27- Bersalah

Young Adult Series 53844

Thalia sudah menanti Ramil dibilik bacaan.

Tok
Tok

"Masuk"

Ceklek!

Terjengul wajah Ramil dimuka pintu. Dia melangkah masuk lalu menutup pintu semula.

"Ada apa mummy nak jumpa Mil dekat sini? Kenapa tak di ruang tengah saja?" Soal Ramil hairan.

"Duduk" arah Thalia tanpa menjawab soalan Ramil.

Ramil bungkam. Dia berjalan menghampiri sofa yang berhampiran dengan Thalia.
Sepertinya dia sudah tahu mengenai topik perbincangan mummynya nanti.

"Apa yang berlaku sebenarnya? Mummy lihat sikap Maria lain sangat pagi ni, kamu berdua ada masalah?" Soal Thalia. Hatinya tidak tenang selagi sikap menantunya terus-terusan begini.

Thalia menatap tajam ke arah Ramil.
Ramil menelan ludahnya kasar.
Dia rasa seperti dirinya akan dijatuhi hukuman berst oleh sang hakim.

"Salah Mil, mummy. Tadi pagi, Maria ada beritahu Mil, yang dia menyuruh Lenny buatkannya pancake pisang dan dia menyuruh Pak Rody belikannya koktail buah. Lepas tu Mil tersalah cakap."
Ramil memandang sekilas ke wajah Thalia. Ternyata mummynya masih menantikan penjelasan darinya.

"Mil kata pada Maria, dia dah menyusahkan Lenny dan Pak Rody setiap hari sebab Maria cuma jamah sesudu dua saja, lepas tu dah tak nak makan. Penat Pak Rody pergi membeli, penat juga Lenny menyiapkan makanan yang sudah tentu memakan masa yang lama untuk siapkan, tapi Maria makan sikit je" Ramil mengeluh kesal.

"Mil tahu Mil salah. Mil tak sepatutnya berkata seperti itu pada Maria. Mel rasa bersalah, mummy." Luah Ramil.

"Apa yang Mil buat ni? Bukan ke Mil selalu buat research mengenai wanita hamil? Macam mana hal yang semudah ini pun Mil tak boleh nak handle, hah!?" Ramil menundukkan wajahnya.

"Mil tahu tak, saat isteri sedang hamil, suami perlu banyak bersabar. Mil patut bersyukur, Maria tak minta yang bukan-bukan. Sesetengah wanita hamil, mengidamkan makanan yang pelik-pelik malah sukar dicari. Tapi isteri kamu hanya mahukan benda sepele begitu pun kamu dah merungut. Itu belum lagi saat Maria dah melahirkan nanti, dengan karenah anak kecil lagi, tidur dan rehat pun tak cukup. Mil kena sedar tu. Perkahwinan ini bukan sekadar cinta, sayang, seks sahaja. Dia merangkumi banyak aspek. Kena pandai atasi karenah isteri, anak-anak. Mil sebagai ketua keluarga, perlu bijak berfikir dan tangani masalah. Bukan tambah lagi masalah."

"Mil, dalam dunia ni, Maria cuma ada Mil sorang je kat sini. Mummy dan daddy jauh. Sekali sekala boleh la mummy dan daddy datang jengok. Dia tak ada sesiapa lagi. Hanya Mil tempat dia mengadu dan curah kasih sayang. Tapi kalau Mil bersikap macam ni, pada siapa lagi Maria hendak mengadu?"
Ramil mengeluh berat.

"Apa yang harus Mil buat, mummy?" Soal Ramil buntu.

"Pergi mohon maaf padanya. Kesian Maria. Yang dikandung itu anak Mil, bukan anak orang lain. Mil harus bersyukur itu. Mil lihat sendiri, Maria pernah tak bersungut saat dia morning sickness?" Ramil menggeleng.

"Maria pernah tak bersungut, kandungan yang dia bawa ini membebankan, menyusahkan?" Ramil menggeleng. Dia meraup wajahnya kesal.
Dia lantas bangun meninggalkan Thalia. Dia perlu memohon maaf pada isterinya. Kalau merayu adalah jalan yang boleh membuatkan isterinya memaafkannya, dia sanggup.

******

Ramil kembali ke kamar. Dia tahu, isterinya akan ada disitu saat merajuk. Pintu dikuak perlahan. Ramil menjengukkan kepalanya ke dalam kamar dan benar, isterinya sedang baring di atas katil. Ramil masuk lalu menutup pintu.

Maria yang tadinya sedang mengiring menghadap ke arah pintu, saat terlihat Ramil masuk, segera dia mengubah posisi membelakangi suaminya.

Ramil tersenyum.

Perlahan dia berjalan menghampiri katil dan merangkak naik menghampiri isterinya. Tubuh isterinya dipeluk erat dari belakang.
Dia mencium pipi isterinya berkali-kali.

"Maafkan bie, sayang.. bie bersalah" Ramil mengeluh perlahan.
Dia menongkat siku menahan kepalanya dengan tangan, manakala tangan kanannya menarik tubuh isterinya rapat kearahnya.

"Bie tak sepatutnya berkata begitu pada sayang. Bie memang suami yang tak berguna. Kandungan isteri bie masih baru begini pun bie tak boleh nak handle, bagaimana kalau perut sayang dah membesar nanti."
Ramil terdiam seketika.

"Bie sepatutnya berterima kasih pada sayang kerana sanggup menghadapi dugaan dan tak pernah merungut saat setiap pagi sayang bangun muntah-muntah, dengan perubahan bentuk badan sayang lagi, berat badan sayang yang meningkat. Bie sepatutnya melayani sayang bukan malah merungut. Anak yang sayang kandung adalah anak bie, darah daging bie. Bie tak sepatutnya berkata begitu sehingga membuatkan sayang berkecil hati. Bie minta maaf sayang. Bie salah..dan bie menyesal." Luah Ramil.

"Bie janji, lepas ni..sayang mintak la apapun, cakap je sayang teringin nak makan apa, bie akan usahakan." Pujukkan Ramil kali ini mampu membuat isterinya berpusing badan dan menatapnya.

Maria menatap kedalam anak mata suaminya. Dia cuba mencari kebenaran dan ketulusan dari kata-kata itu.

"Janji?" pertanyaan Maria membuat Ramil tersenyum lebar. Satu kucupan hinggap di dahi Maria.

"Bie janji" jawab Ramil sambil tersengih. Ramil berasa lega kerana isterinya sudah tidak merajuk lagi.
Maria lantas memeluk tubuh suaminya erat.

Sedetik, dia melepaskan rangkulannya semula. Maria mengubah posisi tidur, tadinya dia mengiring menghadap suaminya, kini ke posisi melentang. Raut wajahnya berubah. Ramil hairan dengan perubahan sikap isterinya yang tiba-tiba.

Tangan Maria perlahan terhulur memegang perutnya yang sikit meninggi.

"Sttt...argh.." mukanya berkerut menahan rasa sakit. Ramil yang lihat terus bangun duduk.

"Sayang, kenapa ni?" Tanya Ramil risau. Dia jadi gelabah saat melihat keadaan isterinya yang sakit.

"Sakit, bie" erang Maria sambil sebelah tangannya menggenggam erat tangan Ramil.

"Sayang belum masa mahu melahirkan, bukan?" Persoalan itu kedengaran sangat bodoh dipendengaran Maria. Dia mahu ketawa, tetapi segera ditahan.

"Bie..please..sakit. Kenapa anak ibu buat ibu macam ni?"
Ramil bertambah hairan. Dahinya berkerut. Sesekali dia memegang perut isterinya dan kemudian menatap sepenuhnya ke arah Maria.

"Mungkin dia rindukan papanya" sambung Maria lagi.

Wajah Ramil serta merta berubah.

Maria tersenyum sambil menggigit bibir bawahnya.

Ramil menyeringai. Dia sudah tahu maksud isterinya sekarang ini.

Maria ikut duduk tanpa membuang pandang sikit pun pada suaminya. Dengan perlahan, kedua tangannya memeluk erat tengkuk Ramil.

"Ibu... dan baby.... rindukan papa" bisik Maria di telinga Ramil sambil menggigit perlahan cuping telinga Ramil membuatkan bulu roma Ramil meremang.

Maria mencium lembut rahang dan tengkuk suaminya yang berkumis. Ramil hanya diam dan menikmati permainan isterinya.

"Bie tunggu sini" Maria mencium bibir suaminya sekilas, dengan gaya yang menggoda, Maria turun dari katil. Ramil menggigit bibir melihat aksi seksi dan menggoda dari isterinya.

Maria berjalan menghampiri wordrobe Ramil. Dia mencapai seutas tali leher, sambil menarik-narik tali leher dia berjalan seraya menatap tajam ke arah suaminya yang sedang memandangnya dari atas katil.

"Do you want to play, baby?" Maria mendekati Ramil. Jari telunjuknya ligat bermain di wajah Ramil kemudian perlahan turun melata di dada yang masih ditutupi dengan baju t-shirt.

"Take off your clothes" arah Maria dengan nada yang sangat lembut dan perlahan. Ramil hanya tersenyum dan menurut.

"Hold out you wrists" Ramil menghulurkan kedua tangannya. Dengan pantas Maria mengikat kedua tangan Ramil menjadi satu, kemudian dia menarik ke atas kepala Ramil lalu diikat di kepala katil dalam keadaan Maria merangkak di atas tubuh Ramil.
Maria mendekatkan wajahnya ke wajah Ramil. Dia mengucup lembut bibir suaminya.

"Ingat lagi tak dulu, bie pernah ikat Maria di katil ni?" Maria melihat ke sekeliling katil, kemudian menatap semula ke arah Ramil.

"Now it's your turn" bisik Maria sambil tersenyum. Ramil hanya menatap wajah isterinya lembut.

"Adakah ini juga satu denda?" soal Ramil dengan tatapan menggoda.

Maria terkekeh.

"Hmm..will see" Maria menjungkit kedua belah bahunya.

"Nakal" desis Ramil sambil menyeringai.

Dengan pantas dia membuka seluar Ramil sehingga suaminya berada dalam keadaan naked.

"Uuu..wow.. tubuh bie selalu buat Maria geram" Maria menatap ghairah ke tubuh Ramil yang seksi.

Ramil mencerlung tajam dengan tatapan penuh nafsu. Tapi apakan dayanya, dia sudah diikat.

Maria merangkak di atas tubuh Ramil. Dia melumat bibir suaminya dengan rakus. Ramil hanya mengikut rentak isterinya.

Maria berhenti mengambil nafas buat seketika. Dengan pantas, dia menanggalkan pakaiannya.

Ramil menelan liur dengan kasar.

Maria mula meneroka setiap inci tubuh suaminya

"Ah..sayang..." Ramil mendesah.
Maria tidak mengendahkan Ramil. Dia meneruskan aksinya sehingga menaikkan libido suaminya.

Maria menanggalkan ikatan tangan Ramil lalu naik dan duduk di atas tubuh Ramil.
    
Ramil yang kini bebas, lantas duduk. Dengan pantas dia melumat bibir Maria dengan rakus. Dia menekan tengkuk isterinya perlahan guna memperdalamkan ciumannya.

Cup! Ramil melepaskan ciuman hingga mengeluarkan bunyi yang kuat.

"Katakan pada bie, adakah ibu hamil boleh seagresif ini,huh?" Maria merenung menggoda ke arah suaminya tanpa menjawab pertanyaan Ramil. Dia menggigit bibir bawahnya.

"Kenapa diam?" Ramil merenung tajam ke dalam anak mata isterinya. Tatapan mata mereka berdua beradu lama. Akhirnya Maria tertunduk mengalah dengan pandangan suaminya, membuatkan Ramil terkekeh.
Perlahan Maria menatap kembali ke wajah suaminya lalu berkata;

"I belong to you, baby" Bisik Maria sambil beradu pandang dengan Ramil.

Ramil memagut bibir Maria dengan rakus kemudian melumatnya dalam.

"Owh..you make me crazy, honey" bisik Ramil yang sudah menggeram dengan isterinya. Maria tersengih.

"Satisfy me" bisik Maria lembut sambil mendongak manja ke arah suaminya.
Ramil yang ibarat mendapat green light, terus menerkam ke arah tubuh isterinya.

"Papa akan datang menemuimu sayang.." ujar Ramil lembut ke arah perut isterinya. Maria hanya melihat dan tersenyum.

Ramil membawa Maria terbang tinggi sehingga ke awan. Hanya deruan nafas antara mereka mula bertembung diselangi keringat yang membasahi tubuh keduanya.

Maria menggenggam lengan suaminya yang berotot dengan kuat saat merasai penerokaan mereka berdua sampai ke kemuncaknya.

Ramil terbaring di atas tubuh isterinya. Nafasnya dan Maria naik dan turun dengan pantas.

"Enough bebe.. i'm tired" Maria mengangkat kedua tangannya tanda mengalah. Ramil mendongak sambil menongkat dagunya di dada Maria. Dia menatap ke wajah isterinya yang sudah keletihan, kemudian tersenyum.

"Ok sayang.." dia sedar yang dia tak boleh nak berlebih-lebih kerana isterinya sedang hamil. Ramil membaringkan kepalanya di atas dada Maria.

Maria yang keletihan akhirnya terlelap. Ramil merasa deru nafas isterinya sangat lembut dan perlahan, segera mendongak.

Dia tersenyum saat melihat isterinya sudah tertidur. Perlahan dia merangkak turun dari katil dan melangkah ke kamar mandi untuk bersihkan diri, kemudian kembali ke katil lalu membersihkan sebahagian tubuh isterinya. Usai kerja, dia kembali naik di sisi Maria lalu menarik selimut menutupi tubuhnya dan Maria.

Dengan gerakkan lembut dan perlahan, dia menarik tubuh Maria kedalam pelukkannya dan dia ikut tertidur.

Bersambung..

Nasib baiklah Maria tu rajuknya tidak lama, kalau tidak, boleh sasau Ramil dibuatnya.. Hmm.. apa cerita selanjutnya tentang mereka berdua agaknya ya.. Ha, kenalah tunggu..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience