BAB 19

Romance Completed 1054

“Kimi, boleh Aina tanya sikit?” Ketika ini, meraka baru
sahaja selesai bersarapan.

“Tanya banyak pun boleh. Tak kena bayar pun.” Aina
tersenyum. Senang dengan setiap layanan Hakimi.

“Kimi tak risau ke lepaskan Zura pergi jauh.” Sebenarnya,
itu adalah soalan berlapik. Selain itu, dia ingin mecungkin rasa hati
Hakimi.

Kebetulan, Baizura baru sahaja ingi turun dari tangga. Tapi
apabila mendengarkan namanya, cepat sahaja dia pasang telinga. Teringin
juga dia mendengar jawapan darpada Hakimi.

“Risau? Kenapa nak risau pulak. Dia orang yang tak layak
untuk Kimi risaukan.” Sedikit sebanyak, perasaan Baizura agak terusik.
Tidak adakah sekelumit rasa sayang buat dirinya.

Jadi keputusannya untuk berhijah ke Brunei adalah yang
paling tepat. Sekurang-kurangnya dia boleh lari dari keluarga ini.
Cepat-cepat dia berlalu pergi, tidak mahu pasang telinga lagi.

“Ishh Kimi ni, dengar dek Zura nanti, kecik hati dia.”
Sebenarnya Aina terkejut mendengar jawapan yang langsung tidak terfikir
di benakknya.

“Hahaha… Kimi dah agak yang Aina akan salah faham.” Hakimi
tersenyum sedikit. Manakala Aina berkerut seribu.

“Kimi cakap macam tu sebab Zura tu bukan jenis orang yang
akan merisaukan orang lain. Dia jenis yang pandai bawak diri. Campaklah
dia kemana pun, dia akan lalui dengan seceria yang mungkin. Orang macam
Kimi ni, tak layak langsung nak risaukan dia. Hah, faham tak.” Kini
segala persoalan di benakknya sudah terjawab.

‘Kalau Kimi tahu tentang penyakit aku ni, pasti dia akan
sentiasa merisaukan aku. Jadi pastilah aku berbeza benar dengan sikap
Zura. Tak boleh! Kimi tak boleh tahu lansung tentang penyakit ni. Aku
tak akan sesekali melebarkan lagi perbezaan diantara aku dan Zura.
Walaupun Zura pernah merampas tempat di hati Kimi, tapi hanya aku yang
akan menjadi permaisuri buat selama-lamanya.’

Baizura merenung cincin yang berada di hujung jari terlunjuk
dan jari ibunya itu. Cincin itu sudah tidak layak menjadi penyeri di
jari manisnya. Cincin itu sudah tiada maknanya lagi.

“Kenapa ditenung cincin tu. Pakai jelah kat jari.” Teguran
secara tiba-tiba itu membuatakn cincin yang dipegang oleh Baizura itu
terjatuh dan bergolek ke kaki Hakimi. Lantas Hakimi membongkok untuk
mengutip sisa cinta Baizura itu.

“Cantik.” Puji Hakimi ikhlas. Cita rasa Shahrul memang ada
kelas.

“Zura nak pulangkan tapi tak tahu bila. Esok dah nak pergi.”
Sayu sahaja nada suaranya.

“Kenapa nak pulangkan. Pemberian ikhlas itu tidak akan
berakhir kalau hubungan tu berakhir.” Nasihat Hakimi. Dia tidak suka
kalau pasangan bercinta ini mula bertindak memulangkan barang ketika
berlakunya perpisahan.

“Simpan pun nak buat apa?” Lemah sahaja nada suaranya.

“Zura free tak sekarang?” Tanya Hakimi tiba-tiba dengan
senyuman yang penuh makna.

“Free je. Kenapa?” Keningnya diangkat sedikit.

“Jom teman Kimi pergi Mall.” Terus sahaja ditarik Baizura.

Setelah tiba di Mall, Hakimi menariknya ke dalam sebuah
kedai emas. Baizura mula berfikir sendiri, mungkin Hakimi ingin
menghadiahkan barang kemas kepada Aina.

“Pilihlah mana rantai yang cantik.” Gesa Hakimi sambil
matanya tidak lepas dari memandang kilauan emas yang berada di hadapannya.

Baizura juga ikut turut rambang mata. Silau mata dibuatnya.
Akhirnya dia memilih seutas rantai yang halus buatannya. Cantik sungguh
di pandangan matanya.

Hakimi lantas memegang rantai tersebut lantas mengeluarkan
cincin yang disimpan dari tadi dan dimasukan ke dalam rantai. Cincin itu
umpamanya mengantikan loket.

“Kalau dulu cincin ni menghiasi jari manis Zura tapi
sekarang biarlah cincin ni bersatu dengan rantai supaya cincin ini
berada lebih dekat dengan hati Zura.” Segera disarungka rantai itu ke
leher milik Baizura.

Bagi Hakimi, Baizura adalah seorang gadis yang sangat kuat.
Dia sedikit pun tidak menangis walaupun kehilangan seorang yang sangat
dicintainya.

Memang ini satu peluang yang sangat baik untuk dia meluahkan
rasa sayangnya kepada Baizura. Tapi untuk apa? Dia bakal mengundang satu
masalah yang akan melibatkan semua pihak.

Untung-untung, Baizura mungkin akan terus membenci dan
melarikan diri daripadanya. Mungkin kerananya nanti, Baizura tidak mahu
pulang terus ke tanah air. Bukankah hal ini bakal menyusahkan
keluarganya juga.

Kerana itu, dia sudah serius untuk terus membina kehidupan
bersama Aina. Memang tiada cinta buat gadis itu, tapi gadis itu telah
pun mendapat tempat di hatinya. Cinta itu boleh datang kemudian. Yang
penting, manusia itu sendiri perlu mantapkan diri untuk menerima hakikat
kehidupan ini.

“Zura, jadi adik abang sampai bila-bila?” Tulus sungguh
tawarannya.

“Bukan ke Zura ni orang yang tak layak untuk Kimi risaukan.”
Pada mulanya Hakimi tercengang namun dia mula dapat menangkapnya.

“Ni mesti kes dengar separuh je. Kimi cakap cam tu sebab
Zura ni tak layak untuk dirisaukan. Campaklah Zura ke pelusuk mana pun,
Zura tetap ceria tanpa dibanjiri air mata.” Ikhlas tuturnya.

“Dulu, Kimi selalu cakap yang perempuan ni lemah, jadi Zura
nak buktikan yang bukan semua perempuan macam tu. Lagipun bagi Zura,
kesedihan Zura, bukan dengan air mata.” Itulah prinsipnya dari dahulu.

“So, macam mana dengan tawaran abang tadi?” Baizura tergelak
kecil.

“Sebab abang dah hadiahkan Zura rantai yang mahal ni, jadi
Zura terima tawaran abang tu. Zura akan jadi adik abang sampai
bila-bila.” Biarlah Baizura mencari bahagiannya sendiri. Dia bukan
sesiapa untuk menentukan hala tuju hidup Baizura. Baizura berhak
memilih yang terbaik untuk dirinya sendiri.

“Tapi kan dik, tak salah pun kalau Zura nak nangis. Airmata
tu bukan tanda lemah tapi tanda kelembutan hati.” Hakimi sedar yang
Baizura perlu dikejutkan dari mimpi yang panjang.

“Mungkin sebab dulu Zura kerap sangat menangis sampai satu
saat, airmata tu dah kering. Dihimpit macam mana pun, diserang kesedihan
yang seteruk mana pun, airmata tu dah beku dah. Macam ais kat kutub tu.”
Sempat lagi dia berjenaka.

“Ada je idea dia nak jawab balik. Dah lah jom balik.”
Akhirnya dia meninggalkan mall itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience