BAB 12

Romance Completed 1054

“Zura okey tak ni?” Tanya Shahrul apabila dia melihat muka
Baizura pucat lesi.

“Okey. Tapi Zura takutlah.” Ucapnya jujur. Shahrul mengengam
tangan milik Baizura.

“Mak Rul tu bukannya harimau sayang. Dia tak makan
oranglah. Hai, sejak bilalah Zura jadi penakut ni? Hmm…” Baizura mula
tersenyum mendengar kata-kata Shahrul.

“Jom.” Ajak Shahrul sambil membuka pintu kereta.
Lambat-lambat, Baizura turut ikut serta.

Setibanya di pintu rumah, mereka disambut oleh mak dan ayah
Megat Shahrul. Baizura jadi terharu apabila mak Shahrul dengan senang
hatinya menarik ke dalam pelukannya. Kini, ketakutannya sudah beransur
hilang.

Mereka terus ke meja makan untuk makan tengah hari bersama.
Ahli keluarga Shahrul begitu ramah melayannya.

“Zura memang asal dari sini ke?” Tanya Encik Megat Rahman
sambil menyuapkan nasi ke dalam mulutnya.

“Aah.” Jawab Baizura sepatah.

“Oh, mak dengan ayah pun orang sini jugaklah?” Kini giliran
Puan Sarimah pula yang melahirkan pertanyaan.

“Sebenarnya mak kandung Zura dah meninggal. Sekarang tinggal
dengan keluarga angkat. Keluarga angkat pun asal dari sini jugak.” Ujar
Baizura berterus terang.

“Oh ya ke. Mak cik dengan pakcik ni asal dari Johor.” Ramah
sahaja ibu bapa Megat Shahrul melayan bakal menantunya itu.

“Letakkan je kat situ Zura. Nanti Mak cik Limah kamu
basuhkan.” Ujar Puan Sarimah namun Baizura tidak betah melakukannya. Dia
lebih senang membasuh pinggan tersebut.

“Tak apalah mak cik. Bukan banyak pun pinggan ni.” Baizura
melafazkan rasa syukur yang teramat sangat kehadrat ilahi kerana
mengurniakan bakal mertua yang sangat baik dan dapat menerimanya seadaanya.

Puan Sarimah terus melangkah ke ruang tamu dengan senyuman
yang tidak lekang dari wajahnya. Sedikit sebanyak, dia sudah mula jatuh
sayang kepada bakal menantunya itu.

“Macam mana mak? Okay tak pilihan Rul?” Soal Megat Shahrul
dengan senyuman bangga.

“Cantik budaknya. Sopan pulak tu. Pandai Rul pilih.” Pujian
melambung dihadiahkan kepada anak terunanya. Megat Shahrul tersenyum
bangga. Dia sendiri berbangga mempunyai kekasih seperti Baizura.

“Jadi sekarang dia tinggal dengan keluarga angkat dialah
ya?” Soal Encik Hamdan tiba-tiba.

“Aah.” Jawab Shahrul sepatah.

“Jadi siapa yang nak jadi wali nanti? Ayah dia pun dah tak
ada ke?” Entah kenapa, pertanyaan itu pula yang keluar dari mulut Puan
Sarimah.

“Ayah dia ada lagi.” Jawab Megat Shahrul perlahan. Hal
tentang ayah Baizura yang sedang berada di penjara belum lagi
diceritakan kepada keluarganya.

“Ayah dia dekat mana sekarang?” Kali ini Shahrul menelan air
liurnya perlahan.

“Penjara.” Dia begitu berharap agar ibu bapanya memahami dan
dapat menerima kisah silam milik Baizura.

“Penjara? Sebab apa?” Entah kenapa, tiba-tiba nada suara
ibunya mendadak kuatnya.

“Eh, awak ni pun. Kalau nak tanya pun, perlahanlah sikit
suara tu. Kang dengar dek Zura tu kang.” Tegur Encik Megat Rahman. Puan
Sarimah menarik muka bosan mendengar bebelan suaminya.

“Dia disabitkan kesalahan kerana membunuh.” Kalau boleh, dia
tidak mahu merahsiakan apa-apa dari pengetahuan ibu bapanya. Kerana
mereka berhak untuk tahu akan perihal bakal menantunya. Lagipun dia tahu
bahawa mak dan ayahnya akan memahami nasib yang menimpa Baizura.

“Bunuh? Bunuh siapa?” Kali ini Encik Megat Rahman pula yang
bertanya manakala Puan Sarimah sudah melopong besar.

“Bunuh mak Zura.” Sepantas itu, Puan Sarimah mengucap
panjang. Dia mula tidak dapat menerima hakikat sebenar bakal menantunnya
itu.

“Rul nak kahwin dengan anak seorang pembunuh?” Tanya Puan
Sarimah tiba-tiba.

“Ayah Zura dah insaf mak. Dah banyak kali Rul teman Zura
pergi melawat kat penjara tu. Pak cik pun dah restui hubungan kami.”
Entah kenapa, dia tiba-tiba jadi berdebar melihat respon yang diberikan
oleh ibunya itu.

“Tapi mak tak restu. Mak tak suka kalau ada darah pembunuh
yang mengalir dalam diri cucu mak nanti. Kita ni keturunan baik-baik,
mak tak nak kalau orang lain mencemuh keturunan mak nanti.

Lagipun, apa pulak kata saudara mara kita. Nanti dia orang
cakap yang mak ni macam dah tak ada orang lain sampai anak pembunuh pun
sanggup nak dijadikan menantu. Mak dah buat keputusan, mak tak setuju
dengan hubungan korang ni.” Putus Puan Sarimah sambil berlaluu naik ke atas.

Encik Megat Rahman hanya mengangkat bahu. Shahrul faham
benar dengan reaksi ayahnya itu. Itu adalah tanda bahawa dia hanya akan
menuruti kata-kata Puan Sarimah sahaja. Satu keluahan berat dilepaskan.

Tanpa Shahrul sedari, ada telinga yang telah mendengar akan
perbincangan mereka itu tadi. Ada hati yang terguris dengan setiap
kata-kata yang merobek tangkai jiwa sang pemilik.

“Rul. Mak cik mana?” Shahrul agak tersentak dengan suara
Baizura yang tiba-tiba menyapa.

‘Ya ALLAH, mujurlah Zura tidak mendengar akan segala
kemarahan yang dimuntahkan oleh mak. Jika tidak, pasti hati kecilnya
akan terguris dengan ketajaman ayat dituturkan oleh mak. Tapi aku
percaya bahawa mak mungkin hanya terkejut mendengar berita ini. Masa
pasti akan memulihkan keadaan seperti sedia kala.’

“Mak tiba-tiba sakit kepala. Jadi Rul suruh dia berehat je
kat atas. Mari Rul hantarkan Zura balik.” Baizura hanya tersenyum
mendengar perbohongan yang dilakukan oleh Shahrul.

Adakalanya, hidup ini terpaksa dilalui dengan kebohongan
untuk mengelakkan kesakitan dan keperitan menjalar di sanubari setiap
jiwa. Namun sampai bila? Satu hari nanti, kebenaran pasti akan
terbentang jua. Dan kesakitan itu akan berganda peritnya.

“Zura balik dulu pak cik.” Baizura masih menegur Encik Megat
Rahman dengan ramah. Jika Shahrul berbohong untuk menyembunyikan
kebenaran, dia pula boleh berlakon untuk memimpikan sebuah realiti yang
terasa pahit untuk ditelan.

“Kenapa senyap je ni?” Tegur Shahrul sambil tangan kirinya
mencapai tangan Baizura. Sedari memulakan perjalanan tadi lagi, gadis
itu hanya sepi tanpa bicara.

“Sedap sangat gulai kari mak cik sampai kelu Zura
dibuatnya.” Bohong Baizura dengan senyuman yang dibuat-buat. Kalau
boleh, dia tidak mahu Shahrul tahu bahawa dia telah mendengar segala
perbualan mereka tadi.

Shahrul ikut turut tersenyum namun dia dapat merasakan
sesuatu yang tidak kena dengan buah hatinya itu. ‘Dia dengarkah? Ya
ALLAH, moga-moga ini hanyalah andaianku sahaja.’

Sedang Baizura menyemak tentang kewangan syarikat, tiba-tiba
interkomnya berbunyi.

“Cik Zura, ada tetamu ingin berjumpa tapi dia tak buat
appointment.” Ujar Setiausahanya.

“Suruh dia masuk.” Arah Baizura namun matanya masih lagi
terus menyemak kewangan syarikat.

“Assalamualaikum.” Tutur satu suara yang tidak berapa
Baizura kenali tetapi mampu mengoncang ketenangannya.

“Waalaikumusalam. Mak cik. Kenapa datang tak beritahu.”
Pelik juga dia melihat kedatangan Puan Sarimah ke pejabatnya. Dari mana
dia tahu tempatnya bekerja.

“Saja je. Nak buat kejutan pada kamu.” Masih ramah seperti
dahulu layanannya. Baizura tersenyum senang. Hilang segala fikiran buruk
akan nasib yang akan menimpa hubungannya bersama Shahrul.

“Kita nak berbual di sini ke atau diluar?” Baizura meminta
kepastian. Dia takut kalau-kalau Puan Sarimah tidak selesa jika hanya
bertemu di pejabatnya.

“Kat sini pun boleh. Alah, mak cik bukannya lama pun.”
Sengaja Puan Sarimah berbasa basi.

“Ada apa mak cik ke sini. Patutnya mak cik telefon je saya,
nanti saya datanglah rumah.” Puan Sarimah sedikit pun tidak member
reaksi dengan kata-kata Baizura itu.

“Maaf kalau kedatangan mak cik ni tak diundang. Tapi mak cik
betul-betul nak jumpa dengan kamu.” Mendengar suara Puan Sarimah yang
sangat serius itu pun sudah mampu membuatkan Baizura menelan air liur
beberapa kali. Pahit!

“Dengar macam serius je.” Hanya Allah sahaja yang tau
debaran yang ditanggungnya sekarang.

“Maaflah, mak cik tak dapat nak terima kamu sebagai menantu
mak cik.” Terus kepada isinya. Tidak langsung ingin berkias-kias. Bagi
Puan Sarimah, itulah ayat yang paling baik untuk memahamkan Baizura bagi
mengelakkan berlakunya salah faham.

“Sebab keturunan saya ke?” Dia ingin sekali memohon kepastian.

“Mak cik dah cuba fikir baik buruknya. Mak cik dah cuba
terima tapi mak cik tak boleh. Mungkin jugak Zura fikir yang mak cik
pentingkan diri sendiri tapi entahlah….” Kata-katanya terhenti di situ
apabila Baizura telah mendaratkan tangannya di atas tangan milik Puan
Sarimah.

“Saya faham mak cik. Saya faham sangat. Bukan kehendak mak
cik, tapi takdir telah ditetapkan macam tu. Bukan salah mak cik.”
Baizura cuba sedaya upaya untuk menghadiahkan senyuman seikhlas mungkin.

“Kamu tak marah.” Entah kenapa, mungkin ini sikap yang
dibayangkan olehnya. Dia membayangkan yang Baizura akan memarahinya
namun sikap itu kontra betul dengan apa yang difikirnya.

“Kenapa saya perlu marah pada orang yang disayangi oleh
Shahrul. Lagipun mak cik berhak untuk menolak.” Tenang. Itulah sifat
yang ingin dia cari selama ini.

‘Akukah yang terlampau keji atau perempuan ini yang terlalu
baik sehinggakan aku merasakan diri ini begitu kerdil sekali
disebelahnya. Bukankah wanita seperti ini layak untuk menjadi permaisuri
hati Shahrul? Tapi…’

Kenapalah perlu ada tapi disaat untuk melahirkan sebuah
keputusan yang muktamad. Benarlah kata orang, keraguan seringkali
bertandang ketika keputusan telah pun diputuskan.

“Mak cik tak akan halang kamu untuk berkawan dengan Shahrul
tapi untuk menerima kamu sebagai menantu, itu adalah perkara mustahil.”
Hatinya bagai disiat dengan belati tajam. Namun Puan Sarimah dengan
selambanya menututkan ayat tersebut tanpa sebarang reaksi. Apa, hina
sangatkah menjadi anak seorang pembunuh?

“Kalau tak ada apa-apa lagi, mak cik pergi dulu ya.” Usai
bersalaman, Baizura hanya menghantar Puan Sarimah ke muka pintu sahaja.
Kakinya terasa berat untuk terus melangkah. Ianya bagai terpaku
sehinggakan dia terkaku sendiri.

“Siapa tu Zura?” Entah dari arah mana Hakimi muncul.
Datangnya dengan soalan yang terasa sukar untuk diungkapkan di pinggir
bibir.

“Mak Shahrul.” Ringkas jawapannya.

“Wah, dah jumpa dengan mak mertua eh.” Sakat Hakimi. Namun
Baizura tidak memberikan sebarang reaksi. Hal ini membuatkan Hakimi
tertanya sendiri.

“Hei, kenapa ni? Ada apa-apa yang tak kena ke?” Seperti
biasa. Hakimi dengan mudahnya dapat mengenal pasti kekalutan hati yang
dirasai olehnya.

“Tak apa papelah.” Bohong Baizura sambil meneruskan langkah
ke meja pejabatnya.

“Zura, sejak bila jadi perahsia ni?” Hakimi sedikit pun
tidak menyukai keadaan mereka sekarang. Baizura jarang sekali monyok
sedemikian rupa.

“Kimi, I want to be lone. I really mean it.” Tegas nada
suaranya kali ini.

“Sory for disturbing.” Ringkas jawapannya. Nadanya seperti
berjauh hati sahaja dengan tingkah Baizura kali ini.

“Kimi….” Seru Baizura lemah.

“Zura, cuba terus terang? Apa sebenar yang berlaku ni?”
Hakimi mula merapati Baizura yang sudah menyembamkan muka ke meja.

“Zura laparlah. Jom teman Zura pergi makan.” Tiba-tiba
Baizura menukar karakter kepada seorang yang ceria.

“Ish, buat cuak orang jelah. Jom. Yang kena ajak tu yang
kena belanja tau.” Baizura hanya tersenyum melebar.

Hakimi Mengangap bahawa senyuman itu untuk mengiakan
kata-katanya tetapi senyuman itu adalah untuk menutup segala gundah
dihati. Tidak mungkin dia akan menyusahkan Hakimi. Biarlah dia
menangungnya seorang diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience