BAB 2

Romance Completed 1054

Tergesa-gesa Baizura keluar dari pejabatnya. Sepatunya dia
pulang awal hari ini namun kerana kerja yang bertambun-tambun itu
menuntut dia agar pulang lewat sedikit. Hakimi pasti akan mengamuk jika
dia sampai dahulu sebelumnya.

Baru sahaja ditekan remote control keretanya, ada suara yang
tidak asing menyapa dari arah belakang.

“Ish, terkejut Zura. Ingat penyangak manalah tadi.” Gurau
Baizura sambil belakon mengurut dadanya. Senang jika dapat mengenakan
lelaki itu.

“Sampai hati kata boyfriend sendiri penyangak.” Geram
sungguh dia dengan sikap kekasih hatinya itu.

“Hahaha.. Nasiblah. Siapa suruh buat orang terkejut.”
Sengaja dia menganjing lelaki itu semula.

“Ni nak pergi mana ni? Nak pontenglah ni.” Sengaja Megat
Shahrul bercekak pinggang.

“Eh, sory sikit eh. Kita ni pekerja yang berdisplin. Tak
mainlah ponteng-ponteng ni.” Baizura menjelirkan lidahnya. Senang
bertekak lidah dengan kekasihnya.

“Eh, potong lidah tu karang. Baru tahu. Nanti terus tak
boleh bercakap terus.” Acah Megat Shahrul.

“Ah, potonglah. Nanti Rul jugak yang dapat bini bisu.” Masih
setia menjawab.

“Siapa kata nak Zura jadi isteri Rul.” Membulat mata Baizura
mendengar kata-kata Megat Shahrul.

“Tak nak tak pe? Zura pun tak hingin. Boleh cari yang lain.”
Jawab Baizura berpura-pura merajuk. Baru sahaja tangannya ingin menarik
pintu kereta namun ada tangan yang menahan.

“Ish, Rul gurau jelah. Sejak bila hati jadi lembab ni?
Biasanya kering je.” Kata Megat Shahrul sambil diiringi dengan gelak kecil.

“Hah, tahu takut. Nak tahu sejak bila hati ni jadi lembab?
Sejak hati ni dicairkan dengan baja-baja cinta, dia tak pernah kering
dah. Hahahaha.” Sengja dia berpuitis sambil tergelak besar.

Megat Shahrul turut tergelak melihat perlakuan Baizura.
Sifat ceria inilah yang mencuri hatinya. Baizura sentiasa menjadi
dirinya sendiri.

“Dahlah. Zura kena balik cepat ni. Hari ni kan Hakimi nak
balik.” Bertemu dengan Megat Shahrul membuatkan dia terleka sebentar.
Dia benar-benar sudah lewat.

“Oh, madu Rul tu dah balik ya?” Usik Megat Shahrul. Baizura
mencebik. Tidak suka dengan gurauan Shahrul. Dia tidak akan pernah untuk
memadukan Megat Shahrul. Apatah lagi perempuan hanya boleh berkahwin
satu sahaja.

“Sekeh kang. Kalau betul-betul jadi madu kang, baru tahu
laut tu dalam ke tak.” Ugut Baizura.

“Alah, garang betul. Alah, baliklah kejap lagi. Teman Rul
minum petang kejap.” Rayu Shahrul. Dia betul-betul ingin menghabiskan
masanya hari ini bersama-sama dengan Baizura.

“A lot of sorry okay. Tapi betul-betul tak boleh. Kalau kimi
sampai rumah dulu sebelum Zura, mati Zura tau.” Cuba memujuk arjuna
hatinya itu.

“Yalah. Tapi Zura jangan sampai mati tau. Cuba bertahan
kalau Kimi cuba nak bunuh.” Sengaja dia mengenakan balik Baizura.

Baizura ketap bibir. Bengang pastinya sedangkan Megat
Shahrul mewah dengan senyuman.

“Dahlah. Cepat balik. Karang jams pulak.” Arah Megat Shahrul
cepat-cepat. Sebelum Baizura memangkahnya kerana ianya hanya akan
melewatkan gadis itu sahaja.

“Okay, bye dear.” Senyuman manis disedekahkan kepada Shahrul

“Drive carefully.” Ujar Shahrul. Menutup bicara mereka.

Perlahan-lahan kakinya melangkah ke dalam rumah. Dia sudah
dapat mengagak yang Hakimi sudah pulang ke rumah apabila mendengar tawa
riang dari arah dapur.

“Hah! Baru balik.” Jerkah satu suara yang tidak asing lagi.

“Eh, Kimi dah sampai.” Pura-pura tidak menyedari
kesalahannya. Dia berjalan ke arah Hakimi dan menumbuk mesra bahu jejaka
itu.

“Ingat dah tak nak balik dah tadi.” Hakimi masih belum
berpuas hati.

“Alah, sorylah. Ada banyak sangat kerja tadi.
Menimbun-nimbun macam gunung kinabalu tau.” Jawab Baizura sambil
tersengih-sengih.

“Tak kiralah gunung kinabalu ke, gunung Everest ke, sekarang
Zura dah buat salah. Dahlah tak jemput kimi dekat Airport, lepas tu
balik lambat pulak tu.” Baizura buat muka blur.

“Ish Kimi ni kan, lepas balik dari Oversea ni, Kimi dah
bertukar jadi perempuan eh?” Pancing Baizura.

“Jadi perempuan?” Tidak faham dengan kata-kata Baizura.

“Yalah, kuat bebel macam mak nenek. Hahahaha.” Sejurus
selepas itu, Baizura terus berlari ke bilik peraduannya.

“Zura!” Hakimi menjerit tanda tidak berpuas hati dengan
sikap gadis kesayangannya itu.

Tangannya mengetuk kasar pintu bilik Baizura. Baizura
melepaskan kelegaan kerana sempat mengunci pintu. Jika tidak, tidak
pasal-pasal dia akan menjadi mangsa Hakimi.

“Zura, Kimi baru je balik, dah cari pasal eh?” Jerit Hakimi
dari arah luar.

“Mana ada cari pasal. Pasal yang cari Zura.” Dia tergelak
besar di dalam bilik. Senang mengenakan Hakimi.

“Zura, keluarlah. Kimi baru je balik. Penat tau. Jomlah
makan sama.” Baru Baizura ingat yang Hakimi ini baru sahaja sampai di
Malaysia.

Kepenatan berada di dalam perut pesawat pasti belum hilang
lagi. Dan dia pula sengaja mencari lelah lelaki itu lagi. Lantas
dibukanya pintu bilik.

“Nakal eh.” Tersenyum-senyum Baizura mendengarnya.

“Tersengih-sengih macam lala basi.” Sakat Hakimi.

“Eh, orang tengah sedekah jariah ni.” Balas Baizura.

“Cakap dengan dia ni, sampai tahun depan pun tak habis lagi.
Asyik nak menang je. Dah lah, pergi mandi dan solat. Lepas tu kita makan
sama-sama.” Arah Hakimi sambil ingin mula melangkah pergi.

“Baik tuanku. Patik menurut perintah.” Sempat lagi dia
merapatkan kedua belah tangannya di ditundukkan sedikit kepalanya.
Hakimi hanya mampu mengeleng.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience