BAB 7

Romance Completed 1054

Usai makan, Hakimi melepak di beranda rumah. Cuba melepaskan
lelah di dada. Ingatannya jatuh pada Aina. Gadis yang ingin digandingkan
dengannya.

Gadis itu kelihatan sangat ayu dengan tudung di kepala.
Mukanya akan merah menyala apabila ditempah malu. Hakimi memejamkan
sedikit matanya. Cuba meredakan hatinya.

Dia takut kalau-kalau dia tidak dapat membahagiakan gadis
itu. Bagaimana dia ingin mengisi cinta lain sedangkan hatinya sudah
bahagia melakarkan cinta Baizura.

‘Kimi, kau kan dah janji untuk membenarkan Zura bahagia
bersama jejaka idamanya. Jadi kenapa kau perlu seksa diri kau sendiri
dengan menghambakan cinta yang sudah nyata bukan milik kau.

Berilah ruang dan peluang kepada diri kau untuk mendekati
diri Aina. Dia gadis yang baik. Kau sendiri pernah terluka, tegarkan kau
melukakan hati orang lain.’ Dia bermonolog dengan dirinya sendiri.

“Assalamualaikum.” Seru Aina sambil ditemani debaran yang
mengunung.

“Walaikumussalam. Eh, jemputlah duduk.” Dia cuba meramah
suasana. Tidak mahu jika hubungan mereka terlalu kekok.

Jika tidak dipaksa oleh Puan Latifah dan Encik Hamdan, pasti
kakinya tidak akan melangkah ke sini.

“Aina kerja kat mana?” Soal Hakimi. Memulakan perbualan.

“Dekat PNB.” Jawab Aina ringkas.

“Oh, Permodalan Nasional Berhad.” Dia mengulang jawapan Aina.

“Eh, bukan yang tu. Aina kerja dekat Percetakkan Nasional
Berhad.” Tegur Aina sambil tersenyum geli hati.

Hakimi malu sendiri. Tulah, pandai-pandai je buat spekulasi
sendiri.Akhirnya, mereka sama-sama tertawa. Sudah mula mencari ruang
untuk memberi peluang kepada diri masing-masing menerokai pasangan mereka.

“Aina tak ada pilihan sendiri ke?” Dia teramat ingin tahu
jawapannya. Gadis secantik ini, mustahil tidak mempunyai teman istimewa.
Dia tidak mahu kalau kerana terlampau terikat dengan keluarga membuatkan
mereka sengsara seumur hidup.

“Tak ada.” Jawab Aina jujur. Ya, memang itulah hakikatnya.
Setelah kecewa dengan Azli, dia tidak punya hati untuk bercinta lagi.
Jadi kerana itu, dia menerima apa sahaja cadangan keluarganya.

“Macam tak percaya je.” Protes Hakimi perlahan namun masih
mampu sampai di cuping telinga Aina.

“Kenapa? Muka Aina ni macam muka orang yang tengah kemaruk
bercinta ke?” Sengaja dia ingin mengenakan Hakimi.

“Eh tak lah. Cuma tak percaya. Orang secantik ini tidak
mempunyai kekasih.” Ujar Hakimi meluahkan pendapatnya.

“Cantik tu, bukanlah satu syarat untuk kita beroleh pasangan
Kimi. Kalau macam tu, pasti orang yang tak cantik tu tak kahwin sampai
ke tua.” Tergelak Hakimi mendengar celoteh Aina.

“Okay. Betullah apa yang Aina cakap tu.” Mereka sudah mula
boleh berbual mesra. Tidak kekok seperti tadi lagi.

“Kimi pulak, kenapa boleh terima jodoh pilihan keluarga ni?
Tak kan Kimi tak ada pilhan sendiri?” Hakimi terdiam mendengar soalan
Aina ini. Perlukah dia berterus terang?

“Ada.” Sepatah sahaja jawapannya.

“Habis tu, kenapa nak diteruskan hubungan ni? Sebab tak nak
kecewakan keluarga?” Tanya Aina lagi.

“Masalahnya sekarang, orang yang Kimi pilih tu, tak memilih
Kimi untuk dijadikan teman hidup.” Rasanya cukuplah sekadar ini hanya
yang perlu diceritakan kepada Aina.

“Jadi, sebab kecewa, Kimi memilih untuk menerima pilhan
keluarga ni? Macam tu?” Aina memohon kepastian.

‘Jadi hati lelaki ini sudah dicuri oleh orang lain. Jadi dia
perlu mencurinya lagi dari sang gadis.’ Desis hati Aina.

“Kimi tak pernah kecewa dengan semua ni. Kimi lagi gembira
sebab dia gembira bersama dengan orang yang dia sayang.” Nadanya
kelihatan ikhlas.

“Aina, saya memilih pilihan keluarga ini sebab saya tahu,
mereka pasti akan memilih yang terbaik untuk saya. Jadi saya minta masa
untuk semua ni. Masa untuk kita mengenali hati budi masing-masing.”
Jelas Hakimi apabila Aina diam tidak berkutik.

“Saya pun mengharapkan agar kita kenal hati budi
masing-masing dulu. Yalah, soal kahwin ni, bukan boleh dibuat main kan.
Ada jodoh tak kemana, tak ada jodoh, nak buat macam mana.” Tutur gadis
itu tenang. Akhirnya, mereka sama-sama tersenyum senang.

Tanpa mereka sedari, Baizura hanya melihar dari jauh.
Hatinya senang apabila melihat Hakimi mula melakar kenangan baru dalam
hidupnya. Tapi dia turut takut kalau-kalau kasih yang disulam tidak
kesampaian. Namun, dia serahkan kepada suratan takdir. DIA lebih
mengetahui mana yang terbaik buat hambanya.

Hakimi mengetuk pintu bilik Baizura. Sedari pagi lagi, dia
asyik berkurung. Sarapan tidak, apa tidak. Entah apalah yang dilakukan
oleh gadis itu.

“Zura, tak bangun lagi ke?” Tanya Hakimi sambil terus mengetuk.

Perlahan-lahan, pintu terkuak dari dalam. Terpancul wajah
Baizura yang penuh serabai. Dengan rambut yang kusut masai. Pasti belum
mandi lagi ni.

“Ish, baru bangun. Teruk betul anak dara ni.” Tangan
kasarnya menolak lembut kepala Baizura. Namun gadis itu masam mencuka.
Tiada langsung senyuman yang menghiasi wajah manis itu.

“Hei, kenapa ni? Tak sihat ke?” Tanya Hakimi sambil
tangannya melekat di dahi Baizura. Hmm, tak panas pun.

“Tak lah. Saja nak tidur sampai petang.” Jawab Baizura malas
sambil menutup kembali pintu biliknya.

Sebenarnya dia sedang menahan sakit. Tangannya menekap
perutnya yang sakit akibat senggugut. Memang dia akui, dia akan
mengalami senggugut yang teruk ketika kedatangan haid.

Hakimi masih lagi berdiri di luar bilik. Pelik dengan sikap
Baizura kali ini. Baizura jarang marah-marah begini kecuali kalau dia
datang bulan.

“Oh, jadi bulan tengah mengambanglah ni.” Dia bercakap
sendiri. Seulas bibirnya tersenyum dengan sendirinya.

Perlahan-lahan dia menuju ke bilik Liyana dan diambil tungku
elektrik. Tinggal bersama-sama dengan wanita ini membuatkan dia faham
dan tahu apa yang perlu dilakukan. Along, Liyana dan Baizura akan
memerlukan tungku elektrik ini ketika kedatangan haid.

Setelah memanaskan tungku elektrik, Hakimi kembali menuju ke
bilik Baizura dan dipulas tombol pintu. Perlahan-lahan gerakannya. Tidak
mahu mengejutkan Baizura yang sedang merengkok kesakitan itu.

“Zura, baring betul-betul.” Dengan malas, Baizura membuka
mata. Apabila terpandangkan Hakimi, dia mula ingin bangun namun dihalang
oleh Hakimi.

“Kimi suruh baring betul-betul.” Arah Hakimi lagi. Kerana
terlalu sakit, Baizura hanya menurut. Dengan perlahan-lahan, Hakimi
meletakkan tungku elektrik itu di atas perut Baizura.

“Rehatlah.” Ujar Hakimi sepatah dan berlalu keluar. Baizura
mengetap bibir. Malu dengan Hakimi yang sentiasa tahu jika dia datang
bulan. Mungkin kerana kelegaan setelah bertungku membuatkan Baizura
terlena dengan enaknya.

Baru Hakimi teringat yang Baizura tidak menjamah sebarang
makanan dari pagi lagi. Dengan segera, dia melangkahkan kaki ke dapur.
Cuba mencari sesuatu untuk dimasak memandangkan emak dan abahnya
menghadiri kenduri.

“Buat sup ayamlah.” Monolognya sendiri. Mujurlah dia selalu
memasak ketika di US dulu. Bolehlah diguna pengalaman itu. Kalau dia
masak beria pun tidak berguna kerana selera Baizura sering mati ketika
datang bulan.

Setelah usai memasak, dia meletakkan di dalam dulang dan
dibawa ke atas. Perlahan sahaja gerakannya. Dia memegang bahu Baizura.
Mengoncangkan sedikit badan gadis itu.

“Dari tadi tak makan, meh makan sikit.” Baizura
mengeleng-gelengkan kepalanya tanda tidak mahu. Dia tidak punya selera
untuk makan.

“Kimi buat sup je. Biar Kimi suapkan ya.” Dia membantu
Baizura untuk duduk. Baizura pula malu diperlakukan sedemikian rupa.
Bukanlah dia sakit teruk pun, cuma diserang senggugut sahaja tapi dijaga
bagaikan puteri oleh si Hakimi.

“Maaflah kalau tak sedap.” Ujar Hakimi apabila suapan sup
menjengah di mulut Baizura. Baizura hanya tersenyum sedikit. Baginya,
sup Hakimi itu sudah sedap sangat. Tapi dia jadi segan kerana
diperlakukan sedemikian rupa.

“Kimi, Zura boleh makan sendiri nanti. Kimi janganlah risau
sangat.” Ujar Baizura perlahan. Sakitnya sudah beransur pulih.

“Tak boleh.Zura tu bukan boleh kira. Nanti tak makan pun.
Silap ari bulan, Zura buang sup Kimi di dalam jamban.” Sakit perutnya
menahan gelak. ‘Sampai ke situ fikirnya. Dasyat juga si Kimi ni.’

Akhirnya, Baizura menerima suapan Hakimi sehingga ke
akhirnya. Biarlah dia menjaga hati Hakimi kerana Hakimi tidak pernah
gagal dalam menjaga segenap perasaannya.

“Hmm, teruklah suami Zura nanti. Tiap-tiap bulan kena
menjaga cik buah hatinya ni.” Perli Hakimi. Senang dapat membuat gadis
itu malu.

“Alah, jangan cakap orang. Nanti kena batang hidung
sendiri.” Dalam sakit-sakit pun, sempat lagi dia membalas kata.

“Hmm, nak kena check dulu nieh?” Ujar Hakimi sambil
meletakan jari terlunjuknya di dagunya yang berkumis.

“Check macam mana? Nak tanya si Aina?” Baizura memohon
kepastian.

“Aah. Ke ada cara lain.” Hakimi sudah tergelak. Baizura pula
yang merah muka menahan malu.

“Eee, tak senonoh.” Dibaling bantal ke arah Hakimi yang
sudah mula menapak keluar. Senyuman masih tidak lekang dari bibirnya.
Baizura mengelengkan kepalanya mengenangkan gelagat Hakimi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience