7-Salah faham

Young Adult Series 53844

Helena masih berdiri tercegat di hadapan Emely. Dia sangat mengenali suara lelaki itu. Helena memandang tepat ke arah anak mata Emely yang sedang memberi isyarat mata kepadanya supaya berpusing. Helena menggelengkan kepalanya sedikit tanda tidak setuju.

Dengan pantas Emely memutarkan tubuh Helena supaya berpusing dan mengadap ke arah susuk lelaki yang menegur mereka berdua.

Lelaki itu terkejut saat melihat wanita yang membelakanginya tadi adalah Helena.

Helena hanya diam tanpa bicara. Dia hanya memandang tepat kewajah lelaki itu.

"Helena..." panggil lelaki itu. Dia tak sangka akan bertemu dengan Helena lagi disini.
Dahulu, inilah tempat mereka sering berkunjung dan menghabiskan masa bersama menikmati keindahan kota Seattle.

Lepas apa yang berlaku, dia selalu ke tempat ini mencari Helena. Malangnya, Ricky memberitahu bahawa kakaknya Helena sudah berpindah ke Las Vegas.

Selama kepergian Helena, setiap malam dia akan berkunjung kesini. Berdoa semoga dia akan dipertemukan dengan kekasih hatinya semula disini. Dan malam ini, doanya termakbul.

"Kak Ena.. Mel balik dulu ya. Mel tahu, banyak benda yang akak dan abang Eryk nak bincangkan" Emely melangkah meninggalkan mereka berdua.

"Mel.., akak nak balik. Dah tak ada apa yang perlu dibincangkan lagi." Helena membantah permintaan adiknya Emely.

"Akak...please.. ada perkara yang harus akak tahu dari Abang Eryk. Kita jumpa di rumah. Bye" tanpa menunggu lama, Emely terus berlalu.

Helena mengeluh kasar. Perkara apa yang penting sangat sehinggakan dirinya ditinggalkan oleh Emely seperti ini?

Eryk menggenggam tangan Helena. Perbuatannya mengejutkan Helena. Dengan pantas Helena menarik tangannya.

"Why are you here?" Soal Helena.

"For you..." Helena memutarkan bola matanya lalu memutarkan badan mahu melangkah pergi. Dengan pantas Eryk menarik tangan Helena.

"Hey..cant we talk somewhere, private?" Tanya Eryk kepada Helena.

"No"

"Just talk..please.. have dinner with me" Eryk merenung kedalam anak mata Helena seperti memohon persetujuan dari Helena.

"Ok, fine. I will have dinner with you, but..we are only talking. That is it"
Eryk tersenyum gembira mendengar persetujuan Helena.

*****

Setelah memesan makanan, suasana kembali diam antara mereka berdua.

"So..,let's talk" Helena memulakan bicara. Eryk tersenyum sambil menelan ludahnya kasar. Wajah Helena ditatapnya dalam.

"I need you back.." Helena menatap wajah Eryk mencari maksud dengan kata-kata bekas kekasihnya itu.

"But, i don't see how.. kau dah berkahwin kan Eryk? Mana wife kau? Kenapa kau cari aku? Kalau wife kau tahu kau sedang duduk disini, makan malam dengan aku, 'bekas kekasih kau' tentu dia sedih." Sinis sekali kata-kata Helena. Eryk hanya tersenyum.

"Wife? Siapa wife aku? Nancy?"
Tanya Eryk kepada Helena.

"Ya.. oh..atau kau ada isteri lain?" Sindir Helena lagi.
Eryk terkekeh dengan kata-kata Helena sambil menggelengkan kepalanya.

"Aku belum berkahwin, macam mana nak ada isteri. Aku tunggu kau"

Deg!

Bagai hendak luruh jantung Helena. Belum berkahwin? Habis, Nancy?

"Maksud kau? What about, Nancy? Kau orang bukan plan nak kahwin ke dulu?" Tanya Helena hairan.

"Kau salah faham sayangku. Cincin yang aku belikan itu memang untuk Nancy. Itu cincin perkahwinannya."
Kata-kata Eryk membuat Helena keliru.

"Aku tak faham" Helena mengeluh. Dia duduk bersandar di kerusi sambil merenung ke wajah Eryk menanti penjelasan.

"Saat kita berjumpa, aku tunjukkan cincin itu kepada mu, dan aku katakan ini cincin pernikahan Nancy. Tapi kau sudah salah anggap. Kau fikir, cincin itu cincin pernikahan ku dengan Nancy. Itu dua perkara yang berbeza sayangku" Dahi Helena berkerut.

"Tunang Nancy adalah sepupu aku Jack. Dia minta bantuan aku untuk ambilkan cincin yang sudah ditempah di kedai. Waktu tu Jack berada di Moscow atas urusan kerja. Jadi aku tolong la dia ambilkan cincin itu. Dan aku hanya tunjukkan cincin perkahwinan Nancy kepada mu. Tak sangka kau sudah salah anggap dengan perkara ni" jelas Eryk cuba membetulkan keadaan.

"Jadi..selama ni, bukan kau yang berkahwin dengan Nancy?" Eryk menggelangkan kepalanya perlahan ke kiri dan ke kanan.

"Oh my god.." Helena meraup kedua tangannya ke wajah. Selama ini, dia telah salah anggap pada Eryk dan Nancy. Selama itu juga dia harus sakit hati memendam rasa. Padahal, semua itu tidak pernah berlaku pun.

"Aku cari kau..dan mahu menjelaskan semuanya. Tapi...Ricky beritahu, kau sudah terbang ke Las Vegas." Airmata Helena jatuh perlahan ke pipi mulusnya. Rasa bersalah mula meluap-luap dalam dirinya.

"I'm so..sorry" tangis Helena sambil menundukkan wajahnya. Dia rasa malu untuk bertatap mata dengan Eryk.

"Kau tak perlu nak minta maaf. Semua ini salah aku juga. Aku yang tidak menjelaskan kepada kau situasi yang sebenarnya sehingga kau sudah tersalah anggap. Kerana itu juga kita terpisah jauh." Eryk bangun menghampiri Helena yang duduk berhadapan dengannya. Helena bangun lantas memeluk tubuh Eryk yang sangat dirinduinya sejak dulu. Dia menangis lagi.

"I love you, Helena.. cinta aku tak pernah berubah. Hanya kau dalam hatiku" Eryk memeluk tubuh Helena erat. Terubat rasa rindu yang dipendam sekian lama.

Helena melepaskan rangkulan. Dia dengan pantas mengesat airmata diwajahnya lantas memandang ke wajah Eryk.

"I love you, Eryk Peterson" Eryk lantas mencium dan melumat bibir Helena.

Perlakuan mereka mendapat perhatian pada setiap pelanggan di dalam cafe tersebut. Mereka semua bertepuk tangan.
Mereka yang menyedari, tersipu malu.

******

Kereta Lexus silver tiba di perkarangan rumah orang tua Helena. Eryk yang menghantar Helena pulang.

"Helena.." Helena yang tadinya hendak membuka pintu kereta, terhenti setelah Eryk memanggilnya.
Helena menoleh memandang Helena. Dia mengeluarkan kotak baldu kecil berbentuk hati berwarna merah. Kotak itu dibukanya perlahan lalu menyerahkan kapada Helena.

"Will you marry me?" Helena terkedu. Mulutnya ternganga,tangannya segera menutup mulutnya.

"Aku sudah tidak sanggup berpisah denganmu sayangku. Sewaktu aku pergi mengambil cincin perkahwinan Nancy, aku ternampak cincin ni dan aku belikan untukmu. Aku berhasrat, keesokkannya aku akan melamarmu..tapi.."

"Yes!" Helena memotong percakapan Eryk dengan pantas. Eryk terpempan.

"Yes! I'll marry you" sambut Helena dengan senyuman yang lebar. Tangannya mencapai cincin didalam kotak yang sudah terbuka. Cincin emas putih bertatahkan sebutir permata yang besar dan sangat cantik.

"May i...." Helena menganggukkan kepalanya pantas. Eryk mengambil cincin ditangan Helena lalu disarungkan ke jari manis Helena.

"Thank you, honey.. thank you.. aku berjanji, akan membahagiakanmu" Eryk lantas mencium bibir Helena dan melumatnya dalam. Di luah rasa cintanya pada ciuman itu. Lidah mereka bersatu, saliva mereka bertukar. Lama mereka dalam keadaan seperti itu. 

Akhirnya Eryk melepaskan ciumannya perlahan. Wajah Helena ditatapnya dengan penuh rasa cinta dan sayang. Bibir Helena yang basah, diusapnya perlahan.

"Kita jumpa esok" saran Eryk. Helena mengangguk setuju. Dia membuka pintu, lalu melangkah keluar.

"Thank you for tonight" ucap Helena sebelum menutup pintu kereta. Eryk tersenyum sambil mengeryitkan sebelah matanya pada Helena.

Helena melambaikan tangannya kepada Eryk sebelum kereta itu berlalu dan hilang dari pandangan.

"Cantik cincin tu" tegur seseorang dari belakang. Helena tersentak sehingga badannya seakan meloncat kerana terkejut.

"Mel! Terkejut akak. Nasib baik akak tak ada sakit jantung tau" rungut Helena. Emely terkekeh ketawa. Dia memeluk Helena dari belakang. Dagunya diletakkan ke atas bahu Helena.

"Abang Eryk dah lamar akak?" Dia melihat sebentuk cincin tersarung manis di jari Helena. Helena hanya mengangguk sambil tersenyum lebar.

"Beruntung tau akak dapat lelaki macam Abang Eryk. Setia. Susah nak jumpa lelaki macam tu sekarang ni tau" puji Emely. Dia kagum dengan cinta seorang lelaki bernama Eryk Peterson yang setia mencintai kakaknya dari dulu sampai sekarang.

Helena hanya tersenyum. Benar..dirinya bertuah kerana mengenali dan mencintai lelaki bernama Eryk Peterson.

"Akak, jom masuk. Tak sabar nak beritahu mama dan papa" Emely menarik tangan Helena masuk ke dalam rumah.

****

Ellen sedang santai mengait benang di tangan kiri dan kanannya. Edward pula sedang sibuk melihat beberapa cara menghasilkan tanaman yang subur di dalam satu group di dalam laman sosial fac.
    
"Papa..mama.." kedua mereka mendongak memandang ke arah Helena dan Emely.

"Ada apa ni?" Soal Ellen sambil menanggalkan kaca mata yang digunakan untuk membuat kerja mengait benang.
Kedua wajah anak perempuan yang duduk dihadapannya, ditenung satu persatu.

"Akak" panggil Emely. Helena yang faham, lantas mengangkat tangan kanannya dan terekspost sebentuk cincin dijari manisnya.

Ellen dan Edward ternganga.

"Ena..kamu.. Eryk?" Tanya Ellen seolah tidak percaya. Helena menganggukkan kepalanya.

"Oh my god... come here" Ellen memeluk erat tubuh Helena. Sebelum ini, Ellen sudah tahu masalah anaknya dengan Eryk. Dia juga tahu, anaknya sudah salah faham. Dia tidak mahu ikut campur urusan anaknya. Dia mahu Eryk sendiri yang membetulkan keadaan. Tak sangka, malam ini semuanya kembali pulih.

"Papa senang kamu berbaik semula dengan Eryk. Papa dah lama suka dengan dia. Kamu dengan dia pun dah lama kenal. Papa setuju dia jadi menantu papa" luah Edward senang hati. Dia tahu, Eryk begitu sayangkan Helena. Sampai sekarang dia setia menunggu Helena.

Helena memeluk erat tubuh tua Edward.

"Thank you, papa" airmatanya jatuh lagi. Dia senang bila kedua orang tuanya menerima Eryk dengan tangan terbuka.

Bersambung..

"Biarkan matahari memudar ke langit yang gelap. Aku bahkan tidak menyadarinya hilang. Karena aku bisa hidup dengan cahaya di matamu." - Sara Bareilles

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience