BAB 18

Romance Completed 1093

“Lama sungguh ambik daun kari.” Tegur satu suara. Siapa lagi
kalau bukan Hakimi. Ini pasti tektiknya ingin memujuk.

“Sory pasal tadi. Kimi tak ada niat nak tinggikan suara.”
Ujarnya lagi apabila tidak mendapat sebarang reaksi daripada Baizura.

“Zura tahu, Kimi marahkan Zura.” Akhirnya, bibir mulus itu
bersuara jua.

“Tahu tapi tetap buatkan.” Hilang niatnya untuk memujuk.

“Tak tahu nak buat apa dah..” Keluh Baizura sambil
menjungkitkan bahunya.

“Kenapa tak beritahu Kimi. Kenapa suka simpan sorang-sorang?
Hati tu kalau dah penuh dengan beban, dia boleh pecah tau.” Sempat lagi
tu berfalsafah. Baizura tersenyum.

“Hahaha.. Kalau pecah, sambunglah balik guna gam.” Pantas
sahaja Baizura menjawab.

“Walaupun boleh sambung, tapi ia dah tak macam dulu. Macam
cawan yang pecah, walau kita cantum macam mana pun, kalau letak air,
pasti bocor jugak an.” Jelas Hakimi penuh dramatis.

“Kalau tak boleh letak air, kita letakkan benda lain. Buat
tempat letak pensel ke?” Hakimi mengeluh. Baizura ini tidak pernah
serius. Ada sahaja idea untuk menjawab.

“Cawan yang letak air dengan cawan yang letak pensel pasti
berbeza kan. Macam tu jugak kalau hidup tanpa cinta atau hidup dengan
cinta, pasti lain tujuannya.” Bidas Hakimi tidak mahu kalah.

“Sejak bila jadi mat jiwang ni?” Perli Baizura sambil
tergelak besar.

“Bila orang serius, dia tak pernah serius.” Marah Hakimi
tapi marah-marah sayang jelah.

“Cinta yang sebenar ialah cinta pada Allah yang disandarkan
pada manusia. Manusia tu tak semestinya kekasih, tapi mungkin jugak ibu
bapa, sahabat handal atau sesiapa pun yang masih bergelar manusia.

Hilang kekasih boleh ditukar ganti, tapi hilang kasih ibu
bapa, hilanglah semua keindahan yang sepatutnya kita kecapi dalam dunia
ni.” Kali ini, dia membalas dengan serius.

“Tapi perlu ke pergi sejauh ni.” Hakimi tidak berpuas hati
kerana Baizura suka bertindak sendirian tanpa meminta pendapatnya
langsung. Suka buat kepala sendiri.

“Perlu. Selagi Zura tak pergi, selagi tu Rul akan terus
tagih kasih Zura. Zura kenal sangat dengan dia tu Kimi, dia bukan jenis
orang yang mudah mengalah.” Dia hanya mahu Hakimi faham akan
kedudukannya sekarang.

“Okay, Kimi benarkan Zura pergi tapi dengan syarat?”
Membuntang mata Baizura menanti syarat yang dikenakan Hakimi.

“Hulurkan tangan.” Arah Hakimi tiba-tiba. Baizura hanya
menurut tanpa banyak cakap. Kalau dia banyak cakap nanti, Hakimi lagi
banyak cekadak.

Jari Aina yang merah terkena periuk panas tadi, Hakimi sapu
dengan ubat. Baizura terharu sendiri.

“Sakit lagi tak?” Hakimi meniup-niup jari yang telah
disapukan ubat itu.

“Kalau Kimi yang rawat, pasti akan cepat sembuh. Patutnya
Kimi ni jadi doktor je.” Baizura guna ayat untuk mencairkan hati Hakimi.
Tanpa mereka sedari, perlakuan romantic mereka itu mengundang cemburu
pada yang melihat dari jauh.

` Aina duduk sambil menekan sedikit perutnya yang ngilu hingga
ke hulu hati itu. Dia ingin cepat-cepat balik. Sukar untuk dia
menahannya lagi.

“Aina, kenapa ni? Sakit perut ke?” Dari meja makan lagi,
Aina kelihatan menekan perutnya. Risau juga dia dibuatnya.

“Aah.” Jawabnya jujur. Dia tidak boleh terus berlakon
seperti tidak sakit lagi.

“Senggugut ke?” Merah muka Aina apabila Hakimi bertanyakan
soalan sedemikian rupa. Belum pernah ada mana-mana lelaki pun yang
bertanyakan soalan seperti itu.

“Kan saya sembahyang tadi.” Hanya itu sahaja jawapan yang
mampu difikirnya. Mukanya hanya menunduk. Hakimi ketap bibir. Diam-diam,
dia menyalahkan dirinya kerana bertanyakan soalan isu sensifif kaum
wanita ini.

“Habis tu, sakit perut sebab apa ni? Salah makan ke?” Sedaya
upaya, dikawal nada suaranya.

“Gastrik kot.” Tipu Aina. Hanya itu sahaja jawapan yang
sesuai di saat kritikal seperti ini.

“Tulah, makan dah lah sikit. Lepas tu tak ikut masa pulak
tu. Manalah tak kena gastrik.” Bebel Hakimi.

“Saya balik dululah ya?” Dia mahu segera beredar. Lagipula,
dia langsung tidak makan ubat hari ini, mungkin kerana itu, sakitnya
dirasakan amat perit.

“Saya hantar.” Aina mengeleng tanda tidak setuju.

“Kan saya drive ke sini. Buat susah-susah je.” Dengan lembut
Aina menolak.

“Sakit macam ni, macam mana nak drive sayang.” Aina terharu
dengan sikap Hakimi yang terlalu mengambil berat akan dirinya hinnga
membuatkan air matanya berlinang.

“Sakit sangat ke ni? Kita pergi kliniklah.” Risau sungguh
dia apabila melihat air mata yang menghiasi pipi merah milik Aina.

“Saya okaylah. Biar saya balik sendiri je.” Aina sudah mula
bertegas.

“Kimi, kan Aina dah cakap, jangan hantar dia. Degil betul.”
Baizura bersuara tiba-tiba.

“Hah tengok, Zura pun sokong saya.” Aina tersenyum sedikit.

“Eh, siapa yang sokong kau Aina. Aku lagi tak galakkan kau
drive sendiri.” Hakimi dan Aina sudah mula buat muka pelik.

“Zura ni sokong siapa sebenarnya?” Berkerut dahi Hakimi
memikirkan tindakan Baizura itu.

“Sokong Zura sendiri. Alah apa susah, Kimi tak payahlah
susah-susah hantar Aina dan Aina pun tak yalah susah-susah drive
sendiri, senang cerita, tidur je kat rumah. Kan kan kan.” Aah, tak
terfikir pulak.

“Aina nak baliklah Zura sayang…” Rayunya lembut.

“Bantahan anda tidak diterima, jom kita pergi bilik. Tak
apa, guna je baju aku, aku tak kisah, bukan kena basuh pun.” Diheretnya
Aina ke tingkat atas.

Aina memandang Hakimi dengan muka yang tidak rela. Hakimi
hanya mengangkat bahunya. Tanda tidak dapat menolong.

Selesai mandi, sakit perut Aina masih lagi belum reda. Dia
risau kalau-kalau Baizura syak akan penyakitnya itu.

“Sakit sangat ke?” Serius Baizura bertanya. Aina hanya mampu
tersenyum.

“Baring.” Arah Baizura sepatah sambil mula menyapu minyak
panas ke perutnya. Lantas mengurut perlahan.

“Eh, buat susah-susah je.” Sungguh, dia terharu.

“Bukan susah pun. Nikmatilah urutan ajaib dari aku” Aina
memejamkan matanya.

‘Ya Allah, gadis ini sungguh baik hati. Tapi kau robekkan
hatinya dengan merampas kekasihnya. Dan aku pula tegar merampas kasih
Hakimi sedangkan aku tahu bahawa Hakimi menyayanginya.

Aku tidak punya kekuatan untuk menarik diri kerana aku
terlalu menyayangi Hakimi. Kau tunjukkalah jalan yang sepatunya aku
redahi. Jangan kau songsangkan perjalanannku ini.’ Rintih Aina di dalam
hati.

Entah kenapa, urutan tangan Baizura itu begitu melegakan
sehingga mengurangkan sedikit kesakitan yang ditanggung. Mungkin kerana
dia ikhlas melakukannya kerana Allah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience