BAB 1

Romance Completed 1054

Baizura meletakkan novel yang baru dihabiskan tadi di atas
novel. Sebuah novel yang diselubungi oleh perasaan sedih dan diselitkan
dengan elemen lawak yang sangat menjadi. Novel garapan Siti Rosmizah itu
benar-benar menyentuh hatinya.

Mengisahkan akan seorang gadis yang disisihkan ayah sendiri
kerana dikatakan punca kematian ibunya. Kisah itu berlainan benar dengan
realiti hidupnya. Dia juga kehilangan ibunya. Dalam pada masa yang sama,
dia turut kehilangan ayahnya.

Baizura masih ingat lagi akan peristiwa yang terjadi hampir
lima belas tahun yang dulu. Semuanya terjadi dengan sangat pantas. Dia
cuma tersedar apabila melihat ibunya yang sedang berlumuran darah di
ruang tamu di rumah mereka.

Sedangkan di pelusuk rumah pula kelihatan seorang lelaki
yang masih lagi terkaku. Bagaikan dipaku kakinya. Pisau yang menusuk
tubuh wanita itu masih lagi berada di tangannya.

Dia yang ketika itu baru sahaja menginjak sepuluh tahun,
hanya mampu menangis hiba melihat ibunya yang sudah tidak bernyawa lagi.

“Zaidah!” Tiba-tiba lelaki itu meluru ke arahnya yang sedang
memangku kepala ibunya. Baizura hanya memandang ayahnya dengan pandangan
mata yang berbalam. Tidak pernah menyangka bahawa ayahnya akan membunuh
ibunya. Wanita yang dia sendiri cintai.

“Zura, ayah tak sengaja zura… Ayah betul-betul tak sengaja…”
Kata Encik Bakri sungguh-sungguh. Air mata lelakinya tidak henti-henti
menangis. Namun kata-kata maaf itu tidak akan dapat mengembalikan yang
telah tiada.

“Ibu… Bangunlah…. Ayah dah minta maaf. Jangalah gaduh lagi.”
Hanya itu yang mampu dia tuturkan. Sedangkan dia tahu bahawa jasad
ibunya tidak bernyawa lagi.

“Zaidah!!!” Encik Bakri bagaikan orang sawan yang tidak
dapat berfikir dengan baik lagi. Dia betul-betul tidak sengaja. Sungguh,
dia tidak tegar langsung untuk membunuh satu-satunya wanita yang dia cintai.

Hanya kerana nafsu cemburu yang menghimpit, dia telah
membunuh isterinya sendiri. Dia menyesal kerana tidak dapat menahan rasa
marah sehingga mengundang kepada sebuah pembunuhan.

“Ayah, kejutlah ibu. Zura tak nak ibu mati.” Mukanya sudah
basah dengan air mata. Tanganya pula sudah dibanjiri dengan darah. Dia
teresak-esak menangis.

“Maafkan ayah nak… Maafkan ayah…” Rintih Encik Bakri. Dibawa
anaknya ke dalam pelukannya. Mungkin itulah kali terakhir, dia dapat
memeluk anaknya.

“Zura.” Panggilan daripada Puan Latifah mengejukan lamunan
Baizura.

“Ada apa mak?” Tanya Baizura kepada ibu angkatnya itu.
Dialah yang menjaganya setelah ayahnya disabitkan hukuman penjara dua
puluh tahun.

Dengan keluarga angkatnya itulah dia menumpang kasih sayang,
menagih sedikit perhatian malah mendapat lebih daripada yang sepatutnya.
Dirinya tidak pernah dianggap sebagai orang luar. Semuanya mengasihinya
tanpa pernah mengungkit kisah lama.

“Jauh betul termenung?” Soal Puan Latifah mesra sambil
mengambil tempat bersebelahan dengan Baizura yang sedang duduk di taman
rumah mereka.

“Tak jauh sangatlah mak. Dekat-dekat je. Baru sampai dekat
pintu tu, mak dah tegur.” Jawab Baizura mesra.

“Alah kamu ni, suka sangatlah nak mengenakan mak ya. Hmm,
mak dah siapkan minum petang. Kamu nak makan kat mana? Dekat sini ke
dekat dalam rumah.” Tanya Puan Latifah ramah.

“Makanlah kat mana-mana pun. Asalkan mak suap eh?” Melebar
senyumnya. Senang dapat bermanja dengan Puan Latifah.

“Dah besar panjang pun nak bersuap lagi.” Perli Puan Latifah.

“Alah, nanti kalau anak kesayangan mak tu balik, Zura dah
tak boleh nak bermanja dengan mak dah.” Balas Baizura sambil memaut bahu
emaknya.

Siapa lagi anak kesayangan yang dimaksudkan oleh Baizura
kalau bukan Zaqrul Hakimi yang akan pulang ke tanah air pada hari esok
setelah lima tahun melanjutkan pelajaran di Australia.

“Mak sayang semua anak-anak mak.” Kedengaran tegas nada
suaranya. Tanda dia memaknakan kata-katanya.

‘Kan bagus kalau Zura pun anak mak.’ Namun kata-kata itu
hanya sekadar di dalam hati. Puan Latifah pasti akan mengamuk kalau ayat
itu keluar dari mulutnya atau dari mulut sesiapan pun. Kerana dia telah
pun dianggap sebagai ahli keluarga ini.

“Zura tahulah.” Senyuman paling manis dihadiahkan kepada
wanita yang tidak pernah lelah untuk membesarkannya itu.

“Padahal nanti, orang tu yang akan berkepit dua puluh empat
jam bermanja dengan kimi kan?” Uish. Perli baik punya ni.

Baizura hanya tergelak besar. Tidak dinafikan, hubungannya
memang paling rapat dengan Zaqrul Hakimi. Satu-satunya putera di dalam
keluarga ini yang selebihnya hanya diselitkan oleh puteri-puteri.

Mungkin kerana faktor umur yang hampir sebaya membuatkan dia
sangat serasi berdampingan dengan jejaka itu. Jika orang tidak tahu atau
tidak faham, pasti mereka menganganp mereka sebagai pasangan kekasih
sedangkan kasih yang tercipta tidak pernah lebih dari batasan adik dan
abang.

Dalam diam, dia sebenarnya sangat merindui setiap usikan
dan perlakuan jejaka itu. Namun ia hanya titipan kasih dari seorang adik
kepada abangnya sahaja kerana rasa cintanya telah pun ditakluki oleh
seorang jejaka yang tidak kurang hebatnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience