BAB 9

Romance Completed 1093

Baizura mencapai beberapa barang keperluan ke dalam troli.
Hari ini, dia dikerah bersama-sama dengan Hakimi untuk membeli barang
rumah yang sudah kehabisan stoknya.

“Zura, kicap mana yang sedap ya?” Soal Hakimi sambil
menunjukkan dua jenis kicap yang berlainan jenama.

“Kimi selalu makan yang mana?” Sengaja, dia menguji.

Hakimi mengaru tengkoknya. Memohon agar ingatannya pulang ke
dalam otak untuk memberikan jawapan kepada Baizura.

“Entahlah. Susah-susah sangat, ambil jelah dua-dua.” Dengan
pantas, dia membuat kesimpulan sendiri.

“Eh, mana boleh macam tu. Membazir je kalau ambil dua. Hidup
ni memang kena buat pilihan cik abang oit. Hai, kalaulah semua lelaki
macam Kimi ni, habislah pokai bajet rumah tangga.” Omel Baizura sambil
mengeluarkan sebotol kicap dan ditetakkan ke tempatnya semula.

Barulah Baizura perasan bahawa setiap barang di dalam
trolinya ada dua jenama. Tadi ada dua kicap, kini ada mayonis, sos cili,
ada dua paket bawang, dan berbagai lagi. Dan teruknya, semuanya ada dua
jenis.

Baizura mengecilkan pandangannya ke arah Hakimi. Dirasakan
bahawa lelaki itu kecil benar di pandangan matanya.

“Yang pergi ambil semua ni dua apa kes?” Geram dengan Hakimi.

“Sebab tak tahu nak pilih yang mana satu.” Matanya
dikelipkan beberapa kali. Takut juga dengan kemarahan Baizura yang
main-main itu.

“Habis tu kenapa tak beli satu pasar raya je. Lagi senang.”
Tangannya pantas mengeluarkan barang-barang yang tidak diperlukan.

“Takut nanti kena beli peti baru pulak.” Baizura memandang
Hakimi. Tanda tidak faham.

“Yalah, mana nak letak barang-barang kat pasar raya ni kalau
beli semua. Sebab tu kena beli peti baru tapi silap-silap, rumah pun
kena beli baru. Sebab tak muat.” Jawab Hakimi selamba. Sengaja
mengenakan wanita kesayangannya ini.

Baizura membuntangkan mata. Barang-barang yang tidak
diperlukan, semuanya diserahkan kepada Hakimi.

“Letak balik kat tempat dia.” Arah Baizura serius sambil
menolak troli ke arah lain.

Hakimi tersengeh-sengeh. Baizura tidak boleh menyalahkan dia
dalam hal ini. Dia memang gred D kalau diajak membeli belah.

Sedang Baizura menunggu Hakimi, tiba-tiba ada panggilan
masuk dari kekasih tersayang. Nama pun kekasih, mestilah sayang kan… hehehe

“Helo sayang…” Manja suara Baizura menerpa gegendang milik
Shahrul.

“Hai, sayang buat apa tu?” Tanya Shahrul ramah.

“Tengah beli barang.” Jawab Baizura jujur.

“Dengan siapa?” Kali ini, Baizura terfikir-fikir akan
jawapannya. Perlukah dia jujur sedangkan dia tahu yang Shahrul teramat
cemburukan Hakimi.

“Zura sorang je.” Kali ini, buat pertama kalinya, dia tidak
jujur dengan Shahrul.

“Okaylah. Tak nak ganggu Zura. Bye.” Tiba-tiba Baizura pelik
dengan sikap Shahrul kali ini. Nadanya seperti menahan marah.

“Ni belum lagi aku beritahu yang aku beli barang dengan
Kimi. Entah-entah terus mengamuk kot. Tapi Rul bukan jenis yang cepat
marah. Kesabaran dia ni macam gunung. Kalau boleh, gunung everest tu dia
nak kalahkan.” Omel Baizura sendirian.

“Ni sejak bila jadi orang gila ni? Cakap sorang-sorang.”
Sergah Hakimi yang muncul entah dari mana. Serta merta, tangan kecil
Baizura hinggap di bahu Hakimi sehingga jejaka itu menjerit keperitan.

“Itulah padahnya kalau suka buat orang terkejut.”
Berpura-pura marah. Hakimi pula hanya mampu tersengih-sengih.

“Eh Kimi, tolong pergi ambilkan daun bawang dengan daun sup.
Lupa nak ambil tadi.” Arah Baizura. Tiba-tiba Hakimi mencubit pipi
kanannya sehingga merah dibuatnya.

“Apasal cubit Zura pulak?” Dia mengosok pipinya yang perit.

“Sejak bila pulak Kimi ni jadi pelakon?” Berkerut dahi
Baizura untuk memahami maksud kata-kata Hakimi.

“Pelakon?”

“Yalah, dari tadi lagi, Zura sibuk nak bagi arahan.” Sekali
lagi, dia terkena. Baizura mengigit bibir. Geram sungguh dia dengan Hakimi.

“Sabar jelah.” Rungut Baizura sambil berpaling. Niatnya
ingin mengambil daun bawang dan daun sup namun langkahnya mati tiba-tiba
apabila terpandangkan susuk tubuh yang berada di hadapannya.

“Eh Rul, tak sangka pulak jumpa kat sini.” Tegur Hakimi
ramah tanpa mengesaki apa-apa.

“Kebetulan aku pun tengah membeli barang.” Suaranya ramah.
Masih seperti biasa. Namun Baizura tetap rasa canggung. Orang buat salah
kan. Mestilah takut.

“Eh tak apalah, biar Kimi yang ambil daun sup.” Cadang
Hakimi sambil pergi meninggalkan mereka berdua.

“Rul, Zura mintak maaf sangat-sangat….” Baizura memulakan
langkah.

“Untuk apa?” Pura-pura tidak mengerti.

“Sebab tipu Rul tadi.” Lemah sahaja nada suaranya. Kalau
tidak, suara dialah yang paling kuat. Macam tertelan microfon sahaja.

“Yalah, maksud Rul, untuk apa pernipuan tadi?” Nadanya masih
keras. Mukanya serius tanpa sebaris senyuman.

“Zura takut Rul cemburu..” Jawabnya sambil menunduk.

“Habis tu, Zura ingat sekarang Rul tak cemburu ke?” Hatinya
benar-benar sakit apabila mengetahui yang Baizura menipunya.

Memang sedari dahulu lagi dia teramat mencemburui seorang
lelaki yang bernama Hakimi. Namun rasa cemburunya masih boleh dikawal.
Tidak perlulah dihadiahkan sebuah penipuan yang bakal menambahkan lagi
rasa cemburunya.

“Sejak akhir-akhir ni, Rul ni cemburu sangat dengan Kimi.
Sebab tulah Zura menipu, Zura tak nak Rul fikir yang bukan-bukan. Rul,
Zura mintak maaf sesangat….” Rayu Baizura lembut.

“Fikir apa? Fikir yang Zura betul-betul sukakan Kimi.” Dia
sebenarnya sedang mengawal senyumannya. Dia tidak sengaja mengacah
kekasihnya itu.

“Apa yang Rul merepekkan ni? Lempang mati kang…” Sehabis
ayat itu, satu ledakan tawa terbit dari mulut Shahrul.

“Apa gelak-gelak, tak kelakar langsung.” Sebenarnya dia
sangat lega mendengat tawa milik Shahrul. Sekurang-kurangnya dia tahu
yang Shahrul tidak serius memarahinya.

“Hebat betul Zura ni. Orang lain kena tikam dan bunuh baru
mati tapi Zura lempang je terus mati eh?” Dalam saat genting seperti ini
pun, Shahrul masih punya masa untuk bergurau.

Memang dia sengaja berpura-pura marah. Memang dia cemburu.
Namun jika difikir secara matang, perlukah dia mencemburui pada seorang
lelaki yang telah banyak melimpahkan rasa kasih dan sayang kepada Baizura.

Kasih Hakimi kepada kekasihnya itu telah tercipta ketika
kasih mereka belum berputik lagi. Cemburunya memang ada namun ia masih
berpada-pada. Dia tidak akan sesekali merampas kasih Hakimi yang telah
menganggap Baizura sebagai seorang adik.

Dia masih ingat kata-kata Baizura. ‘Zura sayang keduanya
melalui dua makna yang berbeza.’ Dia percayakan buah hatinya itu.

“Meh kita cuba nak?” Cadangan Baizura itu Shahrul sambut
dengan senyuman.

“Eh jangan. Nanti jadi janda tau.” Ugutan Shahrul itu telah
Berjaya menerbitkan senyuman milik Baizura.

“Rul, janganlah fikir bukan-bukan. Zura tak mungkin ada
apa-apa dengan Hakimi. Lagipun dia kan hak Aina. Zura ni belum terdesak
lagilah nak rampas hak orang. Yang sendiri pun tak terjaga tau.”

“Rul tahu sayang… Tadi tu saja je main-main.” Hakimi hanya
melihat kemesraan mereka itu dari jauh. Sekarang, dia hanya bermampu
mendoakan untuk kebahagiaan Baizura. ‘Berbahagialah dikau wahai cintaku…’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience