BAB 22

Romance Completed 1054

Terasa berlegar persoalan menghentak-hentak benaknya.
Jiwanya bagai bergelora kerana berpunca daripada rasa gelisah yang
menghimpit. Dimanakah penghujung resah ini? ‘Ya Allah, aku mengharapkan
sinar redupMu yang hakiki untuk menjadi penyuluh jalan didepanku ini.’

Disaat hati diserang gundah, hanya Dia yang mampu
menghuraikan kekusutan itu. Hanya Dia yang mampu merungkai istiharahnya ini.

Pintu biliknya diketuk dari luar. Terpancul wajah Puan
Latifah. Perlahan dia menapak ke arah Baizura yang sedang menanggalkan
kain telekung.

“Zura dah fikir dah tentang permintaan Aina tu?” Agak berat
mulutnya untuk bertanya, tapi mengenangkan tugasnya sebagai ibu, siapa
lagi yang akan mengambil berat akan perihal anak-anaknya.

“Zura tak boleh terima mak…” Jujur, itulah yang berada di
dalam hatinya sekarang. Puan Latifah merasa sangat kasihan apabila
mengenangkan nasib anaknya itu. Sudahlah cintanya baru ditimpa badai,
kini ditimpa tsunami pula. Namun bukan salah sesiapa. Takdir sudah
tersurat sebegini rupa.

“Aina tak nak teruskan perkahwinan ni lagi.” Sungguh, dia
amat terkejut mendengar perkataan ini keluar dari mulut Aina sendiri
sedangkan majlis perkahwinan akan berlangsung pada minggu hadapan.

“Jadi Zura yang perlu menjadi galang gantinya.” Protes
Baizura tanpa dia sendiri sedari. Sedikit sebanyak emaknya itu merasa
agak terkejut mendengar suara Baizura yang tidaklah kasar di
pendengarannya cuma tidak lembut seperti biasa.

“Zura, mak tak pernah nak mempertaruhkan hidup kamu dalam
hal ni. Zura berhak memilih yang terbaik dalam hidup Zura. Mak tak
pernah paksa Zura. Mak cuma bertanya sayang…” Sedikit sebanyak Baizura
mula ditimpa rasa kesal.

“Zura mintak maaf atas keterlanjuran Zura tadi. Zura cuma…”
Puan Latifah mengosok lembut bahu milik anaknya.

“Mak faham. Zura susah hati kan…. Apa pun keputusan Zura,
kami semua terima nak… Zura jangan rasa serba salah sangat… Jangan
pentingkan diri orang lain tapi fikirkan tentang diri Zura. Kalau tak
boleh terima, jangan paksa diri. Kahwin ni bukan untuk sehari dua tapi
untuk selamanya. “ Walau sebesar mana sekalipun setiap anak, mereka
masih lagi memerlukan ibu bapa sebagai pendorong.

Baizura memeluk emaknya. Mengucapkan terima kasih di atas
segala pengertian yang diberikan oleh emaknya itu.

Puan Latifah mengosok lembut belakang badan Baizura. Dia
sebenarnya sungguh berharap agar Baizura menerima Hakimi. Dan dia
pastilah menjadi orang yang paling gembira sekali. Kerana dia pasti,
Hakimi pasti akan dapat menyembuhkan luka di hati Baizura.

Baizura mengupas kulit buah epal itu dengan berhalus sekali.
Sedari tadi, Aina hanya mendiamkan diri.

“Dia hanya cintakan kau Zura…” Tiba-tiba suara itu kedengaran.

“Siapa?”

“Kimi.”

Baizura mengeluh berat. Aina ini perlu dikejutkan dari lena
yang panjang. Masa, Hakimi menyintainya sedangkan akan berkahwin dengan
Aina.

“Aku tak tipu Zura. Dia memang hanya cintakan kau.” Tegak
Aina bersungguh-sungguh.

“Aina, lebih kau berehat.” Baizura ingin membantu Aina untuk
berbaring namun dihalang oleh gadis itu.

“Macam mana aku nak rehat. Jiwa aku tak tenang. Aku yang
bersalah dalam hal ni. Aku yang salah.” Berkerut dahi Baizura untuk
membantu dia memahami setiap bait kata-kata Aina.

“Aku tak faham…” Luah Baizura jujur.

“Aku dah lama tahu Kimi cintakan kau Zura. Sejak dulu lagi.
Tapi aku ni pentingkan diri sendiri. Aku tetap nak Kimi walau aku tahu
yang waktu aku dah tak lama dah. Aku tak nak kau tahu yang dia terlalu
cintakan kau walaupun aku sendiri tahu hakikat tu. Kejamkan aku?”
Pipinya basah dek air mata.

“Kau tak kejam sebab kau memilih jalan untuk bahagia. Semua
orang berhak untuk bahagia Aina.” Tenang. Itulah sifat yang dia ingin
pinjamkan pada Aina walaupun hatinya parah mendengar bahawa Hakimi
menyintainya.

“Terimalah Kimi Zura. Kalau kau terima dia, sedikit
sebanyak, dapat kurangkan rasa serba salah aku pada korang berdua.
Izinkan aku melihat kebahagiaan korang sebelum aku pergi.” Luluh
bicaranya. Segera, Baizura memeluk Aina.

“Aina, jangan cakap yang bukan-bukan. Kau masih ada peluang
untuk sembuh Aina. Kau kena percaya pada diri.” Dia cuba menyembuhkan
luka Aina dengan menaburkan kata-kata pujukkan sedangkan doktor memang
sudah memberitahu bahawa penyakit Aina sudah merebak ke seluruh organ
dalamannya.

“Aku sangat berharap dengan kau Zura. Kalau kau anggap aku
ni sebagai seorang sahabat, tolonglah terima kimi dalam hidup kau.”
Baizura memejamkan matanya rapat-rapat. Memohon secebis kekuatan dari
Yang Maha Esa.

Baizura keluar apabila melihat Aina yang sedang lena beradu.
Gadis itu perlu rehat yang secukupnya.

Sedang dia ingin turun ke bawah dengan menggunakan tangga,
tiba-tiba matanya tertacap pada seorang gadis yang sedang memanjat tiang
penghadang.

Tanpa berfikir panjang, Baizura terus meluru ke arah gadis
itu dan ditariknya dari terus meneruskan usahanya.

“Apa yang awak buat ni?” Baizura dapat mengangak bahawa
gadis ini ingin membunuh diri.

“Biar aku mati….. Aku tak nak hidup lagi…” Gadis itu meraung
hebat. Baizura mengunakan seluruh tenaganya untuk memeluk gadis itu.
Dibisikan istifar di telinga gadis itu. Untuk beberapa seketika,
akhirnya gadis itu mula mengalah dan menangis tersedu-sedu.

“Setiap masalah itu ada penyelesaiannya dik.. Bunuh diri ni
dilaknat Allah.” Dia mengosok lembut bahu gadis yang tidak dikenalinya itu.

“Saya dah tak ada sesiapa kak…. Saya ni kotor… jijik….”
Mukanya basah dengan air mata. Baizura diserang rasa simpati yang bukan
sedikit.

“Ish, tak baik cakap macam tu… Semua orang sama di sisi
Allah dik..” Pujuk Baizura lagi. Moga reda rasa gundah dalam diri gadis itu.

“Saya kotor kak…” Sekali lagi, ayat itu keluar lagi dari
mulut gadis itu.

Setelah diterokai, rupa-rupanya gadis genit itu sudah pun
berkahwin dengan lelaki pilihan keluarga. Namun kesilapan wanita ini
ialah dai pernah bersama dengan seorang lelaki sehingga menyebabkannya
hamil.

Namun suaminya yang tidak pernah menyentuhnya itu tetap
memperlihara maruahnya dengan tidak menceritakan aibnya terhadap ahli
keluarga yang lain.

Dalam diam, wanita itu mula jatuh cinta di dalam setiap
kebaikan yang ditunjukkan oleh suaminya. Namun semuanya terbongkar
apabila dia keguguran pada usia kandungannya sudah mencecah 8 bulan
sedangkan mereka baru berkahwin selama 6 bulan.

Keluarga mertua itu bertindak mengarahkan suaminya itu
menceraikannya manakala dirinya telah dipulaukan oleh ahli keluarga yang
lain.

“Habis tu suami adik sekarang ceraikan adik ke?” Tanya
Baizura apabila kisah itu menemui penghujungnya.

“Tak. Dia hanya senyap je. Akak, saya cintakan dia. Saya tak
nak kehilangan dia. Tapi saya tahu dia tak cintakan saya.” Cerita wanita
yang bernama Ayu ini.

“Cinta boleh datang kemudian dik. Dengan syarat, kita kena
ikhlas menyintainya. Mari akak hantar adik ke bilik.” Baizura membantu
Ayu untuk bangun.

“Terima kasih kak. Kalau akak tak ada tadi, pasti saya dah
ulang dosa saya dahulu.” Ayu tersenyum sedikit.

“Mungkin ini isyarat Allah dik. Tapi akak nak Ayu janji
dengan akak, jangan pernah ada niat nak bunuh diri lagi.” Ayu hanya
mengangguk dengan senyuman. Wajah itu sudah mula menampakkan ketenangan.

Setibanya di bilik wad, Baizura membantu Ayu untuk baring di
atas katil namun Ayu menolak. Matanya tidak lepas dari memandang Baizura.

“Akak ni baik sangat. Sampai bila-bila pun saya tak akan
jumpa orang macam akak.” Bagi Baizura, pujian itu dirasakan agak tinggi
untuk orang sepertinya.

“Mana ada. Kalau sesiapa kat tempat akak pun, dia orang akan
melakukan perkara yang sama.” Senyuman manis dihadiahkan kepada Ayu.

“Ayu.. Ya Allah, puas abang cari.” Tiba-tiba, ada suara
seorang lelaki yang dari arah belakang dan Ayu yang berada di katil
terus menerpa ke arah lelaki itu.

Baizura memalingkan wajahnya. Teringin juga dia untuk
menatap suami Ayu ini. Namun seketika dia terpana, wajah itu tidak asing
langsung di benaknya. Dia berpaling ke arah lain.

“Ayu mintak maaf bang. Ayu banyak susahkan abang.”
Teresak-esak Ayu menangis di dada suaminya.

“Lain kali jangan buat macam ni dah.” Pujuk Shahrul sambil
mengesat air mata milik isterinya. Barulah dia sedari bahawa ada orang
lain juga yang berada di dalam bilik wad itu.

“Akak, kenalkan ini suami saya. Abang, ini kak Zura.”
Tersentak Shahrul mendengar nama itu. Siapakah gerangan pemilik yang
sedang membelakanginya itu. Adakah itu benar-benar Baizura?

Sekarang atau sekejap lagi, Shahrul pasti akan menyedari
juga kehadirannya. Lantas, perlahan-lahan dia berpaling dan
menghadiahkan senyuman yang cukup ikhlas di pandangan sesiapa pun.

Siapa sangka, takdir akan menemukan mereka semula. Dan
ketika ini, Shahrul sudah pun bertukar statusnya. Keadaan sudah banyak
berubah.

Akhirnya, Baizura memohon diri untuk pulang. Namun ternyata
mereka pasti akan bertemu lagi apabila Baizura memberikan nombor
telefonnya ketika diminta oleh Ayu.

Baizura menyandarkan badannya di dinding hospital apabila
keluar dari bilik Ayu. ‘Ya Allah, adakah ini jawapan kepada istiharahku
semalam. Adakah ini tanda bahawa aku perlu menerima Hakimi kerana tiada
lagi ruang untukku di dalam hati Shahrul?’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience