22- Jalan-jalan

Young Adult Series 53821

Maria terjaga saat cahaya terang menerobos masuk dari tingkap besar yang berada dihujung bilik. Kemudian pandangannya beralih kesisi. Suaminya masih nyenyak tidur. Tangan kekar suaminya selalu menjadi peneman setia dada kenyalnya. Tubuh seksi Ramil yang mengiring menghadapnya ditatap jeli.
Perlahan jemari halusnya bermain-main disana.

Puas mereka bercinta semalaman.

"Honey..." panggil Ramil dengan nada suara yang masih serak, lepas bangun tidur.

Maria menghentikan ulahnya. Tetapi, jari jemarinya masih didada suaminya. Maria mendekatkan wajahnya dengan Ramil sehingga bibir mereka bersentuhan.

"Morning bie" ucap Maria dengan nada berbisik dihadapan bibir Ramil.

"Morning, honey" balas Ramil yang masih bersuara serak. Perlahan matanya terbuka. Netra mata mereka bersatu.

"Jom mandi bie. Maria lapar" luah Maria sambil menjuihkan bibir bawahnya. Sikapnya tampak sangat manja.

Ramil yang mendengar perkataan lapar dari bibir sang isteri lantas bangun. Dia tak boleh biarkan isterinya terlambat ambil breakfast.

Ramil mengendong isterinya ke kamar mandi. Mereka mandi bersama.
Usai mandi dan bersiap, mereka turun bersarapan di bawah.

Pelbagai menu sarapan pagi yang disediakan di setiap restoran yang ada di dalam hotel ini.

Ramil dan Maria memilih DEGANI Bakery Cafe sebagai restoran untuk mereka sarapan pagi ini. Mereka memesan sandwich dan cappuchino, tak lupa segelas susu buat Maria.

"Sayang..hari ni, babe nak bawa sayang ke tempat yang special kat sini." Ramil memandang ke arah Maria yang masih menjamah sandwich. Maria mengunyah sandwich dengan cepat sepertinya dia mahu katakan sesuatu.

"Yeke babe, nak pergi mana? Best tak?"Maria menatap jeli ke arah Ramil. Dia seperti tidak sabar. Ramil tersenyum geli hati dengan gelagat isterinya.

"Sayang habiskan makanan tu dulu, lepas tu kita terus ke sana." Maria mengangguk seraya menggigit sandwichnya lagi. Ramil mendahului Maria menghabiskan sandwich didalam piring. Dia kemudiannya mencapai secawan cappucino yang dipesannya tadi, lalu minum sambil menunggu isterinya menghabiskan makanan.

Setelah mengisi perut, Ramil membawa Maria ke Brighton Beach. Jarak dari hotel ke Brighton Beach tidaklah terlalu jauh,hanya 14km dan perjalanan mengambil masa 28-30 minit untuk smpai ke sana.

"Cantiknya pantai ni bie.. dah lama Maria tak jejak kaki di pantai." Maria membuka sepatu tinggi lalu dipegang. Ramil lihat isterinya sudah tidak sabar hendak menyusuri pantai, dia juga ikut membuka kasut yang dipakainya. Pinggang Maria diraihnya erat.

"Bie pun dah lama tak ke pantai. Jalan sorang-sorang tak best. Ada sayang disisi bie, baru best" Ramil merapatkan kepalanya dengan Maria. Maria terkekeh ketawa.

"Mana taknya, bie tu sibuk dengan kerja je. Sesekali bawa la Vlad dan William tu pergi mandi pantai" seloroh Maria menyungging senyum.

Ramil memutar bola matanya.
"Aktiviti macam ni dengan diorang tak best. Dengan diorang, siksa orang je yang best" Maria melopong.

"Bie!" Jerit Maria nyaring. Ramil terkekeh. Dia melepaskan pelukkan pada Maria lantas berlari setelah melihat Maria mengangkat tinggi sepatunya seperti hendak memukulnya.

"Bie, tunggu. Nak lari mana? Nakal eh?" Marah Maria sambil berlari anak mengejar Ramil. Ramil yang sedar isterinya sedang hamil, segera menyerah diri.

Pukulan bertubi-tubi singgah pada tubuh Ramil.

"Aduh..aduh.. ok, ok.. bie mintak maaf" seloroh Ramil pura-pura sakit.

Maria geli hati melihat gelagat Ramil yang pura-pura sakit. Padahal dia hanya memukul tubuh suaminya dengan perlahan.

"Jangan cakap macam tu lagi." Maria memberi amaran.

"Ok..bie janji tak cakap macam tu lagi" Ramil tersengih sambil menggenggam erat tangan isterinya. Mereka berjalan beriringan menyusuri tepian pantai. Sesekali rambut Maria dan dress kembang separas lutut yang dipakainya terbang ditiup angin. Air laut datang dan pergi menyentuh lembut kaki jinjangnya dan Ramil. Ramil yang menyedari kaki seluarnya sedikit basah, segera menyinsing seluarnya separas betis.

"Seronokkan bie kat sini. Tenang..damai.." Maria memerhati sekeliling. Matanya tertarik pada barisan pondok yang berwarna warni tersusun seperti dalam barisan sepanjang pantai.

"Babe, cantiknya pondok tu. Itu pondok apa? Macam homestay." Ramil ketawa geli hati. Maria menoleh memandang ke arah suaminya yang ketawakannya.

"Apa yang kelakarnya?" Tanya Maria hairan.

"Itu bukan homestay sayang.. itu bilik persalinan."jawab Ramil sambil tersenyum.

"Pondok ni sebenarnya dah lama. Ia berasal dari era Victoria lagi, ketika para perenang laut melindungi kesopanan mereka dengan menjaga privasi diri. Kotak ini masih dilindungi warisan dan masih digunakan pada hari ini." Cerita Ramil panjang lebar.

"Owh.. baguslah macam tu. Tampak unik" celah Maria sambil tersenyum. Ramil membalas senyumannya pada Maria.

"Lepas ni kita nak kemana?" Soal Maria. Dia tak sabar nak jalan-jalan di sekitar bandar Australia ini.

"Sayang nak tengok ikan tak?"

"Ikan? Maksud babe, kita ke market?" Pertanyaan Maria yang polos membuatkan Ramil ketawa geli hati.

"Apa lah sayang ni. Buat apa pergi ke market. Kat situ ikan dah mati." Maria mematikan langkahnya. Dia menatap dalam wajah suaminya.

"Mana Maria tahu.." Maria memuncungkan mulutnya. Tapi wajahnya berubah ceria.

"Kita nak tengok ikan hidup ke? Kat mana? Nak snorkeling ke?" Matanya kelihatan berseri-seri dan berbinar ceria. Dia sudah tidak sabar.
Ramil tersenyum kemudian menggeleng.

"Tak" jawab Ramil pantas. Wajah Maria serta merta berubah.

"Habis tu? Ala.. tak best la macam ni" rajuk Maria.

"Sayang sedang preggy, mana boleh snorkeling. Kalau jadi apa-apa, bie yang risau tau" pujuk Ramil lembut. Dia mengusap perlahan pipi mulus isterinya dengan jari telunjuk. Seketika wajah Maria kembali mengukirkan senyuman.

     Mereka segera meninggalkan kawasan pantai. Kali ini, Ramil membawa isterinya ke tempat yang lebih romantis.

     Perjalanan ke Sea Life Melbourne Aquarium memakan masa lebih kurang 30 minit. Maria sudah tidak sabar nak tahu, kemana suaminya membawanya kali ini.

     Kereta berhenti digigi jalan. Kedudukan Sea Life Melbourne Aquarium hanya berhadapan dengan jalan besar. Ia memudahkan para pelancong mencarinya dengan mudah.

Maria mendongakkan kepalanya memandang tulisan besar yang terlekat didinding bangunan.

"Sea Life Melbourne Aquarium?" Maria mengubah pandangannya pada Ramil yang sudah tersenyum menatapnya seraya mengangkat kedua keningnya tanda mengiakan.

"Mari" Ramil menarik tangan Maria masuk ke dalam.

Maria terpesona saat melangkah masuk ke dalam. Dia merasa seperti berada didalam laut. Dikelilingnya terdapat pelbagai hidupan laut yang tidak pernah dilihatnya dengan mata kasar sebelum ini. Hidupan laut ini selalunya sering dilihatnya dalam Animal Planet sahaja. Mereka berjalan menyusuri terowong kaca.

"Argh!" Maria terkejut saat melihat sawfish berada disebelahnya. Dia memeluk Ramil erat.
Ramil terkekeh melihat riaksi isterinya yang ketakutan.

"Sayang, cermin ni tebal. Kita selamat berada dalam ni. Tengok tu" Ramil menyuruh isterinya memandang ke sekitar. Maria perlahan menoleh ke arah yang ditunjukkan oleh Ramil.
Ada dua orang perenang di dalam air, mereka berenang tidak jauh dari sawfish. Ikan itu kelihatan sangat jinak.
Maria tersenyum. Ketakutan yang dirasainya tadi serta merta hilang. Dia melambaikan tangannya ke arah dua orang perenang tadi. Maria tersenyum saat mereka membalas lambaiannya.

Ramil menarik isterinya berjalan lebih dalam. Mereka dapat lihat dengan jelas, pelbagai jenis hidupan laut. Disitu, terdapat lebih dari 550 spesis hidupan laut dari sekecil hidupan seperti seahorses dan ikan-ikan kecil sehinggalah ke sebesar hidupan iaitu ikan jerung dan sawfish.

Maria kelihatan teruja saat dia melihat ada beberapa ekor penguin sedang berenang-renang di dalam air.

"Bie.. tengok tu, cutenya.." Ramil melihat ada beberapa ekor penguin sedang berenang di dalam air.
Ramil tahu, pengunjung juga dibenarkan memberi makan kepada penguin dan bergambar dengannya.

"Sayang nak beri dia makan tak?" Maria menoleh memandang ke arah suaminya. Matanya terkebil-kebil seperti cuba menghadam pertanyaan Ramil dalam fikirannya.

"Boleh ke bie?" Soal Maria yang kelihatan teruja.

"Boleh, mari" Ramil membawa Maria ke satu kawasan khas yang ditempatkan sekumpulan pengguin.

"Hello Tuan dan Puan. Anda ingin masuk bergambar dan memberi penguin makan?" Sapa seorang penjaga wanita di hadapan pintu masuk. Dia memakai t-shirt berwarna hijau khas sebagai uniform pekerja disitu dan berseluar hitam panjang.

"Ya. Bolehkan?" Tanya Ramil.

"Boleh, Tuan. Silakan." Wanita itu membawa mereka ke dalam. Mereka berjalan menyusuri koridor, disisi kanan mereka terdapat sebuah tembok separas lutut. Di seberang tembok terdapat sekumpulan penguin sedang berenang di dalam air. Maria seronok tatkala melihat seekor anak penguin terkedek-kedek berlari ke arah ibunya.
    
Mereka dibawa mendekati seorang lelaki yang sedang memberi makan penguin. Maria dan Ramil ketawa geli hati melihat gelagat penguin yang sedang makan ikan, sangat comel.

"Do you want to try?" Lelaki itu bertanya kepada Ramil dan Maria. Ramil menoleh memandang ke arah isterinya. Maria mengangguk.
Kedua dua mereka mengambil ikan yang diberikan oleh penjaga lelaki itu.
Ramil segera menghulurkan seekor ikan kecil ke mulut penguin. Dengan pantas dia membuka mulut dan menelannya.
Ramil dan Maria ketawa seronok.

"Sayang, cepat. Penguin tu tunggu makanan tu" Ramil menunjuk ke arah seekor penguin yang datang menghampiri ke arah Maria.
Maria mengangkat ikan ditangannya sedikit tinggi sehingga membuatkan penguin itu perlu mendongak ke atas sedikit lalu memakannya.

"Arhh!" Maria menjerit. Dia seronok dapat bermain dan mengusap badan penguin yang licin. Mereka juga sempat mengambil foto bersama penguin sebagai kenangan.

*****

"Bestkan sayang datang sini. Rasa tenang." Ramil rasa hilang lelahnya pasal kerja. Sesekali, dirinya juga harus merehatkan fikiran dari memikirkan urusan pejabat.

"Kan bie. View cantik, haiwan-haiwan dalam ni pun comel-comel." Puji Maria. Dia masih tidak boleh lupa saat bermain dengan penguin tadi.

Ramil melihat arloji ditangan. Sudah hampir jam 2. Dia membawa Maria ke Mermaid Garden untuk menjamu selera sambil melihat hidupan laut di sekeliling mereka.

Dia senang melihat Maria yang seronok menikmati hidangan sambil melihat beberapa ekor ikan jerung dan juga kerapu bersaiz besar sedang berenang berhampiran arca ikan duyung yang bersaiz lebih besar dari ikan jerung itu.

****

Ramil membawa Maria melawat ke banyak tempat, seperti Melbourne Museum, The Roses Street Artists Market dan juga Melbourne Zoo.

"Sayang penat?" Tanya Ramil sambil tangannya ligat menguis helaian rambut Maria yang menutupi muka.

"Penat, tapi seronok" jawab Maria sambil tersenyum. Ramil menyeka juntaian rambut yang menutupi wajah Maria.

"Dah malam ni. Kita balik ya" saran Ramil yang melihat anggukkan dari Maria.

"Tapi sebelum tu, babe nak bawa sayang ke satu lagi tempat yang special. Lepas tu baru kita balik hotel."

"Ke mana?" Tanya Maria yang sudah tidak sabar.

Kereta berhenti di sebuah bangunan setinggi 91 tingkat di Jalan Riverside Quay, Southbank.

Maria dan Ramil mendongak kelangit memandang sebuah menara mencakar langit di hadapan mereka. Sungguh cantik.

Menara Eureka adalah bangunan pencakar langit setinggi 297.3 m yang terletak di kawasan Southbank Melbourne, Victoria, Australia.

Saat pintu lift terbuka, mereka dapat melihat bahagian dalam bangunan di tingkat 88 ini bersalut emas yang sangat indah dan cantik. Terdapat tingkap besar di sekeliling bangunan dan dapat dilihat dengan jelas pemandangan indah bandar & kiub kaca yang menganjur keluar.

Dari situ, mereka boleh melihat keindahan kota Melbourne. Ramil dan Maria sendiri tidak dapat mengungkapkan dengan kata-kata. Pemandangan yang ada dihadapan mereka sungguh indah.

"Maria tak pernah lihat pemandangan seindah ini" luah Maria yang masih teruja. Dia rasa beruntung kenal dengan Ramil kerana Ramil telah membawanya menjelajah ke banyak tempat yang menarik dan indah yang dia sendiri tak pernah sampai.

"Thank you bie" Maria mencium bibir Ramil sekilas lalu meraih tubuh sasa Ramil ke dalam pelukkannya. Kepalanya didekapkan di dada suaminya sambil matanya masih lagi menikmati keindahan kota Melbourne.

"Bie pun sama. Bie rasa happy sangat sebab dapat bawa sayang ke sini. Rasa seronok dan bahagia kerana sayang sentiasa ada disisi bie" luah Ramil mengeratkan pelukkannya.
Rasa cinta dan sayang antara mereka semakin menggebu. Tiada kata yang boleh diungkapkan mengenai rasa hati mereka berdua.

Bersambung...

Saat seseorang mencintaimu, mereka tak harus mengatakannya. Kamu akan tahu dari cara mereka memperlakukanmu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience