BAB 28

Romance Completed 1054

Hakimi yang baru sahaja masuk ke dalam pejabatnya itu berasa
sangat terkejut apabila melihat Baizura yang sedang berbaring di sofa.

Dipercepatkan langkah menghampiri isterinya. Pada mulanya
dia ingin mengejutkan Baiuzura namun apabila mengenangkan wajah mulus
yang bagai lena dibuai mimpi itu, dia hanya membiarkan Baizura tidur.

Tangannya mendarat di dahi isterinya. Panas! Cepat-cepat dia
melarikan langkah ke setiausahanya. Ingin meminta kain tuala kecil.

Hakimi terus membasahkan dan meletakkan tuala kecil itu di
dahi milik Baizura. Apabila merasakan suhu bilik semakin sejuk, dia mula
memperlahankan suhu penghawa dingin lantas menanggalkan kotnya dan
dihamparkan ke badan isterinya.

Dia duduk sambil matanya tepat terarah di wajah cantik milik
isterinya. Dikucup lembut tangan isterinya itu tanda dia amat
menyanyangi gadis itu. Namun tiba-tiba dia terfikir sendiri, perkara apa
yang membawa Baizura ke pejabatnya? Akan ada sesuatukah yang akan berlaku?

Baizura mula sedar dari lenanya. Dia lupa yang dia sedang
tidur di pejabat milik Hakimi. Mata bundarnya merayap di segenap wajah
Hakimi yang sedang lena itu. Sanggup dia duduk di atas lantai dan
bersandar di sofa ini. Pasti sakit leher nanti.

Dia jadi terharu apabila tangannya jatuh pada kot Hakimi
yang sedang berada di badannya. Ya, dia tidak silap untuk jatuh cinta
lagi. Kehilangan cinta Shahrul membawa jejak baru untuknya dan Hakimi.

Dengan teragak-agak, tangan runcingnya bermain anak rambut
Hakimi. Suaminya itu kelihatan comel dengan gaya tidur itu. Senyumannya
tidak lekang dari wajahnya.

Namun tiba-tiba Hakimi tersedar. Mungkin terkejut apabila
ada tangan yang menari di kepalanya. Terkubur sudah senyuman Baizura.
Mukanya merah menahan rasa malu.

“Zura dah bangun? Sorylah, abang pulak yang tertidur.” Dia
perasan yang tangan Baizura bermain dikepalanya tadi.

“Tak pe.” Moga-moga Hakimi tidak menyedari keterlanjurannya
tadi. Hakimi membantu isterinya untuk duduk. Layanan Hakimi memang
sentiasa first class.

“Dah sihat?”

“Kalau abang yang jaga, memang Zura akan cepat sembuh.”

Bangga Hakimi mendengarnya. Akhirnya mereka bertukar senyum
sebelum hilang dalam kebisuan yang mencengkam.

“Tadi mak Rul datang.” Baizura memulakan intro. Terangkat
kening Hakimi seketika.

“Dia suruh Zura kembali pada Rul.” Terusnya apabila Hakimi
bertindak untuk menyepi.

“Jadi, Zura dah buat keputusan lah ni?” Mungkin kerana hal
inilah yang membawa Baizura ke pejabatnya.

“Dah.” Kali ini, keputusan ini datang dari hatinya sendiri.
Bukan dari paksaan sesiapa.

“Abang hormati keputusan Zura tu?” Berkerut dahi Baizura
untuk memahami segala maksud yang tersirat.

“Abang dah tau dah apa keputusan Zura?” Tanyanya pelik.

“Zura memilih untuk bersama Shahrul.” Nadanya perlahan yang
terlampau tapi masih kedengaran jelas di cuping telinga Baizura.

“Untuk apa memilih Shahrul. Dia bukan jenis lelaki yang
pandai beristeri dua.” Nampaknya suaminya ini sudah tersalah faham.

“Maksud Zura?”

“Kenapa Zura nak menyelam ke dasar laut untuk mencari
mutiara kalau sudah ada mutiara yang lebih bersinar di gengaman Zura.”
Sengaja dia berbasa basi. Senang dapat mengenakan suaminya itu.

“Tolong jelaskan dengan maksud yang sebenar Zura. Abang
bukan tak faham tapi abang takut salah faham.” Hatinya berdebar
mendengar reaksi Baizura sebentar lagi.

“Abang jangan takut sebab abang tak salah.” Berbelit lagi.

“Maksud Zura….” Kata-katanya terhenti.

“Maksud Zura, abang kena cari loket baru untuk mengantikan
cincin hari tu. Rantai ni macam tak bererti tanpa loketnya seperti Zura
yang tak bererti tanpa abang.” Terpana Hakimi mendengar butiran kata
isterinya.

“Ya Allah…” Hanya itu yang terucap. Betapa dia sangat
bersyukur di atas segala kurniaanNya ini.

Dipeluk dan dihadiahkan ciuman yang bertubi-tubi di seluruh
pelusuk wajah isterinya. Mengambarkan betapa gembira hatinya kala ini.

“Eh dah lah bang… Zura ni lambat lagi expired lah…” Sakat
Baizura bahagia.Hakimi gelak sakan.

“Tak akan ada sesiapa yang dapat meragut rasa kasih abang
pada Zura melainkan kehendak Allah.” Bisik Hakimi lantas menghadiahkan
sebuah ciuman di dahi milik Baizura. Hanya senyuman yang berani
menghiasi wajah mereka. Dibuang jauh segala kekeruhan.

Sedari tadi wajah Baizura tidak lekang dari senyuman. Hakimi
jadi pelik sendiri. Namun malas diusik. Karang merajuk pula buah hatinya
itu.

“Sedap tak bang makanan kat sini?” Tanya Baizura manja
sambil melirik ke arah suaminya itu.

“Sedap tapi kalau sayang masak lagi sedap lah.” Hakimi ini
memang seorang suami yang mewah dengan pujian.

“Eleh, yalah tu. Hari ni, nak pencen memasak.” Sengaja dia
mengajak Hakimi untuk keluar makan hari ini. Dia ada agenda lain sebenarnya.

“Hari ni je tau. Kalau pencen terus, memang mati kebulurlah
abang.” Baizura senang dengan jawapan Hakimi itu.

“Bang, sambal dia sedap tak?” Terhenti suapan Hakimi apabila
isterinya bertanyakan soalan mengenai sambal.

“Hai, tak pernah-pernah tanya, ni tiba-tiba je kenapa?”

“Nak rasa boleh tak?” Kalau tadi hanya terkejut, kali ini
rasa seperti mahu pengsan.

“Sayang demam ke ni?” Tangannya cepat sahaja mendarat di
dahi milik Baizura.

“ Sayang okaylah. Sayang nak rasa sambal tu, boleh tak.
Jangalah kedekut sangat.” Baizura tahu yang Hakimi pelik dengan
tingkahnya. Memang wajar dia merasa pelik.

Walaupun dia agak aneh, namun dilayan juga karenah isterinya
itu. Diletakkan sedikit sambal di dalam nasi untuk disuapkan kepada
isterinya.

“Sedapnya…” Hakimi sudah tidak tahu hendak membuat aksi yang
bagaimana lagi. Pelik, aneh, terkedu, tercengang, semuanya diadun dengan
sebati.

“Sayang nampak pelik hari ni? Bukan ke sayang paling tak
suka sambal belacan.” Hakimi melahirkan kekeliruannya.

“Mungkin sebab abang suap kot. Suapan kasih yang
bersambalkan cinta.” Sengaja Baizura mengusik suaminya itu.

“Biasanya, Zura ni alah sangat dengan sambal. Hari ni sayang
memang pelik.” Hakimi membuat kesimpulan sendiri.

“Apa yang peliknya, bukan Zura yang nak makan.” Dia mula
memberikan klu.

“Tapi Zura yang mintak tadi an..” Geram sungguh Hakimi
apabila melihat isterinya yang hanya tersengih-sengih itu.

“Bukan Zura yang mintak tapi baby yang mintak.” Tercampak
sudu yang berada di gengaman Hakimi kali ini. Aksi mereka mengundang
perhatian mata-mata di restoren tersebut.

“Abang, macam mana boleh tercampak ni?” Baizura berpura-pura
marah sedangkan Hakimi sudah mula merapatkan kerusinya berdekatan dengan
Baizura.

“Sambal tadi baby yang mintak?” Bisik Hakimi dengan muka
penuh tanda tanya.

“Dah dua bulan dia mintak nak makan sambal.” Maksud Baizura,
sudah dua bulan usia kandungannya.

“Yeahhhh, aku nak jadi bapak!” Jerit Hakimi lantang sehingga
mengundang tawa dan senyum dari pelanggan di restoren itu.

“Eee, janganlah jerit. Malulah.” Sungguh,tidak disangka
sebegini rupa tindakannya.

“Nasib baik kat tempat awam kalau tak, dah lama abang
terkam.” Usik Hakimi nakal.

“Eee, gatalnya suami Zura ni. Tak senonoh betul.” Hakimi
memang gemar mengusiknya.

“Gatal-gatal pun, suami Zura jugak.” Langsung terus
menyuapkan Baizura dengan penuh kasih. Sungguh, dia berbahagia dengan
kurniaan Allah yang tidak terhitung nikmatnya ini.

*** TAMAT ***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience