BAB 23

Romance Completed 1054

Ahli keluarga yang lain menerima pengkhabaran ini dengan
lafaz syukur yang teramat sangat. Akhirnya, Baizura mengambil keputusan
untuk berkahwin dengan Hakimi.

Namun yang memuskilkan Baizura ialah Hakimi sendiri. Relakah
dia dengan perkahwinan mengejut ini? Apa pula pandangan lelaki itu
tentang dirinya?

“Abang tak sangka yang Zura akan terima.” Baru sahaja dia
terfikirkan lelaki itu, tup tup dah ada depan mata.

“Zura tak tahu nak cakap apa.” Jujur. Dia merasa sungguh
kekok apabila berada dengan Hakimi sekarang.

“Abang tahu Zura terpaksa. Jangan paksa kalau tak mampu
Zura.” Kata-kata Hakimi itu sedikit sebanyak menyakitkan hatinya.

“Kenapa? Sebab abang tak rasa terpaksa? Abang rela kan?”
Sengaja tuduhan itu dilemparkan kepada Hakimi. Dia ingin menyelami
segenap hati milik Hakimi.

“Sejujurnya abang memang cintakan Zura. Tapi cinta ni bukan
tiket untuk abang rela melihat penderitaan Aina. Abang sayangkan dia.”
Ikhlas. Itulah yang mampu Baizura uraikan.

“Abang terima Zura sebab abang nak tunaikan hasrat Aina kan?
Macam tu jugaklah dengan Zura. Tujuan kita sama sahaja.”

“Macam mana kalau kita tak bahagia?” Matanya mencari sinar
di dalam segenap perasaan milik Baizura.

“Bahagia tu kan milik Allah. Hanya dia yang berhak
mencampakkan rasa bahagia tu kepada hambanya. Kita ni cuma manusia. Kita
tak berhak nak ambik alih kerja Allah.” Nasihat itu Hakimi terima dengan
senyuman.

“Zura… Zura boleh berharap pada abang…” Ucapan itu memang
lahir dari segenap hati dan perasaannya. Baizura hanya tersenyum. Tidak
mampu untuk membalas kata.

Pada mulanya, Hakimi dan Baizura hanya ingin mengadakan
majlis yang seringkas mungkin namun atas desakan Aina, majlis
perkahwinan diadakan dengan meriah di rumah Aina. Kata Aina, Baizura
sudah dianggap sebagai keluargannya sendiri, jadi dia mahu Baizura
menjadi pengantin di rumahnya.

Pada petang itu, Aina dibawa ke hospital kerana keadaannya
yang semakin teruk itu. Setelah didesak, akhirnya hanya Hakimi dan
Baizura yang menemani Aina di hospital. Baizura tahu, ahli keluarga yang
lain pastilah kepenatan untuk menyediakan majlis kahwin ini.

“Zura, pergilah rehat kat kerusi tu.” Arah Hakimi apabila
Baizura tersengguk-sengguk di sisi katil.

“Abang jelah rehat. Biar Zura teman Aina.” Hakimi
mengelengkan kepalanya. Dari kecik sampai besar, tak habis-habis lagi
keras kepalanya itu.

Akhirnya, Baizura tertidur juga di sisi katil bersama-sama
dengan Aina. Hakimi meminta selimut dengan jururawat yang bertugas dan
menyelimut badan Baizura.
***

“Maaflah, sebab aku, kau dengan Kimi terpaksa teman aku.”
Aina menyuarakan rasa serba salahnya.

“Aina, aku tak kisah langsunglah.” Kalau tidak kerana Aina,
bagaimanalah dia hendak menghadapi malam pertamanya bersama dengan Hakimi.

“Aku nak pergi tandaslah. Nak mandi.” Baizura membantu Aina
untuk bangun dan memimpin Aina ke bilik air.

Di dalam bilik air, barulah Aina mencabut tudung yang
menutupi kepalannya. TIba-tiba Baizura terfikir sendiri.

Pasti sukar jika Aina hendak menjaga auratnya jika Hakimi
berada bersama-sama di dalam wad. Pasti Hakimi tidak dapat menemani Aina
sendirian tanpanya kerana mereka bukan muhrim. Masalah ini hanya akan
selesai jika Aina berkahwin dengan Hakimi. Baizura tersenyum.

“Abang, betul ke abang sayangkan saya?” Soalan tanpa
diundang itu benar-benar mendatangkan kepelikan di dalam fikiran Hakimi.

“Kenapa tiba-tiba tanya?”

“Nak tahu.”

“Tiada apa pun yang dapat mengurangkan kasih sayang abang
pada Zura.” Pertama kali, dia menuturkan kata-kata romantic kepada
isterinya.

“Kalau macam tu, boleh Zura buat satu permintaan.” Sungguh
dia terharu. Namun dia tidak boleh tamak. Rasa kasih itu perlu dikongsi
dengan seseorang yang memerlukannya.

“Apa dia?”

“Kahwin dengan Aina.”

“Hah!” Bagai hendak luruh jantungnya. Dia boleh jadi gila
dengan Baizura dan Aina ini. Kelmarin, Aina memintanya berkahwin dengan
Zura, kini Zura pula yang memintanya berkahwin dengan Aina.

‘Zura, kalau tak sayangkan Kimi sekalipun, janganlah ditoreh
hati ini berulang kali. Peritnya tidak terhingga rasanya.’

Perlahan-lahan, Baizura mencapai tangan milik suaminya dan
dikucup lembut tangan itu. Seperti hari semalam.

“Abang, Zura bukan nak nampak mulia atau baik di pandangan
sesiapa bang. Tapi Zura pandang semua aspek ni dalam segi pandangan
Islam. Kalau Zura tak dapat menemani Aina, tak kan abang nak temani dia
sendirian sedangkan kalian bukan muhrim.

Lagipun Zura kesiankan Aina yang terpaksa menjaga adab dan
aurat jika abang ada bersama. Lagipun dia kan sakit, adakalanya dia
memerlukan kudrat seorang lelaki untuk membantunya. Abang tak terasa
terpanggil ke untuk melakukan sesuatu ke atas gadis yang abang sayang.”
Lembut sahaja suarannya memujuk.

Hakimi sudah mula dapat ruang untuk berfikir. Kata-kata
isterinya itu penuh dengan kebenaran. Kenapa dia tidak memikirkan semua ini?

“Lagipun dah jadi tanggungjawab kita kan untuk bahagiakan
Aina.” Tambah Baizura lagi.

“Zura tak kisah?” Dia ingin sekali menyingkap ruang hati
isterinya itu. Ada permata yang tersembunyikahh sehinggakan isterinya
itu sungguh mulia pekertinya.

“Kalau Aina tak kisah untuk berkorban, kenapa Zura pula yang
perlu kisah.” Sengaja dia membelitkan ayat. Dia mahu suaminya itu berfikir.

Perlahan-lahan, Hakimi mengangguk. Dia berkahwin dengan Aina
bukan kerana kasihnya pada Baizura semata-mata tapi setelah diambil

Ahli keluarga yang lain menerima berita ini dengan rasa
terkejut yang bukan kepalang. Agak sukar juga ingin memujuk Aina namun
setelah Baizura menaburkan sedikit mawar pada kata-katanya. Dengan
separuh rela, Aina bersetuju.

Akad nikah hanya dilakukan di hospital sahaja. Hal ini agar
dapat menyenagkan Aina. Segala persiapan ini telah diurusakan oleh Baizura.

Hakimi terasa tidak percaya, baru dua hari lepas dia
mengengam tangan tok kadi untuk berkahwin dengan Baizura dan kali ini
dia berjabat sekali lagi untuk menyatukannya bersama dengan Aina.

Tok kadi membacakan doa sehabis sahaja upaca ijab dan Kabul.
Dengan sekali lafaz sahaja, Aina sah menjadi milik Hakimi.

Kini tibalah upacara pembatalan air sembahyang. Puan Latifah
meminta cincin daripadanya. Seketika dia agak kaget kerana dia tidak
teringat langsung untuk membeli cincin.

Tiba-tiba tangan kanannya menanggalkan cincin yang berada di
jari manisnya. Cincin itu dihulurkan kepada Hakimi.
Sedikit sebanyak Hakimi agak teragak-agak untuk mengambil cincin itu.
Bukankah itu cincin pernihakahan mereka berdua? Perlukah Baizura
berkorban sedemikian rupa.

“Itukan hak Zura.” Tutur Aina apabila menyedari yang Hakimi
seperti tidak mahu menerima cincin itu.

“Hak Zura pun kepunyaan Aina jugak.” Ujar Baizura ikhlas
sambil tersenyum. Dia berpaling ke arah Hakimi dan mengisyaratkan
suaminya itu supaya mengambil cincin itu.

Akhirnya, cincin permata itu disarungkan ke jari manis milik
Aina. Buat pertama kalinya, sebuah ciuman kasih hinggap di dahi Aina.

Selepas itu, giliran Baizura pula yang bersalam dan mencium
segenap wajah milik Aina. Akhinya mereka berpelukan di hari bahagia itu.
Kedengaran esakan kecil milk Aina. Hakimi tidak tunggu diam, terus
dipeluk kedua-dua orang isterinya itu. Semua mata yang memandang
menumpahkan air mata. Sedih dah taksub melihat kasih sayang diantara
tiga insan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience