36- Terus terang

Young Adult Series 53821

Setibanya dimansion, Maria terus naik dan masuk ke kamar mandi untuk bersihkan diri. Sudah lama dia keluar meninggalkan Raissa. Anaknya perlukan santapannya. Usai membersihkan diri, Maria mengambil Raissa dari Janet lalu dibawanya ke kamar.

Ramil yang baru tiba mahu menapak menghampiri isterinya yang sedang menyusukan Raissa.

"Bersihkan diri dulu, bie.. baru hampir ke sini" arah Maria sambil memandang sekilas ke arah suaminya. Ramil akur. Dia segera masuk ke kamar mandi lalu bersihkan diri.

Maria memangku erat tubuh mungil Raissa sambil menyusu. Dia duduk bersandar di kepala katil. Tubuh Raissa ditepuk dan didodoi perlahan. Ternyata anaknya sangat kelaparan.

"Maafkan ibu, sayang..kesian anak ibu..lapar ye..? ibu tinggalkanmu terlalu lama. Ibu janji, ibu takkan tinggalkan sayang lama-lama macam ni lagi..ok.." Maria mencium pipi anaknya lembut kemudian tangannya mengelus lembut wajah Raissa. Anaknya hanya memejamkan mata sambil menghisap dan menelan susu dengan kuantiti yang banyak.

Ramil yang hanya memerhatikan perbualan isterinya dengan sang anak, mula menghampiri. Tubuhnya hanya mengenakan kimono separas lutut. Rambutnya masih basah. Dia mendekatkan wajahnya dengan sang anak lalu menciumnya dengan perlahan.

Tap!

Air rambut Ramil menitis di wajah Raissa membuatkan si kecil mengerjipkan matanya, kemudian menyambung semula penyusuannya.

"Ops..maafkan papa, sayang.. " Ramil menatap geram kewajah anaknya yang masih asyik menyusu dengan lahapnya.

"Kesian..anak papa lapar" ujar Ramil tanpa membuang pandang ke arah anaknya.

"Waktu menyusu Raissa 1 jam yang lepas..ibu lambat 1 jam kan sayang.. tentu la Raissa lapar" jawab Maria sambil tersenyum.

Hisapannya semakin perlahan. Pergerakkan mulutnya juga terhenti. Akhirnya Raissa tertidur. Maria turun dari katil lalu meletakkan anaknya di atas katil bayi yang hanya bersebelahan dengan katil mereka. Ternyata anaknya tidak sedar saat ibunya meletakkan Raissa di atas katil empuk miliknya.

Maria kembali naik ke atas katil. Dia duduk seperti posisi tadi, bersandar pada kepala katil sambil membetulkan bra yang dipakainya kembali kepada asal. Ramil hanya memandang gerak geri isterinya dari tadi.

Ramil mengambil tangan Maria lalu digenggamnya dan dibawa ke bibirnya. Diciumnya tangan Maria lama. Maria menoleh dan memandang lekat ke wajah suaminya.

"Thank you sayang..." ucap Ramil dengan nada suara yang sedikit serak.
Dahi Maria berkerut.

"Untuk apa?" Soal Maria tidak faham. Maria masih menatap kewajah suaminya menanti kata-kata seterusnya dari Ramil. Apa yang membuatkan suaminya berterima kasih padanya?

"Pasal tadi" jawapan Ramil belum memuaskan bagi Maria. Pertanyaannya belum sepenuhnya terjawab. Maria tampak seperti berfikir.

"Terima kasih kerana menerima bie dalam hidup sayang dengan seikhlas hati sayang. Bie tak sangka, sayang sanggup sebelahkan bie" Maria mengangguk dan tersenyum manis.

"Dah tentu Maria sebelahkan bie.."

"Sebab bie suami sayang, kan" potong Ramil pantas sambil tersengih.

"Nope! Bukan sebab itu." Raut wajah Ramil berubah.

"A..a.. m-maksud Maria..ya..betul, bie suami Maria.. tapi..Maria sebelahkan bie bukan atas sebab bie suami Maria" Ramil mengangkat sebelah keningnya.

"Look, pada pendapat Maria..tak kisah la bie suami Maria ataupun bukan, kalau salah..Maria tetap akan cakap salah. Maria takkan sebelahkan orang yang salah. Tapi.." Maria menggantung kata-katanya, kemudian menjeling ke arah Ramil. Suaminya masih menanti penjelasan darinya.

"Tapi..dalam kes dan situasi tadi, bie tak salah. Ya.., memang betul bie bunuh Magno, itu perbuatan yang salah. Tapi bie lakukan itu semuanya atas sebab yang munasabah, itu benar." Ramil tampak berfikir dengan kata-kata isterinya.

"Untuk Mario, sudah terang dan jelas bahawa Magno memang bersalah dan.. Mario mengulang kesalahan yang sama tanpa selidik pihak mana yang betul dan pihak mana yang salah. Dia sepatutnya cari tahu, kenapa bie bertindak membunuh Magno. Bukan terus membalas dendam tanpa usul periksa." Ramil mengangguk faham.

"Jadi..bie bunuh Magno tak salah la ye?" Soal Ramil sambil melirik ke arah Maria.

"Salah. Bie sendiri tahu, membunuh itu satu kesalahan besar dan boleh ditangkap dan disabitkan kesalahan membunuh dengan niat." Maria mengeluh. Dia membasahkan bibirnya seketika dan semua itu menjadi perhatian Ramil.

"Tapi..bie lakukan itu bersebab kan? Jika bie lepaskan dia, mungkin nyawa Maria masih terancam sampai sekarang" Tiba-tiba Maria rasa gerun jika difikirkan hal seperti ini bakal berlaku jika Ramil tidak bertindak membunuh Magno. Dia sendiri tidak menyangka, Magno sanggup mahu membunuhnya.

Ternyata, tindakkannya menjauhkan diri dari Magno adalah takdir yang memang berkehendakkan mereka tidak bersama. Kerana Magno bukanlah lelaki yang baik. Ternyata, orang yang dilihat baik ini tak semuanya berhati mulia. Malah, orang yang bertopengkan syaitan ini lebih manusia dan berhati mulia.

Dari sisi lain, Ramil adalah seorang psikopat yang kejam, tapi dia menyayangi Maria lebih dari apa pun. Ramil sanggup bergadai nyawanya asalkan Maria selamat.

"Sayang.. kalau bie tanya, sayang jawab dengan jujur ya" Pinta Ramil sambil mengubah posisinya. Dia bangun duduk sambil menatap sepenuhnya kearah Maria.

"Tanyalah" Maria menanti pertanyaan Ramil dengan penuh debaran.

"Sayang masih sayang dan cintakan Magno setelah tahu Magno sebenarnya tidak curang dengan sayang? Sebenarnya tindakkannya tu hanya mahu sayang menjauhkan diri sayang darinya kerana dia mempunyai penyakit kronik?" Maria terdiam. Dia menundukkan wajahnya sambil menatap cincin bertatahkan berlian yang tersarung indah dijari manisnya.
Tindakkan Maria yang diam membuatkan Ramil mengetap giginya kuat.

"Sayang masih cintakannya?" Soal Ramil yang masih menanti jawapan dan penjelasan. Ramil menjadi geram saat melihat Maria malah memilih diam dari menjawab pertanyaannya. Hatinya tiba-tiba jadi sakit.

Benarkah aku masih mencintainya setelah mengetahui perkara sebenar? Benarkah aku masih menyayanginya? Tidak.. aku tidak mencintainya.. aku juga tidak menyayanginya.

Saat aku menyebut kata cinta, hati aku langsung tidak merasa apa-apa. Sudah lama perasaan ku ini menganggapnya curang padaku, dan saat itu juga aku sudah buang dia jauh dari hatiku walaupun aku tahu hal yang sebenarnya hari ini. Debaran untuknya sudah tiada.

Ya..cinta dan sayangku kini hanyalah milik seorang insan lain yang telah bergelar suamiku. Jantung Maria berdegup pantas saat memikirkan perasaannya terhadap Ramil. Ya.. dia sudah mendapat jawapannya.

"Ternyata sayang masih cinta-.."

"Tidak. Maria tidak cintakannya."
Potong Maria pantas. Dia memandang tepat ke wajah Ramil.

"Cinta Maria untuknya dah lama mati saat Maria pergi tinggalkannya dulu. Walaupun sekarang Maria tahu cerita yang sebenar, rasa yang ada saat ini lebih kepada simpati..bukan cinta. Saat mengingat kenangan bersamanya, debaran disini sudah mati malah rasa sakit yang lebih kuat." Maria menghampiri Ramil. Dia duduk rapat dengan suaminya. Dia menggenggam erat tangan suaminya. Netra mata mereka bersatu.

"Sekarang giliran sayang pula untuk bertanyakan sesuatu pada bie" Maria menatap ke wajah suaminya yang hanya tersenyum memandang ke arahnya. Dahi Maria berkerut.

"Apa soalannya?" Ramil melirik memandang ke arah isterinya.
Maria menghela nafas panjang.

"Kenapa bie libatkan diri, tawan lelaki tu? Maria sudah pesan pada bie, dan..bie sendiri sudah berjanji pada Maria yang bie takkan ikut campur dalam hal ni" wajah Ramil jadi serba salah. Benar, sebelum ini dia sudah berjanji pada Maria yang dia tidak akan terlibat dalam hal ni.

Tapi..psikopat tetap psikopat. Takkan semudah itu dia lepaskan lelaki yang berniat untuk membunuh adiknya.

Ramil menundukkan wajahnya.

Jari jemari Maria diramasnya perlahan. Maria? Dia hanya melihat tingkah suaminya dan masih menanti penjelasan. Dia tahu, pasti ada sebab yang membuatkan Ramil mahu melibatkan diri dengan lelaki ini.

"Sayang.., sayang tahu kan, sebelum ini orang-orang daddy pernah menangkapnya?" Ramil mengangkat wajahnya menatap ke arah Maria, lekat. Maria mengangguk.

"Tapi daddy lepaskannya semula kerana tiada bukti kukuh."
Ramil mengeluh, kemudiannya menggeleng perlahan.

"Ya..Maria tau itu." Jawab Maria ringkas. Kemudian menatap semula ke wajah Ramil.

"Lepas dari pembebasannya, bie kerahkan orang-orang bie untuk awasi dia. Sehinggalah bie dapat tahu dia berada di sini dan dia berniat untuk berjumpa dengan sayang. Dan.."

"Dan bie terus tawan dia tanpa bertanya padanya, kenapa dia hendak sangat berjumpa dengan Maria, macam tu?" Ramil mengerutkan keningnya sambil menatap ke wajah Maria. Bagaimana isterinya boleh tahu? Ramil akhirnya mengangguk.

"Bie ada soal dia tak pasal ni?" Tanya Maria sambil mengiringkan kepalanya menatap ke arah Ramil.

"Ada.. tapi dia tak nak buka mulut. Sebab tu bie marah sangat dengan dia" Maria terdiam. Dia menggenggam tangan Ramil lalu diciumnya sekilas, kemudian diletakkan dibawah dagunya.

"Nasib baik Sawyer datang sini jumpa Maria. Jika tidak, Mario mati dengan sia-sia" keluh Maria.

"Tapi..bie tak sangka..." kata-kata Ramil terhenti seketika. Dia memandang tepat ke anak mata Maria lalu berkata;

"Boleh tahan juga isteri bie ni ya" Ramil melurut kumisnya di bawah dagu dengan tangan kekarnya.

Maria mengerutkan keningnya.

"Maksud bie?" Maria menongkat dagu dengan tangannya menanti jawapan Ramil tanpa membuang pandang sikit pun dari wajah tampan suaminya.

Ramil terkekeh. Kemudian memandang ke arah Maria dengan sorot mata yang tajam.

"Sayang boleh diterima bekerja sebagai pembantu psikopat bie kalau macam ni" usik Ramil nakal. Buntang mata Maria mendengarnya.

"Babe..!" Jerit Maria dengan nada suara yang tidak keluar. Untung saja anaknya sedang nyenyak tidur.
Satu cubitan hinggap di perut Ramil.

"Aww..aaw.. sakit" Ramil mengusap perutnya.

"Padan muka" Maria menjeling ke arah Ramil lantas menyilangkan tangannya ke dada lalu membuang muka.
Ramil terkekeh ketawa.

"Bie gurau je, sayang... bie takkan biarkan tangan isteri bie ni kotor dengan kerja-kerja macam tu. Biar bie sorang je. Sayang hanya duduk rumah, jaga bie..jaga Raissa.., jadi permaisuri dalam mansion ni, cantikkan diri untuk bie, pakai barang yang mahal-mahal..habiskan duit bie..." Maria menampar lembut lengan Ramil.

Ramil kembali terkekeh.

"Betul la apa yang bie cakapkan.. bie kerja keras untuk senangkan sayang dan Raissa. Duit yang dapat, sayang boleh belanjakan..bie tak kisah seberapa banyak yang sayang mau, nak shopping, melancong.." Maria tersenyum. Dia mendekatkan wajahnya lalu mencium bibir Ramil lembut. Dalam keadaan bibir yang masih bersentuhan, Maria menatap dekat ke anak mata suaminya lalu berkata;

"Maria tak perlukan semua tu, bie dan Raissa dah cukup buat Maria bahagia." Ucap Maria dengan nada suara yang perlahan dan lembut.
Maria tersenyum.

"Bie nak tahu...." Maria meraup wajah Ramil dengan kedua tangannnya. Netra mata mereka tidak pernah berpaling antara satu sama lain.

"Cinta Maria sudah dimiliki oleh seorang insan yang selama ini menjaga Maria dengan baik. Insan ini ikhlas mencintai Maria melebihi dari apa pun. Malah.., saat Maria dekat dengannya, jantung Maria berdegup laju.." Maria menarik tangan kekar suaminya lalu diletakkan didada. Ramil dapat rasakan detak jantung Maria berdegup kencang. Ramil tersenyum.

"Cinta Maria padanya terlalu kuat.." Maria naik dan duduk di atas pangkuan suaminya. Kedua kakinya dilipatkan kebelakang Ramil. Kedua tangannya pula dikaitkan ke tengkuk Ramil. Wajah mereka bersetentang.

"Maria tak boleh hidup tanpanya." Maria merapatkan keningnya dengan kening Ramil.

"Sehari Maria tidak menatap wajahnya, Maria jadi rindu. Tiada apa yang boleh pisahkan Maria dengannya melainkan maut." Maria mendekatkan hidungnya dengan hidung Ramil.

"Maria tiada sesiapa dalam dunia ni melainkan dia, dan kehadiran insan kecil dalam hidup kami menjadi pelengkap dalam keluarga kecil kami." Pandangan mereka bersatu lagi.

"Siapakah insan yang bertuah itu,sayang?" Soal Ramil yang sengaja ingin tahu dari mulut isterinya sendiri.
Maria tersenyum manja.

"Ramil Falaiev, my Mr.Psikopat" Maria melumat bibir Ramil rakus.

Ramil melepaskan pagutan isterinya.

"Sayang..beraninya kamu memanggil bie dengan panggilan seperti itu" Ramil menerkam kearah isterinya.

"Aarghh" jerit Maria dengan tindakkan Ramil. Ramil kembali melumat bibir Maria dan menyatukan rasa cinta yang semakin mekar bersemi antara mereka. Kebahagiaan yang mereka rasakan saat ini ternyata menjadi sebuah memori indah dan sentiasa kekal dan abadi buat selamanya.

TAMAT

******

Terima kasih buat semua reader yang menyokong penulisan saya dan follow saya dari awal. Nantikan penulisan saya yang seterusnya ya..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience