BAB 16

Romance Completed 1054

“Mak, kenapa ni? Mak nampak macam tak sihat je.” Tegur
Baizura yang baru sahaja pulang dari kerja.

“Mak sihat.” Puan Latifah mula bangun dari pembaringan.
Pening kepalanya bukan kerana kesakitan, tetapi pening yang datang
secara tiba-tiba.

“Zura pergi ambik ubat kejap ya.” Serta merta tangan Baizura
dicapai. Kepalanya mengeleng lemah.

“Tadi ada orang datang.” Perlahan sahaja suara emaknya.

“Siapa?” Pelik juga dia dengan perangai emaknya kali ini.

“Kawan lama mak ke?” Tanya Baizura apabila melihat Puan
Latifah yang hanya diam membisu.

“Bukan.. Mak tak kenal pun dia.” Matanya mencari sejalur
kasih dalam mata Baizura.

“Habis tu siapa?” Entah kenapa, dia mula rasa tidak sedap hati.

“Nama dia Sarimah. Zura kenal?” Ayat yang terbit dari mulut
Puan Latifah itu ibarat panahan petir yang menyambar jasadnya.

“Mak Shahrul.” Perlahan sahaja nada suaranya.

“Kenapa simpan sorang-sorang? Kenapa tak cerita pada mak…”
Air mata Puan Latifah laju menitis ke pipi tapi hanya sebentar kerana
ianya pantas sahaja diseka oleh Baizura.

“Sebab Zura tak nak tengok permata berharga mak ni
mengalir.” Baizura mengelar air mata itu sebagai permata.

“Dia cakap apa dekat mak?” Dia takut untuk mendengar hakikat
yang sememangnya pahit. Tapi dia tidak boleh lari. Dia perlu menghadapi
hakikat itu.

“Dia suruh mak halang Zura dari terus berkawan dengan Shahrul.”

“Zura sedang usahakan mak. Zura tengah cari waktu yang
sesuai untuk lepaskan Shahrul… Mak jangan risau ya. Zura tak akan
sesekali merampas kasih seorang ibu dari anaknya.” Air mata Puan Latifah
menitis lagi.

‘Mak Shahrul tak nampak ke Zura ini seorang manusia yang
penuh dengan kasih sayang. Seorang manusia yang telah dididik dengan
sempurna olehnya. Kenapa perlu membabitkan keturunan untuk memberikan
warisan yang akan disangka mulia. Kita pastilah tidak akan tahu tentang
nasib untung kita di masa depan.’

“Mak tak percaya kalau Shahrul akan melepaskan Zura dengan
begitu mudah.” Ya, dia pasti Shahrul pasti akan menghalang. Dia tahu
yang Shahrul benar-benar menyanyangi Baizura.

“Mak jangan risau. Zura sanggup lakukan apa sahaja asalkan
kasih seorang anak dan ibu tidak akan terpisah…” Itulah tekadnya. Dia
tidak akan berpatah arang lagi.

Memang dia boleh merampas Shahrul dari Puan Sarimah dan
berjuang untuk cinta mereka. Tapi untuk apa? Bolehkan mereka hidup
bahagia jika tanpa restu dari orang tua. Lagipula, jika Shahrul tergamak
berpisah dengan ibunya kerana dirinya, dia pasti sanggup meninggalkan
Baizura demi perempuan lain satu hari nanti.

Baizura tidak pasti sama ada keputusan ini adalah yang
terbaik untuknya atau tidak. Yang pasti, dia tidak punya cara lain lagi
untuk melarikan diri daripada Shahrul.

“Eh, kata ada berita gembira nak cerita.” Suara Shahrul
mematikan lamunan Baizura.

“Cuba teka apa?” Gesa Baizura. Konon-konon dia gembira.

“Alah, cerita jelah. Malas lah nak teka-teka ni.” Dia jadi
tidak sabar mendengar berita dari Baizura.

“Zura dapat kerja dekat Brunei.” Sengaja diceriakan nada
suaranya.

“Brunei? Jauhnya. Ada masalah ke kerja dengan abah?” Kali
ini, dia mula rasa tidak sedap hati.

“Ish, tak adalah. Cuma pengalaman dekat sana mestilah lebih
luas. Eee, tak sabarnya nak pergi sana.” Sebenarnya, ini adalah penipuan
semata-mata. Memanglah dia akan ke Brunei namun pekerjaan di sana belum
tentu ada lagi untuknya.

Di Brunei nanti, dia akan tinggal bersama dengan Julia.
Teman sekampusnya yang menetap di sana. Setibanya di sana nanti, barulah
dia akan mencari pekerjaan yang sesuai dengan kelayakannya.

“Kenapa tiba-tiba je ni?” Nada suara Shahrul tidak
sesegembira Baizura.

“Mana ada tiba-tiba. Dah lama dah Zura rancang nak ke sana.
Baru sekarang ada kesempatan.” Masih lagi berlakon dengan hebatnya.

“Habis tu Rul ni macam mana?” Ya, soalan itulah yang paling
ditungu oleh Baizura.

“Lah, Rul duduk jelah sini, lepas Zura dah puas cari
pengalaman di sana, Zura baliklah pulak Malaysia.” Ayat drama ini sudah
lama dirancang.

“Berapa lama Zura nak duduk kat sana?” Kali ini, nada
suaranya seperti tidak berpuas hati sahaja.

“Dalam tiga empat tahun ke.” Dia menjawab bagai tidak punya
perasaan.

“Tiga empat tahun? Zura betul-betul dah gila.” Ya ALLAH, apa
yang sedang terjadi ini. Ibunya sudah berubah karakter malah ianya turut
terjadi ke atas Baizura. Permainan apa yang sedang berjalan ini?

“Kenapa? Zura pun nak bina hidup Zura sendiri.” Kata-katanya
itu sebenarnya lebih menghiris hatinya sendiri.

“Kan kita dah janji nak hidup bersama.” Tingkah Shahrul.
Buat pertama kali, mereka berbeza pendapat.

“Tapi bukan sekarang. Zura nak lebih masa untuk diri Zura
sendiri. Zura harap Rul faham.” Dia bagaikan tidak punya daya lagi.
Semangatnya sudah mula mundur.

“Kalau Rul suruh pilih diantara Rul dan cita-cita Zura tu?
Zura pilih yang mana?” Kali ini Baizura terdiam. Cuba menghimpun
kekuatan untuk mengharungi gelora kasih ini.

“Zura pilih cita-cita.” Sakit. Ya itulah yang dia rasakan
sekarang.

‘Sampai hati Zura, Rul sampai bertikam lidah dengan mak
untuk mempertahankan hubungan kita tapi Zura dengan senangnya melafaskan
dengan mudah bahawa Rul bukanlah kepentingan Zura sekarang.’ Nampaknya,
Shahrul sudah mula mengerti. Mungkin Allah ingin menunjukkan segala
kebenaran.

‘Maafkan Zura Rul. Kalaulah diberi pilihan, walau bagaimana
pun pilihan yang lain, Zura pasti akan memilih Rul. Tapi kehendak takdir
berbeza dengan kehendak Zura. Zura sanggup lakukan apa sahaja asalkan
kasih seorang anak itu tidak terpisah dengan ibunya.’

“Kalau Zura dah ada keputusan Zura sendiri, Rul pun ada
keputusan Rul sendiri. Rul tak boleh nak tunggu Zura. Jadi, kita
berpisah sahajalah.” Shahrul memandang ke arah Baizura. Mencari jika ada
permata jernih yang menghiasi pipi itu namun hampa. Yang ada hanyalah
seraut wajah tanpa sebarang perasaan.

Mujurlah sekarang ini dia sedang duduk. Jika tidak, pasti
dia sudak kelesuan menyembah tanah apabila mendengarkan ungkapan
perpisahan itu. Sesungguhnya dia amat bersyukur kerana ALLAH melimpahkan
kekuatan untuk dia mengharungi saat genting ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience