BAB 25

Romance Completed 1093

Hakimi duduk di penjuru katil sambil menatap gambar Aina.
Sebentar Asar nanti, jenazah Aina akan dikebumikan. Sudah beberapa kali
diraup wajahnya untuk menghilangkan sisa air mata namun entah kenapa,
air mata itu mengalir bagai tidak mahu berhenti.

“Abang..” Kasihan. Itulah satu kesimpulan yang Baizura dapat
simpulkan apabila melihat Hakimi yang sedang menangis itu. Dia tidak
pernah melihat Hakimi menangis sedemikian rupa.

Perlahan dicapai tangan suaminya itu dan dikucup lembut.
Bibirnya menghadiahkan senyuman ikhlas.

“Zura tahu abang sedih. Zura pun sedih bang. Semua orang
sedih. Tapi Zura pasti yang Aina pasti tak suka kalau kita bersedih
macam ni kan. Zura akui, Zura bukan kuat sangat, tapi Zura tak kisah
kalau nak pinjamkan kekuatan Zura pada abang.

Abang masih ada beberapa tanggungjawab lagi yang perlu
ditunaikan. Aina dah siap dikhafankan, orang dah nak mula sembahyang
jenazah. Mari bang….” Perlahan ditarik tangan suaminya.

“Terima kasih sebab ada di saat abang perlukan Zura…” Hakimi
menarik Baizura ke dalam pelukkannya. Entah kenapa, bagai ada satu
semangat yang menjalar di seluruh tubuhnya.

Sebenarnya Baizura agak terkejut dengan tindakan Hakimi
kerana mereka belum pernah serapat ini selama meraka menjadi suami
isteri. Segera diseka sisa air mata Hakimi untuk menyembunyikan debar.

‘Sebesar mana pun cinta seorang wanita terhadap kekasihnya,
ianya tidak akan mampu melawan kasih sayang sepasang suami isteri,
Kerana kasih mereka telah diikat dengan ijab dan Kabul berbanding kasih
kekasih yang bersandarkan sebuah angan-angan.’ Entah kenapa, kata-kata
itu terngiang-ngiang di cuping telingannya.
***

Hajah Sameah menyarungkan sebentuk cincin di jari manis
milik Baizura. Air mata wanita tua itu menitis perlahan. Mungkin segenap
kenangan bersama anaknya berlayar di ruang mata.

“Aina pesan, dia ucapkan terima kasih. Dia cakap dia bahagia
sangat.” Hajah Sameah mengunakan hujung lengan baju kurungnya untuk
mengelap air mata yang jatuh.

“Mak cik.. Jangan macam ni. Kalau Aina ada, dia mesti tak
suka…” Sebenarnya Baizura sendiri kelu dari sebarang kata.

“Kamu ni memang baik Zura. Betul sangat kata arwah. Dulu mak
cik marah dia bila dia nak batalkan perkahwinan tu. Tapi budi yang dia
tabur tu kamu balas dengan berlian Zura. Terima kasih kerana
membahagiakan anak mak cik.” Dipeluk erat anak itu. Baizura jadi terharu
yang bukan sedikit.

“Zura tak lakukan apa-apa mak cik. Zura Cuma nak dapatkan
yang terbaik untuk Aina.” Perlahan suaranya.

“Lepas Aina tak ada ni, Zura jangan lupakan mak cik ya.
Datanglah sini selalu. Lagipun, mak cik dah anggap kamu ni macam anak
mak cik sendiri..” Ujar Hajah Sameah lagi.

“Mak cik, saya tak mungkin dapat mengantikan Aina. Tapi saya
tak pernah menolak kalau ada seorang ibu yang menawarkan kasihnya untuk
saya.” Diseka air mata Hajah Sameah.

Baizura mula ke dapur apabila ada tetamu yang menghampiri
Hajah Sameah. Majlis tahlil ini diadakan di rumah Aina sendiri.

“Madu si Aina tu nampak tak sedih langsung kan?” Langkah
kaki Baizura mati apabila mendengar suara dari arah dapur.

“Nama pun madu. Mestilah dia gembira. Lepas ni dia tak payah
nak berkongsi laki dah.” Ujar satu suara lagi.

“Eh, tapi budak Zura tu baiklah. Dia yang suruh si Kimi tu
kahwin dengan Aina tu.” Tambah satu suara lagi manakala Baizura masih
setia berdiri di belakang dinding yang menghala ke dapur.

“Alah, dia berpura-pura baik je tu. Saja nak nampak mulialah
kononya.” Mereka rancak menuangkan fitnah dalam setiap tutur kata mereka
tanpa mereka menyedari yang bukan sepasang telinga sahaja yang mendengar
cerita itu.

Baizura tidak betah lagi berada di situ. Niat untuk ke dapur
segera dimatikan. Namun baru sahaja dia berpaling, ada seseorang lagi
yang turut mendengar kata-kata yang menyakitkan itu.

Baru sahaja Hakimi ingin melangkah masuk ke dalam ruang
dapur. Mukanya merah menahan marah namun segera ditarik oleh Baizura.
Baizura mengeleng laju.

“Mulut mak cik-mak cik ni perlu digonyoh sikit. Baru dia
orang sedar..” Pandangan mereka bersatu dalam rentak yang mereka sendiri
tidak dapat mengenal pastinya.

“Tak ada gunanya kalau bertekak dengan orang tua ni bang.
Biarlah. Bila dia orang dah penat nanti, dia orang berhentilah.” Hakimi
mengelengkan kepala dan terus berlalu ke depan semula. Terpancar riak
tidak puas hatinya itu.

Hubungan antara Hakimi dan Baizura semakin renggang setelah
pemergian Aina. Tidak tahulah apa yang tidak kena tapi sedikit sebanyak,
Baizura akui yang Hakimi sekarang bukanlah Hakimi yang sama seperti yang
dikenalinya dulu.

Kalau dulu, Hakimi terkenal dengan sifat tenang dan
sabarnya. Namun kini, ketenangannya seringkali goyah diusik rasa marah.

Memanglah Baizura tidak pernah melihat Hakimi memarahi
sesiapa tetapi Baizura terasa kepelikkannya. Tiba-tiba telefon bimbitnya
berbunyi dan segera diangkat olehnya.

Bagai hendak tercabut jantungnya apabila mendapat panggilan
daripada Megat Shahrul yang menjemputnya datang makan di rumahnya.
Katanya lagi, Ayu yang beria benar ingin berjumpa dengannya.

Bagaimanakah penerimaan Shahrul jika lelaki itu tahu bahawa
dirinya sudah berkahwin dengan Hakimi. Gurauan Shahrul satu ketika
dahulu benar-benar menjadi kenyataan.

“Jadi Zura dah jumpa dengan Shahrul sebelum kita kahwin
lagi?” Tanya Hakimi setelah Baizura menceritakan semuanya kepada
suaminya itu.

“Kalau Rul tak kahwin lagi, mesti Zura tak terima untuk
berkahwin dengan abang kan?” Entah kenapa, soalan itu pula yang keluar
dari mulut Hakimi.

“Apa yang abang merepek ni? Semua tu dah berlalu kan. Kita
dah pun kahwin sekarang.” Mereka sekarang sedang dalam perjalanan menuju
ke rumah Shahrul.

“Tapi kita kahwin dalam keadaan terdesak dan rumahtangga
kita tak macam orang lain.” Ya. memang itulah hakikat kisah mereka.
Mereka suami isteri tetapi duduk di berlainan bilik. Mereka hanya duduk
di satu billik jika mereka balik ke rumah Encik Hamdan sekeluarga.

“Abang please…. Zura tak nak gaduh dengan abang…. Lagipun
kita kan nak pergi rumah Rul ni.”

“Kenapa? Takut kalau Rul dapat cam yang kita bergaduh
sebelum datang rumah dia? Macam tu?” Baizura mengigit bibir. Geram
dengan tingkah laku suaminya itu. Akhirnya, dia mengambil sikap berdiam
diri. Itu lebih baik.

Baru sahaja dia keluar dari kereta namun tiba-tiba Hakimi
mencapai lengan Baizura. Matanya mencari sebening mata yang ikhlas di
wajah isterinya itu.

“Abang mintak maaf. Sejujurnya abang cemburu. Dia sentiasa
kekal terbaik dalam hati Zura sampai abang rasa abang bukan orang yang
layak untuk bertahta di dalam hati Zura.” Luah Hakimi jujur. Baizura
tersenyum senang.

“Kalau abang tahu yang dia kekal terbaik dalam hati Zura,
jadi abang kena jadi yang lebih baik lagi. Supaya abang dapat merampas
tahta di hati Zura.” Kali ini giliran Hakimi pula yang tersenyum.

“Terima kasih sayang. Abang tak akan sesekali mengaku
kalah.” Jari terlunjukknya mencuit sedikit hidung isterinya. Tanpa merka
sedari, ada mata yang memandang perlakuan romantik mereka itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience