8- Peras ugut

Young Adult Series 53844

Las Vegas

Dor!
Dor!

"Arkghhhh!!!!" Jerit seorang lelaki saat kedua kakinya ditembak. Dia rebah ke lantai.

"Baik kau cakap, siapa yang upah kau masuk dalam mansion aku!" Ramil menendang tubuh seorang lelaki yang sudah terbaring lemah dihadapannya. Darah keluar dari kedua belah kakinya.

Lelaki itu masih menutup mulutnya rapat. Dia sepertinya tidak mahu memberitahu siapa yang telah mengupahnya menceroboh masuk ke mansion Ramil. Ternyata dia berjaya masuk dan keluar sedangkan disitu sudah diberi pengawasan yang ketat.

Ramil melihat semula video rakaman yang diletakkan disetiap kawasan rumahnya termasuk dalam kamarnya, dimana waktu itu Maria sedang tidur nyenyak.

Untung saja dia tidak berbuat apa-apa pada Maria. Tujuan dia kesitu hanyalah hendak mencari sesuatu yang diarahkan oleh bosnya. Jika Maria terjaga, sudah pasti pengawal yang mengawasi diluar sana akan tahu dan dia akan ditembak mati.

"Bangunkan dia, ikat dia di tiang" dengan patuh, William mengangkat tubuh lelaki itu dan diikatnya dengan bantuan Ryno.

Kini tubuhnya seperti dipasung. Kepalanya menunduk lemah.

"Aku tanya kau sekali lagi, siapa yang arahkan kau ceroboh masuk dalam mansion aku!" Bentak Ramil geram.
Lelaki itu mendongakkan kepalanya memandang ke arah Ramil. Dia tersenyum sinis.

"Baik kau cakap. Kalau tidak, tubuh kau akan kusiat, kaki dan tanganmu akan ku potong" herdik Dani pula. Mendengar kata Dani, lelaki itu berasa takut dan ngeri.

"B-baik.. a-ku beritahu sekarang. Tapi tolong, jangan bunuh aku" rayu lelaki itu lagi. Dia tidak mahu kaki dan tangannya dipotong seperti yang dikatakan oleh Dani.

"Baik. Cakaplah" pujuk Dani lagi cuba memancing mangsanya. Bunuh itu dia tidak berani jamin. Dia tahu, Ramil tak akan lepaskan tahanannya keluar hidup-hidup.

"Mr.Virgo. Dia yang upah aku untuk masuk ke mansion Mr.Ramil." cerita lelaki itu akhirnya.

"Apa yang dia mahu kau cari?" Tanya Dani lagi.

"Dia suruh aku mencari pendrive mengenai usahasama Mr.Ramil dengan syarikat TMAX Corporation"
Jelas lelaki itu lagi.

"TMAX Corporation? Itu syarikat Mr.Tony.. seorang millionare terkenal di seluruh Amerika Syarikat" ujar Dani sambil memandang pada Ramil.

"Ternyata Virgo mahu merampas usahasama kita dengan syarikat Mr.Tony" Rahang Ramil mula mengeras. Tak sangka ada orang yang berani mahu campur tangan dalam syarikatnya.

"Mana pendrive tu? Jumpa?" Soal Dani lagi.

"Tak. Aku tak jumpa" jawab lelaki itu lagi.

"Tipu!" Bentak Ramil geram. Kalau benar lelaki ini tidak menjumpainya, jadi, kemana pendrive itu menghilang?

"Aku juga mencari pendrive yang sama dalam ruangan kerja aku, tapi tak jumpa. Kau yang ambilnya kan!?" Bentak Ramil mula menyinga.

"B-betul. Aku tak jumpa pendrive tu. Aku pulang dengan tangan kosong" beritahu lelaki itu sebetulnya. Puas dia menyelongkar laci meja Ramil, tapi tidak jumpa dengan pendrive yang dimaksudkan.

Dor! Satu tembakan tepat mengenai dada lelaki itu.

"Ramil" marah Dani kerana menembak mati lelaki itu.

"Huh! Aku tak percaya dengan kata-katanya" Dani hanya menggelengkan kepalanya.

*******

Hujan di luar masih turun dengan lebat. Maria memandang ke luar jendela. Dia masih ingat pesanan Ramil supaya jangan keluar dari kawasan itu.

Ternyata dia bosan seharian di rumah tanpa melakukan sebarang kerja.

"Apa aku nak buat ni ha. Bosannya.. nk kemas rumah, rumah dh bersih. Ha..." Maria mencapai telefon pintar, lalu turun kebawah. Dia menghampiri ruangan dapur. Memandangkan perutnya sudah lapar, boleh dia masak. Sudah lama dia tak masak.

Dia menghampiri peti sejuk, lalu membuka, memerhati dan memikirkan apa yang perlu dimasak.

"Hmm.. macam cukup ja semua bahan. Buat steaklah, match dengan kentang putar dan salad sayur" Maria mengeluarkan semua bahan yang diperlukan. Dia meletakkan di meja pantry.
    
Dia memulakan kerjanya dengan memerap daging tenderloin yang diambilnya dari peti tadi. Dah siap, dibiarkan seketika. Dia mengambil kentang lalu dikupasnya untuk dijadikan kentang lenyek. Siap tugasnya itu, dia merebus kentang. Dia beralih tugas untuk membuat salad sayuran. Lebihan bahan, dimasukkannya semula ke dalam peti.

Tut tut

Pesanan  ringkas masuk.
Maria segera mengambil daging yang sudah diperapnya selama 30 minit, lalu dia masukkan ke dalam oven yang sudah dipanaskan.
    
Kemudian dia melangkah ke meja pantry, mencapai telefon pintar. Dia sudah dapat mengagak siapa yang menghantar pesanan ringkas ini.

'Sayang masak apa tu?' -Ramil Falaiev

Betullah tekaannya. Hanya Ramil sahaja yang tahu nombor ini.

'Steak' - Maria Elyna

Dia meletakkan semula telefon pintarnya lalu melangkah ke arah kentang yang masih direbus.

"Hmm..dah empuk ni.." Maria mengeluarkan kentang lalu memasukkannya ke dalam bekas.

Tut tut

'Interesting...dalam masa 30 minit aku sampai'

'Jaga tanganmu, aku tak mahu kau tercedera' -Ramil Falaiev

"Eleh... perhatian konon" gumam Maria sendirian. Dia tidak membalas pesanan Ramil. Cukup sekadar dia membacanya.

Dia menyambung kerjanya melenyek kentang dan mencampurkan beberapa bahan ke dalamnya. Dia merasanya dengan jari.

"Mmm..yummy" Maria memuji masakannya sendiri. Dia tersenyum puas.

Semuanya sudah siap. Hanya tinggal daging yang belum masak di dalam oven.

"Hmm..lagi 15 minit. Pergi mandi dululah" Maria naik ke kamar lalu masuk ke kamar mandi. Kali ni dia hanya mandi di bawah pancuran air. Masanya tidak cukup untuk dia berendam di dalam tab mandi.

Usai mandi, dia menyarung dress berwarna biru laut separas lutut tanpa mengenakan bra dan seluar dalam. Itu adalah perintah dari Ramil. Dia tidak mengizinkan Maria memakai bra dan seluar dalam. Jika dia tidak mengikut arahan, teruk denda yang akan dialaminya. Dia menyisir rambutnya yang masih basah. Setelah memerhati dirinya sudah rapi, dia turun semula ke dapur.

"Hmm..dah masak" Maria mengeluarkan tray yang berisi daging yang dibakarnya. Lalu dipindahkan ke atas piring. Dia menghias piring seperti yang dilihatnya di hotel-hotel yang pernah dikunjunginya.

Setelah selesai, dia mengambil oren jus di dalam peti ais lalu membawa semua piring tadi ke meja makan. Sekilas dia melirik ke arah jam didinding. Sudah 9.30malam.

"Tadi cakap 30minit" sungutnya perlahan. Dia mencapai telefon pintarnya. Tiada mesej.

'Mana dia pergi?' - fikir Maria. Dia mengelamun seketika.

'Bau apa ni? Macam kenal"

Belum sempat dia menoleh, tangan kekar memeluk pinggangnya dari belakang. Inilah baunya.. bau perfume yang dipakai oleh Ramil. Dia suka dengan bauan perfume yang digunakan Ramil.

"Merungut apa ni, hmm? Macam mak nenek" getus Ramil sambil meletakkan dagunya di atas bahu Maria.

"M-mana ada merungut" nafi Maria pantas.

"Aku dengar apa yang kau cakap, sayang" Maria hanya menjuihkan bibirnya. Beerti, tadinya Ramil sudah berada dirumah. Tapi macam mana dia boleh sampai tak perasan keberadaan lelaki itu? Pelik!

"Makanan dah siap Mr.Ramil. Tuan nak makan atau nak mandi dulu?" pelawa Maria dengan nada suara yang lembut.

Ramil tersengih mendengar panggilan Maria terhadapnya.

"Panggil aku Ramil. Tak perlu Mr. , dan tak perlu Tuan." Bantah Ramil. Dia tak suka Maria memanggilnya dengan panggilan seperti itu. Maria bukan orang suruhannya yang perlu menyebut panggilan hormat.

'Wait? Habis, kau anggap perempuan ni sebagai apa jika bukan dia adalah perempuan simpananmu? Kekasih? Kau sudah mula mencintainya? Semudah itu? Ingat plan asal kau wahai Ramil' Ramil mengeluh.

"Tuan mahu makan atau mahu mandi dulu?" Soal Maria lagi. Ramil tersedar lalu melonggarkan pelukkannya. Dia beralih ke kerusi di hadapan Maria.

"Panggil aku Ramil. Aku nak makan dulu. Lepas makan baru aku mandi. Kau pun dah hidangkan makanan ni. Nanti sejuk tak sedap" dia menarik kerusi lalu duduk.
Maria hanya menganggukkan kepalanya.

Dia lantas menuang oren jus ke dalam gelas berkaki panjang. Dia tak suka wain.

"Apa.., tu-.. mm Ramil mahu aku ambilkan wine?" Terasa kekok dengan panggilan nama bagi Maria.
Ramil memandang tepat ke wajah Maria.

"Tak perlu. Ini sudah cukup. Duduk" balas Ramil datar. Maria mengangguk sekali. Dia ikut duduk dihadapan Ramil.

Matanya melirik sekilas ke arah tangan Ramil yang lincah memotong daging di dalam piring. Kemudian melihat hasil potongannya menggunakan garfu.

"Medium rare, i like" dia memasukkan kedalam mulutnya. Kedua keningnya terangkat. Maria menelan ludahnya kasar. Dia tak tahu apa rasanya. Dia berharap masakannya sedap pada kali ini.

"Kenapa kau tak makan? Tak mahu? Atau kau nak aku suapkan?" Maria tersentak. Dia menggelengkan kepalanya dengan pantas.

Dengan perlahan, dia memotong daging dengan hirisan yang kecil. Lalu dicucuk dengan garfu dan dibawanya kemulut.

'Mmm..sedap'

"Sedap kau masak. Mana kau belajar?" Soal Ramil sambil menghirup oren jus di dalam gelas. Dia memandang tepat ke wajah Maria.

Maria yang tadi hendak menyuap hirisan daging yang seterusnya terhenti.

"Mummy" jawab Maria sekilas.

Ramil mengangguk.

"Dimana mummy kau sekarang? Dimana keluarga kau?" Soal Ramil.
Maria terdiam. Seleranya segera mati. Dia mencapai oren jus lalu diteguknya perlahan.
    
Ramil memerhatikan gerak geri Maria sambil menanti penjelasan.

"Aku anak tunggal. Aku tiada keluarga, mama dan papa aku meninggal dalam kemalangan jalan raya 10 tahun lepas" Maria menundukkan wajahnya. Dia tidak mahu memandang ke wajah Ramil yang sedang menatapnya.
    
Dia cuba menyembunyikan perasaan sebaknya dari lelaki itu.

Tap!
Airmatanya jatuh kepergelangan tangannya.

Ramil bangun lalu menghampiri Maria.
Dia menarik Maria supaya berdiri, lalu dipeluknya wanita itu erat ke dalam pelukkannya.

Maria tersedu menangis. Ramil mengutuk dirinya sendiri kerana bertanyakan hal seperti itu pada Maria. Sepatutnya, dia menyelidiki sendiri latar belakang Maria, bukan bertanya langsung seperti ini.

"I'm sorry..." Jatuh martabat seorang lelaki bernama Ramil Falaiev memohon maaf pada seorang wanita. Sebelum ini, dia tidak pernah memohon maaf pada sesiapa pun. Tapi dengan Maria..? Ah! Apa yang sudah terjadi pada hatimu? Kau mencintai wanita ini. Kau juga menyayanginya. Kau harus akui itu. Ah! Jika benar itu salah dari diriku, tidak salah kalau aku yang memohon maaf.

Ramil meleraikan pelukkan, dia mendongakkan wajah Maria dengan jari telunjuknya pada dagu runcing Maria.
Airmata wanita itu jatuh lagi. Iris matanya yang berwarna hazelnut benar-benar menggoda tatkala matanya sedang basah. Ramil menyeka airmata pada wajah Maria.

"Aku mohon maaf. Aku tak sepatutnya bertanyakan soalan ini pada kau." Satu ciuman jatuh di dahi Maria. Rasa bersalah belum terhakis dalam dirinya.

"Mari duduk dan sambung makan." Ajak Ramil dengan tone suara yang lembut.
Maria menggelengkan kepalanya. Dia sudah tidak berselera lagi mahu makan.

Ramil mengeluh melihat gelengan Maria.

"Kau harus makan. Sebentar lagi, kau harus melayaniku untuk beberapa round. Kau perlukan tenaga.. kau harus makan" Maria mengangguk perlahan. Tidak guna dia membantah cakap lelaki dihadapannya ini. Jika dia berterusan begini, pasti dia akan didenda dengan teruk sebentar lagi.

Ramil tersenyum melihat anggukan Maria. Mereka berdua kembali duduk.

Perlahan-lahan Maria menyuapkan hirisan daging ke dalam mulutnya sehingga habis.

Bersambung...

"Aku mencintainya, cinta yang berusaha kusembunyikan dalam setiap sikap dinginku." - Dwitasari

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience