6- Gelisah

Young Adult Series 53821

Helena menghirup kopi panas yang dibuat oleh mamanya, Ellen. Dia menggemari kopi ibunya kerana ibunya lebih suka membakar dan mengisar biji kopi sendiri. Terasa berbeza dengan kopi yang dibelinya dipasaraya.

"Kopi buatan mama paling enak yang pernah Ena rasa. Takkan ada ditempat lain" puji Helena. Ellen tersenyum gembira. Anaknya masih sama seperti dulu. Masih menyukai aroma dan rasa kopi yang dibuatnya.

"Itulah yang specialnya mama yang papa suka" sambut Edward yang sudah bersih dan kemas selepas mandi. Dia duduk berhadapan dengan Helena di meja makan sambil tersenyum.

Ellen menghampiri meja makan sambil menatang dulang yang berisi pai nenas kesukaan Helena.

"Mama..,ini..."

"Pai nenas kesukaanmu, sayang" jawab Ellen menyambung kata-kata Helena.

"Mama masih ingat..?" Dia menggenggam tangan kedua orang tuanya erat.

"Mama tak pernah lupa makanan kegemaran anak-anak mama." Sambut Ellen sambil tersenyum. Helena membalas senyuman ibunya.

"Eh! Mana Steve, Emily, Ricky dan Elenor? Ena rindu mereka semua" dia menoleh memandang ke sekitar mencari susuk tubuh nama-nama yang disebut tadi.

"Mereka keluar jalan-jalan di bandar. Sekejap lagi baliklah tu" jawab Edward sambil mengangkat secawan kopi lalu menghidu aroma kopi dan menghirupnya perlahan.
Helena tersenyum mendengar jawapan papanya. Tangannya mencapai pai nenas yang sudah dipotong oleh Ellen lalu dibawanya ke mulut.

"Owh..nikmat sekali rasanya. Rasa tidak pernah berubah. Tetap sama macam dulu." Puji Helena sambil mengunyah dan menikmati keenakkan pai yang dibuat oleh mamanya, Ellen.

Ellen dan Edward terkekeh melihat gelagat Helena seakan kebudak-budakkan.

"Kami dah balikkkkk...!!" Riuh sahutan suara dari luar rumah.
Sebentar kemudian muncul wajah seorang kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun di muka pintu.

Awalnya, wajahnya ceria dan tersengih sehingga menampakkan barisan giginya yang bersih dan tersusun cantik. Kemudian, raut wajahnya bertukar seperti orang yang terkejut. Lama dia begitu. Helena bangun dan berjalan perlahan menghampiri kanak-kanak yang berdiri seperti patung sambil mata memerhati penuh pada Helena. Mulutnya ternganga. Gelagatnya sangat comel. Tubuhnya yang kecil molek, matanya biru seperti Edward, bibirnya kemerah-merahan, kulitnya putih bersih, rambutnya keperang-perangan yang didandan dua dan ditarik ke hadapan bahu kiri dan kanannya, baju yang dipakai hanyalah dress yang kembang separas lutut. Kelihatan sangat comel dimata Helena. Itulah adik bongsunya Elenor.

"Elenor..."panggil Helena dengan suara yang perlahan. Nadanya bertukar sebak dan serak. Dia rindukan susuk tubuh adiknya. Dia lantas menghampiri Elanor lalu melutut menyetarakan ketinggiannya dengan Elanor, lantas memeluk tubuh kecil itu kedalam pelukannya, erat.

Kanak-kanak itu masih kaget. Helena melepaskan pelukkannya, lalu kedua tangannya diletakkan di kedua pipi Elenor. Wajah Elanor ditatapnya lekat.

"Hey.. Elanor..?" Matanya terkebil-kebil memandang ke arah Helena. Mata biru jernihnya sungguh cantik bila dipandang pada jarak dekat.

"Apa aku sedang bermimpi?" Dia mengangkat tangan kecilnya lalu mencubit pipinya kuat sehingga pipinya merah.

"Awch! Sakit" ujarnya sambil mengusap pipi. Helena terkekeh melihat gelagat adik bongsunya.

"Kamu tidak bermimpi wahai adikku" sambut Helena sambil tersenyum manis.
Setelah mendengar kata Helena, dia memandang ke arah Edward dan Ellen, kedua mereka menganggukkan kepala perlahan, mengiakan bahawa dia tidak bermimpi.

Wajah kagetnya tadi serta merta berubah ceria.

"Kak Ena!" Jeritnya sambil memeluk kakaknya erat melepaskan rindu yang terpendam. Sudah 2 tahun Helena tidak pulang kesitu. Hanya video call sahaja yang menjadi penghubung mereka dari jauh.

Sebentar kemudian, muncul Steve, Emely dan Ricky di belakang Elanor.

"Helena!!" Panggil mereka serentak.

Helena yang tadi masih memeluk erat adik bongsunya, serta merta melepaskan pelukkannya lalu mengubah pandangannya pada 3 susuk tubuh dihadapannya. Dia bangun berdiri.

"I miss you all.." Helena menghampiri abang sulungnya Steve. Steve bertubuh tinggi, badannya tegap seperti selalu berolahraga di gym. Wajahnya tampan seperti Edward. Matanya berwarna coklat honey seperti ibunya Ellen.
    
Helena memeluk erat tubuh Steve.

"I miss you, Steve. Kau semakin kacak wahai abangku" puji Helena seraya melepaskan pelukkan. Dia menatap wajah Steve.
    
Lelaki itu tersenyum setelah mendapat pujian dari Helena.

"Mamat playboy" sela Emely sambil memutar bola matanya. Usia Steve satu tahun lebih tua dari Helena. Kini usia Steve sudah mencecah 30tahun. Manakala Emely muda 4 tahun dari Helena.
     
Steve membuat memek muka pada Emely. Helena yang melihat terkekeh ketawa.

"Emely..kau juga semakin cantik" puji Helena seraya mencium kedua pipi adik perempuannya, lalu memeluk tubuh ramping Emely erat. Dalam banyak-banyak, Emely dan Elanor paling rapat dengannya.
    
Emely juga memiliki iris mata berwarna biru seperti Elanor. Berwajah bujur telur dan berkulit putih kemerah-merahan.

"Tapi aku tidak secantikmu, kak Ena" ujar Emely sambil mengukirkan senyuman menampakkan lesung pipit di pipi kanannya.

"Tidak..kamu juga cantik. Beruntung sesiapa yang memilikimu" puji Helena.

"Kak Mel dah ada kekasih. Namanya Brian" sampuk Ricky yang sedari tadi hanya diam. Emely memutar bola matanya tatkala mendengar adiknya Ricky memberitahu dirinya sekarang sudah ada kekasih hati.

"Betulkah? Apa dia seorang lelaki yang kacak?" Helena beralih pandang ke arah Ricky pula. Dia menatap lekat wajah adik lelakinya yang kini sudah berusia 20tahun.

"Aku rasa, aku lagi kacak dari Brian" Ricky mengangkat sebelah keningnya, memuji dirinya sendiri dalam masa yang sama, mengusik Emely.

"Hey....perasan!" Emely menumbuk bahu Ricky perlahan. Dia tahu, Ricky memang suka mengusiknya. Mereka semua ketawa.

Helena memeluk tubuh Ricky erat. Dia rindukan adik lelakinya yang satu ini.

"Hey..kak Ena dengar, kau sekarang mengambil jurusan kedoktoran. Apa benar?" Tanya Helena pada Ricky. Belum sempat Ricky membuka mulut, Ellen memanggil mereka semua masuk.

"Hey.. masuk ke dalam dulu. Apa yang berborak di luar. Ke sini, makan dulu hidangan petang ni..nanti sejuk tak sedap" sahut Ellen dari arah meja makan.

Kesemua berjalan masuk menghampiri meja makan. Kini, meja makan sudah penuh. Mereka semua menikmati hidangan makan petang yang telah disediakan Ellen. Bukan sahaja Pai nenas, tapi juga ada pancake dan roti.

"Ricky..kau belum jawab soalanku tadi" Helena memecahkan kesunyian.

"Ya.. aku ambil jurusan kedoktoran. Dari mana kau tahu kak?" Ricky menghabiskan sisa pancakenya dalam pinggan, kemudian mengambil potongan pai yang berada dihadapannya lalu meletakkan ke dalam pinggannya.

"Kau lupa, kakak selalu buat video call dengan mama, papa dan Elanor. Mama yang beritahu kakak." Helena menghisap hujung jarinya membersihkan sisa pai yang melekat pada jarinya.

"Owh ya?" Ricky mengangkat kedua keningnya memandang Helena sekilas sambil memasukkan hirisan pai kedalam mulut.

"Bagus Ricky.. jangan jadi macam kak Ena. Sampai sekarang masih menjadi seorang PA." Helena mengeluh perlahan. Dia sendiri pun tak percaya, dirinya boleh terjebak dalam dunia seperti itu. Mungkin memikirkan Maria itu adalah rakannya sejak lama.

"Kak Ena masih jadi PA pada kak Maria?" Tanya Emely pula. Helena menganggukkan kepalanya.

"Kak Ena balik sini, siapa yang uruskan kerjanya disana?" Emely menatap ke sebelah, memandang raut wajah Helena dari sisi.
Helena menoleh memandangnya. Pandangan mereka bertemu.

"Dia sekarang tengah menenangkan fikiran. Kakak pun tak tahu dia kemana. Menghilang begitu saja." Terdengar suara keluhan dari Helena.

"Hilang? Bunyi macam pelik je. Pernah tak dia menghilang macam ni sebelum ni?" Tanya Emely. Dia seorang lawyer disebuah syarikat perguaman di Seattle.

"Pernah.. masuk ni dah kali ke 2" Emely menganggukkan kepalanya. Bermakna, dia tak perlu bertanya lebih lanjut lagi. Sampai masa, Maria akan pulang dengan sendirinya.

Sedar tidak sedar, perbualan mereka berlanjutan sehingga malam menjelma.

*******

"Kak Ena, akak nak kemana cantik-cantik malam ni?" Tanya Emely memandang Helena dari atas sampai bawah.

"Cantik? Mana ada. Biasa je ni.." Helena memandang pakaian yang dipakainya. Hanya berseluar jeans biru, berbaju tshirt putih dan berjaket kulit berwarna hitam. Rambutnya dilepaskan begitu sahaja melepasi bahu dan tersarung rapi kasut sneakers putihnya.

"Cantik la macam ni.." sambut Emely sambil tersenyum.

"Kakak nak kemana? Boleh Emely ikut?" Helena memandang kearah Emely sambil tersenyum.

"Akak nak jalan-jalan di bandar. Dah lama akak tak pusing kawasan sini. Mesti dah banyak berubah kan? Jomlah.. akak tunggu dalam kereta." Helena melangkah keluar menuju ke kereta papanya, Edward.
    
Dia memanaskan enjin kereta lalu menunggu Emely yang sedang bersiap di dalam kereta.

*****

Suasana malam di bandar Seattle masih dipenuhi orang.

Kota ini termasuk kota terbesar di timur laut pasifik Amerika dan menjadi bagian dari Washington. Selain terkenal dengan kota hujan, Seattle juga merupakan kota pelabuhan yang memiliki banyak kedai kopi ternama.

Helena merenung jauh melihat hamparan yang indah dan cantik, pemandangan waktu malam di Seattle. Dia sekarang berada pada ketinggian 184 meter. Space Needle, inilah tempat yang Helena selalu kunjungi dulu.
    
Space Needle merupakan salah satu ikon yang unik di Seattle. Bangunannya sangat unik, bahkan sudah menjadi landmark yang terkenal di situ.

"Cantikkan tempat ni.. masih tak berubah" Helena memandang ke sekitar kawasan kota Seattle yang dihiasi sinaran lampu.

Emely menghampiri Helena, lalu berdiri disebelahnya. Matanya juga terarah ke sekitar kota Seattle.

"Mel pun lama tak datang sini kak. Banyak sangat kes yang perlu Mel selesaikan, sampai nak layan diri sendiri pun tak ada masa" Helena menoleh kesisi memandang raut wajah adiknya lalu tersenyum.

"Sabar.. itu kerjaya yang kau pilih. Jangan merungut. Akak bangga sekarang, lihat kau sudah berjaya. Dah sampai masanya kau kahwin Mel" Helena menepuk bahu Emely.
Emely terkekeh mendengar kata terakhir Helena.

"Sepatutnya, Mel yang harus katakan itu pada mu,kak. Bukan tanya pada Mel" dia terkekeh di akhir katanya sambil menggelengkan kepalanya.

Helena mengeluh.

"Kak Ena dah tak mau fikir pasal tu lagi Mel. Cukuplah sekali akak kecewa. Sakit dekat sini masih belum sembuh lagi" Helena menumbuk dadanya perlahan.
    
Dulu, dia pernah bercinta dan dikecewakan. Lelaki itu lebih memilih perempuan lain dari dirinya. Sedangkan mereka bercinta sudah lama. Sejak dari itulah, dia membawa diri jauh ke Las Vegas. Pergi membawa luka dihati. Disana dia sengaja menyibukkan diri dari berfikir mengenai cintanya yang tidak kesampaian.

"Kak... Mel rasa akak dah salah faham." Sela Emely dengan wajahnya yang datar.

Helena menoleh ke arah Emely. Dahinya berkerut. Matanya memicing memandang ke wajah Emely. Dia tak faham maksud adiknya.

"Maksud kau? Akak tak faham" Helena memutar penuh badannya ke arah Emely. Dia menanti perbicaraan Emely yang seterusnya.

"Sebenarnya....-"

"Hai..." sapa seseorang dari belakang Helena. Mata Emely membulat memandang susuk seorang lelaki di belakang kakaknya. Helena menelan ludahnya kasar. Dia sangat mengenali suara itu.

Bersambung...

Tidak ada selamat tinggal untuk kita, dimana pun kamu berada, kamu akan sentiasa berada dihatiku. Nantikan sambungannya esok ya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience