23- Strategi

Young Adult Series 53844

Setelah hampir seminggu berada di negara kanggaru, Ramil kembali sibuk dengan kerja di pejabatnya. Banyak file yang menumpuk di atas meja yang perlu disemak dan ditandatangani. Dia juga perlu menghadiri beberapa meeting pada hari ini.
Kesibukkannya membuat dia lupa untuk mengawasi Maria pada hari ini.

Tok
Tok

"Masuk" derapan sepatu menghampiri meja kebesaran Ramil lalu berhenti.

"Mr.Ramil, Mr.Tony sudah berada di bilik meeting" Dani, setiausaha peribadinya sudah berdiri tegak di hadapan Ramil.

"Baiklah" Ramil segera mencapai file kerjasama mereka untuk dibincangkan di dalam meeting nanti.

*****

Sampai sahaja di bilik meeting, Ramil melihat susuk dua orang lelaki sedang duduk dikerusi berhadapan meja meeting dan sedang membelakanginya.

"Apa khabar Mr.Tony" lelaki yang duduk tadi lantas menoleh dan berdiri berjabat salam dengan Ramil dan Dani, begitu juga dengan pembantunya, Dean.

Mr. Tony Marko Xion seorang millionaire yang sangat berpengaruh dan dia juga merupakan ketua mafia. Dia juga tahu Ramil merupakan seorang psikopat yang berselindung di balik perusahaan gahnya. Hubungan baiknya dengan Ramil membuatkan mereka sering berkerjasama dengan syarikat Ramil, Falaiev Corporation Centre.

"Mr.Falaiev.. saya baik..anda?" Lelaki bertubuh gempal itu bertanya balik kepada Ramil sambil tersenyum.

"Saya sihat Mr.Tony." sambut Ramil menyungging senyum. File yang dipegangnya diletakkan di atas meja, kemudian dia duduk dikerusi kebesarannya. Dani ikut duduk di hadapan Mr.Tony.

"Terima kasih Mr.Tony kerana masih berminat untuk teruskan usahasama dengan syarikat saya. Saya hargai dan menyambut baik kedatangan anda." Tangan Ramil lincah bermain dengan hujung mata pen yang tertutup sambil matanya menatap tepat ke wajah Mr.Tony.

"Seperti yang Mr.Ramil tahu, saya suka bekerjasama dengan anda. Syarikat anda memberi saya keuntungan yang sangat besar dan saya juga tidak teragak-agak untuk membayar anda pada jumlah yang besar." Mr.Tony ketawa dihujung kata-katanya.

"Syarikat kita saling memerlukan antara satu dengan lain. Saya tak rasa ada syarikat lain yang boleh tandingi kehebatan kerja anda, Mr.Ramil" puji Mr.Tony lagi. Dia memilih syarikat Ramil kerana syarikat ini sangat berpengaruh dan dia juga sering melakukan usahasama dengan syarikat-syarikat luar mengenai saham perniagaan. Semuanya ternyata berjaya.

Ramil tersenyum mendengar pujian dari Mr.Tony.

"Saya hanya melakukan tugas, Mr.Tony. Saya juga bukan kerja berseorangan. Pembantu saya juga banyak kerah tenaga dan buah fikiran untuk memastikan setiap syarikat yang berada dibawah usahasama syarikat kami berjalan dengan baik seperti yang dirancangkan. Kami hanya menjalankan tanggungjawab kami sebagai syarikat pusat disini" luah Ramil merendah diri.

Dia masih ingat lagi saat ada penceroboh yang masuk ke dalam mansionnya mahu mencuri pen drive usahasamanya dengan syarikat Mr.Tony. Ternyata benar, pen drive tu tidak hilang. Mungkin saat penceroboh itu masuk, dia menarik atau menolak salah satu file diatas meja, pen drive itu terjatuh di atas lantai. Untung saja lantai ruang kerjanya dihampar permaidani berbulu. Pen drive itu jatuh dan tidak mengeluarkan bunyi.

Nasibnya baik saat itu. Jika tidak, dia akan rugi besar dan terpaksa membayar balik ganti rugi yang telah diberikan oleh syarikat Mr.Tony. Itu juga boleh menyebabkan saham syarikatnya jatuh dan usahasama seterusnya tidak akan berlaku dan Mr.Tony akan hilang kepercayaan untuk berusaha sama dengannya lagi.

"Saya mahu Mr.Tony baca dulu syarat perjanjian dengan baik dan turunkan tandatangan dibawah." Ramil menyerahkan dokumen usahasama antara mereka selama tiga tahun ke depan.

Setelah membaca semua syarat-syarat yang diberikan, Mr.Tony segera menurunkan tandatangannya di atas dokumen yang diberikan, diikuti saksi pembantu mereka Dani dan Dean.

Mr.Tony dan pembantunya berdiri dan berjabat salam dengan Ramil dan Dani.

"Terima kasih Mr.Ramil. Sampai berjumpa lagi" Ramil tersenyum seraya membuntuti langkah Mr.Tony sehingga ke lift.

*

Mansion Ramil

Setiap jam 2 hingga 4 petang, Maria suka menghabiskan masanya di taman belakang mansion bersama Janet. Sejak dia hamil, dia suka menanam. Semua hasil tanamannya subur dan sihat.

"Janet, lihat pokok rose tu dah keluarkan bunga" tunjuk Maria pada Janet.

"Iya la, Mem.. saya juga tak sabar nak tunggu dia kembang. Pasti cantik." Ujar Janet gembira melihat hasil tanaman Maria tumbuh dengan baik.

"Kau tau, Janet. Aku suka tanam pokok rose ni sejak aku ke rumah mummy di Italy. Pokok rose yang ditanam mummy tumbuh subur dan banyak. Berdiri saja di muka pintu, aku sudah dapat menghidu haruman rose menusuk hidungku. Sejak itu, aku jatuh cinta dengan pokok rose." Cerita Maria panjang lebar. Tiba-tiba dia rindukan mummy mertuanya, Thalia.

"Mungkin kerana pembawakan, Mem." Teka Janet sambil tersenyum.

"Aah..kan?" Maria seolah berfikir.

"Mem nak minum?" Sapa Lenny yang tiba dimuka pintu belakang mansion.

"Boleh juga, Lenny. Air putih saja ya, Lenny" pesan Maria. Sekarang dia lebih sukakan air putih. Dia perlu kurangkan minum minuman yang manis.
Lenny lantas mengangguk dan berlalu ke dapur.

"Argh!!" Jerit Maria saat seseorang yang tidak dikenali menekup mulutnya dengan kain.

"Mem Maria!!!" Jerit Janet seraya mahu bangun mendapatkan Maria. Malangnya, mulutnya juga ditekup dengan kain. Kedua mereka melemah dan tidak sedarkan diri.

Beberapa minit kemudian,

"Ini airnya Mem.." langkah Lenny terhenti. Ruang taman kosong. Susuk tubuh Maria dan Janet tiada disitu.
Lenny meletakkan dulang di atas meja kecil di ruangan luar berhampiran taman.

"Mem... Janet" matanya meliar memerhati sekeliling. Dari jauh di dalam semak di belakang mansion, dia dapat melihat ada kelibat yang tidak dikenalinya. Tubuh Lenny jadi kaku. Dia sedar sekarang, Mem besarnya dan Janet sudah diculik.

Lenny menguatkan dirinya, dia berlari ke hadapan mansion dan memaklumkan kepada semua penjaga bahawa Maria dan Janet telah diculik. Dengan serta merta mereka semua bergerak mencari ditempat yang dimaksudkan Lenny.

*******

Falaiev Corporation Centre

Tanpa mengetuk pintu, Dani mendadak berlari masuk ke dalam pejabat Ramil. Ramil yang sedang asyik mengadap laptopnya terkejut dengan kehadiran Dani yang tiba-tiba.

"Ramil..! Maria.." dengan nafas yang terengah-engah, dia bercakap.

Ramil yang mendengar nama isterinya disebut lantas berdiri.

"Kenapa dengan isteriku?" Tanya Ramil dengan suara yang agak tinggi.

"Maria dan Janet diculik"

"What! Damn!!!" Ramil menumbuk mejanya dengan kuat. Dia mengambil tablet di dalam laci dan telefon bimbitnya lantas keluar dari pejabatnya diikuti Dani dari belakang.

*

Mansion Ramil

"Bodoh! Aku bayar kamu semua supaya mengawasi mansion dan juga isteriku. Apa yang kamu semua buat seharian, hah!?" Bentak Ramil menyinga. Mukanya merah padam kerana marah.
Kesemua orang bawahannya dipukul olehnya kerana cuai.

"Aku mau kamu semua pergi cari isteriku sampai dapat!" Jerkah Ramil lagi. Dia tak habis fikir apa yang bakal terjadi kepada isteri dan anak dalam kandungannya nanti.

"Arghhhhhhh!!!!!" Jerit Ramil kuat. Dia mula frustasi dan menangis.
Dengan pantas dia meraih tabletnya yang berada diatas meja. Dia memainkan semula rakaman di sudut belakang mansion.

Dani yang tadinya berada dihadapannya mula bergerak rapat ke sisi Ramil.

Mereka berdua dapat melihat dengan jelas mulut Maria dan Janet dicekup dengan ubat pelali dan dibawa masuk ke dalam hutan di belakang mansion. Ramil juga dapat melihat dengan jelas susuk lelaki yang menculik isterinya.

"Virgo" nama itu serta merta keluar dibibir Ramil. Ramil dan Dani berpandangan.

"Kerahkan semua orang-orang kita. Suruh mereka bersiap sedia. Kita harus lakukan sesuatu." Arah Ramil. Dia perlu merancang dengan bijak kali ini. Jika dia salah langkah, nyawa isteri dan anaknya dan Janet berada dalam bahaya.

Tut
Tut
Tut

"Daddy.. Mil perlukan bantuan daddy"

"...."

"Maria diculik daddy"

"...."

"Tapi kita tak perlukan masa lagi daddy"

"...."

"Baik daddy"

Perbualannya dengan Dave tamat disitu. Dia perlukan bantuan daddynya, Dave. Orang-orang Dave juga ramai di seluruh Amerika Syarikat. Dia perlu menyerang sarang Virgo dan dia juga perlu tahu, apa motif Virgo menculik isterinya dan pembantunya, Janet.

Drtt
Drtt

Ramil memandang ke arah skrin telefon bimbitnya yang menyala.

"Privert call" ujar Ramil sambil menatap Dani.

"Hello" Ramil pantas menyambut panggilan dari orang yang tidak dikenalinya.

"..."

"Sial kau Virgo!!!" Jerit Ramil geram. Rahangnya sudah mengeras.

"....."

"Apa kau mahu sebenarnya, hah!?" Ramil sudah tidak mahu berbasa basi lagi dengan orang yang telah menculik isterinya.

"....."

"Cepat katakan, apa yang kau mahukan, duit? Berapa? 1 juta, 2 juta?" Tekan Ramil. Dia sanggup berikan berapa sahaja kepada lelaki itu, asalkan isteri dan anak dalam kandungannya selamat serta Janet.

"........."

"Huh! Kau tamak. Kenapa kau tidak usahakan sendiri. Ternyata perusahaanku lebih baik dari perusahaanmu, kerana itu dia lebih memilih perusahaanku"

"....."

"Baiklah, beritahuku, dimana kita harus jumpa. Dan saat itu juga, aku mahu kau bawa isteriku dan pembantuku dalam keadaan selamat. Kalau ada satu calar pun pada tubuh isteriku, mati kau"

"...."

Panggilan dimatikan dari arah sana.
Ramil menumbuk meja dihadapannya. Dani yang berada bersamanya cuba mencari tahu.

"Apa yang dia mahu?" Tanya Dani.

"Dia mahu kita batalkan perjanjian usahasama dengan syarikat Mr.Tony dan serahkan usahasama tu kepada syarikatnya" cerita Ramil kepada Dani, niat sebenar Virgo menculik isterinya.

"Dasar sialan!" Umpat Dani geram.

Ramil tidak boleh berfikir saat ini. Fikirannya hanya tertumpu pada isteri dan anaknya.

"Ramil, aku ada cara" Ramil menoleh memandang ke arah Dani. Dia menghampiri rakannya yang juga merangkap pembantu peribadinya. Dia tahu, Dani mempunyai idea yang bernas dan dia berharap, plan kali ini menjadi.

Bersambung..

Aku mungkin terlihat baik-baik saja, tapi aku sama sekali tak merasa begitu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience