26-Seksa

Young Adult Series 53821

Bilik seksa,

Arloji di tangan Ramil menunjukkan pukul 2pagi. Suasana di banglow tinggal itu sunyi sepi. Hanya terdengar suara unggas yang sedang menyanyi dihutan. Orang-orang Ramil sudah menanti di hadapan banglow. Ada juga yang menunggunya di bilik seksa. Mereka juga mahu lihat, apa yang hendak dilakukan oleh bos mereka.

Ramil dan Sawyer turun ke bilik seksa. Disitu, Dani, Ryno dan William sudah menanti. Dari jauh Ramil dapat melihat tubuh Virgo yang naked sedang diikat dengan rantai besi di kaki dan tangannya pada semua papan bulat yang boleh diputar. Dibawahnya terdapat kolam air. Jika papan itu berpusing, tubuhnya akan terbalik dan kepalanya akan tenggelam dan lemas di dalam air.

Ramil berjalan menghampiri Virgo.William sudah bersedia di belakang papan putar.

"Apa khabar Virgo?"
Virgo hanya menatap tajam kearah Ramil tanpa bicara.

"Owhh.. mungkin khabar kau kurang baik hari ini. Cut..cut..cutt.. kesian. Bagaimana perasaan kau saat menjadi mangsa tawanan? Seronok bukan? Huh!" Sinis sekali kata-kata Ramil. Ramil hanya menggelengkan kepalanya. Virgo tidak membalasnya. Dia hanya memandang ke arah Ramil dengan sorot matanya yang kelihatan lemah dan tidak bermaya.

"Kau salah orang, Virgo. Kau sudah menculik orang yang paling aku sayang dan aku takkan biarkan itu."
Ramil berjalan kehulu kehilir sambil berbicara.

"Isteriku hanya meminta kau supaya dipenjarakan. Lihat, kau sudah berbuat jahat padanya, tapi isteri aku tetap punya niat baik untuk kau. Huh, tapi aku yang takkan biarkan kau ke penjara. Aku akan seksa kau sampai kau mati!" Bentak Ramil geram.

"Pusing!" Arah Ramil. Papan itu berpusing. Kini keadaan Virgo berada dalam keadaan terbalik, kepalanya dibawah, terendam dalam air separas dada dan kakinya ke atas. Hampir 1 minit kepalanya dilemaskan.

"Pusing!" William hanya menurut.

"Hahh...hah..hah..hah!" Nafas Virgo tersekat-sekat.

"Pusing lagi!" Papan beroda itu berpusing lagi. Kali ini lebih lama dari tadi.
Mereka semua dapat melihat dengan jelas, Virgo mengelupur kerana kekurangan oksigen.

"Pusing!" William menaikkan semula papan beroda itu.

"Uhuk..uhhukk! Hahh..hahh!!" Virgo terbatuk dan hampir lemas. Dia rasakan seperti nyawa berada dihujung tanduk.

"Turunkan dia. Ikat dia di kayu pasungan" Ryno berjalan mendekati papan beroda bulat itu. Dia membantu William menurunkan tubuh Virgo yang lemah dan tidak berdaya.

"Arghhh!" Virgo menjerit saat tangannya yang patah diangkat dan diikat.

Semua yang berada disitu hanya ketawa. Mereka ibarat sedang menyaksikan sebuah pertunjukkan.

"Kita sebat dia bos" Kimy bersuara memberikan pendapat.

"Kau ambilkan aku bull whip" arah Ramil pada Kimy.
Kimy menyeringai.

"Baik bos" dia berjalan ke arah satu almari kaca yang didalamnya terdapat pelbagai alat seksaan. Dia mencapai bull whip yang bergantung. Bull whip merupakan rotan yang diperbuat dari kulit. Berukuran panjang dan selalu digunakan dalam sukan laga lembu. Ramil ibarat toreros yang membunuh lembu itu hingga mati.

Kimy menghulurkan bull whip itu kepada Ramil.

"Kau yang sebatnya. Aku hanya akan menyaksikannya" arah Ramil lagi tanpa melihat ke arah Kimy. Matanya terarah pada tubuh Virgo yang sedang dipasung.
Memang itu yang Kimy tunggu-tunggu dari tadi.

Tangannya dihayunkan kebelakang, dengan sekali libas, tubuh Virgo terkoyak dan berdarah.

"Arghhhhh!!!!!" Virgo menjerit kesakitan.
Kimy meneruskan sebatannya buat kali ke dua. Kini pada arah yang berbeza.

Siappp!!

"Arghhhh!!" Tubuh Virgo terkoyak hingga mengeluarkan darah.
Tubuh Virgo semakin lemah. Dia sudah tidak berdaya mengangkat kepalanya lagi.

"Sudah Kimy" Kimy mengangguk.

"Sawyer, your turn" Sawyer yang mendengar namanya disebut, mula menyeringai. Dia sebenarnya sudah tidak sabar dari tadi.

"Hey jantan sial! Aku harap, apa yang aku buat pada kau nanti membuatkan kau menyesali segala perbuatan kau pada Kak Maria. Kau silap menculik orang kali ini, Virgo" tegas sekali suara Sawyer. Dia berjalan menghampiri almari yang mengandungi deretan laci. Dia membuka salah satu laci disitu.
Dia mencapai scalpel dan menghampiri Virgo.

Dengan gerakkan perlahan, dia mengelar peha Virgo.

"Arghhhhhh" Virgo menjerit kesakitan.
Dengan pantas, Sawyer menyelinap kulit pehanya.

"Argghhhhh!!!" Virgo menjerit dan akhirnya terdiam.

"Pengsan" Sawyer serta semua yang ada disitu ketawa.

"Kerat tubuhnya dan beri makan pada buaya Dani. Bersihkan tempat ini serta semua barang seksa yang digunakan. Jangan tinggalkan satu jejak pun" arah Ramil.

"Baik bos" jawab mereka serentak.

Ramil dan Sawyer segera berlalu dari situ.

******

Kicauan burung diluar membuat Maria terjaga. Jam menunjukkan pukul 6 pagi. Maria menoleh ke sisi lalu tersenyum. Suaminya tampak tidur sangat nyenyak. Maria merapatkan tubuhnya pada Ramil. Dia memeluk erat tubuh suaminya, kepalanya diletakkan di celah tengkuk Ramil. Ramil yang tersedar,segera menarik isterinya rapat ke dalam pelukkan.

*****

Jam sudah pukul 7.30 pagi. Maria turun ke ruang dapur. Perlahan dia berjalan menghampiri freezer. Matanya meliar mencari sesuatu.

"Selamat pagi Mem" sapa Lenny.

"Pagi, Lenny" sapa Maria.
Wajahnya berubah masam.

"Apa yang Mem cari?" Tanya Lenny.

"Lenny..aku mahu koktail buah" luah Maria. Lenny menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Saya suruh Pak Rody belikan ya, Mem" Maria mengangguk. Lenny segera pergi dapatkan Pak Rody, driver Ramil.

Maria duduk di kerusi berkaki tinggi di hadapan meja pantry. Dia termenung. Sejak kandungannya mahu mencecah 2 bulan ini, pelbagai jenis makanan yang dia ingin makan. Kadang-kadang dia hanya makan sesuap dua sahaja. Selebihnya Ramil yang perlu habiskan. Tidak pun, Lenny atau Janet yang menjadi mangsa.

Lenny datang menghampiri Maria.

"Lenny.. boleh buatkan aku pancake pisang? Buat topping blueberry ya. Aku lihat, buah blueberry masih ada di dalam freezer." Arah Maria.

"Baik Mem."

Maria segera berlalu. Dia melangkah naik ke kamar semula.
Suaminya masih nyenyak tidur. Dia naik ke atas katil lalu berbaring disebelah suaminya.
Dia menguis helaian rambut yang menutupi separuh dahi suaminya dengan perlahan. Kemudian dia mencium dahi suaminya lembut.
Tangannya terhulur membelai wajah Ramil. Sekejap di pipi, hidung dan bibir.

"Buah hati pengarang jantung sayang Maria ni pulang jam berapa agaknya semalam ya? Sekarang sudah pukul 8pagi belum bangun lagi.." omel Maria sendiri. Dia sendiri pun tidak sedar suaminya pulang kerumah jam berapa. Dia tertidur nyenyak kerana keletihan.

"Apa yang jadi pada lelaki semalam eh? Apa bie dan Sawyer buat dengan lelaki semalam agaknya?" Tanya Maria seorang diri. Ramil yang sedari tadi sudah terjaga segera menjawab.

"Bagi buaya Dani makan" mulut Maria melopong. Mata Ramil masih terpejam rapat.
Maria menelan ludahnya tersekat lalu tersedak.

"Uhukk..uhukkk!!" Ramil lantas bangun tatkala mendengar isterinya tersedak.

"Sayang.., sayang ok?" Tanya Ramil risau. Maria mengangguk pantas. Ramil baring semula lalu memejamkan matanya kembali.

"Bagi buaya makan..." Maria mengeluh.

"Kesian..." luah Maria. Kepalanya menggeleng perlahan. Dia dapat membayangkan saat tubuh lelaki itu ditolak ke dalam kandang buaya, lalu beberapa ekor buaya datang menyambarnya, lalu badan dan kaki lelaki itu terputus. Lelaki itu pasti menjerit dan meraung kesakitan.

Ramil dapat mendengar luahan 'kesian' dibibir isterinya lantas membuka mata dan dia juga melihat Maria menggelengkan kepalanya.

"Jangan nak pikir yang bukan-bukan. Bie bukan bagi buaya makan dia hidup-hidup" balas Ramil. Matanya masih terpejam.

"Bagaimana bie bol-"

"Boleh tahu sayang fikir bie beri buaya makan lelaki itu hidup-hidup, macam tu?"
Maria mengerutkan keningnya. Dia tidak menyangka suaminya dapat membaca fikirannya.

"Lepas ni, Maria tak nak tanya la"

"Kenapa?"

"Yela.. Maria baru je fikir dalam fikiran, bie dah boleh tahu" omelan Maria membuat Ramil terkekeh. Ramil lantas duduk disamping Maria. Tubuhnya dicondongkan ke arah Maria. Bibirnya didekatkan dengan telinga isterinya.

"You know what? Because..you are my wife" bisik Ramil perlahan.

Maria menoleh wajahnya memandang ke arah Ramil. Dia tersengih saat melihat pandangan tajam suaminya menatap kearahnya. Dia tahu apa yang suaminya mahukan saat ini.
Perlahan dia bergerak turun dari katil sambil menyungging senyum.

"Sayang nak pergi mana, hmm?" Tanya Ramil yang tahu lagak isterinya seperti mahu melarikan diri. Ramil memandang kearahnya dengan pandangan yang menggoda. Maria menggigit bibir bawahnya.

Ramil perlahan bergerak turun dari katil mahu menangkap Maria.

"Argh!" Maria menjerit. Dengan pantas dia berlari dan berpusing naik ke atas katil. Ramil segera mengejar isterinya lalu naik keatas katil mahu menangkap tubuh Maria.

"Argh!" Jerit Maria lagi sambil ketawa. Dengan pantas dia berlari turun.

"Nakal" Ramil menggeram melihat kearah isterinya. Dia kini berada di atas katil dan Maria sudah berada dibawah. Maria tersenyum menggoda.
    
Ramil menyeringai. Dengan pantas dia melompat turun dari hujung katil lalu menangkap tubuh isterinya erat.

Tindakkan pantas Ramil membuatkan Maria tidak sempat melarikan diri.

"Arghh!" Jerit Maria sambil ketawa.
Ramil memeluk erat tubuh isterinya. Telinga Maria digigitnya perlahan membuatkan bulu roma Maria meremang. Ramil meletakkan dagunya dibahu Maria.

"Mana sayang nak lari..? Bie akan kejar sayang sampai dapat" Maria tersenyum seraya menoleh memandang ke arah suaminya. Satu kucupan hinggap di pipi Ramil.

"Maria nak mandi.. sekejap lagi Maria nak makan pancake dan koktail buah. Sedapnya."kedua tangannya diletakkan di kedua pipinya. Fikirannya terbayang saat topping blueberry meleleh tumpah dari sisi pancake dan dia juga dapat membayangkan saat sesudu koktail masuk ke dalam mulutnya, terasa kenyal dan mengasyikkan.

"Sayang" panggilan Ramil mematikan lamunan Maria.

"Bila sayang oder semua tu? Bie tak tahu pun" tanya Ramil hairan.

"Tadi" jawab Maria pantas.

Dia menoleh melihat kerutan di kening suaminya.

"Maria suruh Lenny buatkan pancake pisang, koktail pula..Lenny suruh Pak Rody tolong belikan."Ramil menggelengkan kepalanya.
Kini giliran Maria pula mengerutkan keningnya.

"Kenapa?" Tanya Maria hairan. Dia ingin tahu, apa yang membuatkan suaminya menggelengkan kepala.

"Sayang makan tak banyak pun, jamah sesudu dua je, lepas tu dah tak nak. Kesian Pak Rody dengan Lenny, nak kena carikan makanan untuk sayang, nak siapkan menu yang sayang nak lagi. Buatnya saja memakan masa, makannya cuma sikit" omelan Ramil membuatkan Maria menarik muka masam.

Dengan pantas dia menurunkan bahunya sehingga membuatkan kepala Ramil hampir jatuh. Pelukkan Ramil di pinggangnya juga dilepaskan.

Ramil hairan dengan sikap isterinya.
Maria berjalan ke arah kamar mandi.

"Jadi..sekarang ni, bie dah pandai merungut pasal Maria la ye. Yang teringin nak makan bukan Maria, tapi yang dalam ni" rajuk Maria seraya menarik pintu kamar mandi lalu dikuncinya dari dalam.
Ramil mengeluh. Dia menyesali dengan keceluparannya.

Dia sendiri pernah buat research mengenai keinginan wanita hamil terhadap makanan. Ada kalanya makanan yang pelik-pelik diminta kepada sang suami. Dia dikira beruntung, kerana isterinya hanya menginginkan makanan yang senang dicari dan dibuat.

Ramil mula mengutuk dirinya sendiri.

Ramil berjalan menghampiri pintu kamar mandi.

Tok
Tok
Tok

"Sayang.., bie minta maaf. Bie tak sepatutnya kata dekat sayang macam tu" pujuk Ramil.
Berkali-kali dia mengetuk, tapi isterinya masih tidak membukanya.

Ramil segera mendapatkan tablet yang berada dalam laci meja di sisi katil. Dia mahu tahu apa yang dilakukan oleh isterinya dikamar mandi.

Ramil dapat melihat dengan jelas, Maria sedang duduk di dalam tab mandi sambil memeluk lutut. Curahan air shower dari atas membasahi tubuhnya. Sesekali terlihat senggukkan dan sesekali terlihat dia menyeka airmata diwajahnya. Maria menangis. Serta merta Ramil merasa bersalah.

Ramil mencari kunci pendua. Dia tidak boleh biarkan isterinya menangis. Semua ini kerana salahnya. Hanya kerana dia tersalah bicara membuatkan hati isterinya terguris.

Setelah dia jumpa kunci pendua, Ramil segera berlari ke pintu kamar mandi.

Klik.

Pintu terbuka. Ramil dengan pantas berlari masuk ke dalam kamar mandi, mendapatkan isterinya yang sedang menangis di dalam tab mandi. Tubuh isterinya dipeluk erat.

"Maafkan bue, sayang.. bie salah. Bie tak sepatutnya kata begitu pada sayang. Sepatutnya, bie hanya perlu turutkan keinginan sayang. Sayang dah mengandungkan anak bie.., bie sepatutnya bersyukur, bukan malah merungut." Luah Ramil.

Maria masih menangis. Dia langsung tidak mengendahkan kata-kata suaminya. Hatinya telah terluka dan tidak semudah itu dia menerima kata-kata maaf.

Dia sedar, dirinya begitu menyusahkan bagi Ramil. Malah, dirinya juga menjadi penyebab lelaki itu dirundung masalah. Kesnya kemalangan, lepas tu diculik dan sekarang, meminta itu ini..

Maria meleraikan pelukkan suaminya. Dia lantas berdiri. Saat itu Ramil dapat lihat dengan jelas, perubahan perut isterinya yang sudah kelihatan benjol ke hadapan. Pandangannya menjadi sayu.

Maria mencapai jubah mandinya dan tuala untuk mengeringkan rambutnya. Usai itu, dia berjalan keluar tanpa menghiraukan suaminya yang masih berada dalam kamar mandi. Dia lantas bersiap dan turun ke meja makan.
    
Perutnya sudah lapar. Anak di dalam perutnya perlukan makanan.

"Morning daddy, mummy, sawyer" sapa Maria seraya menarik kerusi berhadapan dengan Thalia. Senyumannya terasa kelat pagi ini dan Thalia perasan akan perubahan air muka menantunya. Sepertinya, menantunya baru lepas menangis.

"Pagi sayang.." sahut Thalia..Dave dan Sawyer juga. Dave dan Sawyer juga perasan dengan perubahan Maria pagi ini. Wajahnya tidak seceria semalam.

"Mem.. ini yang Mem minta tadi" Lenny datang lalu menghidangkan koktail buah dan panceke di hadapan Maria lantas mahu berlalu pergi.

Ramil yang baru turun segera menghampiri meja makan. Dia memberi sapaan selamat pagi dan satu kucupan singgah di pelipis isterinya. Tetapi tiada tindakbalas dari Maria.

"Er..Lenny.." panggilan Maria membuatkan Lenny kembali melangkah menghampirinya. Maria tersenyum hambar. Semua mata terarah pada Maria begitu juga dengan Ramil.

"Terima kasih kerana siapkan makanan ni. Lepas ni, saya takkan susahkan kamu lagi. Saya akan makan apa saja yang kamu hidangkan." Kata-kata Maria terasa satu sindiran bagi Ramil. Dia rasa sangat bersalah dengan isterinya.

Dahi Lenny berkerut.

"Tapi..kalau Mem teringin nak makan sesuatu, katakan saja pada saya. Saya akan buatkan" luah Lenny dengan jujur. Dia langsung tidak rasa Maria menyusahkannya. Itu sudah jadi bidang tugasnya menyiapkan makanan untuk majikannya. Dan dia perlu menurut apa sahaja yang diminta oleh majikan.

"Takpe Lenny. Saya tak akan minta lagi yang bukan-bukan. Saya makan je apa yang kamu masak." Luah Maria lagi.

"Tapi Mem.."

"Kamu boleh pergi sambung buat kerja" potong Maria tanpa memandang ke arah Lenny. Dia menjamah makanan yang Lenny berikan tadi dengan berselera.

Ramil menatap sayu kearah isterinya. Seketika pandangannya bertembung dengan Thalia. Sorot mata mummynya sangat tajam.

Thalia tahu, mungkin semua ini berpunca dari anaknya.
Dia akan siasat hal ini.

Bersambung...

Apa yang awak telah lakukan Ramil? Kesian Maria. Biasalah, wanita hamil ni cepat beremosi.. Macam mana agaknya Ramil nak pujuk Maria semula ye? Nantikan sambungannya nanti

Share this novel

norsila
2023-02-04 11:19:19 

hahahaha...saya hamil tk ado mgidam hari2 ..sskali joo..buah kedudung fist gidam tapi minta kat mak..esok dah ada dlm peti ais..hahaha..mak minta kat jiran huuu hamil sulung..sayangggg mak..hehehe


NovelPlus Premium

The best ads free experience