BAB 3

Romance Completed 1054

Banyak sungguh lauk pauk yang disediakan oleh Puan Latifah
untuk anak teruna kesayangannya ini. Bau makanan meresap hingga ke
jantung rasanya.

“Hmm, kalau hari-hari makan macam ni, gemuklah abang Kimi
nanti.” Usik Liana. Adik bongsu keluarga ini.

“Lelaki tak apa gemuk, tapi perempuan lainlah.” Ujar Hakimi
sambil menjeling sedikit ke arah Baizura.

Baizura tidak mengendahkan kata-kata Hakimi yang
menjelingnya ketika dia meminta nasi tambah. Makin dilayan nanti, makin
menyakitkan hati. Baiklah di layan rasa enak masakan emaknya.

Tiba-tiba Hakimi mencedok sambal belacan dan diletakkan di
dalam pinggan Baizura. Baizura jagi bengang tahap gaban.

“Eee, kenapa letak dalam pinggan Zura pulak.” Rungut Baizura
sambil menutup hidungnya. Dia tidak berahi sungguh dengan bau belacan
yang sangat menyengat rongga hidungnya.

“Eh, awak tu orang melayu, jangan belagak nak jadi macam
minah salleh ya.” Perli Hakimi sambil enak memasukkan suapan ke dalam
mulutnya.

“Mak, tengok Kimi ni.” Rengek Baizura manja. Hakimi
tersenyum. Suka benar dia melihat sikap manja Baizura yang adakalanya
terlepas laku itu.

“Kimi, ambil balik sambal tu. Zura tengah makan kan.” Dari
dahulu hingga kini, dia faham benar dengan Baizura yang langsung tidak
sukakan sambal belacan. Mungkin tidak dibiasakan dari kecil.

Namun dia senang dengan suasana makan yang meriah seperti
malam ini. Sudah lama rumahnya sepi dari sebarang usikan kerana
kesibukkan masing-masing di tempat kerja.

“Yalah. Mak ni manjakan sangat si Zura ni. Sebab tu dia jadi
macam ni.” Bebel Hakimi sambil tangannya mengaut semua sambal belacan di
dalam pinggan Baizura.

“Abang jelouslah tu.” Baizura menunjukkan ibu jarinya kepada
Liana kerana memihak kepadanya.

“Eh, sejak bila jadi geng ni.” Setahunya, adik bongsunya itu
terkenal dengan sikap lemah lembut dan pemalunya.

“Pukul lapan tiga puluh tiga minit. Hehehe..” Jawab Liana
lagi. Baizura tumpang ketawa.

“Hmm, ni mesti berjangkit dengan Zuralah ni.” Simpul Hakimi
sambil bangun menuju ke singki untuk membasuh tangan. Namun sempat juga
dia mencuit pipi Baizura dengan tangan yang masih berbekas dengan sambal.

Baizura merungut keras. Bengang dengan pemilik nama yang
bernama Hakimi.

“Buat apa tu?” Tegur Hakimi apabila melihat Baizura yang
sedang tekun menghadap laptop.

“Tengah main pondok-pondok. Nak join ke?” Sengaja dia
memainkan dengan Hakimi.

“Ish budak ni, dah besar panjang gemuk gedempol pun masih
nak main pondok-pondok lagi.” Baizura menghadiah jelingan apabila
mendengar kata-kata Hakimi.

“Orang tak gemuk eh.” Bidas Baizura. Tidak mahu kalah.

“Hmm, tengok macam sibuk. Banyak sangat ke kerja sampai bawa
balik rumah.” Soal Hakimi sambil tangannya mula mencapai majalah.
Mencari sesuatu yang menarik.

“Banyaklah. Al-maklumlah kalau kerja makan gaji ni.” Jawab
Baizura sambil tidak lepas dari memandang laptopnya.

“Abah ajak kerja dengan dia, Zura jual mahal.” Aduh,
kata-kata Hakimi itu bisanya menusuk ke tangkai jantung.

Cukup-cukuplah jasa baik keluarga ini yang ditaburkan
kepadanya. Dia sudah malu dan tidak sanggup untuk menerimanya. Sudah
memberi makan, memberi ilmu agama dan sudah menghabiskan beribu-ribu
untuk menjadikan dia insan yang penuh dengan ilmu. Biarlah dia belajar
berdikari pula.

“Dah cukup banyak Kimi. Cukup banyak jasa yang mak dan abah
berikan. Zura jadi segan untuk menerimanya lagi.” Kali ini, dia memang
serius dengan kata-katanya.

“Ish, kenapa cakap macam tu. Kami tak pernah anggap Zura
sebagai orang luar.” Dia memang tidak suka bait-bait kata yang Baizura
tuturkan.

“Memang hakikatnya macam tu kan. Zura hanyalah orang luar.
Yang menumpang tempat berteduh dan kasih sayang.” Entah kenapa, dia rasa
sayu yang bukan sedikit. Terhenti kerjanya.

“Kalau Zura tak nak jadi orang luar, Zura kahwin dengan
Kimi. Jadi, Zura tetap akan jadi ahli keluarga ni sampai bila.” Serius.
Dia benar-benar memaknakan kata-katanya. Tapi Zura merasakan bahawa
Hakimi tidak serius. Dia ketawa besar.

“Orang serius ni dia boleh buat lawak pulak.” Tutur Baizura
sambil mula menyambung pekerjaannya.

“Lawak eh?” Hakimi berpura-pura bertanya tanda tidak faham.
Dia sebenarnya sedang menyembunyikan debar. Tidak rasakah wanita itu
akan debaran hatinya?

“Kalau Zura nak kahwin nanti, Zura akan pastikan yang suami
Zura tak makan sambal belacan.” Kata Baizura sambil tersenyum-senyum.

“Cakaplah besar. Nanti dapat yang memang suka makan sambal,
baru padan dengan muka Zura.” Hakimi sengaja menakut-nakutkan Baizura.

“Dia pun tak makan sambal belacanlah.” Putus Baizura
tiba-tiba. Hakimi yang baru ingin menggangkat buntut, terduduk apabila
mendengar butir bicara Baizura.

“Oh, jadi dah adalah ni.” Serkap Hakimi. Dia diserang rasa
gelisah yang tiba-tiba. Selama ini, dia menyimpan rasa sayang terhadap
gadis ini. Rupa-rupanya, dia hanya kumbang yang tidak ketemu bungannya.

Senyuman Baizura itu sudah memberikan jawapan kepada
persoalannya. Hakimi cuba bertenang. Mengumpul kekuatan untuk menghadapi
kenyataan yang nyata amat pahit untuk ditelan.

“Siapa nama dia?” Digagahkan hati untuk bertanya.

“Megat Shahrul.” Bangga dia untuk menuturkannya. Ya, jejaka
itu telah menghuni segenap dari hatinya.

“Sejak bila ni. Sampai hati tak beritahu eh?” Hakimi
berpura-pura merajuk. Dia sendiri pun sedang memujuk hatinya sendiri.

“Bukan Zura nak berahsia tapi tak tahu nak mula cerita macam
mana.” Terang Baizura jujur.

“Alah, cerita jelah. Tu pun nak berahsia dengan Kimi.”
Mendatar sahaja nada suaranya.

“Alah, Kimi pun bukan nak beritahu pun siapa buah hati Kimi.
So, adillah kan?” Dia sebenarnya ingin mengorek rahsia jejaka yang
sedang duduk di hadapannya ini.

Apabila melibatkan soal perasaan, lelaki itu terlalu
perahsia orangnya. Didesak dahulu, barulah mahu membuka mulut. Itupun
bukan sepenuhnya. Dia ingin tahu juga, siapalah wanita yang sangat
bertuah untuk berdampingan dengan lelaki yang sudah dianggap sebagai
abang itu.

“Kimi mana ada buah hati.” Ujarnya sambil diiringi senyuman
tawar.

“Alah, tak percayalah.” Bidas Baizura.

“Buah hati Kimi, dah diculik hatinya.” Perlahan nada
suaranya namun masih jelas di cuping telinga Baizura.

“Maksudnya, perempuan tu dah ada orang lain ke?” Teka
Baizura. Sedikit teragak-agak. Hanya anggukkan Hakimi sebagai tanda
jawapan kepada persoalan Baizura tadi.

“Ish, dia tu buta agaknya. Lelaki sebaik Hakimi ni dia tak
pandang. Memang tak ada mata.” Ayat itu agak kedengaran seperti memperli
tetapi ia sebenarnya lahir dari hatinya yang tulus.

“Dalam dunia ni, ada ramai lagi lelaki yang baik Zura.”
Hakimi sudah mula bangun dari duduknya. Dia ingin cepat-cepat masuk ke
dalam bilik. Dia tidak betah memandang wajah gadis kesayangannya itu.

“Kimi tak cuba pikat dia?” Entah kenapa, soalan itu pula
yang terbit dari mulutnya.

“Pikat?” Dia mengulang kembali soalan Baizura.

“Yalah. Pikat hati dia untuk jatuh sayang pada Kimi.”
Tera ng Baizura penuh semangat.

“Kimi tak pernah terfikir pulak sampai ke situ. Kimi hanya
suka dia dari jauh. Kimi takut kalau-kalau Kimi beritahu perasaan Kimi,
dia akan makin jauh dari Kimi.” Luah Kimi. Entah kenapa, meraka telah
masuk ke dalam satu topik yang sangat serius.

Masing-masing senyap tanpa kata. Mungkin sedang mencari buah
bicara yang agak bernas untuk dibahaskan.

“Belum cuba belum tahu. Manalah tahu kalau dia pun minat kat
Kimi jugak ke?” Bagi Baizura, perasaan itu perlu dilahirkan dengan
kata-kata. Akan berlaku salah faham jika ia hanya melibatkan bahasa
badan yang ada kalanya melahirkan makna yang berlainan dengan tingkah
laku kita.

“Salah Kimi jugak sebab jatuh sayang pada kekasih orang.”
Melopong Baizura mendengarnya.

“Alah, baru awek orang. Belum jadi isteri orang lagi.” Gurau
Baizura. Sekadar ingin memeriahkan suasana.

“Kimi tak kan ambil hak orang Zura. Sebab Kimi tak sanggup
nak bayangkan kalau orang lain yang rampas hak Kimi.” Baizura mula serba
salah kerana berkata yang tidak-tidak.

“Zura main-main je.” Hakimi tergelak besar melihat muka
Baizura yang terkulat-kulat itu. Dia nampak cantik dalam keadaan seperti
itu. Bukan. Dia nampak cantik walau bagaimanapun keadaannya.

“Kurang asam betul. Gelakkan Zura eh.” Sedikit sebanyak, dia
merasa senang kerana telah mengembalikan tawa Hakimi.

“Dahlah. Kimi dah mengantuk ni. Jumpa dalam mimpi okay.”
Baizura hanya menghantar pemergian lelaki itu dengan ekor matanya.

“Eh, lupa pulak aku nak tanya, aku kenal ke perempuan tu?”
Dia mengetuk kepalanya sendiri lantas mengemaskan peralatannya kerana
matanya pun sudah mula ingin melabuhkan tirainya.

Megat Shahrul melemparkan pandangan disekeliling restoren
sambil menanti kedatangan buah hati pengarang jantungnya.

Dia masih ingat lagi, di restoren inilah dia melamar Baizura
menjadi teman di hatinya. Permaisuri kerajaan cintanya.

Dia sebenar terkenal dengan sifat cerewet untuk memilih
pasangan hidup. Dia tidak suka perempuan yang suka merungut. Dia tidak
suka pada perempuan yang tidak cukup darjah kesabarannya. Dan dia juga
tidak suka pada perempuan yang cepat melatah dengan situasi yang menghimpit.

Kerana itu, sebelum melamar dia akan menguji dulu sifat
wanita yang bakal menjadi kekasihnya. Ditelek satu persatu. Bukan dia
mahu mencari kesempurnaan dan medambakan kesitimewaan semata-mata tetapi
dia mencari sebutir permata yang berada di dalam dasar lautan. Yang
sukar untuk ditemui.

Dan di restoran ini juga, dia telah merancang sesuatu yang
sampai kini lagi terus menjadi rahsia. Dalam diam, dia mengupah seorang
pelayan untuk menumpahkan air ke atas baju Baizura.

Motifnya satu, dia ingin melihat sama ada Baizura ini cepat
melenting ataupun tidak. Jujur atau hipokrik dengan perasaan sendiri.

Pelayan yang sedang membawa minuman itu merasa serba salah
untuk melakukan seperti yang disuruh apabila melihat seorang gadis
cantik yang sedang duduk keseorangan itu. Namun apabila mengenangkan
bahawa dia telah menerima upahnya, maka dilakukan juga.

Dengan sengaja, disengetkan sedikit dulangnya sehingga
menyebabkan air yang berada di dalam itu tumbang dan menumpahkan air di
atas baju gadis cantik itu.

Seperti terkena kejutan elektrik, gadis itu bangun kerana
terkejut. Dia mengesat bajunya yang tertumpah air itu.

“Maaf cik.. saya tak… saya tak sengaja…” Ujar pelayan itu
takut-takut. Dalam hatinya mula menyesal kerana penerima pelawaan pemuda
tadi. Jika dia dimaki di tengah-tengah orang ramai ini, memang menempah
malu.

“Tak apa. Awak tak sengaja kan.” Pada mulanya, dia memang
berasa marah tetapi apabila mendengarkan permohonan maaf itu, dia mula
rasa kasihan. Bukankah pelayan itu sudah mengatakan bahawa dia tidak
sengaja.

Dia cuma risau apabila melihat bajunya yang sudah kotor itu.
Sudahlah dia ingin bertemu dengan Shahrul. Entah apalah tanggapan lelaki
itu kepadanya nanti.

Megat Shahrul yang sedari tadi bersembunyi, mula melangkah
menghampiri gadis itu. Dia nampak Baizura mengesat bajunya yang kotor
mengunakan tisu. Dia sudah beroleh jawapannya.

“Kenapa ni?” Entah sejak bila Megat Shahrul berada di
hadapannya. Dia sendiri tidak sedar.

“Air tumpah.” Jawab Baizura ringkas. Pelayan itu menunjukkan
riak muka bersalah yang teramat sangat.

“Saya betul-betul mintak maaf cik.” Ujar pelayan itu. Entah
yang keberapa kali.

“Eh, tak apalah. Benda kecil je. Hmm, tandas kat mana?”
Baizura tidak betah berada di situ apabila mata Shahrul tidak lepas dari
memandangnya. Jelikkah dia dengan sifat baiknya yang tidak kena tempat
atau segan berdampingan dengannya yang sudah kotor.

Baizura sedaya upaya menghilangkan kotoran di bajunya namun
hampa kerana baju itu bertambah teruk jadinya. Dia mengeluh kecil. Dia
terasa seperti ingin pulang sahaja.

Keluarnya dari bilik air, dia melihat tempat yang diduduki
oleh Megat Shahrul itu telah kosong. ‘Nampaknya Shahrul segan nak duduk
dekat aku yang kotor ni.’ Gumannya sendiri.

Jadi, apa perlu lagi dia duduk di sini. Dia baru sahaja mahu
melangkah pergi namun tiba-tiba dia terpandangkan susuk tubuh seorang
lelaki di hadapan restoran. Shahrul menunjukkan bungkusan kepadanya.

Baizura tersenyum. Mati-mati dia ingat bahawa lelaki itu
pergi meninggalkannya kerana malu untuk berdampingan dengannya yang
telah kotor. Rupanya lelaki itu pergi membelikannya baju.

“Buat susah-susah je.” Tangannya mencapai bungkusan beg
plastik dari tangan Shahrul.

“Pergilah tukar.” Arah Shahrul tanpa tersenyum. Senyumannya
mampu memikat semua gadis yang melihatnya. Silap hari bulan, yang bukan
gadis pun bakal terpikat.

Baju yang dibeli oleh Shahrul ini kena benar dengan
citarasannya. Dalam banyak perkara, dia amat mengagumi lelaki ini.

“Awak nampak cantik sangat Zura.” Serius. Pujian itu memang
hadir dari lubuk hatinyayang ikhlas.

“Sebab baju free kot.” Ada-ada sahaja jawapan yang hadir
dari mulut gadis genit ini. Shahrul pasti yang dia benar-benar sudah
jatuh hati dengan sikap Baizura.

“Zura, kalau boleh Rul nak kita jadi lebih serius.” Ujar
Megat Shahrul tiba-tiba. Dia tidak mahu berlengah lagi. Gadis seperti
Baizura ini pasti akan senang disambar orang.

“Serius yang macam mana?” Rasa mahu tercabut jantungnya
mendengar bait-bait kata yang baru dituturkan oleh Shahrul.

“Menjadi permaisuri di kerajaan cinta Beta.” Megat Shahrul
senyum penuh debar.

“Kat mana tu?” Baizura cuba untuk memainkan perasaan Shahrul.

“Kat sini.” Jari terlunjuk Shahrul mendarat di dadanya.
Menunjukkan letak hatinya.

Baizura kelu tanpa sebarang kata. Dia sedikit menunduk.
Mungkin malu. Dia tersenyum senang. Masih setia membisu. Namun dari
gayanya, Shahrul sudah mengangak bahawa dia tidak pernah bertepuk
sebelah tangan. Akhirnya, cinta itu menjadi milik mereka.

“Rul, sory sangat. Jalan jammed teruk tadi.” Kedatangan
Baizura mengejutkan lamunan Shahrul. Dia menunjukkan jam tangannya
kepada wanita kesayangannya ini.

“Ya. Tahu. Sory sangat. Banyak sangat kerja tadi.” Baizura
buat muka simpati.

“Hari sabtu pun kerja. Susah betul dapat kekasih yang
worhaholic ni. Kalau dah kahwin pun macam ni, Rul potong gaji Zura.”
Ugut Shahrul.

“Eh, mana boleh macam tu. Tak aci betul.” Baizura tarik
muka. Shahrul tergelak kecil. Senang melihat aksi manja Baizura yang
bukan dibuat-buat itu.

“Kalau nak gaji lebih, hari sabtu dan ahad kena ada dengan
Rul. Kalau tak, potong gaji.” Tambah Shahrul lagi.

“Eee, suka buli orang.” Rungut Baizura. Akhirnya mereka
melepaskan tawa bersama. Senang hati bila diri dilanda bahagia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience