BAB 8

Romance Completed 1054

Buat pertama kalinya, Baizura memperkenalkan Hakimi kepada
Megat Shahrul. Ini semua atas permintaan Megar Shahrul yang teringin
benar untuk berkenalan dengan madunya. Namun, Hakimi tidak hadir seorang
diri. Dia datang bersama Aina.

Sengaja dia merancang untuk melalukan BBQ ini. Untuk
memperkenalkan Hakimi dengan Megat Shahrul dan sekaligus mengeratkan
lagi hubungan di antara Hakimi dan Aina.

Suasana pantai yang sejuk ditiup angin itu betul-betul
menjadikan malam mereka itu begitu bermakna.

“Hmm, sedapnya bau…” Ujar Baizura sambil menghidu bau makanan.

“Eee, tak senonoh. Pergi main jauh-jauh nuh.” Halau Hakimi.
Sekadar bermesra. Megat Shahrul hanya tersenyum melihat telatah mereka
berdua.

“Rul, tengok Kimi ni, dia suka buli Zura.” Adu Baizura
manja. Shahrul tersenyum manakala Hakimi mencebik.

“Kimi, kau jangan berani nak buli buah hati aku ya.” Ugut
Shahrul. Sekadar ingin memeriahkan lagi suasana.

“Alah, macamlah dia sorang je ada buah hati.” Balas Hakimi pula.

“Alah, Kimi jelouslah tu sebab Kimi tak ada buah hati kan?”
Sengaja dia menghantar soalan perangkap.

“Eh, ingat Kimi ni tak laku sangat ke? Ni yang kat sebelah
kimi ni, buah hati Kimilah.” Spontan sahaja ayat itu keluar dari
mulutnya sedangkan muka Aina merona kemerahan. Mujurlah keadaan sedikit
gelap, jika tidak, pasti Aina tidak tahu dimana mahu ditelakkan mukanya ini.

“Aina, jom kita pergi main air nak?” Pantas sahaja Aina
mengangguk. Dia tidak betah berlama-lama dengan Hakimi. Sedikit
sebanyak, jejaka itu begitu mendebarkannya.

“Thanks.” Ucap Aina ikhlas.

“No hal lah.” Balas Baizura ceria. Berada di gigi pantai
menyebabkan mereka semakin kesejukkan sehingga mengigil Aina dibuatnya.

“Sejuk sangat ke?” Kasihan pula Baizura melihat Aina yang
kesejukkan itu lantas ditanggalkan baju sejukknya dan diberikan kepada Aina.

“Eh, tak pelah. Boleh tahan lagi.” Namun Baizura tidak
mendengar alasan tersebut lantas menyarungkan baju sejuk ke badan Aina.

“Zura nieh..” Ayatnya tergantung di situ. Tidak tahu
perkataan mana yang sesuai untuk digunakan.

“Degil. Aku tahu.” Dia pula yang menyambungkan ayat yang
tergantung itu. Aina sudah tahu berkata apa lagi selain hanya mampu
tersenyum dan mengeleng.

Mereka cepat-cepat berlari ke atas apabila sudah beberapa
kali nama mereka dilaungkan oleh si Kimi.

Sambil makan, mereka berbual mesra. Sekali-sekala Baizura
akan mengusik nakal pasangan itu sehingga ditegur oleh Megat Shahrul.

“Siapa yang bawa gitar ni?” Tanya Shahrul. Sedari gitar itu
diam tidak berbunyi.

“Kimi.” Jawab Baizura ringkas.

“Tapi Zura yang suruh.” Giliran Hakimi pula yang menjawab.

“Tak kan Zura nak main pulak?”

“Hai, malu dengan buah hati ke?” Giliran Hakimi pula yang
mengusik.

“Tak malu langsung.” Jawab Baizura berani.

“Kalau tak malu, nyanyilah satu lagu.” Kali ini, Megat
Shahrul pula yang bersuara. Sekilas, pandangan mereka bersatu.

Hakimi cepat-cepat mencapai gitar dan dihulurkan kepada
Baizura. Lambat-lambat sahaja Baizura mengambilnya. Namun sempat juga
dihadiahkan jelingan tajam buat Hakimi.

Selama ini, Megat Shahrul tidak pernah tahu kalau-kalau dia
meminati bidang muzik. Kerana itu dia malu, kalau-kalau suaranya tidak
sesedap yang diharapkan.

“Cepatlah. Dah tak sabar ni.” Aina pula bersuara. Membalas
dendam.
Jalan pernah takut ku tinggalkan
Saat bintang tak mampu lagi berdendang
Saat malam menjadi terlaluu dingin
Hingga pagi tak seindah biasanya

Tak kan mungkin kita bertahan
Hidup dalam bersendirian
Panas terik hujan badai
Kita lalui bersama

Saat hilang arah tujuan
Kau tahu ke mana berjalan
Meski terang meski gelap
Kita lalui bersama

Pernah kita jatuh mencuba berdiri
Menahan sakit dan menangis
Tapi erti hidup lebih dari itu
Dan kita mencuba melawan

Sehabis petikan gitar, semuanya memberikan tepukan gemuruh.
Hakimi tersenyum. Shahrul terpesona manakala Aina terpegun melihat
Baizura yang rancak memetik gitar.

Baizura menundukkan kepalanya. Tanda ucapan terima kasih.
Usai dia mengangkat kepalanya, semuanya memandangnya tanpa kelip.

“Kalau ya pun terpegun, tak payahlah tengok Zura macam tu
sekali.” Terkekek-kekek dia ketawa. Namun tawanya mati apabila melihat
isyarat yang diberikan oleh Aina.

Jari terlunjuk Aina mendarat di hujung hidungnya. Dengan
segera, tangan kanannya dibawa ke hujung hidung. Terperanjat sungguh dia
apabila melihat darah.

“Arghh!!! Kenapa ada darah?” Entah kepada siapa ditujukan
soalan itu.

Serta merta Shahrul bangun dengan lantas menanggalkan baju
sejuknya dan dipakaikan ke Baizura. Serta merta dia mengambil tisu dan
dilap dengan lembut hidung Baizura yang berdarah.

Hakimi juga tidak duduk diam. Cepat-cepat dia mengambil air
batu di dalam kotak dan ditelakkan di atas kain kecil. Air batu yang
sudah berbungkus itu diletakkan ke dahi Baizura.

“Nasib baik tak teruk sangat.” Luah Shahrul sambil masih
membersihkan sisa-sisa darah.

“Oh, dia ni memang macam ni. Tak boleh sejuk sangat.”
Baizura menjeling ke arah Hakimi kerana terlalu berterus terang.

“Sorylah Zura sebab pakai baju sejuk ni.” Giliran Aina pula
yang serba salah. Dalam diam, dia amat mencemburui Baizura. Di saat dia
kesakitan, ada dua orang lelaki yang begitu mengambil berat akan dirinya.

“Macam mana sekarang? Rasa lebih okay?” Soal Shahrul
bimbang. Dia memang akan terlebih bimbang apabila melibatkan Baizura.

“Zura okay. Rul janganlah risau sangat.” Baizura tersenyum.
Cuba melegakan kerisauan Shahrul.

Hakimi melarikan langkah ke arah lain. Kain yang dibungkus
air batu itu telah diserahkan kepada Shahrul.

Aina jadi pelik melihat sikap Hakimi yang tiba-tiba diserang
penyakit bisu. Hakimi kelihatan cemburu melihat kemesraan yang terjalin
di antara Baizura dan Shahrul.

“Kalau saya tak pakai sweater ni, mesti hidung Zura tak
berdarah kan.” Dia sengaja mengumpan Hakimi untuk berbual-bual.

“Eh, tak perlulah awak rasa serba salah pulak. Memang hidung
Zura tu selalu berdarah.” Hakimi menguis-nguis pasir di hadapannya
menggunakan ranting kayu.

“Eh, tengok bulan tu, cantik betul.” Semuanya sudah mula
mendongak ke langit. Mencari cantiknya bulan.

“Bulan tu dari jauh je nampak cantik tapi bila tengok
dekat-dekat, tak cantik pun.” Bidas Hakimi sengaja. Usik mengusik
seperti ini sudah biasa antara mereka berdua.

“Tak kisahlah. Janji Zura suka.” Memang itulah satu perangai
Baizura yang sangat menyenangkannya. Baizura tidak suka mendengar
kata-kata orang. Dia akan berpegang teguh pada keputusannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience