BAB 14

Romance Completed 1054

Tidak sampai satu jam sahaja, Baizura sudah tiba di
perkarangan pejabat Shahrul. Dia mencapai telefon bimbitnya. Terdapat
tiga belas miscall daripada Shahrul. Mungkin juga jejaka itu terkejut
dengan tindakannya kali ini.

Baizura menelefon Shahrul dan memberi tahu bahawa dia sudah
sampai di pejabat Shahrul. Belum sempat Baizura menarik nafas, Shahrul
sudah muncul di dan masuk ke dalam perut kereta.

“Demam ke?” Serta merta tangannya melekat di dahi milik Baizura.

“Zura sihatlah.” Jawab Baizura dengan senyuman mekar.

“Tiba-tiba je suruh ambik emergency leave. Mahu Shahrul tak
terkejut. Ni Zura nak ajak Rul pergi mana ni?” Mulut jejaka itu tidak
henti dari bertanya.

“Jalan.” Jawab Baizura ringkas tanpa menyembunyikan senyumannya.

“Jalan ke mana?” Berkerut dahi Shahrul memikirnya.

“Genting.” Sebenarnya idea ini betul-betul spontan keluar
dari otaknya. Dia baru sedar yang dia adakalanya jarang membuat kejutan
seperti ini kepada Shahrul. Kenapa di saat hubungan mereka menghampiri
ke penghujung, baru dia sedar yang ada banyak lagi perkara yang masih
belum mereka lakukan bersama.

“Genting! Zura ni betul-betul dah tak betul.” Kerana
terlampau terkejut, Shahrul berkata sehingga memercik air liurnya.

“Kalau tak boleh tak apalah.” Baizura sengaja pasang taktik.
Biasanya lelaki kalah apabila mendengar ayat ini.

“Kita nak pergi genting pakai baju macam ni ke?” Soal
Shahrul sambil mengangkat keningnya seperti gaya Ziana Zain.

“Err..” Ya tak ya jugak. Tak kanlah nak pergi genting pakai
formal macam ni. Leceh pula jika perlu balik untuk menukar baju.

Tiba-tiba Shahrul keluar dari kereta lantas membuka pintu di
bahagian pemandu dan menyuruh Baizura keluar.

“Kita nak ke mana ni?” Tanya Baizura apabila kereta yang
dipandu oleh Shahrul sudah memulakan gerakan.

“Zura hanya pandai rancang je. Tak ada back up plan
langsung.” Bebel Shahrul tanpa memandang ke arah Baizura.

“Zura bukan pandai sangat benda-benda macam ni.” Memang
itulah hakikatnya. Selalunya, idea merancang dan memberik kejutan ini
adalah idea Shahrul.

“Kalau Zura rancang plan A, jadi Rul kena guna plan B lah.”
Senyuman menawan sudah terukir di wajah pemuda itu.

“Apa plan B?” Tanya Baizura ingin tahu.

“Kita pergi shooping baju kat mall dulu then kita pergi
genting!!!” Ujar Shahrul penuh semangat. Baizura senang hati. Tidak
terfikir pula hingga ke situ. Betullah kata orang, memiliki pasangan
akan membuatkan dia menampal cacat cela milik kita.

Namun senyumannya tiba-tiba mati apabila dia mengingati
ialah ini antara saat-saat terakhir mereka. ‘Sampai bila-bila pun, Zura
tak akan jumpa lelaki seperti Rul.’ Bisik hatinya yang terluka.

“Boleh Zura buat satu permintaan?” Pinta Baizura apabila
meraka sampai di Genting Highlands.

“Apa dia tuan puteri sayang? Zura cakap je, segala
permintaan Zura akan ditunaikan.” Ujar Shahrul persis seorang putera raja.

“Bagi handphone Rul.” Tanpa banyak soal, Shahrul terus
menghulurkan telefon bimbitnya. Sangkanya, Baizura ingin menelefon
seseorang tetapi sangkaannya meleset apabila Baizura mematikan telefon
bimbitnya.

“Kenapa off kan?” Tanyanya pelik.

“Sebab hari ni adalah hari kita so Zura tak nak ada
siapa-siapa pun ganggu kita.” Terang Baizura. Sebenarnya dia takut juga
kalau-kalau Shahrul tidak bersetuju dengan karenahnya yang satu ini.

“Permintaan tuan puteri diterima.” Shahrul segera menyimpan
kembali telefon bimbitnya tanpa bertanya apa-apa pun kepada Baizura.

Baginya, Baizura sedang melakukan sesuatu kebaikan dalam
hubungan mereka, jadi kenapa dia sebagai pasangan perlu melarang dengan
memberikan pelbagai alasan.. Sebagai pasangan, kita harus percaya kepada
pasangan kita. Dia pasti telah memikirkan baik dan buruk akan akibatnya.

“Sejuk?” Tegur Shahrul ketika melihat Baizura yang sedang
memeluk tubuh.

Baizura hanya tersenyum. Memang dia kesejukan namun dia
merasa sangat bahagia kerana berada disamping lelaki yang sangat
dicintainya.

Mereka duduk di kerusi sambil melepaskan penat lelah kerana
mencuba pelbagai permainan yang berada di Genting ini.

“Senum…” Arah Baizura sambil menghalakan kamera ke arah
Shahrul namun segera ditepis oleh jejaka itu.

“Uish, Rul da penat bergambar. Dah banyak dah gambar yang
kita ambik. Tak cukup-cukup lagi ke cik adik oit.” Dia sudah penat
tersenyum dihadapan kamera. Pelik juga dia dengan karenah Baizura hari ini.

“Alah, bukan selalu kita datang sini.” Rungut Baizura manja.

“Memanglah tapi macamlah esok dah tak ada masa nak bergambar
lagi.” Shahrul tidak sedar bahawa kata-katanya itu benar-benar merobek
hati Baizura.

‘Sebab hubungan kita ni dah tak ada erti esok lagi Rul.
Sebab tu Zura nak simpan sebanyak mungkin kenangan untuk Zura kenang di
masa depan nanti.’

“Hei, merajuk ke.” Tegur Shahrul apabila melihat wajah
Baizura yang suram tanpa sebaris senyuman. ‘Melampau sangatkah kata-kata
aku tadi sehingga muka Zura berubah sedemikian rupa.’

“Tak lah. Betul jugak kata Rul tu.” Cuba menutup pekung yang
hampir terbuka. Kalau boleh, dia tidak mahu Shahrul mengesaki apa-apa
yang pelik tentang dirinya.

“Sorylah sayang. Okay, jom tangkap gambar.” Tangannya
mencapai kamera yang dipegang oleh Baizura namun cepat-cepat Baizura
meletakkannya di dalam beg tangannya.

“Tak apalah. Nanti jemu pulak kalau asyik tengok gambar yang
sama.” Moga-moga tidak terkesan di mata Shahrul yang dia sedang menjadi
seorang pelakon.

“Zura pergi tandas sekejap eh.” Entah kenapa, dia
seakan-akan hilang rentak. Kekuatannya seakan-akan hilang. Dia mahu lari
sebentar dari terus memandang muka Shahrul.

Sekembalinya dia dari tandas, Shahrul sedang berdiri sambil
memegang kamera. Dia mengarahkan seseorang yang mereka tidak kenali
mengambil gambar mereka bersama.

“Maaf kalau-kalau Rul tak peka tentang Zura tadi.” Sempat
lagi dia berbisik.

“Thanks.” Ucap Shahrul kepada jurugambar yang tidak
bertauliah itu.

“Tak ada apa-apalah. Rul janganlah fikir yang bukan-bukan.”
Dia menghadiahkan senyuman yang paling manis kepada Shahrul.

Baizura mengengam erat tangan Shahrul. Bagai tidak ingin
dilepaskan langsung. ‘Rul, tolong pinjamkan sedikit kekuatan Rul pada
Zura. Moga cinta kita yang dapat menitipkan kekuatan pada Zura.
Selebihnya, Zura hanya bersandar pada Yang Maha Kuasa.’

“Sayang, Rul hantar terus Zura balik rumah ya. Kereta ni Rul
bawa balik terus. Esok baru Rul pulangkan eh. Malaslah nak drive pergi
office lagipun Zura mesti penat kalau nak drive.” Cadang Shahrul ketika
mereka memulakan perjalanan untuk pulang.

“Zura tak kisah pun kalau nak drive. Nak suruh Zura drive
sekarang pun boleh.” Ujarnya ikhlas.

“Eh, selagi tangan lelaki ini boleh diguna, tangan wanita tu
kenalah simpan.” Baizura hanya tergelak mendengan omelan Shahrul.

“Esok Zura pergi kerja dengan Kimi eh. Kereta ni Rul bawa
balik terus.” Sekali lagi, Shahrul memberi arahan.

“Yes bos.” Tangan Shahrul segera mencubit pipi Baizura yang
gebu itu apabila buah hatinya itu bergurau.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience