BAB 20

Romance Completed 1054

Pada mulanya, hanya Hakimi yang akan menghantarnya ke KLIA.
Namun tiba-tiba semua ahli keluarganya turut serta. Dia bukan tidak mahu
ahli keluarganya menghantarnya sekali tapi dia takut berat hati. Kerana
dia memulakan semua ini dengan hati yang berat.

“Apalah kurangnya anak mak ni sampai dia tak nak terima Zura
sebagai menantu…” Tangan sejuk milik Puan Latifah berada di pipinya.
Airmatanya jatuh berjujuran tapi pantas diseka oleh Baizura.

“Mak, anak mak ni memang hebat. Sebab dia dididik oleh
seorang yang hebat tau… Cuma anak mak ni belum jadi yang terhebat…” Air
mata emaknya menitis lagi. Tangannya memegang kepala anaknya yang
diselaputi oleh tudung. Alhamdulilah, akhirnya anaknya itu sedar akan
kewajipannya dalam menutup aurat.

“Dahlah, jangan nangis. Nanti tak cantik lagi dah…” Sempat
lagi dia menaburkan mawar di setiap pujukannya.

“Mak, Abah, halalkan segala makan minum Zura sepanjang Zura
menumpang di rumah. Maafkan segala kekhilafan Zura…. Zura tak mampu nak
jadi anak yang terbaik buat mak dan abah.” Sayu suaranya. Telah dia
anggap Encik Hamdan dan Puan Latifah sebagai ibu bapanya. Kesedihan
mereka juga menjalar di hatinya.

“Ish, jangan cakap macam tu. Zura memang anak yang baik.
Sampai bila-bila pun, Zura tetap anak mak dan abah. Jaga diri baik-baik
ya nak.” Nasihat Encik Hamdan itu akan Baizura simpan sampai bila-bila.

“Dulu Kimi, sekarang Zura pulak. Korang ni memang berpakat
nak ke luar negara ikut turn eh.” Sempat lagi Safiya bercanda.
Dipelukknya alongnya itu seerat yang mungkin kerana wanita itu tidak
pernah gagal dari menjadi akan yang sempurna.

“Terima kasih kak..” Ucapan itu merangkumi segalanya. Air
mata alongnya itu turut mengalir. Kini giliran Liyana pula.

“Lia harap yang akak akan temui kebahagiaan akak kat sana.”
Itulah doanya. Satu ketika dahulu, dia cemburu kerana Baizura sentiasa
menerima lebih dari dirinya. Tapi sekarang dia tahu, wanita ini seorang
yang berhati luhur. Berjiwa kasih.

“Belajar rajin-rajin tau.” Ucap dia seadanya.

Kini dia sedang berada dihadapan pemilik jiwa Hakimi. Siapa
lagi kalau bukan Aina Fareeda.

“Kalau aku, aku tak mampu nak buat seperti apa yang kau buat
sekarang Zura.” Tangannya jatuh di bahu milik temannya itu.

“Aku cilok dari seseorang ni, dia kata, sama ada kita
bersedia atau tidak, kita pasti akan menghadapinya dengan tenang bila
saat tu tiba…” Ya, dia meminjam kata-kata itu dari seseorang yang sangat
dia sayangi.

“Aku akan sentiasa doakan yang terbaik untuk kau.” Dia tidak
tahu sama ada Hakimi memilih dirinya melalui cinta ataupun hanya secebis
rasa kasihan. Dia tidak mahu peduli akan semua itu, yang penting, Hakimi
bersama denganya. Itu pun lebih dari cukup.

“Aku pun akan doakan yang terbaik buat kalian berdua. Tolong
jaga abang aku baik-baik ya. Kau sangat beruntung memilikinya.” Ucapan
itu memang ikhlas lahir dari hatinya.

“Dia kat mana?” Merata-rata matanya merayap untuk mencari
susuk tubuh Hakimi yang langsung tidak kelihatan.

“Tu…” Jari terlunjuk Aina menunjukkan satu arah. Lantas
kakinya melangkah ke arah Hakimi yang sedang bersandar di tiang.

“Abang…” Dia senang menggunakan perkataan ini. Sepatutnya
dari dulu lagi dia memanggil Hakimi dengan panggilan abang.

“Zura betul-betul nak pergi?” Hatinya perit untuk menghadapi
perpisahan ini. Jiwanya langsung tidak rela. Baizura hanya menjawab
melalui anggukan.

“Abang pasti akan rindukan Zura.” Baizura hanya tersenyum.
Dia juga akan merindui setiap usikan dan nasihat lelaki itu.

“Jaga Aina baik-baik. Terima segalanya seadanya. Tolong
jangan lukakan hati dia, sebab Zura tak nak Aina rasa apa yang Zura rasa
sekarang bang.. Janji dengan Zura.” Kali ini dia betul-betul serius
dengan kata-katanya.

“Abang janji, abang akan jaga dia baik-baik. Macam mana
abang jaga Zura, macam tulah abang akan jaga dia. Zura pun, jaga diri
baik-baik bila kat sana nanti.” Kali ini, giliran dia pula yang
memberikan nasihat.

“Memanglah kena jaga diri. Tak kan nak jual diri pulak kan.”
Benggang sungguh Hakimi mendengarnya.

“Aku lempang jugak budak ni karang… Orang serius dia
main-main pulak.” Baizura hanya tersenyum.

‘Begitu pandai Zura simpulkan rasa sedih Zura dengan
menghadiahkan senyuman buat semua orang. Moga Allah sentiasa bersama
dengannmu dik.’

Pengumuman untuk penerbangan ke Brunei memeranjatkan mereka
berdua. Baizura sudah mula melangkah ke arah troli dan menolak perlahan.
Sekilas, dia memandang ke belakang.

Sejujurnya, dia amat mengharapkan kedatangan Shahrul. Bukan
untuk memujukknya tetapi untuk dia pandang buat kali terakhir wajah
lelaki itu. Untuk dia semat dalam hatinya sampai ke akhir nafasnya.

“Zura!” Jerit satu suara dari arah belakang. Serta merta dia
berpaling. Megat Shahrul!

Shahrul yang berlari dengan laju itu tidak dapat mengawal
badannya sehingga membuatkan dia terjatuh meniarap di lantai. Serta
merta Baizura melangkah. Merapati Shahrul yang sedang meniarap
itu.

“Shahrul.” Seru Baizura perlahan. Shahrul mengangkat
mukanya. Sungguh Baizura melopong. Shahrul menangis.

“Bangun Shahrul..” Rayu Baizura sambil turut membantu pemuda
itu bangun dengan tangannya tidak lepas dari bahu Shahrul.

“Kenapa sampai macam ni hah?” Tanya Baizura lembut sambil
menepis lembut habuk yang berada di baju Shahrul.

“Kenapa tinggalkan Rul. Kita boleh pertahankan cinta kita
sama-sama kan.” Suara Sharul kedengaran sangat lemah.

“Zura perlu capai cita-cita Zura.” Entah untuk keberapa kali
dia perlu berbohong.

“Berhenti menipu Zura. Ayah dah ceritakan semua sekali.
Kalaulah Rul tak pergi melawat ayah tadi, sampai bila-bila pun Rul tak
kan tahu.” Ya, memang dia marah kerana Zura sering membuat keputusan
sendirian. Bukankah mereka perlu bersatu dalam hal ini.

“Zura boleh lawan sesiapa sahaja di dunia ni demi cinta kita
Rul. Tapi bukan seorang ibu. Bukan….” Tangannya mengelap air mata di
tubir mata Shahrul.

“Kita bukan lawan… Kita cuma tegakkan cinta kita… Please
sayang, jangan tinggalkan Rul macam ni..” Dia tidak peduli kalau semua
memandang drama sebabak tanpa pengarah itu. Janji, dia mahu mendapatakan
kekasihnya semula.

“Cuba Rul tengok Zura. Ada tak Zura meratapi kisah cinta
kita? Tak ada kan. Nak tau sebab apa? Sebab cinta Zura yang membuatkan
Zura kuat macam ni. Macam tu jugak dengan Rul. Cinta kita tak pernah
mengajar Rul untuk jadi selemah ni. Kita kena redha. Yang jodoh kita dah
tersurat hanya sampai di sini saja.” Kata-katanya terhenti apabila
mendengar pengumuman penerbangan ke Brunei.

“Zura pergi dulu Rul.” Perlahan dia menarik tangan Shahrul
untuk disalam dan dikucup lembut tangan itu. Biarlah ini kali pertama
dan terakhir dia lakukan.
Doaku agar kau kan selalu bahagia
Agar kau temui insan tulus menyayangimu
Lepaskanlah diriku kerna keredhaanmu
Bukan kerna dendam jua bukan kerna kau terpaksa
Ku tinggalkan memori bersamamu
Ku undur diri bersama harapan
Tidak kesampaian cinta kita
Ku bawa harapan ku pendam rahsia
Ku di kejauhan mendoakan
Agar kau bahagia tiada lagi duka
Daku rela mengundur diri
Ku pasti dikau kan fahami

‘Rul, izinkan Zura simpan perasaan ini selama mana dia mampu
bertahan bersama Zura. Berilah ruang dan peluang untuk wanita lain
singgah di hati Rul. Kerana wanita itu akan menjadi paling bertuah
sekali. Mungkin kerana kita tidak mampu untuk berjuang di medan perang,
jadi Allah titpkan perjuangan di dalam cinta kita. Teruskan perjuanganmu
wahai cintaku.’
Tiada penyesalan kasihku korbankan
Andai telah tertulis ku terima ini bukannya ku pinta
Oh pergilah dikau diiringi keikhlasanku,
Cuma pengalaman mengisi kekosongan mimpiku

‘Zura, dimana hendak Rul letakkan jiwa ini kerana ianya
seakan-akan beterbangan untuk mencari tempatnya. Hati Rul yang selama
ini hanya memuja dan menyinta kau wahai kekasihku. Tapi kau sudah mula
menghilang dari pandangan mata dan hatiku. Pergilah wahai sayangku,
mungkin bukan aku yang layak untuk kebahagianmu. Pergilah memburu
kebahagiaanmu…’

*Apa kabar cinta?*
*Masihkah tetap untuk-NYA……?*
*Apa kabar rindu?*
*Masihkah tetap untuk surgaNYA..?*
*Apa kabar hati?*
*Masihkah sesejuk dan sebening embun pagi….?*

Dalam tidak sedar, sudah hampir setahun dia merantau di
negeri orang ini. Sudah banyak pengalaman yang diperolehi. Baik manis
ataupun pahit. Semuanya mengajar Baizura menjadi seorang yang lebih
tabah dan sabar dari dulu.

Baizura tersenyum. Kini dia punya hobi baru. Iaitu mengumpul
kata-kata romantik kepada seorang lelaki yang bukan kepunyaannya. Orang
akan cakap dia melakukan sesuatu yang gila. Namun yang anehnya, dia
bahagia dan senang melakukannya. Bagai terubat segala rindu yang menghimpit.

Kertas yang tercoret itu dilipat menjadi bentuk love dan
dimasukkan ke dalam sebuah tabung khas. Setiap malam dia akan mencoret
apa sahaja yang dirasakan perlu.

Minggu depan, dia akan pulang ke Malaysia kerana Hakimi dan
Aina akan melangsungkan hari bahagia mereka. Baizura tersenyum, tidak
sabar rasanya untuk menumpang kebahagian abangnya itu.

Sengaja dia meminta cuti selama sebulan kerana ingin
membantu persiapan perkahwinan Hakimi. Majlis akan berlangsung tiga
minggu sahaja lagi.

Dia tidak sabar untuk pulang ke Malaysia. Sesungguhnya,
berada di tempat orang tidak sebagus negara sendiri. Dia rindukan mak,
abah, along, Liyana, abang, Aina dan seseorang yang tidak pernah lekang
dari ingatannya. Namun lelaki itu adalah kenangan dan akan kekal sebagai
kenangan.
Kekasih ku... hanya aku...
Yang memuja... sisa cinta ini...
Seandainya... ombak laut...
Surut lagi... aku pergi... oh...

Lagu Kau Kekasihku nyanyian daripada Datuk Siti Nurhaliza
itu terdengar dari corong radio. Entah kerana sayang atau kerana
kesabaran, dia masih lagi setia memuja sisa cinta mereka ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience