BAB 27

Romance Completed 1054

Hakimi meletakkan tuala basah di dahi Baizura yang
kepanasan. Sedikit sebanyak, menyesal pula kerana membiarkan Baizura
basah dalam hujan.

Kelihatannya seperti Baizura mengalami mimpi ngeri apabila
kepalanya sekejap dikalih ke kanan dan kemudian ke kiri.

“Zura,,” Risau juga apabila melihat isterinya yang bagaikan
ketakutan itu.

Tiba-tiba Baizura bangun dari pembaringan. Bagai mula
tersedar dari mimpi ngeri yang panjang.

“Abang, Zura takut.” Dipegang kedua lengan milik suaminya.
Tangannya menyambut huluran gelas minuman dari Hakimi.

“Takut apa sayang?” Lembut dia bertanya.

“Semuanya macam menghantui Zura semula bang… Permergian mak,
kehilangan Rul dan Aina. Zura tak sanggup untuk menghadapinya untuk kali
kedua bang..” Air matanya menitis laju.

Cepat-cepat diseka oleh Hakimi. Ditarik gadis itu ke dalam
pelukannya. Mengusap segenap belakang badan isterinya. Manakala Baizura
terus dengan tangisannya.

“Jangan tinggalkan Zura. Zura takut.” Entah untuk yang
keberapa kali, ayat itu masih setia di hujung bibir Baizura.

“Abang tak akan tinggalkan Zura sayang. Tak akan.” Bibirnya
mendarat di dahi dan kedua belah pipi isterinya. Cuba meredakan
kegelisahan yang menghimpit. Dipeluk erat Baizura bagai tidak mahu
dilepaskan.

Mata mereka saling beradu. Namun hanya seketika, apabila
Hakimi memilih untuk menebarkan pandangan ke arah lain.

“Dia sihat?” Agak teragak-agak sebenarnya dia bertanya.
Manakan tidak, dia bukan berhadapan dengan seorang lelaki yang bergelar
abang tetapi bergelar suami.

“Dia demam.” Terlihat di air muka Shahrul yang dia agak
kelihatan bimbang. Masih bersisa rupanya cinta mereka berdua.

“Teruk ke?” Dia tidak tahu mengapa mulutnya gatal bertanya,
tapi dia kepingin benar untuk mengetahui tahap kesihatan Baizura.

“Jangan risau. Makin beransur sembuh.” Jawab Hakimi jujur.
Ya, ketika meninggalkan Baizura pagi tadi, badan gadis itu sudah
beransur pulih. Tidak panas seperti malam semalam.

“Ada apa kau nak jumpa aku ni?” Shahrul mula bertanya
apabila Hakimi hanya bertindak untuk terus mendiam.

“Nak serahkan benda ni.” Lambat-lambat dia menyusun kata.
Tangannya mula meletakkan botol kaca di atas meja.

“Apa ni?”

“Cinta dan rindu Zura pada kau.” Hatinya pedih yang bukan
kepalang. Namun perlu ke dia terus menyiksa isterinya itu. Memang sudah
tersurat, mereka berkahwin tetapi tidak untuk memperoleh bahagia.

“Dalam tu penuh dengan isi hatinya sepanjang tempoh korang
berpisah. Aku tau dia cintakan kau. Dan aku tau yang kau pun masih setia
menyintainya… Jadi aku nak pulangkan dia pada kau semula.” Berat. Itulah
kesimpulannya. Berat untuk dia menuturkan, berat lagi untuk melepaskan
Baizura.

Tapi dia tidak boleh mementingkan diri sendiri. Isterinya
itu berhak untuk merasa bahagia setelah begitu banyak liku-liku yang
terpaksa dihadapi isterinya itu.

Shahrul terkedu. Begitu kasihkah Hakimi kepada Baizura
sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuk kebahagian wanita yang
dicintainya itu?

Dia teringat kembali kekesalan ibunya yang terkilan kerana
melepaskan Baizura sebagai menantu. Sebagai balasan, dia mendapat
seorang menantu yang telah dipalit rasa kotor. Ibunya itu terlalu
mementingkan bakal keturunannya sehingga Allah mengujinya kerana
sikapnya yang kejam terhadap Baizura.

Jadi perlu ke dia mengulangi kesilapan ibunya dahulu. Ibunya
menolak Baizura kerana mementingkan bakal keturunannya. Perlukah pula
dia menceraikan Ayu kerana ingin mengahwini Baizura? Kusut betul!

Ayu! Wanita itu sebenarnya sungguh polos. Masih terlalu muda
untuk memahami pancaroba dunia yang sebenar. Kesilapan yang berlalu itu
perlu ke diungkit sehingga ke liang lahad? Tiada peluangkah itu
isterinya itu berbahagia.

Cintanya pada Baizura atau tanggungjawabnya kepada seorang
isteri yang lebih penting? Desakan ibu yang menyuruhnya menceraikan Ayu
juga sangat membebankannya. Ah, sungguh otaknya serabut dengan semua ini.

“Aku tak boleh Kimi.” Akhirnya, ayat itu keluar di
penghujung bibirnya.

“Kenapa? Bukan ke kau sangat menyintainya.” Tercengang juga
dia mendengar jawapan Shahrul.

“Cinta tu masih ada. Cuma takdir tu bukan milik kami. Kau
jagalah dia baik-baik Kimi. Kerana sebenarnya dari dulu lagi, hanya kau
yang layak menjaganya.” Kata-kata itu memang benar-benar ikhlas darinya.

“Lagipula, dia belum tentu lagi akan bahagia bersama aku.
Aku dah punya tanggungjawab Kimi. Walaupun aku tak cintakan Ayu tapi dia
tangungjawab aku dunia akhirat.” Sambung Shahrul lagi.

“Tapi dia tak cintakan aku.” Luah Hakimi pula.

“Cinta boleh datang dan pergi. Aku percaya, dia bukan persis
seorang wanita yang menyintai seorang kekasih tetapi dia seorang wanita
yang menyintai seorang lelaki yang bergelar suami. Percayalah cakap
aku.” Shahrul menaburkan kata-kata perangsang.

“Terima kasih Rul.”

“Aku hanya mampu doakan kebahagian kau dari jauh.” Ada
senyuman ikhlas yang terbit di wajah keduanya. Bila hati sudah ikhlas
merelakan sesuatu, insyaALLAH, Allah akan permudahkan semua urusan hambanya.

“Mak cik, apa yang mak cik buat kat sini?” Soal Baizura
pelik apabila menerima kedatangan Puan Sarimah.

“Mak cik pergi rumah kamu tadi dan mak kamu cakap kamu dah
tinggal kat sini. Sebab tu mak cik datang.” Baizura menjemput Puan
Sarimah duduk.

“Mak cik duduk kejap ya, saya pergi buat air.” Hanya Allah
yang tahu debaran yang ditanggungnya kala ini. Pelik, takut, tak
percaya, semuanya itu bagai digaulkan sekali.

“Tak payah susah-susah Zura. Mak cik datang ni sebab ada
benda yang mak cik nak cakap dengan kamu.” Halang Puan Sarimah lantas
menarik agar Baizura duduk di sebelahnya.

“Mak cik minta maaf.” Ujarnya sambil menunduk.

“Untuk apa? Mak cik tak pernah ada salah dengan saya.” Ucap
Baizura jujur. Sungguh, dia tidak sedikit pun menyimpan dendam. Perkara
yang berlalu itu pasti ada hikmahnya.

“Mak cik yang pisahkan kamu dengan Shahrul. Kalaulah mak cik
boleh putarkan waktu semula…Mak cik gagal untuk membezakan diantara kaca
dan permata.” Memang jelas kelihatan penyesalan di pelusuk wajah Puan
Sarimah.

“Biasalah mak cik. Orang terlampau taksub dengan permata
sehingga dia orang tak sedar yang kaca itu masih lagi memberikan khidmat
kepada yang memerlukan.” Kata-kata itu bukan untuk memperli Puan Sarimah
tetapi hakikat itu keluar dari mulutnya tanpa dia menyedarinya.

“Maafkan mak cik Zura.” Hampir sahaja dia melutut tapi
segera dihalang oleh Baizura. Tidak perlulah selebih itu.

“Saya tak salahkan atau marahkan mak cik. Dan tak ada
apa-apa yang perlu dimaafkan.” Tiada sekelumit pun dendam. Takdir telah
tersurat begitu. Sebagai hamba yang beriman, kita hendaklah redha.

“Kalau Zura dah maafkan mak cik, Zura terimalah Rul kembali.
Tak lama lagi, Ayu dan Shahrul akan berpisah. Dan korang akan berkahwin
dan hidup bahagia Zura.” Melopong Baizura mendengarnya.

Setahunya, Ayu sangat menyintai Shahrul. Dan dia tahu
Shahrul tidak akan tergamak untuk menceraikan isterinya itu.

“Saya tak boleh terima Rul lagi.” Ucap Baizura perlahan.

“Kenapa? Jangan risau, mak cik akan pastikan yang mereka
akan bercerai. Mak cik malu bermenantukan Ayu yang dah tak suci tu.”

“Mak cik, tak perlulah mak cik ulang kesalahan lama mak cik
pada Ayu dan Shahrul pula. Apa yang berlaku ni pasti akan ada hikmahnya.
Benarkanlah mereka untuk berbahagia.” Pujuk Baizura lembut.

Usahlah dipisahkan rasa kasih itu. Kerana kasih yang
terputus itu akan menjauh. Seperti rasa kasihnya pada Shahrul. Ia masih
ada cuma ia sudah terlangkau jauh dari gapaiannya.

“Habis tu, Zura pulak macam mana? Zura pun berhak untuk
bahagia.” Hatinya kasihan melihat Baizura. Sekali lagi, wanita itu
melakukan pengorbanan.

“Saya dah berkahwin mak cik.” Ujar Baizura dengan senyuman
sambil menunjukkan cincin perkahwinannya yang tersemat kemas di jari
manisnya.

“Kamu dah kahwin?” Nampak sangat muka Puan Sarimah penuh
dengan riak terkejut. Baizura hanya mengangguk.

“Kamu bahagia?” Sekali lagi Baizura mengangguk.

“Kamu cintakan dia?” Kali ini lama dia termenung. Cuba
menimbang balik rasa kasihnya terhadap Hakimi.

“Saya cintakan dia mak cik. Saya cintakan suami saya.”
Pertama kali dalam hidupnya, dia menyatakan rasa cintanya buat seorang
lelaki yang bernama Zaqrul Hakimi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience