29- Makan bersama

Young Adult Series 53821

Sampai di penthouse, Helena terus melangkah ke ruangan dapur. Dia mengeluarkan sebuku roti lalu dibakarnya. Sambil menunggu roti dibakar, dia membancuh 2 cawan kopi buatnya dan Eryk.

Eryk datang dari arah belakang lalu memeluk pinggang Helena erat. Kepalanya disembamkan di celah tengkuk isterinya. Sesekali dia mencium tengkuk Helena.

"Babe..jangan nak macam-macam. Ena berpeluh ni, belum mandi lagi" halang Helena sambil menolak perlahan tubuh Eryk.

"Belum mandi lagi? Wangi je babe bau" Eryk mendaratkan ciuman berkali-kali di belakang Helena. Tubuh Helena tetap berbau wangi. Aroma rose dan vanilla menusuk ke hidungnya.

"MR.ERYK PETERSON!" Helena memanggil nama Eryk sepenuhnya. Helena yang tadi sudah mengangkat 2 cawan kopi, kembali meletakkannya semula di meja pantry.
Dia menarik tangan Eryk dari merangkulnya, lalu memutar tubuhnya berhadapan dengan Eryk.
Helena memandang tepat ke arah suaminya.

"Makan dulu boleh tak? Ena lapar ni tau tak. Kejap lagi, ada juga orang yang kena telan kang" gerutu Helena geram. Dia berpusing lalu mengangkat 2 cawan kopi lalu diletakkan di atas meja. Eryk tersengih. Dia tidak berganjak dari tempatnya berdiri tadi.

Ting!

Roti yang dibakar sudah masak. Helena mengeluarkannya dari pembakar roti lalu diletakkan ke dalam piring.

"Jom makan. Ke...babe dah sarapan di rumah mama tadi?" Tekaan Helena membuat Eryk menggaru kepala yang tidak gatal. Memang dia sudah sarapan tadi di rumah orang tua Helena.

Helena menarik kerusi lalu duduk di hadapan meja makan tanpa mengendahkan Eryk. Dia menyapu jem blueberry di atas roti lalu dimakannya. Eryk menghampiri isterinya dimeja makan lalu duduk di sebelah Helena. Perlahan dia membuka mulut. Helena yang faham dengan perangai Eryk, lantas menghalakan roti bakar ke arah mulut suaminya yang terbuka.

"Ngap!" Eryk mengunyah roti bakar yang baru saja disuap oleh Helena.

"Mm..sedapnya" Helena memutar bola matanya mendengar pujian Eryk.

"Dah banyak kali makan, macam tak tahu rasanya macam mana" gerutu Helena membuat Eryk terkekeh.

"Nak puji pun dah tak boleh ke?" Eryk mengangkat sebelah keningnya sambil memandang ke arah Helena.
Helena mencebir bibirnya malas melayan karenah Eryk. Dia menghabiskan roti bakar yang masih tersisa.

Usai makan, Helena naik ke bilik seraya berlalu ke kamar mandi.

Eryk geram kerana tidak diendahkan oleh Helena. Dia menghampiri Helena lalu mengendongnya masuk ke dalam bilik mandi.

"Babe..turunkan Ena. Ena nak mandi" marah Helena sambil menggerak-gerakkan kakinya.

"Yelah..babe pun nak mandi jugak. Dah lama kita nak mandi sekali kan" Eryk mengerjip sebelah matanya ke arah Helena sambil menyeringai nakal.

Helena menggigit bibirnya. Mukanya sudah bersemu merah. Dia faham apa yang suaminya maksudkan. Eryk menghampiri Helena. Helena yang melihat Eryk semakin hampir dengannya segera menapak ke belakang. Langkah Helena mati tatkala melanggar westafel di belakangnya.
Eryk menyeringai.

"Sayang tak boleh lari dari babe" ujar Eryk nakal sambil menggigit bibirnya. Dengan pantas dia menanggalkan t-shirt yang dipakainya. Terpamer tubuhnya yang sasa dan berotot. Helena menggigit bibirnya saat melihat tubuh seksi suaminya.

Tubuh Eryk sudah rapat ke tubuh Helena. Perlahan kedua tangannya terhulur ke pinggang ramping Helena. Eryk menundukkan wajahnya sehingga nafasnya menderu menyapa ke wajah Helena.

"I want you, honey" bisik Eryk seraya mencium kening Helena. Helena yang mendengar seraya mendongakkan wajahnya. Belum sempat dia berkata apa-apa, Eryk sudah melumat bibirnya rakus.

Sudah lama dia tidak menikmati bibir manis Helena. Kali ini, dia tidak akan lepaskannya. Dan dia juga akan buat isterinya mendesah seharian.

****

Falaiev Corporation Centre

5 bulan kemudian,

Ini adalah kali kedua Maria menjejakkan kakinya di perusahaan ini. Pertama kali dia ke sini adalah saat dia datang bersama PA nya Helena atas urusan kerja. Tapi kali ini berbeza. Dia datang ke sini kerana mahu berjumpa dengan suaminya.

"Selamat tengahari Puan Maria." tegur penyambut tetamu dibawah. Mereka mengenali Maria kerana mereka pernah datang ke majlis perkahwinan Ramil dan Maria.

"Selamat tengahari" sambut Maria sambil tersenyum mesra. Banyak mata yang memandang kearahnya kerana kecantikkannya. Walaupun perutnya sudah membulat, tetapi langsung tidak menjejaskan keterampilannya. Tetap nampak cantik dan tambah berseri-seri sejak hamil.

Penyambut tetamu wanita itu membawa Maria ke arah pintu lift untuk pegawai tetinggi. Dia menghantar Maria sehingga ke tingkat 30, pejabat Ramil.

"Terima kasih..er.."

"Tina" sambut wanita itu sambil tersenyum.

"Terima kasih, Tina." Ucap Maria mesra. Maria melangkah keluar dari lift.

Maria disambut oleh Mary, setiausaha suaminya.

"Selamat tengahari Puan Maria" Mary kelihatan terkejut melihat kedatangan Maria. Dia lihat perut Maria sudah membesar dan isteri bosnya bertambah cantik dan berseri-seri walaupun hanya mengenakan solekkan yang tipis.

"Selamat tengahari, Mary. Suami saya ada di dalam?" Tanya Maria. Dia datang tanpa memberitahu suaminya. Tujuannya adalah untuk makan tengahari bersama Ramil. Di tangannya terdapat beg kertas yang berisi makanan tengahari yang dimasak olehnya.

"Tuan Ramil ada dipejabat." Jawab Mary lembut sambil menatap ke wajah Maria.

"Apa, dia sedang sibuk? Maaf, saya datang tak buat appoiment dulu" Maria rasa serba salah. Mary hanya tersenyum memandang ke arah Maria.

"Tuan Ramil tak sibuk hari ini. Puan kan isterinya, tak perlulah nak buat appoiment. Kalau bos tahu, puan datang ke sini perlu buat appoiment, saya yang kena pecat" ujar Mary sambil terkekeh. Maria hanya tersenyum sambil mengusap perutnya yang sudah 7 bulan dengan lembut.

"Mari.."Mary mengambil beg kertas di tangan Maria, lalu membawa Maria ke pejabat Ramil.

Tok
Tok
Tok

"Masuk" terdengar suara Ramil dari pembesar suara yang tak kalah halus di muka pintu yang berbentuk bulat.

Ceklek! Pintu terbuka. Dari jauh, Maria sudah melihat susuk suaminya yang masih duduk di kerusi kebesarannya sambil mengadap file-file yang menumpuk tanpa memandang ke arahnya. Maria menapak ke arah sofa yang berada tidak jauh dari meja kerja suaminya. Dia perlu duduk kerana penat berjalan dari bawah, naik ke tingkat atas.

"Mr.Ramil" Ramil mendongak memandang Mary yang berada dihadapannya.

"Ada apa Mary?" Tanya Ramil hairan.
Mary mengalihkan tubuhnya lalu menunding jari ke arah sofa.

Ramil terkejut melihat kedatangan isterinya. Dia lantas bangun dan berpusing mengitari meja kerjanya.

"Kenapa awak tak cakap isteri saya datang?" bisik Ramil perlahan. Mary tersengih.

Ramil mahu berlalu,
"Mr.Ramil"
Langkah Ramil terhenti lalu menoleh memandang ke arah Mary.

"Ini..Puan Maria yang bawa" Mary menghulurkan beg kertas berukuran agak besar ke tangan Ramil. Ramil menyambutnya.

"Saya keluar dulu" pinta Mary disambut anggukkan dari Ramil.

Ramil berjalan menghampiri isterinya yang sudah duduk di sofa. Dia lantas duduk disisi Maria.

"Sayang...kenapa tak beritahu babe,sayang nak datang?" Ramil mencium kening Maria lembut.
Maria tersenyum.

"Nak datang sini pun nak kena beritahu ke?" Tanya Maria sambil mengangkat kedua keningnya memandang ke arah Ramil.

"Kena la beritahu. Mana tahu, sayang datang sini, bie tak ada. Meeting ke.. jumpa client ke.. nasib baik bie tak pergi mana-mana tau." Maria tersenyum lembut menatap lekat ke wajah suaminya.

"Takpe la. Kalau bie meeting, Maria tunggu je la dekat sini" jawab Maria dengan intonasi suara yang lembut.

Ramil hanya menggelengkan kepalanya. Dia kesiankan isterinya yang susah payah datang kesini, dengan perut yang semakin membesar. Tentu sangat meletihkan.

"Sayang bawa apa ni?" Tanya Ramil sambil membawa keluar beberapa bekas makanan.

"Mmm...sedapnya bau.. Lenny yang masak ke?" Tanya Ramil sambil membuka penutup bekas makanan. Dia menatap ke wajah isterinya, Maria menggeleng.

"Dah tu, Janet yang masak?" Maria menggeleng lagi.

"Dah tu, sayang yang masak ke?" Tanya Ramil lagi. Maria tersenyum lantas mengangguk perlahan.

Ramil mengeluh.

"Sayang..." Maria meletakkan jari telunjuknya di bibir Ramil.

"Less talking, more eating.. Maria dan baby dalam ni dah lapar. Papa baby pun tentu lapar, kan?" Soal Maria manja. Ramil tersenyum lantas mengangguk. Ramil bangun, dia menanggalkan blazernya lalu diletakkan disisi sofa.

"Maria suapkan ya" Maria mengambil bekas yang berisi Chicken lasagna kesukaan suaminya lalu disuapkan ke dalam mulut Ramil. Kemudian kedalam mulutnya pula.

"Mm..sedapnya sayang.. pandai sayang masak" puji Ramil.

"Sini..biar bie yang suapkan." Ramil mengambil bekas makanan yang berada dalam tangan isterinya. Bekas makanan bertukar tangan. Dia menyuap isterinya makan, kemudian untuk dirinya pula sampai habis.

Maria mengeluarkan sebekas makanan yang berukuran kecil lalu diletakkan di atas meja. Kemudian dia mengeluarkan bekas minuman lalu menuangnya kedalam cawan yang dibawanya. Lalu menghulurkan pada Ramil.
Ramil minumnya dengan perlahan.

"Ini apa sayang?" Ramil meletakkan cawan yang sudah kosong di atas meja. Dia mencapai bekas kecil yang isterinya keluarkan tadi lalu membukanya.

"Tiramisu" ujar Ramil sambil menoleh menatap isterinya. Maria tersenyum seraya menganggukkan kepalanya.

"Sayang buat juga ke?" Maria mengangguk. Ramil tersenyum sambil mencium lembut dahi isterinya.

"Thank you, sayang.. bie makan sedap hari ni. Kalau hari-hari macam ni, bie boleh gemuk tau" sungut Ramil sambil disambut ketawa oleh Maria.

"Bie gemuk pun takpe, Maria tetap sayang" luah Maria sambil tersenyum lebar. Dia tidak kisah jika suaminya gemuk asalkan suaminya tetap ada dihatinya.

"Eh.. mana boleh bie gemuk, nanti tak macho la.. Satu lagi, kalau bie gemuk, nanti bie dah tak larat nak dukung sayang tau. Baik bie kurus, sado macam ni, nak dukung sayang pun senang" ujar Ramil sambil menyerjipkan sebelah matanya pada Maria. Maria terkekeh ketawa dengan jawapan suaminya.

"Yela..yela.. lepas ni, bakar balik kalori tu" sambut Maria sambil menyentuh perut suaminya.

"Masih boleh isi lagi ni. Tengok Maria, dah tak boleh isi lagi dah. Buncit" Maria mencebirkan bibirnya. Ramil terkekeh ketawa melihat karenah isterinya.

"Sayang.. itu buncit lain..bukan buncit kerana kekenyangan" ujar Ramil masih lagi dengan sisa tawanya. Maria ikut ketawa. Dia senang melihat suaminya ketawa senang hati.

"Sayang papa jangan nakal-nakal dalam perut ibu tau. Kesian ibu" Ramil mengusap perlahan perut isterinya, kemudian dia mencium lembut. Terasa gerakkan lembut dari dalam. Ramil terkejut.

"Hey..baby rindu papa ke? Nanti kita jumpa, ok" Ramil kembali mengusap dan mencium perut Maria yang membulat besar. Maria bersandar disofa. Pinggangnya terasa lenguh dan sengal-sengal.

"Bie dah habis makan?" Tanya Maria sambil menoleh ke sisinya menatap Ramil yang sedang menghabiskan tiramisu yang dibuatnya.

"Dah nak habis dah. Sayang dh nak balik ke?" Tanya Ramil sambil melihat Maria yang sudah bersandar di sofa.

"Mmhmm.." Maria mengangguk perlahan.

"Jomlah.. bie hantar" saran Ramil sambil menyimpan bekas-bekas makanan tadi ke dalam beg kertas semula.

"Takpe bie. Maria boleh balik sendiri. Bie sambung la buat kerja semula. Kesian bie, kerja bie terganggu kerana Maria." Bantah Maria pantas. Dia sudah berpuas hati dapat lunch bersama dengan suaminya pada hari ini. Itu sudah seronok baginya. Dia cuma datang hanya untuk lunch, tak lebih dari itu.

"Jangan bantah cakap suami, boleh?" Maria menoleh kearah suaminya sambil tersenyum kelat. Dia rasa bersalah.

"Tapi bie.." Ramil mengangkat tangannya pantas. Dia mencapai blazernya lalu menyarungkannya semula ke tubuh.

"Mari bie hantar. Ala..sayang bie ni" usik Ramil sambil menarik tangan isterinya lembut, membantu isterinya berdiri. Maria tersengih geli hati.

Mereka berjalan keluar beriringan.

"Mary..cancelkan semua meeting saya hari ni ya. Saya tak masuk pejabat dah lepas ni" ujar Ramil kepada setiausahanya Mary.

"Oh ya, file-file atas meja tu, nanti suruh Dani sambung semak ya" arah Ramil lagi.

"Baik Mr.Ramil" jawab Mary patuh.

"Saya pulang dulu, Mary" sahut Maria lembut sambil membuahkan senyuman pada Mary.

"Baik Puan Maria. Hati-hati" balas Mary sambil tersenyum.

Bersambung..

Saat kepalamu bersandar di bahuku, aku bahagia kerana boleh membuatmu beristirahat walau sejenak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience