BAB 15

Romance Completed 1054

Baru sahaja Baizura melangkah ke dalam rumah, Hakimi sudah
menunggunya di ruang tamu.

“Pergi mana ni malam baru balik? Dah lah tak tinggalkan
pesan, handphone pulak tutup. Zura tahu tak yang orang dalam rumah ni
risau.” Sebenarnya hanya dia yang risau berlebihan. Sengaja ditekankan
ayat orang di dalam rumah, tidaklah Baizura mengesyaki bahawa Hakimi
menyintainya.

“Er, Zura keluar dengan Shahrul.” Gerun juga dia apabila
melihat Hakimi yang serius dikala ini. Bibirnya ingin melahirkan
penipuan tetapi hatinya menidakkannya.

“Kalau ya pun nak pergi dating, cubalah bagi tahu. Ni buat
orang risau je.” Nada suaranya sudah mula kendur apabila mendengar nama
Shahrul yang terbit dari mulut gadis kesayangannya itu.

“Sorylah Kimi.” Baizura buat muka serba salah.

“Zura ni sejak dua menjak ni jadi pelik. Ada sesuatu yang
Zura rahsiakan dari Kimi ke?” Soalan inilah yang paling tidak digemari
oleh Baizura. Ini soalan perangkap ni?

“Zura okaylah Kimi. Okaylah, Zura nak naik atas mandi and
tidur.” Cepat-cepat dia ingin memboloskan diri dari soalan yang lain
yang bakal menjerut batang lehernya.

“Kimi, esok Zura tumpang Kimi pergi kerja tau.” Sempat lagi
dia melaung dari tingkat atas. Hakimi hanya sekadar mengeleng.

Walau sedaya upaya dia meletakkan Aina sebagai focus
utamanya tetapi kenapa sisa cintanya masih kepunyaan Baizura. Kalau dia
terus-terusan begini, dia bakal melukakan dua hati. Hati Aina dan
hatinya sendiri.

“Pukul berapa kamu balik malam tadi Rul?” Soal Puan Sarimah
sambil meletakkan mee goreng di dalam pinggan anaknya.

“Pukul sebelas.” Jawab Shahrul terus menyuapkan mee goreng
ke dalam mulutnya.

“Kereta siapa pulak kat depan tu?” Kali ini, suapan Shahrul
terhenti. Cuba mencari jawapan yang sesuai untuk diberikan kepada emaknya.

“Kereta kawan.” Dia memilih jawapan selamat.

“Kereta Zuralah tu. Kau ni kenapa Rul, kan mak dah cakap,
mak tak suka kalau kamu jumpa dengan dia.” Kali ini, nada suaranya sudah
mula meninggi. Geram dengan sikap anaknya itu.

“Mak ni kenapa? Saya sayangkan dia.” Dia mula bosan dengan
perkara seperti ini. Sejak bila pula ibunya itu menjadi seorang yang
tidak memahami.

“Habis tu kau tak sayang kat mak kau ni?” Sudah beberapa
kali dia menguakkan rambutnya. Habis serabai semuanya. Seserabai jiwanya.

“Mak, tolonglah jangan buat saya serba salah macam ni.” Dia
mengenggam tangan ibunya. Memohon pengertian.

“Kamu tak perlu rasa serba salah bila kamu kena pilih
diantara seorang ibu atau kekasih. Sebab Sepatutnya kamu dah tahu yang
kamu kena pilih siapa.” Shahrul sudah mula angkat punggung.

Jika terus berlama-lama, mungkin dia pula yang bakal
meninggikan suaranya. Dia perlu beralah kerana dihadapannya itu adalah
Ibunya. Yang melahirkannya ke dunia ini.

“Rul, mak tak habis cakap lagi ni.” Sakit hatinya apabila
melihat Shahrul meninggalkannya terkulat sendiri.

“Budak Zura ni tak faham bahasa betul. Aku dah suruh
tinggalkan Shahrul. Kau melawan eh… Memang nak kena ajar betul..” Kali
ini, kemarahannya betul-betul meledak. Hilang sifat penyayang seorang
ibu, kerana darjat, ego dan marah dijadikan sahabat.

“Saya sayangkan awak Azli..” Rintih Aina dengan air mata
yang berlinangan.

“Saya pun sayangkan awak tapi saya tak boleh terima awak
sebagai isteri saya.” Ayat itu keluar dari mulut tanpa perasaan
sedangakan hati Aina dikoyak bagai sembilu yang menghiris.

“Tapi kenapa? Sebab saya dah nak mati.” Hanya kerana alasan
itu, dia ditolak padahal dia sayangkan Azli seperti nyawanya sendiri.
Namun cinta Azli padanya terbukti palsu apabila Azli tahu bahawa dia
berpenyakit.

“Awak sakit Aina. Jadi apa perlunya kita teruskan hubungan
ni. Lagipun, saya dah jumpa orang yang layak untuk saya jadikan isteri.”
Kata-kata itu bagai terngiang-ngiang di telinganya.

Kerana penyakit kanser perut yang dihidapinya, Azli
meninggalkan dia tanpa belas kasihan. Kerana berdendam dengan seorang
lelaki, dia ingin membalas dendam kepada mereka yang bergelar lelaki.

Disebabkan itu, dia menerima cadangan keluarganya untuk
menjodohkan dia dengan anak kenalannya. Niatnya hanya satu, dia ingin
menyeksa perasaan lelaki itu seperti Azli menyeksa perasaaannya.

Namun kini ternyata dia hampir kalah dengan setiap kebaikan
lelaki itu. Niatnya yang pada mulanya ingin membalas dendam dengan
membuat lelaki itu berkahwin dengannya dan meninggalkan lelaki itu untuk
gelaran duda.

Hatinya sudah mula jatuh sayang kepada Hakimi. Tidak ada
satu pun perlakuannya yang tidak mendapat tempat di hatinya.

Hakimi tidak boleh tahu tentang penyakitnya kerana lelaki
itu pasti akan meninggalkannya seperti mana Azli meninggalkannya.
Sebelum dia mati, dia teringin untuk menikmati kebahagian.

“Hei, kenapa tak habiskan makanan tu?” Suara Hakimi
mematikan lamunannya.

“Dah kenyanglah.” Tipu Aina sedangkan perutnya sudah mula
rasa ngilu yang teramat sangat. Lagi pula, penyakitnya akan membuatkan
pengidap mudah merasa kenyang walaupun makan dengan sedikit.

“Lah, makanlah sikit lagi. Ada banyak lagi ni. Aina selalu
makan sikit je. Nak diet buat apa, badan tu dah kurus sangat dah.” Pelik
juga dia dengan Aina. Kalau makan, tak pernah habis.

“Kimi habiskanlah. Aina tak laratlah.” Dia sudah mula
menolak pinggan ke arah Hakimi.

“Hmm, kali ni Kimi tak nak habiskan makanan Aina. Meh sini,
Kimi suapkan ya.” Dengan spontan, Hakimi menghalakan sudu ke mulut Aina.

Aina menolak perlahan. Tekaknya sudah tidak boleh terima
walaupun dia teringin sekali menerima suapan Hakimi yang terasa sangat
romantik itu.

“Sikit je.. Please…” Rayu Hakimi lagi. Akhirnya Aina
mengalah. Ditelannya juga suapan Hakimi itu walaupun perutnya sudah
merasa sakit yang tidak terkata.

Kali ini, Aina betul-betul percaya bahawa cinta mampu
melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati
dan meniupkan kehidupan seperti yang terjadi dalam hidupnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience