BAB 24

Romance Completed 1054

Atas permintaan Aina, Hakimi membawa isterinya itu
bersiar-siar di sekitar kawasan Hospital. Sungguh, Aina sangat bahagia
memiliki suami seperti Hakimi.

“Kenapa isteri abang tersenyum sorang-sorang ni.” Tegur
Hakimi apabila melihat Aina tidak lekang dengan senyuman manis.

“Aina bersyukur sebab Allah titipkan rasa bahagia ni sebelum
Aina pergi bang.” Airmatanya menitis perlahan. Namun segera diseka oleh
Hakimi.

Aina memang murah benar dengan air mata. Berbeza benar
dengan Baizura yang tidak pernah memperlihatkan air matanya. Tidak
tahulah sama ada dia menangis secara sembunyi atau memang tidak menangis
langsung.

“Apa yang Aina merepek ni. Abang percaya, Aina akan sembuh.”
Lembut pujukannya. Dia tersenyum. Senyuman itulah yang memikat hati Aina.

“Assalamualaikum.” Ucap Baizura dengan senyuman panjang. Di
tangannya ada gitar yang telah dipesan oleh Aina.

“Buat apa bawak gitar tu?” Tanya Hakimi setelah salam telah
dijawab.

“Aina suruh.” Jawab Baizura sambil mengambil tempat di sisi
Hakimi. Aina yang berada di kerusi roda hanya tersenyum apabila Hakimi
memandangnya.

“Aina teringin nak dengar abang nyanyi.” Usul Aina.

“Nyanyi? Aina nak abang nyanyi ke?” Perlahan sahaja Aina
mengangguk.

“Err, Zura pergi dululah. Zura ada kerja nak buat.” Dia mahu
pergi. Bukan kerana cemburu tapi kerana dia ingin Hakimi meluangkan
lebih masa bersama dengan Aina.

“Tunggulah sekejap. Abang akan nyanyikan satu lagu untuk
kita berdua.” Matanya dilirikkan kepada suaminya. Dia tahu persis
perasaan Baizura. Kalau mereka boleh berkongsi suami, kenapa mereka
tidak boleh berkongsi bahagia?

“Nak nyanyi lagu apa?” Otaknya tepu dari memikirkan segala
macam jenis lagu.

“Lagu yang sesuai untuk isteri abang ni.” Sampuk Aina dengan
senyuman. Wanita ini memang tidak pernah lekang dengan senyuman sejak
akhir-akhir ini.

“Lagu ini khas buat kedua isteri abang yang abang sangat
sayangi.” Tutur Hakimi sebelum memulakan petikan gitar.
I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
And theres a couple words I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you
I know that deep in my heart

I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
And theres a couple word I want to say

Untuk sekian kali, Aina menangis lagi. Baizura memalingkan
wajah. Hakimi pula bersillih ganti memandang kedua wanita kesayangannya.
Kesakitan cinta ini semakin ngilu rasanya.

Baizura dan Hakimi beriringan menuju pulang dari surau
hospital. Minggu hadapan, Aina akan dibedah. Walaupun peluangnya
sedikit, namun mereka berdua tidak putus-putus memberi semangat kepada Aina.

Namun belum pun kaki mereka sampai ke pintu wad hospital,
Liyana telah menerpa ke arah Baizura. Gadis itu teresak-esak di bahunya.

“Kenapa ni?” Tanya Baizura pelik sambil melirik ke arah
Hakimi. Hatinya mula rasa tidak enak.

Tiba-tiba Hakimi terus berlari dan hilang disebalik pintu
bilik. Baizura memandang ke arah Liyana dan mula mengeleng perlahan.
‘Tak mungkin Aina dah meninggal?’

Dia berjalan dengan langkah yang pantas. Ditolak perlahan
pintu bilik dan melihat ahli keluarga yang lain sudah teresak menangis.
Matanya menjalar di sekujur badan yang sudah tidak bernyawa itu.

Dengan kaki yang berat, Baizura mula mendekat menghampiri
Hakimi yang sedang menangis di sisi Aina. Tangan Aina itu dikucup lembut
oleh Hakimi.

“Abang tak ada saat dia pergi.” Lirih nada suaranya. Tanda
dia benar-benar terkilan.

“Kita tak ada bang….” Ujar Baizura memperbetulkan kata-kata
suaminya.

Rasanya, baru tadi mereka bergelak tawa bersama-sama. Dia
seakan-akan tidak percaya bahawa dia telah kehilangan seorang sahabat
yang sangat baik. Baizura memandang wajah Aina yang sangat tenang itu.

Perlahan-lahan Hakimi mengkiamkan tangan Aina dan ditutup
sekujur badan itu dengan selimut.

‘Pergilah mengejar kebahagiaan yang hakiki di sana. Abang
akan sentiasa doakan yang terbaik untuk Aina. Maaf jika abang tak dapat
bahagiakan Aina. Maafkan suamimu yang penuh khilaf ini.’ Air mata yang
mengalir sengaja tidak diseka. Sejujurnya, dia tidak punya kudrat walau
hendak mengesat air matanya sendiri.

Hakimi mula menjatuhkan pandangan ke arah isterinya Baizura.
Wanita itu hanya diam tidak berkutik. Tiada airmata yang menemani
wajahnya? ‘Tidak sedihkah dia akan kehilangan Aina?’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience