BAB 13

Romance Completed 1093

Disubuh yang hening itu, Baizura mengangkat tangannya untuk
memohon bantuan dari Yang Maha Esa.

“Ya ALLAH, aku sujud di atas setiap kudratMu… Aku
menyerahkan segala jiwa dan ragaku pada takdir iradatMu… Tapi pintaku,
Kau pimpinlah aku di dalam tika aku mencari redhamu…Kau kasihilah aku di
dalam setiap rahmatMu… Sesungguhnya, hanya diKau tempat aku mengadu nasib.

Telah aku redah daerah cinta ini Ya Allah. Tapi hanya
kekecewaan yang menyelubungi.. Mungkin ianya kabur kerana dosa-dosaku…
Aku mohon keampunan untuk meredah arus gelombang ujianMu ini Ya Allah…

Aku mendambakan sebutir hakikat yang pasti dariMu Ya Allah….
Kau labuhkanlah rasa kasihMu agar aku dapat berteduh di rendang
kasihMu.. Biarpun sukar bagiku untuk melamar redhaMu namun aku tidak
akan berhenti dari mengharapkan keampunanMu..” Rintih Baizura.

Setiap rasa sedih yang kita miliki akan mendidik kita untuk
menjadi seorang insan yang lebih bernilai di muka bumi ini. Jadi jangan
sesekali menganggap bahawa anda tidak punya sesiapa lagi di dunia ini.
Pandanglah langit, kita akan tahu bahawa Allah bersama-sama dengan hamba
yang memohon pertolongannya.

Baizura memanggung kepalanya yang terasa sangat berat.
Segala kerjanya tidak terusik sedikit pun. Betapa perkara ini memberi
kesan yang sangat mendalam dalam kehidupan sehariannya.

Alasan apa yang harus diberikan kepada Shahrul untuk Shahrul
percaya bahawa dia benar-benar ingin berpisah.

Dia tidak akan sesekali akan mengatakan bahawa ini adalah
permintaan ibu Shahrul sendiri. Masakan dia ingin memburukkan ibu Shahrul.

Perlukah dia mengatakan bahawa wajah ibu Shahrul kotor
dikotori arang lantas mengatakan bahawa wajah dia yang paling cantik
diantara segala wajah. Tidak, tidak akan pernah terdetik sekali pun
untuk melakukan hal sedemikian.

Baizura sudah bertekad. Dia akan membersihkan segala arang
yang mengotori wajah Puan Sarimah walaupun kotoran itu akan hinggap di
wajahnya sendiri. Walaupun orang akan menuduhnya punca perpisahan, dia
rela dari memisahkan kasih seorang anak daripada ibunya.

Lantas dia mencapai telefon bimbitnya. Dia tidak boleh terus
berlengah. Kelemahan usah dihitung tetapi kekuatanlah yang harus dicari.

“Hai sayang. Kenapa call?” Entah kenapa, ada debaran yang
mengundang apabila langkah sudah diatur.

“Amboi, nak telefon buah hati sendiri pun tak boleh ke?”
Perli Baizura. Berpura-pura ramah sedangkan hati dipagut oleh rasa takut
yang bukan sedikit.

“Boleh cuma terkejut je. Sayang tak pernah call Rul waktu
macam ni kan.” Cepat-cepat sahaja Shahrul membetulkan statement
kekasihnya itu.

“Banyak kerja ke?” Sebenarnya dia masih ragu-ragu namun dia
perlu percaya kepada kata hatinya.

“Kerja ni memang tak pernah habis. Eh, kenapa ni? Zura
nampak pelik sangat hari ni.” Dia mula dapat merasakan bahawa ada benda
yang tidak kena dengan Baizura.

“Nampak? Cara Rul cakap, macamlah Rul nampak Zura.”
Berlainan sangatkah tingkahnya kali ini.

“Kalaulah boleh betul-betul nampak…” Ujar Shahrul lagak
seperti orang yang gila bayang.

“Rul betul-betul nak nampak Zura?” Tanya Baizura tiba-tiba.

“Kalau betul-betul nak?” Cabar Shahrul pula. Dia ingin tahu
juga, sedalam mana tempatnya di dalam hati kekasihnya itu.

“Okey, ambik emergency leave hari ni. Kejap lagi Zura sampai
kat office Rul.” Sejurus itu, dia terus memutuskan talian. Tangannya
terus mencapai beg tangannya dan mula meluru keluar.

“ Yati, saya ambik emergency leave hari ni. Kalau Encik Kimi
tanya saya ke mana, jawab saje tak tahu ya.” Pesannya kepada
setiausahanya lantas menapak keluar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience