BAB 11

Romance Completed 1054

“Rul nak bawa Zura pergi mana ni?” Tanya Baizura tidak sabar
apabila Megat Shahrul mendesak untuk menutup matanya dengan kain dan
memimpin tangannya tanpa hala tuju yang pasti.

“Adalah. Zura jangan banyak cakap boleh tak?” Shahrul
berpura-pura marah.

Sedari tadi lagi mulut Baizura tidak berhenti mengomel.
Malam ini, dia ingin memberikan kejutan kepada kekasih hatinya itu.
Sebagai tanda hadiah hari jadi.

Dari pada angin yang menderu, Baizura sudah dapat mengangak
yang mereka sedang berada di tepi pantai. Tapi untuk apa?

“Okay, kita dah sampai.” Kata-kata Shahrul itu mendatangkan
debar di hatinya.

Apabila kain yang menutup matanya dibukakan, dia kelu
sendiri memandang apa yang berada di hadapannya. Dia sedang duduk di
tepi pantai yang telah disediakan sebuah meja dengan dikelilingi oleh
cahaya lilin yang ditutupi oleh kaca.

Tercengan dia tanpa kata sehingga dia melopong dibuatnya.
Terlalu terharu dengan apa yang telah dilakukan oleh Shahrul.

“Kalau ya pun, tutuplah mulut tu sikit.” Sempat lagi Shahrul
mengenakannya.

“Apa ni Rul. Buat susah-susah je.” Dia menghalakan pandangan
mata ke arah Shahrul. Betapa lelaki itu teramat menyintainya.

“Tak ada apa yang susahnya. Jom.” Ditarik tangan buah
hatinya itu menuju ke arah meja. Baizura sedikit pun tidak pernah
bermimpi untuk makan malam romantik dengan orang yang dicintai seperti
malam ini.

Sedang meraka makan, tiba-tiba Megat Shahrul menarik tangan
Baizura agar bersatu dengan tangan miliknya.

“Kenapa ni Rul.” Tanya Baizura. Pelik dengan sikap Shahrul
malam ini.

“Rul tak sanggup untuk kehilangan Zura.” Ucap lelaki itu
sayu. Baizura mengerutkan dahinya.

“Ish, apa yang Rul merepek ni. Rul tak akan kehilangan
Zura.” Dia mengengam erat tangan Shahrul. Supaya lelaki itu sedar yang
dia tidak akan sesekali meninggalkan kekasihnya itu.

“Sudi tak kalau jari manis Zura ini, Rul hiaskan dengan
cinta kita.” Sehabis tutur katanya, Shahrul menyarungkan sebuah cincin
di jari manisnya.

“Selamat hari jadi sayang… Terimalah hadiah yang tak
seberapa ni.” Kali ini, Baizura betul-betul terharu. Cukuplah sekadar
ini. Itupun dia merasakan dia sudahh mendapatkan lebih dari yang
sepatutnya dari Shahrul.

“Zura tak tahu nak cakap apa lagi… Thanks Rul…” Ucap Baizura
pula.

“Suka tak?” Tanya Shahrul. Dia senang hati kalau Baizura
suka dengan hadiah yang diberikan itu.

“Suka sangat… Tapi waktu kita menikah nanti, Rul beli
permata yang lebih besar tau. Hahaha.” Suka benar dia kalau dapat
menyakat lelaki yang telah lama menghuni di hatinya itu.

“Eee… tak malu betullah awek Rul ni.” Ada-ada sahaja tingkah
gadis ini yang akan mencuri perhatiannya.

“Alah, biarlah….” Manja sahaja nada suaranya menampar
gengendang milik Shahrul.

“Boleh. Apa salahnya tapi kena potong duit hantaranlah.”
Sehabis itu, giliran Baizura pula yang mencebik.

“Kedekutnya….” Mereka gelak bersama. Menikmati kebahagian
yang ALLAH titipkan buat mereka. Kerana hidup ini terlalu singkat untuk
dilewatkan dengan kesedihan.

Sudah tiga bulan dia berkerja di syarikat milik abahnya itu.
Dia sudah mula serasi dan selesa bekerja di situ. Apatah lagi apabila
dia tidak perlu bersusah payah untuk memandu ke tempat kerja kerana
Hakimi dengan sukarelanya menjadi driver tidak bergajinya.

“Zura, times up. Jom balik.” Muncul Hakimi tiba-tiba.

“Kimi baliklah dulu. Zura ada kerja lagi nak buat ni.” Jawab
Baizura tanpa memandang langsung ke arah Hakimi.

“Uish, Zura ni kan, kalau dapat kerja sampai tak ingat
sekeliling. Jomlah balik, kerja tu esok boleh sambung.” Gesa Hakimi lagi.

Tiba-tiba Baizura berhenti dari terus melakuka kerjanya dan
mula menghadap muka Hakimi.

“Kenapa ni?” Tanya Hakimi apabila melihat ada yang tidak
kena dengan Baizura.

“Zura takutlah.” Lambat sahaja dia ingin berterus terang.
Hakimi mula mengambil tempat di hadapan Baizura.

“Takut? Zura takut apa?” Mukanya sudah mula serius. Gerun
juga apabila mendengar suara Baizura yang serius semacam itu.

“Rul nak bawa Zura pergi jumpa mak dia esok.” Sehabis bicara
yang keluar dari mulut Baizura, terus sahaja Hakimi tergelak kecil.

“Lah, Kimi ingat apalah tadi. Zura ni takut orang juga ya?
Ingatkan tak takut apa-apa dalam dunia ni.” Perli Hakimi baik punya.

“Zura serius ni. Main-main pulak?” Kali ini, dia betul-betul
serius. Entah jenis ketakutan yang bagaimana yang menghantuinya. Dia
sendiri tidak pasti. Yang pasti, dia betul-betul takut untuk mengharungi
hari esok.

“Apa yang Zura takutkan?” Tanya Hakimi lembut. Dia mula
sedar yang Baizura serius dengan kata-katanya.

“Zura takut kalau-kalau keluarga Rul tak dapat terima
sejarah silam keluarga Zura? Macam tu?” Teka Hakimi apabila melihat
Baizura yang hanya diam tanpa kata-kata.

“Zura tak tahu. Yang Zura tahu, Zura takut sangat.” Luah
Baizura jujur tentang rasa hatinya.

“Kalau kita tak rasa takut, perasaan berani tak akan muncul.
Janganlah Zura risau akan takdir yang telah pun ditetapkan oleh ALLAH,
sesungguhnya Dia maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya.

Lagipun rasa takut untuk berjumpa dengan bakal mertua ni kan
lumrah. Zura boleh Tanya pengalaman Aina waktu mula-mula dia nak jumpa
mak. Mesti perasaan dia sama macam yang Zura rasa sekarang. So,
janganlah takut sangat. Tak ada apa-apalah.” Nasihat Hakimi itu Baizura
terima dengan senang hati.

“Thanks Kimi. Sebab tolong uraikan kekusutan Zura.” Ucap
Baizura ikhlas. Dia sangat berbahagia kerana memiliki abang seperti Hakimi.

“Tak kan thanks je kot. Zura kena belanja Kimi minum
petang.” Baizura mendengus lembut.

“Kimi ni kan, buat apa-apa tak pernah ikhlas kan. Yalah,
Zura belanja. Tapi tak boleh lebih dua ringgit tau. Kalau lebih, bayar
sendiri.” Ujar Baizura tidak mahu kalah. Dia terus mencapai handbagnya
dan terus berlalu keluar meninggalkan Hakimi yang masih tidak berpuas
hati itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience