pasti, ayah Zura pun tak
pernah mintak kejadian seperti ini terjadi dalam hidupnya.

Tapi sebab kita ni manusia biasa, yang akan tetap melakukan
kesalahan walau sesempurna mana pun kita.” Bukan dia tidak pernah
mendengar kata-kata seperti ini tetapi dia takut kalau-kalau keluarga
Shahrul tidak dapat menerima dirinya.

Dia sendiri tidak pernah mengeluh akan takdir yang menimpa
keluarganya. Mungkin ini adalah ujian yang sesuai dengan tahap keimanannya.

Dia menghadiahkan senyuman manis buat Shahrul dan kembali
membaca novel yang sedari tertangguh.

Shahrul juga turut meneruskan lakarannya. Namun seketika,
dia memandang ke arah kekasihnya. Gadis itu sebenarnya sangat tabah dan
sabar. Mungkin sesekali, dia agak tergelincir dari landasan. Mungkin
kerana takut akan sesuatu yang belum berlaku.

Tapi dia bukan gadis yang cepat melatah. Sepanjang hubungan
mereka, tidak pernah sekali pun dia melihat gadis itu menangis. Katanya,
kesedihan itu tidak semestinya digambarkan melalui air mata. Kerana itu,
Baizura amat istimewa di hatinya.

“Hmm, banyak nyer beli barang?” Soal Baizura sambil turut
mengemaskan barang dapur yang baru dibeli oleh Puan Latifah.

“Lah, kan Aina nak datang hari ni.” Tutur kata Puan Latifah
itu mematikan gerak langkah Baizura.

“Aina? Siapa Aina?” Tanya Baizura tidak tahu.

“Lah, bakal kakak ipar kita lah.” Jawab Liyana sambil
tersengih-sengih. Puan Latifah juga ikut turut tersenyum.

“Oh, dia nak datang hari ni. Patutlah banyak beli barang.”
Dia membuat kesimpulan sendiri.

“Alah, kalau dia tak datang pun, memang mak selalu masak
banyak pun. Kamu je yang tak makan. Sibuk berdatinglah katakan.” Ambik
kau. Tak pasal-pasal timbul isi ini pula. ‘Mak ni kalau bab bergosip,
terror jugak rupanya.’

“Ish. Apa yang mak merepek ni.” Tangannya mengaru-garu
kepalanya yang tidak gatal. Puan Latifah hanya tersenyum apabila melihat
aksi Baizura yang mengelabah.

“Kamu ingat mak tak tahu? Walau kamu tak beritahu pun, mak
ada banyak informer. Hehehe.” Sakat emaknya. Merah muka Baizura menahan
malu. ‘Ini mesti kerja Hakimi ni.’ Desis hatinya.

“Mak tak sedar. Yang anak mak ni dah besar rupanya. Dah
boleh jadi isteri orang dah. Dah nak tinggalkan mak dah.” Sayu nada
suaranya. Dia menepuk beberapa kali bahu milik Baizura.

“Ish, apa yang mak merepek ni? Kalau Zura jadi isteri orang
pun, Zura tak akan sesekali tinggalkan mak.” Ya. Mana mungkin dia
meninggalkan seorang ibu yang sentiasa bersusah payah untuknya.

“Jadi betullah dah ada ni?” Tak pasal-pasal dia terperangkap
di sini.

“Zura bukan nak rahsiakan perkara ni dari mak. Tapi Zura tak
tahu nak bagi tahu macam mana.” Putus Baizura. Dia tidak mahu
kalau-kalau Puan Latifah berasa hati dengannya. Dia tidak mahu hubungan
yang sentiasa jernih itu bertukar keruh.

“Anak perempuan memang selalu macam tu. Masa Along pun macam
tu jugak.” Tersengih-sengih Puan Latifah.

Dia sebenarnya senang hati kalau-kalau Baizura sudah menemui
buah hatinya. Kerana dia tidak mahu terlibat dengan menjodohkan Baizura
dengan mana-mana lelaki. Dia mahu Baizura mencari bahagianya sendiri.
Kerana gadis itu telah melalui detik yang sangat pahit untuk dikenang.

“Jadi bila nak kenalkan dengan mak?” Baizura mengigit bibir
mendengar pertanyaan emaknya.

“Nanti, satu hari nanti, Zura bawak balik kenalkan dekat
semua ya.” Putus Baizura. Sebenarnya, dia belum pernah membincangkan hal
perkahwinan dengan serius bersama Megat Shahrul. Dia masih belum bersedia.

“Mak, Kak aina dah datang.” Suara Liyana yang lantang itu
mengejutkan kedua beranak yang sedang berbual di dapur itu.

“Dah datang. Baru pukul berapa. Kita tak masak apa-apa lagi
ni.” Puan Latifah mula kelam kabut. Tangannya mengaru kepalanya yang
beralas dengan anak tudung.

“Alah, mak boleh suruh dia tolong masak sekali. Tengok sama
ada boleh kenyang ke tak si Kimi nanti.” Baizura melawak. Sekadar ingin
menenangkan sedikit ibunya itu.

“Assalamualaikum mak cik.” Muncul satu suara dari arah
depan. Merdu dan halus sahaja nada suaranya.

Gadis yang manis berbaju kurung itu dengan senang hari
mencapai tangan Puan Latifah dan mencium tangan emaknya. Manis dan
ikhlas perlakuannya.

“Kenapa datang awal sangat? Mak cik tak masak apa-apa lagi.”
Puan Latifah senang melayan bakal menantunya itu.

“Mak yang suruh. Mak kata, tak kan nak datang makan je.
Lagipun, bolehlah Aina tolong apa-apa yang patut.” Jujur alasannya.

“Alah, tak payah susah-susah. Tu hah, Zura ada nak tolong
mak cik.” Muncung Puan Latifah menghala ke arahnya.

Kini baru Aina sedar yang ada gadis lain yang bersama-sama
dengannya di dapur ini. Dia tersenyum manis. Gadis yang digelar Zura itu
hanya terpaku. Memandangnya tanpa kelip sehingga membuatkan dia malu
sendiri.

“Hai, Zura.” Baizura menghulurkan salam perkenalan.

“Aina.” Sejuk tangannya ketika jari mereka bertaut. Baizura
dapat rasakan ketakutan Aina. Hmm, siapa yang tidak berdebar ketika
pertama kali bertandang ke rumah mertua. Nasibnya nanti pun belum
diketahui lagi.

“Releks. Mak adalah ibu mertua paling sporting dalam dunia
ni.” Bisik Baizura ramah. Senang jika dapat meringankan beban ketakutan
milik Aina.

Aina tersenyum. Senang dengan kehadiran Baizura yang sedikit
sebanyak melegakannya.

“Mak, kita nak masak apa dulu ni?” Tanya Baizura sambil
sudah mula memotong apa-apa yang patut.

Akhir sekali, mereka masak bersama-sama. Saling bertukar
resepi. Sedikit sebanyak, Baizura mula mengagumi wanita yang bakal
menghuni di hati Hakimi ini. Nampaknya Aina ini ternyata bukan otak
kosong dalam bab memasak ini. Dia akui, dia agak kalah dalam bab ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience